Mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan dengan Anthony Blinken, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) dan delegasinya di sela-sela kepadatan jadual hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan semalam.
Pertemuan lebih 40 minit ini digunakan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menyentuh kepentingan Malaysia dan AS.
Saya tekankan kepentingan AS sebagai antara rakan dagangan utama Malaysia sejak sekian lama, dengan pelaburan-pelaburan syarikat AS antara penyumbang utama menjadikan negara ini muncul sebagai pusat pelaburan bagi sektor teknologi tinggi di rantau ini.
Ini termasuklah beberapa pelaburan terkini berjumlah AS$14.7 bilion daripada gergasi teknologi AS, termasuklah Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories dan Boeing.
Malaysia turut menyatakan penghargaan atas peranan penting AS membabitkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) 2735 terkait usul gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel. Pada masa sama, saya turut menggesa AS menggunakan pengaruhnya untuk memastikan resolusi ini segera dilaksanakan dan dipatuhi oleh Israel.
Mengakhiri hari kedua semalam, saya bersama delegasi Malaysia memenuhi jemputan Kerajaan Lao PDR selaku Pengerusi ASEAN untuk menghadiri agenda ke-13 iaitu Makan Malam Gala. Kami dipertontonkan dengan persembahan kebudayaan dan dendangan nyanyian yang begitu merdu.
==================
During a courtesy call with US Secretary of State Anthony Blinken on the sidelines of the 44th and 45th ASEAN Summits yesterday, we discussed key regional and international issues.
I emphasized the importance of the US as a long-standing trading partner and highlighted the recent US$14.7 billion investments by US tech giants in Malaysia, including Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories, and Boeing.
Malaysia also expressed appreciation for the US’s leading role in UN Security Council Resolution 2735. I urged the US to leverage its influence for the swift implementation of the resolution and its adherence by Israel.
The day concluded with our participation in the Gala Dinner hosted by the Lao PDR government.
#MalaysiaMADANI