NI KOT MASA TERBAIK MALAYSIA RINGGIT MELETUP?

 MSR


Oktober 2022

Tarikh Dolar Amerika Syarikat ke Ringgit Malaysia

3/10/2022 1 USD = 4.6480 MYR

4/10/2022 1 USD = 4.6473 MYR

5/10/2022 1 USD = 4.6305 MYR

6/10/2022 1 USD = 4.6375 MYR

7/10/2022 1 USD = 4.6375 MYR

10/10/2022 1 USD = 4.6500 MYR

11/10/2022 1 USD = 4.6730 MYR

12/10/2022 1 USD = 4.6825 MYR

13/10/2022 1 USD = 4.6915 MYR

14/10/2022 1 USD = 4.7020 MYR

17/10/2022 1 USD = 4.7170 MYR

18/10/2022 1 USD = 4.7168 MYR

19/10/2022 1 USD = 4.7200 MYR

20/10/2022 1 USD = 4.7290 MYR

21/10/2022 1 USD = 4.7380 MYR

24/10/2022 1 USD = 4.7380 MYR

25/10/2022 1 USD = 4.7350 MYR

26/10/2022 1 USD = 4.7250 MYR

27/10/2022 1 USD = 4.7150 MYR

28/10/2022 1 USD = 4.7225 MYR

31/10/2022 1 USD = 4.7280 MYR

Kadar pertukaran terburuk USD ke MYR pada Oktober 2022: $1 = RM 4.6305 

Kadar pertukaran terbaik USD ke MYR pada Oktober 2022: $1 = RM 4.7380 

Kadar pertukaran purata USD ke MYR pada Oktober 2022: $1 = RM 4.6945



HADI AWANG IKUT PERLWMBAGAAN NEGARA MANA PULAK?

 RMS


Jadi..Hadi Awang angkat sumpah sebagai MP ikut perlembagaan negara mana.?


Sejak bila Malaysia bukan negara agama..??




LAAA.. INGAT DI PENANG JB KL.... DI KETEREH..

 Che Ibrahim


 Di kawasan ambo Ketereh, ada satu kemalangan yang lebih trajidis.... 3 beradik yang sedang memungut sisa sisa sampah dlm tong sampah dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pemuda berumor 18 tahun, 1 meninggal, 1 cedera parah, 1 lagi cedera ringan sebab masa kejadian dia berada dlm tong sampah.


Ambo tak boleh nak bayang bagaimana jam 4 pagi sudah ada anak anak selongkar tong sampah untuk mencari rezeki....



AGAK AGAK PAS NAK NAFIKAN TIDAK?


RMS. 


 Nanti keluarlah penafian acara ni tiada kaitan dgn PAS, penyertaan bersifat peribadi.. 


Huhu Hihi Hik Hik Hik.. 😆😆




[panas] POLIS AKAN PANGGIL BLOOMBERG UTK SIASATAN! TERBAIK AGAR PEMBERI ...



Wakil media antarabangsa, Bloomberg akan dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan susulan laporan diterbitkan mendakwa Perdana Menteri campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bloomberg dalam satu laporan memetik sumber mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan SPRM menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad, anak-anaknya, dan rakan rapatnya Tun Daim Zainuddin. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, laporan kes itu dibuat SPRM susulan kenyataan bekas pemimpin Umno Isham Jalil di media sosial. “Kita sudah mengambil keterangan dua orang iaitu pihak pengadu (SPRM) dan Isham. “Beberapa lagi individu akan dipanggil khususnya daripada pihak Bloomberg dalam masa terdekat,” katanya menurut Harian Metro di Cheras, Kuala Lumpur hari ini. Media semalam melaporkan, polis mengambil keterangan Isham susulan kenyataannya yang menggesa supaya Anwar menyaman Bloomberg mengenai dakwaan campur tangan dalam siasatan SPRM. Bloomberg turut mendakwa Anwar mengarahkan SPRM untuk tidak menyiasat pembelian saham oleh bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan SPRM.




[gempak] TIDAK SAMA TAPI SERUPA PAS & AKMAL! SOKONGAN PEMIMPIN PAS TERHA...



Naib Presiden DAP Teresa Kok paling berpotensi untuk berubah menjadi 'harimau' bukan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh dan PAS, menurut Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan. Dia memberi maklum balas terhadap kenyataan ahli akademik Tajuddin Mohd Rasdi yang mengumpamakan "ancaman' Akmal Salleh seperti anak kucing dan PAS sebagai harimau.
"Jika mengikut logik 'kitten-tiger' beliau, tentulah Teresa lebih berpotensi menjadi 'tiger' yang berbahaya kepada negara, bukan Dr Akmal, dan tentu juga bukan PAS yang dari awal telah memperingatkan tentang kesan buruk yang mungkin timbul daripada kegagalan mengawal emosi dalam isu (cadangan mewajibkan pensijilan halal)," katanya pada satu kenyataan semalam. Takiyuddin juga mendakwa dengan menumpukan pada kenyataan Akmal terhadap Kok, Tajuddin (gambar bawah) kelihatan "menenggelamkan" kenyataan Kok tentang pensijilan halal yang telah mencetuskan reaksi balas.





WALAUN YANG HARUS DIHAPUSKAN


 Nampak dak mengapa BARAH WALAUN wajib di hapuskan hingga ke akar umbi??? 





Nampak dak lagi?????


Buku Laporan “Setahun Kerajaan Madani” TIDAK DIEDARKAN kepada kakitangan dan guru2. MALAH DIBAKAQQQ!!!! DI BAKAQQQ!!!


Yang dok atas itu tak usah la lena dengan tepukan gemuruh yg hangpa dengaq & lihat daripada atas. Kerana hangpa xtau di sebalik itu & di bawah itu berselirat wayang kulit WALAUNNNNN. 


Bukalah mata atau hangpa akan di lipat!!


Aihhhhh. Pasaipa aku speaking utagha nih???🤦🏽



IKUTI LAH RASULULLAH SAW.

 

ISLAH


Rasulullah SAW bukan sekadar pemimpin agama, tetapi seorang negarawan yang berjaya menyatukan masyarakat dan memajukan ekonomi Islam. Strategi dan kebijaksanaan baginda dalam mengurus ummah memastikan Islam terus berkembang pesat. Melalui keadilan, belas kasihan, dan sistem zakat, baginda membina asas yang kukuh bagi kejayaan umat Islam.



Namun, wujudkah ciri-ciri ini dalam kalangan pemimpin Islam negara kita? Pemimpin Islam yang bukan sekadar terbilang akidah dan imannya, tetapi turut bijak menyusun strategi ekonomi hingga berjaya memajukan ummah dan negara? Yang hebat akhlaknya dan tidak berpolemik semata-mata?



NI DI MALAYSIA



 Saya terkejut apabila lihat video ini. Saya sangkakan di Indonesia. Rupanya ini adalah 'Syaikh' Zainul Asri (Malaysia).  Orang yang benar-benar zuhud belajar tasawwuf tidak akan rela dirinya dipuja dan dipuji berlebihan. Taksub. "Ya Syaikhana, Ya Syaikhana"

[viral] PENDEDAHAN PANAS SKANDAL 1BESTARINET! MELIBATKAN BEKAS PM MUHYID...



TURUT DI KOMEN OLEH DR MASZLEE MALIK ADALAH BERKAITAN DENGAN DIDIK TV! PENDEDAHAN PANAS SKANDAL 1BESTARINET! MELIBATKAN BEKAS PM MUHYIDDIN & MAHATHIR!


ANGGOGA HISAP ROKOK AKAN DIAMBIL TINDAKAN


 RMS


PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap anggotanya yang didapati menghisap rokok di sebuah restoran di sini.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan perkara itu menerusi foto tular di laman X hari ini.


“Foto tersebut memaparkan anggota polis peronda atau ‘mobile patrol vehicle’ (MPV) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya merokok di sebuah restoran.


“IPD Petaling Jaya telah membuka kertas siasatan tatertib berhubung pelanggaran undang-undang serta ketidakpatuhan prosedur operasi standard pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Shahrulnizam berkata, polis tidak sesekali berkompromi terhadap isu melibatkan pelanggaran undang-undang dan tindakan tegas akan diambil.


Terdahulu, tular di laman X foto seorang anggota polis sedang merokok di sebuah premis makanan.


Hantaran tersebut turut memetik PDRM dan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan Akta Kawalan Produk Demi Kesihatan Awam 2024 yang berkuat kuasa sejak 2 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE.



PERTEMUAN BERSAMA PM SINGAPURA.


 Lewat petang, saya sempat mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong usai berakhir perjalanan hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44 dan Ke-45 di Vientiane, Lao PDR.






Selama hampir 40 minit, saya dan PM Lawrence  berbincang beberapa perkara terkait kepentingan kedua-dua negara, terutama meneroka kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu berbangkit secara berkesan dan sepantas mungkin.


Saya dan PM Lawrence kemudian langsung mengetuai mesyuarat dua hala bersama menteri-menteri dan delegasi kedua-dua negara.


Alhamdulillah, pertemuan ini mencapai beberapa kesepakatan dan kemajuan terkait beberapa isu tertunggak, yang insya-Allah akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.


===================


I had a productive four-eye meeting with the Prime Minister of Singapore, Lawrence Wong, following the conclusion of the first day of the 44th and 45th ASEAN Summits in Vientiane, Lao PDR.


During our 40-minute discussion, Prime Minister Wong and I engaged in a constructive dialogue on issues of mutual interest, focusing on identifying the most effective approaches to promptly address outstanding matters between our two nations.


Following that, Prime Minister Wong and I co-chaired a bilateral meeting with ministers and delegates from both countries. I am pleased to share that we reached several agreements and made significant progress on key issues, which will be further deliberated during the annual Malaysia-Singapore Leaders’ Retreat later this year, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



RUMAH ANAK ANAK GISB


 Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan menjadikan Kompleks Darul Hidayah di Penaga di sini sebagai pusat pemulihan akidah bagi kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dari rumah amal kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).



Yang Dipertua MAINPP Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata namun pihaknya akan menunggu keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri terlebih dahulu berhubung amalan dan kepercayaan kumpulan GISBH sebelum meneruskan program pemulihan terbabit.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews


BANGGANG... NU RAKYAT KEDAH DOK KALUT BANJIR...

 

Desa HM. 


Negeri sendiri banjir , Bantuan pun sat ada sat tak dak ..


Dok kalut nak pi Kuala Lumpur buat apa !! Bangang betoi la ulamak karaoke ni !!





INDONESIA SUDAH PUNYA KAPAL SILUMAN INI.

 Zus Din


Kapal Siluman Asli Buatan Indonesia, Negara Indonesia menjadi negara Ke-2 Yang Mampu Memproduksi Kapal Siluman Trimaran.



"𝗥𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗗𝗜 𝗔𝗦𝗜𝗔, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗞 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗡 𝗣𝗨𝗡," 𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡.



✍️ Ahmad Mursi 





1. Bila harga barang naik, memang susah nak turun.


2. Ini dipanggil 'price stickiness'—harga liat nak turun walaupun kos dah turun bila ringgit mengukuh.


3. Peniaga lebih suka tambah untung. Ada ke peniaga suka-suka nak turunkan harga masa barang tengah laku keras?


4. Biasanya harga hanya turun bila pelanggan mula lari ke kedai atau jenama lain.


5. Tengok graf 1, sejak 1972, harga barang tak pernah turun dalam jangka panjang. Graf 2 zoom rekod 10 tahun, boleh nampak bila harga terkawal dan bila tidak.


6. Zaman harga naik mendadak, graf curam. Zaman kenaikan terkawal, graf landai. Zaman Madani lebih landai.


7. Harga boleh turun (deflasi) masa ekonomi teruk. Rakyat kurang berbelanja, ramai hilang kerja.


8. Selagi ekonomi berkembang, inflasi tetap ada. Kadar 2%-3% dianggap sihat untuk negara membangun.


9. Kita patut bersyukur, masa negara lain hadapi inflasi tinggi lepas COVID, Malaysia Madani cekap turunkan dari 4% ke 1.5%, dan OPR kekal 3%.


10. Apa yang kita perlu buat, sesuaikan pendapatan ikut inflasi supaya kuasa beli kekal. Itu dasar Gaji Progresif.


11. Simpanan pun perlu buat di tempat yang beri pulangan setara inflasi supaya nilai kekayaan kekal.



SIAPA AJAR CUTI JUMAAT DASAR ISLAM.?

 

Cuti Jumaat tu dasar Islam? Siapa ajar? Cuba dengar ni apa 𝗠𝘂𝗳𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀, 𝗗𝗿. 𝗠𝗔𝗭𝗔 cakap. Guane boh?





 

Raja Gelap II 


.

STANDING ONDER.... CINA DI KELANTAN DAPAT TANAH SAMPAI ANAK CUCU KO TAK KISAH PIUN.


Che Ibrahim


Kapal China masuk dikatakan mencurigakan, padahal bukan sampai berbulan bulan pun, tapi pelabur/pemodal China dapat tanah, lombong, balak dan macam macam lagi yang boleh diwarisi ke anak cucu, takde pula bising bising, bangga ada la...



𝗣𝗢𝗟𝗘𝗠𝗜𝗞 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗟𝗔𝗨𝗧 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 : 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗜𝗔𝗦𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝗬𝗚 𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠







#Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham


A) SEJAK sehari dua ni saya perhatikan bukan main lagi 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗲𝗺𝗶𝗸 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗖𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮, KUNUNnya Kerajaan MADANI "telah menggadai kedaulatan Malaysia kepada China" atau KUNUNnya Malaysia dengan mudah dicerobohi Tentera Laut China, macam-macam lagi tohmahan sehinggakan saya turut menerima pelbagai pertanyaan kerana "bimbang" akan keselematan negara Malaysia.


B) Saya hanya geleng kepala tapi malas nak jawap dulu dan lebih suka menunggu sesuatu berita yg rasmi dan berfakta. Saya lihat ada rakan-rakan cuba menjawap bahawa adalah 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗮-𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗞𝗮𝗽𝗮𝗹 𝗧𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗯𝘂𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. 𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗷𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗰𝘂𝗮𝗹𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗹𝗺 𝗭𝗢𝗣𝗙𝗔𝗡. Kita mengalu-alukan lawatan kapal asing asalkan mereka meminta kebenaran terlebih dahulu. Namun kehadiran Tentera Laut China adalah 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗠𝗘𝗪𝗔. Saya akan jelaskan kemudian. 


C) Saya sertakan juga video 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗟𝗼𝗸𝗺𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗔𝗱𝗮𝗺 (𝗗𝗟𝗡𝗔) 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 dan Pengarah Komunikasi UMNO yg telah berhubung dgn pihak Kementerian Luar bagi mendapatkan gambaran tepat. Anda boleh tonton video dan penjelasan beliau. Ringkasnya 2 buah kapal perang Tentera laut China dgn kekuatan lebih 1300 anggota hadir sebagai sebahagian dari sambutan 50 tahun Ulangtahun 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗮 𝗵𝗮𝗹𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮-𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 (𝟭𝟵𝟳𝟰-𝟮𝟬𝟮𝟰). 


D) ANDA boleh tonton dan dengar penjelasan DLNA. 𝗦𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 anda mengenai hubungan dua hala antara Malaysia-China kerana 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗜𝗔𝗦𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗥𝗔 𝗬𝗚 𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠. Oleh itu ingin saya mengimbau kembali artikel yg pernah saya tulis sempena lawatan PMX ke China pada 30 March 2023 (tahun lepas) bertajuk : 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗧𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔-𝗖𝗛𝗜𝗡𝗔 : 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗫 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid037zHCqZJiAupzNFGdTYkBhrhyjaGWxTA4TWpBTzzBvKW2Seb5XFRfq4zc8ikS5Hxhl


E) Berikut ialah Para 1) hingga 4) dalam artikel tersebut : 


1) LAWATAN PMX ke China sangat penting kerana China adalah rakan dagangan Malaysia 𝗡𝗼. 𝟭 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥. Malaysia 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 bagi China. Hubungan Malaysia dan China sudah lama 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗲𝘁𝗲𝗿𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟭𝟵𝟳𝟰 apabila Almarhum Tun Abdul Razak Hussein PM2 menandatangani “𝗝𝗼𝗶𝗻 𝗖𝗼𝗺𝗺𝘂𝗻𝗶𝗾𝘂𝗲” dengan 𝗭𝗵𝗼𝘂 𝗘𝗻𝗹𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 ketika itu.


2) Bermula dari situ hubungan dua hala itu terus berlaku antara kedua negara sehingga lah pada 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟭𝟵𝟵𝟭 𝗧𝘂𝗻 𝗗𝗿 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗣𝗠𝟰 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 “𝗯𝗶𝗹𝗮𝘁𝗲𝗿𝗮𝗹 𝘁𝗶𝗲𝘀 𝗲𝘅𝗰𝗵𝗮𝗻𝗴𝗲𝘀” perbincangan dua hala setiap tahun yang bukan sekadar membincangkan soal perdagangan tetapi juga kepentingan bersama wilayah dan serantau. Hubungan itu menjadi suram selepas PM4 bersara dan kita kurang mendengar Kerjasama Malaysia-China.


3) Ianya kemudian dijenamakan semula oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak PM6 sebagai 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗖 𝗖𝗢𝗡𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗠𝗘𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚 pada tahun 2010 dan Mesyuarat tahunan berselang antara Kuala Lumpur dan Beijing menjadi tuan rumah. Kemudiannya dikembangkan dalam soal Latihan bersama ketenteraan.


4) DS Najib PM6 bertindak memperbaharui hubungan Malaysia-China apabila menandatangi “𝗝𝗼𝗶𝗻 𝗖𝗼𝗺𝗺𝘂𝗻𝗶𝗾𝘂𝗲” baru dengan Li Keqiang Perdana Menteri China pada 2014 ulang tahun ke 40 sejak Almarhum Tun Razak memulakan hubungan dua hala kedua negara. Perdagangan dengan China meningkat, FDI ke Malaysia tetiba meletup sehingga ke tahap sebahagian Rakyat jadi bimbang kerana beratus projek mega oleh syarikat China di Malaysia seolah-olah tidak terkawal dan memerangkap Malaysia dengan hutang.


F) 𝗡𝗮𝗺𝘂𝗻, 𝗶𝘁𝘂 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂. 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 seperti yg berlaku kpd Sri Lanka, Bangladesh, Zimbabwe dan beberapa negara Afrika. Itu adalah kerana negara-negara itu miskin dan tidak lagi mampu berhutang dgn IMF dan World Bank. Malaysia tidak begitu. Alhamdulillah. 


G) Namun 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗨𝗛 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Mereka adalah rakan dagang terbesar dan antara pelabur utama setaraf Amerika Syarikat. Cumanya, dengan 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗥𝗠𝟭𝟭𝟰.𝟳 𝗕𝗶𝗹𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗛𝗶-𝗧𝗲𝗰𝗵 𝗚𝗶𝗮𝗻𝘁𝘀 𝗸𝗲 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗨𝗡𝗚𝗞𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 kedudukan Pelabur no. 1 di Malaysia. Tapi 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 hanya cuba menakut-nakutkan Rakyat Malaysia dgn China. Sudah banyak kali kapal perang Tentera Laut Amerika termasuk USS Pearl Harbour pernah berlabuh dan mendarat di Pelabuhan Kelang kenapa tidak berlaku polemik seperti ini??? 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚 tentang Tentera Laut China 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀 kerana sengaja menggugat ketenteraman awam.


H) 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 sengaja mempersoalkan hal Tentera China hadir utk sambutan Ulangtahun 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗖 𝗖𝗢𝗡𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗠𝗘𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚 hasil usaha 𝗣𝗠𝟲 𝗗𝗦 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗧𝘂𝗻 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸 merancakkan semula "bilateral ties" dgn China seperti yg pernah dimulakan oleh Almarhum ayahanda beliau. Orang yg tidak memahami hubungan akrab Malaysia-China akan takut kpd "hantu China" seperti mana mereka dimomokkan dgn "hantu DAP". Kebanyakan orang 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗘𝗠𝗢𝗦𝗜 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗠𝗘𝗡 seperti dalam Polemik Tentera laut China ini.


I) Dalam artikel awal pagi tadi (𝟬𝟵 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰) saya sudah menyentuh sedikit tentang koridor ekonomi dibina China iaitu 𝗢𝗕𝗢𝗥 - 𝗢𝗻𝗲 𝗕𝗲𝗹𝘁 𝗢𝗻𝗲 𝗥𝗼𝗮𝗱 atau dikenali juga sebagai 𝗕𝗥𝗜 - 𝗕𝗲𝗹𝘁 𝗮𝗻𝗱 𝗥𝗼𝗮𝗱 𝗜𝗻𝗶𝘁𝗶𝗮𝘁𝗶𝘃𝗲 yg merupakan 𝗧𝗛𝗘 𝗡𝗘𝗪 𝗦𝗜𝗟𝗞 𝗥𝗢𝗔𝗗. Baca : 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗠𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 #𝟮 : 𝗦𝗘𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗙𝗗𝗜 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid073MEE4UQ4mKgMfMEGiNJbnrtVgcjLhq56k7Bk47v3Xb6Y5BEdvajafLN86DXq4qzl


Baca Para 9) ii) :


𝗶𝗶) 𝗞𝗘𝗦𝗧𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 - Malaysia menawarkan kestabilan politik bukan sahaja dalam negara tapi serantau. Geo politik dunia dan kedudukan geografi yg strategik menyebelahi Malaysia. Rusia memahami bahawa Malaysia menjadi perebutan antara Amerika Syarikat dan China tapi percaya perlu 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗸𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗭𝗢𝗣𝗙𝗔𝗡 (𝗭𝗼𝗻𝗲 𝗼𝗳 𝗣𝗲𝗮𝗰𝗲, 𝗙𝗿𝗲𝗲𝗱𝗼𝗺 𝗮𝗻𝗱 𝗡𝗲𝘂𝘁𝗿𝗮𝗹𝗶𝘁𝘆) kerana konflik yg melanda China-Taiwan serta kedudukan Korea Selatan dan Jepun yg berdekatan zon konflik.


Amerika Syarikat, Rusia dan China sedar, tempat yg PALING selamat utk melabur dan memiliki aset Hi-Tech adalah Malaysia. Sebab itu adalah tidak menghairankan apabila China sering melakukan provokasi yg sebenarnya ditujukan kpd Amerika Syarikat. 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗕𝗜𝗝𝗔𝗞 "𝗽𝗹𝗮𝘆 𝗮𝗹𝗼𝗻𝗴" 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 "𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸𝗶𝗻𝗴" 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮-𝗱𝘂𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗶𝘁𝘂, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗡𝗘𝗨𝗧𝗥𝗔𝗟 dan tidak akan diusik. Membawa Malaysia menyertai BRICS adalah 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗜𝗝𝗔𝗞 𝗣𝗠𝗫 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶 "𝗲𝗾𝘂𝗶𝗹𝗶𝗯𝗿𝗶𝘂𝗺" 𝗚𝗲𝗼 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 bagi mengimbangi pandangan China terhadap Malaysia kerana Amerika Syarikat adalah rakan dagang tertua dan kedua terbesar (dulunya adalah TERBESAR).


Secara peribadi saya pernah berbual dgn pihak pelabur China dan saya difahamkan bahawa China TIDAK akan sekali-kali mahu berperang 𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗲𝘁 𝗱𝗶 𝗞𝗼𝗿𝗶𝗱𝗼𝗿 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗕𝗥𝗜 - 𝗕𝗲𝗹𝘁 𝗮𝗻𝗱 𝗥𝗼𝗮𝗱 𝗜𝗻𝗶𝘁𝗶𝗮𝘁𝗶𝘃𝗲 (𝗧𝗵𝗲 𝗡𝗲𝘄 𝗦𝗶𝗹𝗸 𝗥𝗼𝗮𝗱) 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁. Semenanjung Malaysia adalah "𝗧𝗵𝗲 𝗚𝗼𝗹𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗻𝘀𝘂𝗹𝗮𝗿" bagi China dalam "𝗧𝗵𝗲 𝗔𝗻𝗰𝗶𝗲𝗻𝘁 𝗦𝗶𝗹𝗸 𝗥𝗼𝗮𝗱" dan sangat-sangat berharga. Pada satu ketika pelabur China pernah terfikir mahu membina "shipyard" dan menjadikan Pelabuhan Tok Bali di Kelantan sebagai tempat 𝗸𝗮𝗽𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 "𝗥𝗘𝗙𝗨𝗘𝗟" atau mengisi minyak dan selenggara. 𝗜𝗻𝗶 𝗶𝗱𝗲𝗮 𝗚𝗜𝗟𝗔 𝘆𝗴 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗻𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘀𝗮𝗻.


China TIDAK mahu aset mereka terjejas, sebab itu lebih suka acah-acah shj bagi menunjukkan kuasa ketenteraan (bukan membuli) supaya Amerika Syarikat tidak besar kepala. 𝗙𝗶𝗹𝗶𝗽𝗶𝗻𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗿𝗴𝗲𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝘃𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮. China boleh musnahkan kapal Filipina tetapi mereka hanya memilih utk sembur dgn "water cannon". Ini mengundang kemarahan negara-negara ASEAN yg bersolidariti dengan Filipina.


J) Sekarang anda faham akan hubungan 50 tahun Malaysia-China? Sebab itu kita TIDAK PERLU MELOMPAT dengan hasutan mengenai China atau provokasi dilakukan China di Laut China Selatan. Malaysia dan China boleh menyelesaikannya secara diplomasi. Membenarkan Tentera Laut China datang ke Malaysia juga boleh dilihat sebagai salah satu bentuk diplomasi. 


Wallahualam.


-Zus Din 

09102024

#MalaysiaMadani 

#TolakKhawarij