[panas] POLIS AKAN PANGGIL BLOOMBERG UTK SIASATAN! TERBAIK AGAR PEMBERI ...



Wakil media antarabangsa, Bloomberg akan dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan susulan laporan diterbitkan mendakwa Perdana Menteri campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bloomberg dalam satu laporan memetik sumber mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan SPRM menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad, anak-anaknya, dan rakan rapatnya Tun Daim Zainuddin. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, laporan kes itu dibuat SPRM susulan kenyataan bekas pemimpin Umno Isham Jalil di media sosial. “Kita sudah mengambil keterangan dua orang iaitu pihak pengadu (SPRM) dan Isham. “Beberapa lagi individu akan dipanggil khususnya daripada pihak Bloomberg dalam masa terdekat,” katanya menurut Harian Metro di Cheras, Kuala Lumpur hari ini. Media semalam melaporkan, polis mengambil keterangan Isham susulan kenyataannya yang menggesa supaya Anwar menyaman Bloomberg mengenai dakwaan campur tangan dalam siasatan SPRM. Bloomberg turut mendakwa Anwar mengarahkan SPRM untuk tidak menyiasat pembelian saham oleh bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak. Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan SPRM.