𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗢𝗧𝗔: 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗗𝗜𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗡

 


𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗢𝗧𝗔: 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗗𝗜𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗡


✍️ Ahmad Mursi 


1.  PN nyaris hilang wang deposit lepasi had minimum 12.5% (4,418) dari jumlah keluar undi walhal ini 1 lawan 1. Lebih 2,929 undi je.


2.  PN kalah di Kesemua 18 Daerah Mengundi (DM).


3.  3 DM Melayu yang dimenangi PN pada PRU15 ditawan oleh BN dengan selesa.


4.  Jumlah keluar mengundi 35,342 (53.84%) berbanding PRN2022 sebanyak 40,225 (65.66%). Beza dari segi jumlah 4,883.


5.  Majoriti BN naik 4 kali ganda dari 5,166 ke 20,648.


6.  Bagi setiap 5 pengundi, 4 undi BN, dan 1 undi PN. BN 27,995 dan PN 7,347.


7.  Undi PH berpindah kepada BN. PRN 2022 dulu BN 16,611, PH 11,445, dan PN 7,614. Formula Perpaduan berkesan.


8.  Undi PN dah tepu dan kurang sedikit 7,347 dibanding dengan PRN2022 (7,614). Tak berjaya tambah undi walaupun PH tak bertanding.


9.  Undi PN menyusut 29.8% dibandingkan dengan jumlah undi dalam DUN Mahkota untuk merebut kerusi Parlimen Keluang pada PRU15 (8,750) semasa sentimen api perkauman ditiup secara maksimum.


10.  Kemenangan calon Perpaduan bukti rakyat inginkan kestabilan politik demi kemakmuran ekonomi dan mula jemu dengan politik 3R oleh PN.



TIADA KATA KATA BEBAS DARI HUKUMAN MAHKAMAH BEBAS





SANUSI JUNJUNG KASIH KEAMPUNAN SULTAN SELANGOR, JANJI AKAN JAGA TUTUR KATA


27 September 2024


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini merakamkan penghargaan dan menjunjung kasih atas limpah perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima permohonan ampun daripada beliau. 


Beliau turut berikrar untuk mematuhi titah nasihat baginda agar lebih berhati-hati dalam tutur kata, khususnya ketika berada di Negeri Selangor.


Beliau juga menzahirkan harapan agar sifat pengampun dan kebaikan hati Sultan Selangor akan membawa kebaikan kepada negeri Selangor serta menambahkan daulat dalam pemerintahan baginda. 


“Dengan penuh hormat dan takzim, saya merafak sembah mendoakan semoga DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dipanjangkan usia oleh Allah SWT serta berada dalam keadaan sihat walafiat untuk terus melaksanakan tanggungjawab memerintah penuh adil dan cemerlang.


“Saya merakamkan ucapan menjunjung kasih atas limpah perkenan DYMM Tuanku menerima permohonan ampun daripada saya sebagaimana yang dititahkan semalam.


“Saya berazam akan mematuhi titah nasihat DYMM Sultan Selangor untuk saya lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Negeri Selangor Darul Ehsan dan mudah-mudahan sifat pengampun dan kebaikan hati yang ada pada baginda akan membawa lebih banyak kebaikan serta menambahkan lagi daulat dalam pemerintahan DYMM Tuanku,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Semalam Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menerima permohonan ampun daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.


Sultan Sharafuddin bertitah, baginda tidak mahu umat Islam sentiasa bermusuhan antara satu sama lain.


Namun, baginda menasihatkan Muhammad Sanusi agar sentiasa menjaga tutur kata serta tatasusila.


Sumber – https://malaysiagazette.com/2024/09/27/sanusi-ikrar-patuhi-titah-sultan-selangor-akan-jaga-tutur-kata/



MISI PMX


 Misi PMX

Tahun 1 stabilkan politik✅️

Tahun ke-2 tingkatkan ekonomi ✅️

Tahun ke-3 Tangani kos sara hidup⏳️


Insya-Allah belanjawan Madani pada Oktober ini akan menekankan soal kos sara hidup - DS Samsul Iskandar.




MRSM PALING DAIF.



 “Saya boleh katakan sepanjang lawatan saya, ini adalah MRSM paling teruk dan saya telah arahkan pengetua buat senarai (kerosakan) yang mana saya beri tempoh sebulan dan paling penting sekali tandas.



“Saya tidak mahu tuding jari kerana saya lihat sendiri apa yang berlaku, dan saya punya penilaian sendiri MRSM ini dalam keadaan yang amat daif dan uzur dan dalam konteks ini saya akan ambil tanggungjawab penuh,” kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki .


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



PN INI MAKIN TIDAK RELEVAN.


 𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮 telah rasmi keputusannya. PN terkena 𝗽𝘂𝗸𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗢 yang makan tahun kalau nak pulihkan. Namun ada beberapa pengajaran yang boleh diambil.


Pertama, PN masuk gelanggang dengan berbekalkan senjata 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂, macam biasa. Tetapi nampaknya senjata PN itu sudah semakin menumpul.


Selain daripada walaun, rakyat terbanyak sudah tidak pandang isu yang PN bawa. 𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗹𝗶𝘄𝗮𝘁 dah banyak kali dijawab. Isu 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹 juga sudah jelas.


Permainan sentimen 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗶𝗸 pun tidak dapat menjentik hati pengundi kerana rata-rata rakyat dapat merasakan harga barangan asas sekarang 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗡.


Kekalahan ini sepatutnya menyedarkan PN, sekiranya mereka mahu kekal relevan, maka mereka perlu bawa isu 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗿, lebih rasional dan lebih realistik.


Jika PN masih mahu terus bermain dengan isu begini, nescaya PN akan terus hanyut dan menjelang PRU16, tidak ada lagi tempat untuk PN dalam politik negara.


Kedua, kerjasama antara parti dalam 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗸𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Laungan 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗕𝗡 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗗𝗔𝗣 telah tidak lagi berjaya menakutkan pengundi Melayu.


Imej DAP sudah semakin pulih di mata orang Melayu apatah lagi menteri-menteri DAP 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝙥𝙚𝙧𝙛𝙤𝙧𝙢 seperti 𝗔𝗻𝘁𝗼𝗻𝘆 𝗟𝗼𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘁𝗲𝘃𝗲 𝗦𝗶𝗺,. Malah menteri dari DAP jelas lebih 𝗰𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 berbanding PN dulu.


Begitu juga imej UMNO. Malah menteri UMNO seperti 𝗔𝘇𝗮𝗹𝗶𝗻𝗮 𝗢𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻 juga mendapat perhatian umum. Kini menteri dari UMNO kelihatan betul-betul buat kerja.


Pun begitu, ikatan yang terbentuk belum cukup kuat. 𝗚𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Tapi sudah ada tanda-tanda positif. InsyaAllah di masa hadapan, akan lebih baik.


Ketiga, faktor calon juga memainkan peranan. Bukan kali pertama PN letak 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗺𝘂𝗮𝘁. Sebelum ini di Nenggiri. Calon PN bukan sahaja 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮, malahan tak disediakan dengan sempurna.


Ini seolah-olah memberitahu PN sedang 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗻𝗱𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻. Bagaimana rakyat mahu yakin PN boleh memerintah jika 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵?


Keempat, penceramah yang datang juga memainkan peranan 𝗺𝗲𝗻𝗲𝘄𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗡. 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 misalnya. Dia tu memang ramai orang yang meluat dengannya. Bagi dia berceramah memang mengundang bala la.


𝗕𝗮𝗴𝗶𝘁𝘂 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗔𝗻𝗻𝘂𝗮𝗿 𝗠𝘂𝘀𝗮 dan 𝗖𝗵𝗲𝗴𝘂 𝗕𝗮𝗿𝗱. Mereka ini dah lama ditolak oleh rakyat. Tapi malangnya PN masih berharap kepada mereka. Mana nak menang!


Memang Mahkota dari sebelum ini pun milik BN. Tapi bukanlah kawasan selamat. Persaingan sengit antara BN dan PH. Kemenangan BN membuktikan penyokong 𝗣𝗛 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗕𝗡.


Atau paling tidak, mereka tidak melihat PN sebagai alternatif dan lebih rela bersama BN daripada beri PN 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 dengan tak keluar mengundi.


Hakikat yang jelas, PN kini sedang mengalami defisit sokongan. Pengundi atas pagar telah mulai sedar PN sekadar tong kosong yang takkan mampu menyaingi Madani.


Dan jangan lupa, PMX juga antara 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 yang kuat. Situasi ekonomi negara yang mekar, kestabilan politik bahkan 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗸𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗠𝗫 berusaha membuatkan rakyat yakin negara ini di landasan yang tepat.


Pada PRK ini, PN masih mampu kekalkan pengundi lama. Tapi jika PN tak ambil pengajaran dari kekalahan ini, masih lagi nak berdolak dalik, PRU16 nanti 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝘂𝘀𝘁𝗮𝗵𝗶𝗹 𝗣𝗡 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁 𝘀𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.


Pelajar termuda mendaftar hari ini sepanjang sejarah UM sejak ditubuhkan pada 1962.

 



Pelajar termuda mendaftar hari ini sepanjang sejarah UM sejak ditubuhkan pada 1962. 


Adik Iz Emir berusia 12 tahun. 


Tahun 1 Sarjana Muda Sains dalam Matematik.


 Usia 6 tahun - Tingkatan 1 Permata Pintar, UKM. 

8 tahun - O Level. 

11 tahun - A Level 


Sejarah tercipta. Alhamdulillah.


Kredit : Prof. Fatimah Binti Kari



Ini analisa saya Al Laduni Maklipat


 Zainuddin Omar


Ini analisa saya Al Laduni Maklipat



Sekarang pengundi Malaysia berpecah:

Melayu 45% PH, 55% PN (Pas+Bersatu+Walatok+Muda). 

Cina 90% DAP 

India 90% PH. 


Kes serangan Ketua Pemuda Umno terhadap Teresa KoK akan menyebabkan pengundi Cina tak keluar mengundi untuk ajar Akmal. 


Calun BN ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah. 


Al Laduni Maklipat wa MC Champ. 


BN akan kalah tipis kerana kaum Cina tak keluar mengundi (harap tidak berlaku). 


***************

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Mahkota esok sangat bergantung kepada kadar keluar mengundi mengikut etnik, menurut Ilham Centre.


Ketua penyelidik Profesor Madya Mohd Yusri Ibrahim berkata BN mula berkempen di landasan yang selesa, tetapi menghadapi halangan di pertengahan jalan.


“Faktor utama apabila tidak mendapat jaminan undi selamat daripada segmen pengundi PH sedia ada, khususnya pengundi etnik Cina yang kurang berminat untuk keluar membuang undi.


“Dalam masa sama BN masih bergelut dalam segmen teras Umno sendiri iaitu undi orang Melayu," kata Yusri dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook hari ini.


PRK Mahkota diadakan berikutan kematian penyandang Umno, Sharifah Azizah Syed Zain, pada 2 Ogos lalu.


Calon BN Syed Hussien Syed Abdullah akan berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Haizan Jaafar.


Mengulas lanjut, Yusri berkata kadar keluar mengundi akan menjadi penentu utama dalam pemilihan esok.


“Walaupun mengalami ketidaktentuan, BN masih pilihan untuk keluar sebagai pemenang, dengan syarat BN perlu mendapat sekurang-kurangnya 40 peratus undi daripada pengundi Melayu yang keluar, dalam masa sama kadar keluar pengundi Cina tidak kurang daripada 35 peratus.


"Jika angka-angka ini tidak digapai oleh BN, PN yang pada awalnya turun sebagai underdog berpeluang untuk membuat kejutan merampas mimpi indah BN dengan memanfaatkan sepenuhnya kekuatan mereka dalam segmen Melayu," kata Yusri.


"Namun jika BN berjaya menggapai angka-angka tersebut lebih besar berbanding angka ambang yang dinyatakan, mereka berpotensi menang dengan majoriti lebih besar," tambahnya.


Pada pilihan raya negeri Johor Mac 2022, Sharifah yang mewakili BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,166 undi.


Yusri berkata calon BN dan PN mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing, dengan Syed Hussien mempunyai "sedikit" kelebihan.


“Secara umumnya calon BN lebih mudah menembusi kedua-dua kelompok terbesar pemilih Mahkota iaitu pengundi Melayu dan Cina.


"Latar belakang pendidikan, kerjaya, hieraki dalam parti dan keterlibatan dalam organisasi masyarakat memberi nilai tambah bermakna untuk beliau berinteraksi dengan kedua-dua kelompok tersebut dengan selesa.


"Kemahiran berbahasa Mandarin dan memahami budaya pergaulan orang Cina turut memberi kelebihan kepada beliau," kata Yusri.


Mohd Haizan pula, katanya, banyak mempertaruhkan penglibatannya dalam bola sepak untuk diiktiraf pengundi.


Walaupun kelihatan selesa di kalangan pengundi Melayu, calon PN menurutnya bergelut untuk menyesuaikan diri dengan demografi Cina.


Mohd Haizan juga kelihatan berpengaruh di kalangan pengundi tentera, yang membentuk 4,510 pengundi, kerana pernah mengendalikan kafeteria di dalam kem tentera di sana.


Dari segi jentera, BN mempunyai kelebihan berbanding PN, kata Yusri.

Yusri seterusnya menyatakan perbezaan dalam strategi kempen yang diguna pakai oleh BN dan PN, dengan BN memilih pendekatan "penglibatan langsung" dengan pengundi, berbanding ceramah, walkabout dan pendekatan podcast yang diambil oleh PN.


Menurutnya, PN sebahagian besarnya terlibat dengan pengundi Melayu dan menghadapi isu berinteraksi dengan pengundi Cina, dengan kehadiran Gerakan hampir tidak memberi kesan.


Dia berkata DAP dan MCA, yang merupakan komponen kerajaan perpaduan, telah berusaha dengan berkesan untuk menarik pengundi Cina dalam kempen Mahkota.


Yusri berkata kedua-dua pihak menghadapi isu dalam mengkategorikan pengundi "putih", berdasarkan demografi kawasan itu.


“Situasi ini banyak mempengaruhi corak kempen apabila majoriti pengundi dirawat dengan mesej hampir sama, tidak terfokus mengikut profil pengundi sasar.


"Perkembangan ini juga secara tidak langsung menunjukkan gelanggang Mahkota ini adalah terbuka, siapa sahaja mempunyai peluang untuk keluar sebagai pemenang jika mampu merawat sokongan dan memujuk pengundi," katanya.


Kata Yusri lagi, walaupun pengundi Cina selesa dengan calon BN kerana kemahiran bertutur dalam bahasa Mandarin, cabarannya ialah mengajak mereka keluar mengundi.


“Isu utama pengundi Cina adalah mereka tidak ghairah untuk keluar mengundi esok. Faktornya kerana PRK Mahkota ini tidak memberi sebarang implikasi perubahan kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan.


"Dalam masa sama pengundi Cina menunjukkan reaksi tidak selesa berkaitan serangan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh terhadap (Ahli Parlimen DAP) Teresa Kok berkaitan isu sijil halal.


"Walaupun DAP berusaha gigih memujuk mereka keluar, maklum balas mereka secara umumnya masih dingin," kata Yusri.


Pengundi India juga menurutnya bersikap acuh tak acuh dalam pilihan raya, dengan tidak menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti yang bertanding.


"Pelbagai isu diutarakan oleh pengundi India seperti rasa terabai oleh kerajaan, tiada perwakilan yang kuat dalam kerajaan yang menyebabkan suara mereka terbatas, serta isu-isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang umum," katanya.



OTAK PENUH PENCEMARAN. LEKEH.

Mukhlis Eddie


 Fazrin Jamal kata omputih ada (AI) Artificial Intelligence, kita ada (AI) Azhar Idrus.




DAP TUMPU PADA PERATUSAN KELUAR MENGUNDI


 Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, mereka mengambil perhatian yang serius terhadap peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.



Justeru, pimpinan DAP akan terus berusaha untuk memberi penerangan yang jelas di peringkat akar umbi bagi memberi keyakinan terhadap agenda dan hala tuju Kerajaan Perpaduan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



ISLAM WAJIB BAYAR ZAKAT


 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺? Ekonomi Islam amendanya kalau tak bayar zakat? Sama la macam 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿. Eh tapi tak suma juga. Ekonomi kafir 𝘢𝘵 𝘭𝘦𝘢𝘴𝘵 bayar juga 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻. Ini langsung tak ada.



Tak setakat itu, berapa banyak jenayah lain yang telah dilakukan. Baik 𝘀𝗶𝘃𝗶𝗹 mahupun 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵. 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗻𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 termasuklah tak carumkan SOCSO dan KWSP, 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸 dan banyak lagi.


Macam ni punya meniaga, kalau tak kaya juga bodoh sangat la meniaga tu. Jadi janganlah kaitkan dengan Islam. 𝗠𝗲𝗻𝗰𝗲𝗺𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. 𝗕𝘂𝗿𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗬𝗮𝗵𝘂𝗱𝗶 𝗹𝗮𝗴𝗶. Yahudi pun 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗻𝗶𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. 𝗚𝗜𝗦𝗕𝗛 ni aniaya orang Melayu. Orang Islam!


Begitu buruk kelakuan, kalau ada lagi yang menyokong sah ada masalah mental. Patut tangkap yang sokong tu, 𝗵𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿 𝗵𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 untuk pemeriksaan. Sebab orang normal takkan begitu.


Tapi mungkin yang sokong tu bukan sokong pun tapi lebih kepada 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 Melayu/Muslim supaya 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Ala... 𝗪𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 la tu. Walaun tak peduli betul atau salah. Janji boleh fitnah kerajaan, dia bedal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



SAKSIKAN POTCAST ESOK. RAFIZI LAWAN MACAI PN.

 

Podcast Yang Bakar Menteri (YBM) bersama Lim Sian See akan ditayangkan pada Isnin (30 September 2024), jam 8 malam di semua platform media sosial saya.



Ramai yang tertanya-tanya bila saya akan siarkan episod ini dan siapakah sebenarnya orang di sebalik akaun ini? 


Semua akan terjawab dalam episod ini. 


Soalan saya: aktivis-aktivis maya PN yang lain bila lagi?


Nak tahu soalan-soalan yang ditanyakan boleh tonton esok. Pohon disebarkan kepada semua.



SIASAT AGENSI YANG LEMAH AMBIL TINDAKAN.

 

Azam Baki berkata SPRM tak terlibat dalam siasatan GISB sebab tiada unsur 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Siasatan dibuat oleh PDRM dan agensi-agensi berkaitan Islam.


Betul tu. SPRM tak perlu terlibat dalam siasatan GISB. Tapi rasanya SPRM perlu terlibat juga. Tapi bukannya siasat GISB. Sebaliknya siasat 𝗮𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻.


Isu ni bukan baru. Isu ni dah lama. Dah pernah dibawa kepada 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 tapi tak ada tindakan. Alangkah bagus kalau SPRM boleh siasat 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗶𝗹𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵-𝗹𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



SELANGOR AMBIL TINDAKAN TERHADAP GISB



 Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil tindakan dengan mengarahkan semua premis Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di negeri itu ditutup serta merampas segala aset syarikat berkenaan.



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau sendiri akan mengumumkan pada Rabu ini jumlah keseluruhan premis termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISB di negeri itu.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



KALAU AKU MEMANG TAK SIASAT DAH.. TANGKAPNTERUS.. NASIB SIASAT... TU ADIL NAMANYA.

 


KENAPA NAFI, PMO PATUTNYA BANGGA MENGAKUI SIASATAN DUA TUN MEMANG ARAHAN ANWAR?


27 September 2024


Laporan terbaru Bloomberg menyebut Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Tun Mahathir Mohamad, anak-anaknya dan rakan rapatnya, Tun Daim Zainuddin.


Menurut laporan yang sama, PMO juga menafikan Anwar mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki supaya tidak menyiasat pembelian saham oleh bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.


“PMO menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan arahan atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan SPRM.


“SPRM beroperasi sebagai badan bebas dan bertindak berdasarkan aduan yang diterima,” menurut Bloomberg yang memetik PMO sebagai berkata demikian.


Kenyataan PMO ini adalah untuk menafikan laporan Bloomberg sebelum ini yang melaporkan Azam memberitahu pegawai SPRM bahawa arahan untuk menyiasat Tun Mahathir dan anak-anaknya serta Tun Daim yang merupakan bekas menteri kewangan, datang daripada Anwar sendiri.


Dua anak Tun Mahathir, Mirzan dan Mokhzani, sebelum ini juga menafikan mereka menjadi subjek siasatan SPRM, sebaliknya menyatakan mereka hanya diminta mengisytiharkan aset sebagai anak kepada individu yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Mereka juga menyatakan bahawa mereka difahamkan bahawa pengisytiharan aset yang telah dibuat adalah untuk menentukan sama ada bapa mereka menyalahgunakan kedudukannya sebagai perdana menteri untuk memperkayakan mereka.


Tun Daim, awal tahun ini, minta dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mematuhi syarat notis pengisytiharan aset yang dikeluarkan oleh SPRM.


Dalam laporan Bloomberg yang sama, SPRM turut menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa SPRM beroperasi secara bebas dan mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada sesiapa, termasuk Perdana Menteri.


“SPRM dengan tegas menolak dakwaan mengenai sebarang arahan daripada perdana menteri untuk mempengaruhi atau menghalang siasatan tertentu,” kata laporan itu lagi.


Cuma, persoalannya di sini, untuk apa PMO membuat penafian itu?


Kecuali dalam kes siasatan SPRM terhadap Farhash yang barangkali ada keperluan untuk PMO membuat penafian adanya sebarang arahan daripada Anwar, tetapi dalam kes Tun Mahathir dan Tun Daim, tiada keperluan untuk PMO berbuat demikian.


Hakikatnya, jika benar siasatan terhadap terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim dilakukan tanpa arahan sesiapa, kenapa siasatan tidak dilakukan sebelum ini lagi?


Azam mula mengetuai SPRM ketika era kepimpinan Muhyiddin Yassin, kemudian Ismail Sabri Yaakob dan terus sehingga kepimpinan semasa oleh Anwar, tetapi siasatan terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim hanya berlaku setelah Anwar memegang jawatan Perdana Menteri.


Ini menunjukkan, tanpa arahan kepimpinan kerajaan yang tegas dalam memerangi rasuah dan membanteras perlakuan sakau seperti Anwar, siasatan SPRM tidak mungkin berlaku terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim.


Lagi pula, sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, Anwar sentiasa bercakap kepada rakyat untuk menyiasat Tun Mahathir dan Tun Daim atas dakwaan melakukan salah guna kuasa dan mengumpul kekayaan melalui jawatan politik yang mereka sandang.


Anwar bahkan bertegas mahu mengembalikan, jika didapati kekayaan yang diperolehi Tun Mahathir dan Tun Daim itu dengan cara yang salah, kepada rakyat semula.


Ini bermakna, tanpa keraguan lagi siasatan yang telah berlaku sekarang adalah selaras dengan hasrat perjuangan Anwar selama ini.


Rakyat juga tentunya tertunggu-tunggu hasil siasatan terhadap kedua-dua Tun itu.


Dengan itu, PMO tidak harus malu-malu mengakui bahawa siasatan yang berlaku kepada Tun Mahathir dan Tun Daim adalah kerana  satu sebab saja iaitu  Anwar kini sudah berada di kerusi Perdana Menteri.


Nak harap SPRM di bawah Muhyiddin dan Ismail Sabri untuk menyiasat Tun Mahathir dan Tun Daim, sama seperti mengharapkan munculnya matahari di waktu malam.


Lalu, baik Anwar atau PMO – kenapa mesti malu untuk mengaku?


Anwar bahkan harus bangga mengambil “kredit” atas siasatan kepada kedua-dua Tun itu kerana ia adalah bukti nyata beliau seorang pemimpin yang cakap serupa bikin bila kuasa sudah dalam genggamannya. – ShahbudinHusin 27September2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/09/27/kenapa-nafi-pmo-patutnya-bangga-mengaku-siasatan-dua-tun-memang-arahan-anwar.html



KALAU TAK CERDIK JANGAN BAGI KOMEN BODO.

 


Gila ada banyak jenis. Tapi ni gila jenis ala tak dapat nak dipastikan. Penubuhan SG4 dan Sanusi ke Jepun (𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗷𝗶𝗿) dikatakan sebab ringgit mengukuh.



Bila 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 kata langkah reformasi ekonomi yang telah diambil oleh kerajaan sebagai punca ringgit mengukuh puak ni tak terima. Tapi 𝘁𝗲𝗼𝗿𝗶 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 begini pula yang dimainkan.


Sanusi ke Jepun tu tarik pelabur pun tidak. Melawat loji air bawah tanah yang 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴 dari bekerja. Celah mana boleh naikkan nilai ringgit? Apa kaitannya?


Penubuhan SG4 pun dah lama. Malahan masa SG4 tu baru ditubuhkan, 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗷𝘂𝗻𝗮𝗺. Syarikat yang nak ditubuhkan tu (atau dah ditubuhkan) 𝗺𝗼𝗱𝗮𝗹 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗹𝗮𝗴𝗶.


Kalau nak reka cerita pun, biarlah 𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝗯𝗲𝗹. Inj macam dongeng 𝘾𝙞𝙣𝙙𝙚𝙧𝙚𝙡𝙡𝙖 dah ni. Tiba-tiba 𝘁𝗶𝗸𝘂𝘀 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝘂𝗱𝗮 dan 𝗹𝗮𝗯𝘂 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗸𝘂𝗱𝗮. Budak belum mumaiyiz boleh la percaya.


Betul orang kata. Kalau bodoh tu lebih baik diam. 𝘈𝘵 𝘭𝘦𝘢𝘴𝘵 orang tak tau awak tu bodoh. Dah macam ni, satu dunia tahu. Urat malu putus ke camne?


Kesian walaun sekarang terdesak sangat nak buktikan lebai bagus dan PMX gagal sampai terpaksa mengarut tahap begini. 𝗥𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵. Mental betul. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



NI PUN SIKIT LAGI KALAU DIA TAKBIR.. YANG ISLAM WALAUN PUN BOLEH SAMBUT TAKBIR DIA.. NOHHHHH

 Che Ibrahim


Silap tu Dr Bala... Sepatutnya kamu kena sebut orang kafir wajib undi Pas.....

Kamu nak jaga hati sapa muga kamu pun bukan Islam juga??




Jika inginkan keadilan di negara ini dilaksanakan, kata Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), orang bukan Islam hanya mempunyai satu pilihan iaitu mengundi PAS dalam PRU akan datang.


Ketua Penerangan DHPP Pusat, Balachandran Gopal Krishnan, mendakwa dengan memberikan PAS kuasa menjadi kerajaan parti itu akan membawa keadilan seperti yang dijamin al-Quran dan sunnah.


“So mereka (orang bukan Islam) tidak ada pilihan lain."


Berita penuh: https://mk.my/Wm6vm3B




KEH.. KEH.. LEBAI KAKI FITNAH... RAMALAN PUN FITNAH JUGA..

 

Mengejutkan? Mungkinlah untuk lebai gila macam dia ni.



Bukan setakat kalah, 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 malah undi yang diterima oleh PN 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗼𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸. Boleh kita kata ini 𝗿𝗲𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗣𝗡? Kalah dan 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝗻𝗮.


Mahiaddin, Hadi Awang, Wan Fayhsal, Annuar Musa dan semua pemimpin PN yang datang berkempen sila 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻. 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗺𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.


AUSTRALIA SEKAT WARGA ISRAEL.

 

Australia telah mengenakan sekatan ke atas peneroka ekstrem Israel dan akan menolak visa kepada sesiapa yang dikenal pasti dalam kumpulan berkenaan untuk perjalanan ke negara itu.



Menteri Luar Australia, Penny Wong bagaimanapun berkata tindakan terhadap individu sahaja tidak cukup untuk "mengubah keadaan", dipercayai merujuk kepada situasi serangan berterusan Israel ke atas Gaza.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



APA PIMPINAN PAS TAHU PULAK.

Jamzuri Ardani


 Orang yang komen kat bawah tu ialah salah seorang pimpinan PAS Kawasan di Selangor. Tu je nak kabo !!!



RINGGIT MENGUKUH.

Norizan Abdul Hamid


 Hari ini - 28/9/2024

USD 1 - RM 4.11




..


SETAKAT RAMALAN MAN LEBAI FITNAH RAMAL. QOIWULQUYUB LA.


 Man Kastam apa cita .... sembanggg hang Babi pun ternganga. Hahahaha



Ramalan Wisata Roh sekali lagi hampir tepat




Institut Darul Ehsan (IDE) yang ada team pun hanya berani ramal UMNO menang sekitar 5k ke 10k majoriti je.


Setakat ini tidak ada ramalan blogger lain yang berani sebut UMNO akan menang lebih 20k majoriti.


Tetapi kekuatan WR adalah "facts" and "faith".


Dan ditutup dengan "feelings" , naik dengan ilmu makrifat politik.


Kejatuhan Perikatan Nasional bermula dengan angka 6.


6 MP , 6% , dan ternoktah hari ini 66%.


Biarku rungkai makna hakikatnya ~


++++++++


Bermula dengan PRK Kemaman, walaupun letak Dr Sam calon heavyweight pun PAS berkurang jomlah pengundi putihnya sebanyak 6%.


Benda ni berlarutan sampai ke Sungai Bakap.


Kemudian turning point, PAS terlalu over confident disangkakan menang sebab tanding kat Kelantan,

PAS hilang 2 kali lipat, 6% x 2 = 12% pengundi putihnya di Nenggiri.

Dah la hilang,

1st time dalam masa 22 bulan madani perintah,

pengundi PN swing kepada kerajaan PERPADUAN.


Dan di Mahkota Hills PAS dan gabungan PN hanya mampu capai 66% saja pengundi putihnya pada PRU-15,

iaitu daripada sebanyak 11,021 , berkurang kepada 7,347.


_________


Dan fakta ini paling mengejutkan dan buat PAS khawarij melayu terkesima.


Bukan 12% lagi, ini kalilah sebanyak 34% pengundi putihnya yang mengundi PN swing habis dan beri undi kepada kerajaan PERPADUAN roh madani leluhur melayu sufi centrist.


Dan kalau diterjemahkan kepada PRU-16 sekitar 3 tahun lagi, kerajaan PERPADUAN akan menang dan memerintah penuh 1 lagi penggal.


+++++++++


Fakta kedua adalah 3 PDM kawasan melayu yang dimenangi oleh PN kerana pengundi muda telah berjaya dirampas roh madani , 

ternyata anak muda Gen Z umur 25 tahun ke bawah sudah mula jatuh hati dan memberi hadiah kemenangan 20.6k majoriti kepada PMX.


Dan sekiranya Perikatan Nasional masih terus menerus main isu 3R, liwat dan derhaka dengan raja-raja melayu,

anak muda akan semakin menjauhi PAS, kerana yang bagi dana sebelum ni kepada PAS untuk pecahkan Pakatan Rakyat adalah 2 Mah dan House of Najib.


H.o.N yang bermazhab cina Eric C pula semakin hilang arah dan tak keruan bila UMNO berjaya menang besar majoriti 4 kali lipat dari sebelum ni.

Ternyata UMNO milik orang melayu bukan milik Najib.

Tanpa kerberadaan Bossku ,

UMNO yang dipimpin Zahid Hamidi masonslayer berjaya dipulihkan.


2 Mah kalah

Combo MAHADI kalah

H.o.N kalah

Kharawij melayu dan pendokong GISB tercyduk


Terima kasih Allah


Tahniah Dr Akmal dan YB Teresa.


Penyamaran ter-boek ❤️💙


Salam Malaysia Madani 🇲🇾✨


WR



MUKHTAR SENIK DALAM PERHATIAN KERANA KUTIP DUIT UNTUK APA??

 

𝗔𝗵𝗵..𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵𝗵𝗵.... 𝗻𝗶 𝗮𝗽𝗮 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮??? 𝗣𝗪 - 𝗦𝗰𝗮𝗺 𝗡𝗼 𝗢𝗻𝗲 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗣𝗡𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮??  



Saya tak pernah bagi publisiti murahan buat lebai 3 inci 2 hoon ni tapi kali ni "terperangkap" jua, apa cerita? Lebai taknak nafi dan explain pd umum ke?? 


Tanya jer.....


-Zus Din 

28092024