𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗢𝗧𝗔: 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗗𝗜𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗡

 


𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗢𝗧𝗔: 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗗𝗜𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗡


✍️ Ahmad Mursi 


1.  PN nyaris hilang wang deposit lepasi had minimum 12.5% (4,418) dari jumlah keluar undi walhal ini 1 lawan 1. Lebih 2,929 undi je.


2.  PN kalah di Kesemua 18 Daerah Mengundi (DM).


3.  3 DM Melayu yang dimenangi PN pada PRU15 ditawan oleh BN dengan selesa.


4.  Jumlah keluar mengundi 35,342 (53.84%) berbanding PRN2022 sebanyak 40,225 (65.66%). Beza dari segi jumlah 4,883.


5.  Majoriti BN naik 4 kali ganda dari 5,166 ke 20,648.


6.  Bagi setiap 5 pengundi, 4 undi BN, dan 1 undi PN. BN 27,995 dan PN 7,347.


7.  Undi PH berpindah kepada BN. PRN 2022 dulu BN 16,611, PH 11,445, dan PN 7,614. Formula Perpaduan berkesan.


8.  Undi PN dah tepu dan kurang sedikit 7,347 dibanding dengan PRN2022 (7,614). Tak berjaya tambah undi walaupun PH tak bertanding.


9.  Undi PN menyusut 29.8% dibandingkan dengan jumlah undi dalam DUN Mahkota untuk merebut kerusi Parlimen Keluang pada PRU15 (8,750) semasa sentimen api perkauman ditiup secara maksimum.


10.  Kemenangan calon Perpaduan bukti rakyat inginkan kestabilan politik demi kemakmuran ekonomi dan mula jemu dengan politik 3R oleh PN.