𝗦𝗘𝗥𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗜𝗞𝗢𝗧 𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗟𝗜𝗗𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜, 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗛𝗜𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗦𝗨 𝗣@𝗟𝟯𝗦𝗧𝟭𝗡



✍️  Ahmad Mursi 


1.  Tiada masalah jika kritik kerajaan, tetapi agak melampau bila ahli Parlimen pembangkang berkempen memboikot himpunan solidariti di Bukit Jalil semalam.


2.  Ini pengkhianatan kepada perjuangan P@L3ST1N yang harapkan bantuan Malaysia sebagai kerajaan.


3.  Tiada negara seberani Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian tegas sepanjang perang terbaru ini.


4.  Jika pembangkang tidak mahu hadir, senyap lebih baik. Tak perlu hasut rakyat tidak hadir kerana ini isu sejagat. Ini zahirkan kotornya hati pemimpin PN-PAS main politik.


5.  Pembangkang pertikai ketegasan PMX berjuang isu P@L3ST1N sejak muda dan usaha kerajaan MADANI, tetapi sewaktu Kerajaan Tebok Atap dulu, mereka tidak lantang berjuang di peringkat antarabangsa.


6.  Pembangkang hanya 'jaguh kampung' menyeleweng fakta dan sebarkan penipuan termasuk guna surat layang menyorok di belakang imuniti Parlimen.


7.  Pernah nampak Haji Hadi atau Muhyiddin kritik kuasa besar secara berdepan seperti PMX? Hj Hadi: tanya lain jawab lain. Muhyiddin: tiada 'pdf', tiadalah ucapan.


8.  Haji Hadi sebagai Duta khas Timur Tengah tiada impak selain ambil sikap berkecuali dalam isu Timur Tengah. Gaji dan pencen bertaraf menteri tetap berjalan.


9.  Saya akui, ada satu dua isu dikritik pembangkang ketika ini, tetapi itu sudah dijelaskan berulang kali termasuk di Kamar Khas Parlimen.


10.  Tak perlu buat seruan boikot. Tunjukkan rakyat Malaysia ini satu ketumbukan kuat membantu P@L3ST1N.


11.  Jika kelompok yang dakwa diri 'terpaling Islam', ambil sikap 'tikam belakang' waktu kerajaan Madani bertegas isu P@L3ST1N dengan mengambil risiko, mungkin inilah punca kita masih gagal bebaskan P@L3ST1N kerana pengkhianatan ini masih berlaku di mana-mana.



KENYATAAN MENGEJUTKAN MUFTI PERLIS! PEMBANGKANG BOIKOT HIMPUNAN PEMBEBASAN!



Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui, hanya kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang berani menganjurkan himpunan mengutuk secara terbuka negara haram Israel. Beliau yang dikenali dengan panggilan Dr Maza itu berkata, walau apa pun andaian dibuat pihak lain tentang Himpunan Pembebasan Palestin, kerajaan berani mengambil risikonya terutama risiko dari negara luar. “Kita hendaklah akui bahawa majlis seperti ini tidak buat setakat ini oleh mana-mana negara Arab, walaupun 5 peratus. “Hanya kepimpinan negara yang berani sahaja boleh menganjurkan acara seperti ini yang mengutuk secara terbuka negara haram yang dilaknat itu. “Acara dan kenyataan terbuka seperti ini boleh mengundang reaksi lobi yahudi di Timur dan Barat. Apapun andaian pihak lain, sama ada tujuan politik atau selainnya, risikonya tetap ada dan pihak kerajaan berani mengambilnya. “Kebaikannya juga besar untuk pembentukan pemikiran dan sikap rakyat kita,” katanya di Facebook malam tadi. Dr Maza antara individu dilihat hadir pada himpunan semalam menyertai ribuan lagi rakyat Malaysia bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dan menyokong Palestin. Dr Maza percaya, kita mungkin boleh berbeza pandangan dengan kerajaan dalam hal-hal lain, tapi tidak dalam hal ini. Sokongan kepada YAB PMX dalam isu ini hendaklah diberikan supaya nada tegas dan bantahan ini jelas sampai ke seluruh dunia, katanya. “Tiada negara lain yang seberani ini dalam sikap terhadap isu Palestin. Alhamdulillah. “Kata seorang tokoh gerakan Islam di Jordan ketika menasihati saya semasa usia 20-an dahulu : “Niat pemimpin baik atau buruk terserah kepada diri mereka, namun kebaika





KENAPA RINGGIT NAIK TAPI PASARAN SAHAM MALAYSIA JATUH?






First, kita kena faham bagaimana asas pasaran modal bergerak. Orang yang menggerakkan modal ni ialah pengurus dana. 


So macam mana pengurus dana ni buat keputusan nak letakkan wang mereka di mana?


Faktor utama adalah resiko. So mereka nak letakkan wang mereka di tempat “paling untung” tapi pada masa yang sama “paling selamat”.


Mereka nak high risk, safest place. So mereka akan gerakkan modal mereka ke tempat yang mereka yakin untung tapi selamat. 


Macam mana nak tentukan letak dimana? Jawabnya ialah pedictability and certainty. Uncertainty mencipta resiko. Certainty mengurangkan resiko. 


Dalam keadaan di mana market is predictable and certain, resiko turun. Tapi dalam keadaan di mana market is unpredictable and uncertain, resiko tinggi.


Dalam keadaan market predictable, mereka akan lebih banyak allocate dana ke pasaran ekuiti. Pasaran ekuiti ada resiko yang lebih tinggi tapi return pun lebih tinggi.


Ingat ya high risk high return, low risk low return. 


Tapi dalam keadaan market unpredictable, mereka akan pindahkan dana ke pasaran bon. Ini kerana pasaran bon mempunyai resiko yang lebih rendah (sebab dijamin oleh kerajaan) tapi pada masa yang sama pulangan pun kurang. 


Jadi sekarang kita dah boleh cantumkan puzzle ni untuk jelaskan keadaan yang berlaku sekarang.


Pada first half 2024, market is predictable. Federal Reserve firm yang mereka akan kekalkan interest rates pada 5.5 peratus. 


Jadi sebab market is predictable pengurus dana willing untuk take more risk, letakkan wang di pasaran ekuiti. Sebab tu dalam masa enam bulan yang lepas US stock market index dalam keadaan menaik.


Second half 2024, uncertainty mula berlaku. Inflasi menunjukkan penurunan. Ni masih okay lagi. Tapi pasaran kerja US menunjukkan tanda-tanda ekonomi US sedang melemah dan berpotensi bergerak ke arah kemelesetan.


Kadar pengangguran naik kepada 4.3 peratus pada Julai 2024. Pada Januari 2024 ia pada kadar 3.7 peratus. Ini adalah kadar tertinggi sejak 2021.


Penciptaan kerja baru pada bulan Julai 2024 hanya 114,000 iaitu lebih rendah dari jangkaan.


Sementara itu kadar inflasi turun lagi kepada 3 peratus pada Jun 2024. 


Data-data ekonomi ini semua membawa uncertainty kepada pasaran. Ia juga membawa kemungkinan US mungkin akan masuk ke dalam kemelesetan jika Fed tak bertindak turunkan kadar faedah dengan pantas.


Bila uncertainty berlaku, pengurus dana mula pindahkan wang ke tempat yang lebih selamat iaitu bon. Ini membuatkan harga bon naik. Harga bon mempunyai hubungan negatif dengan yeild. Sebab itu bon yeild jatuh.


Ini membuatkan Wall Street jatuh. FBM KLCI memang secara tradisi akan track performance Wall Street. Bila Wall Street jatuh, FBM KLCI juga jatuh.


Sebab tu kita nampak FBM KLCI dan Wall Street mulai jatuh pada awal bulan ini. Kenapa? Sebab pada masa itulah data pekerjaan ini diumum. Pengurus dana bertindak dengan pantas untuk uruskan resiko dana mereka.


Tapi kenapa pula Ringgit naik? Kenapa tak jatuh seperti FBM KLCI?


Ingat tak saya tulis tadi predictability dan certainty akan hasilkan resiko rendah? Jom kita tengok apa yang terjadi pada Ringgit.


Kalau korang perasan sejak awal tahun BNM ada cakap inflation expected untuk Malaysia pada 2024 ialah antara 2.5 hingga 3.5 peratus. Apa maksud tersirat di sini?


Maksudnya, walau inflasi naik (akibat pelarasan susbidi) inflasi dijangka dalam keadaan terkawal. Bila inflasi terkawal, BNM akan kekalkan OPR pada 3 peratus hingga hujung 2024. So kerajaan bertanggungjawab untuk wujudkan strategi di mana inflasi ini tak naik lebih dari jangkaan.


Nampak tak ada elemen predictability dan certainty di sini. Clear policy path ni membuatkan resiko pengurus dana dalam keadaan yang lebih terkawal berbanding di negara yang mereka tak pasti.


Semakin hampir US turunkan kadar faedah mereka, bila BNM holds OPR steady, bermaksud pengurus dana tahu interest rates gap ini akan jadi rendah tak lama lagi.


So lebih baik mereka pegang Ringgit sekarang sebab bila Fed benar-benar turunkan kadar faedah mereka akan buat untung bila letakkan wang mereka di sini. 


Keadaan akan terus jadi baik kepada Ringgit DENGAN SYARAT SELAGI US tak masuk ke dalam kemelesetan. Jika US masuk ke dalam kemelesetan, Ringgit juga akan jatuh sebab pengurus dana akan mula pindahkan wang beramai-ramai ke asset yang lebih selamat seperti bon US dan gold. Ini membuatkan mereka akan menjual Ringgit.


Tapi jika US berjaya elak dari kemelesetan dan Fed turunkan kadar faedah pada masa tepat, Ringgit akan terus mengalami pengukuhan. 


Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku.



BUANGLAH NIAT NAK JATUHKAN NASSARUDDIN


MSO


Selama lebih 40 jam berada di Kelantan, Jumaat dan Ahad, dalam rangka mengambil angin dan seronok sebab PM turun ke negeri itu, saya menemui beberapa maklumat politik yang belum terlatas ke Kuala Lumpur. 


Sebenarnya bukan kerja saya untuk mencari apa-apa maklumat politik dalaman baik dalam kerajaan maupun parti yang sedang menguasai negeri itu.


Sejujurnya sejak kematian Tokguruku Nik Aziz saya tidak sekerap dahulu balik ke Kelantan, kerana kawan, sahabat, guru dan lawan politik saya sudah tiada. Kalau pun balik disebabkan ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Kalau balik nak menyiasat apa-apa gerakan politik tidak lagi. 


Sebenarnya juga saya sudah tidak berminat lagi dengan politik Kelantan, tentang pergaduhan dan serang menyerang pembangkang dengan kerajaan. Baik yang jadi kerajaan dan jadi pembangkang adalah kekawan saya belaka. 


Trend politik cuba dibawa oleh PM Anwar Ibrahim membina hubungan baik dan meredakan suhu politik Kelantan (Melayu sama Melayu), baik dan perlu disokong. Trend itu menjadikan saya tidak perlu gaduh sangat. Ketika ini saat untuk majukan Kelantan dan mengseimbangankan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Barat. Sepatutnya orang Kelantan mengambil kesempatan atas keberadaan Anwar kini. 


Alhamdulilah hasrat itu nampaknya nyata dan akan menjadi kenyataan. Kalau pun ada sedikit gelora dan gerak politik di Kelantan apabila Pas menerima seorang mualaf tanpa meninjau dari mana keturunan dan asal usulnya, dan juga seakan tidak kaji apakah kesan kemunculan mualaf berkenaan. Orang Pas yang taksud dengan mualaf itu perlu tahu akan chemestry dia dengan Anwar Ibrahim dan dengan bekas bossnya, presiden Umno. 


Bagi saya dia tidak seikhlas yang dipertuturkan melainkan mahu peralatkan Pas untuk dia mencapai tujuannya. 


Biarlah, saya tidak nak ulas soal mualaf yang mahu jadi lebih Pas daripada orang Pas. Saya percaya akhirnya orang Pas akan mengerti dan sedar juga permainan "ular senduk dalam bakul" oleh mualaf itu. 


Apa yang saya nak singgung jelang Maghrib ini ialah tentang khabar yang tidak berapa baik sedang berkumandang sekarang ini. Ia masih lagi belum melarat tetapi sudah dapat dihidu. Kota Darul Naim ada sedikit goncangan.


Apa yang saya maksud itu ialah ada gerakan hendak jatuhkan Nassaruddin Daud sebagai MB. Untuk petang ini saya tidak mahu gunakan konotasi "gerakan", tetapi ada rancangan "niat" ke arah itu.


Kenapa jadi begitu, Nassaruddin baru jadi MB belum ada apa-apa kesalahan pun kecuali salah cakap macam Zahid Hamidi lakukan semalam. Bagi saya tidak perlu ada niat ke arah itu, berikan peluang dan sokongan kepada beliau sepenuhnya.


Seperti saya katakan pendekatan politik yang diambil oleh MB itu dengan Kuala Lumpur sesuatu yang baik. Anwar juga nampak selesa dengan MB itu. Ini boleh disaksikan dalam pertemuan dan perjumpaan mereka.


Jadi, disini saya seru kepada kumpulan yang memasang niat untuk jatuhkan Nassaruddin itu. Tunggu dahulu, dan berfikir biar panjang sikit. Terimalah takdir yang terjadi dan jangan bersikap salahkan ibu yang mengadung. Tunggu cerita selanjutnya. Trims.




KITA BUKAN MUFTI DAN QADHI


Dzolkarnain Abidin


Kita bukan mufti yang berfatwa. Bukan juga qadhi yang menghukum. Mufti ada jabatannya. Qadhi ada mahkamahnya. Mufti dan qadhi sendiri terikat dengan peraturan dalam berfatwa dan menjatuhkan hukum.


Jadi, apabila kita mengeluarkan sesuatu pandangan terhadap sesuatu perkara agama terhadap orang lain, keluarkanlah pandangan sebagai kawan atau saudara. Bukan sebagai mufti dan tak perlu jadi qadhi.


Jika kawan atau saudara kita berbuat silap, meskipun dalam urusan aqidah, usahlah sembrono memfatwakan dia sesat atau terkeluar Islam. Usahlah secara terus menghukum dia murtad, jadi kafir atau ahli neraka.


Cukuplah kita sebut perkara itu salah, tak sesuai, tak beretika, ganjil, tidak selari dengan agama atau tidak menepati syariah atau seumpamanya. Bahkan, seharusnya kita berjimat untuk berkata haram dan berdosa.


Tak perlulah pergi terlalu jauh. Itu haram, itu syirik, perbuatan itu murtad, dia sudah terkeluar Islam, kalau tak bertaubat dia masuk neraka, jika tak tarik balik dia mati kafir, atau dia bukan lagi Muslim.


Dia saudara kita atau kawan kita. Mungkin dia terlanjur, tersasul, dalam situasi terlalu teruja, atau sebarang kemungkinan lain yang kita tidak tahu. Kenapa kita tidak berfikir begitu?


Tak bolehkah kita menyimpan sedikit keghairahan untuk berfatwa atau keterujaan untuk menghukum itu? Tak bolehkah kita tidak terburu-buru? 


Tak bolehkah kita berfikir, jika kita sendiri berada dalam situasi dia, kita juga akan berbuat perkara yang sama? Bukankah kita dan dia adalah manusia biasa. Sebagaimana dia tersilap, kita juga terdedah buat silap.


Nak berhujah, silakan. Tapi jadilah penghujah, bukan mufti atau qadhi. Hanya mereka yang berpemikiran Khawarij yang bermudah-mudah menghukum orang lain sesat atau terkeluar agama.



SIRI Ke-6 program YADIM Interaktif:

 


SIRI Ke-6 program YADIM Interaktif: Jelajah Seminar Kenegaraan Madani di Kedah telah berlangsung di Dewan Sekolah MenengahKebangsaan Khir Johari, Sungai Petani pada 5 Ogos. 









Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Dr. Ahmad Mujahid Abdullah di akhir seminar. Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda /Yan, Dr. Amir Mohd Nason.


Seramai 200 mahasiswa Tingkatan Enam daerah Kuala Muda telah dipandu oleh Zamalah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Zul Azri Mohd Sani sebagai panel pertama dan jurulatih Madani, Dr. Ahmad Safwan Mohamad selaku sebagai panel kedua. 


Program anjuran bersama YADIM dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah adalah salah satu medium pengenalan dan penerapan nilai-nilai Madani.


***


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan


InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani



JANGAN LUPA PESANAN INI













Solatlah

Solat jangan tinggal

Buatlah apa saja di dunia

Tapi solat jangan tinggal


Solatlah walau x khusyuk

Solatlah walau kita dlm proses tarbiah dan berubah

Solatlah walau kita masih sedar berbuat dosa

Solatlah walau kita terpaksa

Solatlah walau masih lompong di sana sini

X de masalah


Allah terima kita seadanya

Allah  Maha  Tahu  betapa kita sedang berusaha melawan segalanya


Allah maha penilai terbaik

Allah satu-satunya yang terima kita seadanya ,..


Solatlah ... Solatlah ... Solatlah

Solatlah wahai sahabatku.




DASAR GAJI PROGRESIF.



 Projek Rintis Dasar Gaji Progresif sudah pun bermula dan pihak Kementerian telah mula menerima pendaftaran dan permohonan daripada syarikat-syarikat yang berminat. 



Saya akan mengambil peluang untuk memaklumkan perkembangan terkini pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan rancangan seterusnya dalam satu sesi pertemuan Townhall Projek Rintis Dasar Gaji Progresif bersama pemegang-pemegang taruh pada masa dan ketetapan berikut:


Hari: Selasa, 6 Ogos 2024

Masa: 2 petang

Tempat: Grand Ballroom, Level 1, Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Center.


Sesi ini juga akan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial saya.


Saya menjemput semua yang terlibat dan berminat untuk hadir bersama kerana pendaftaran projek rintis masih dibuka. Untuk mendaftarkan kehadiran atau untuk sertai projek rintis, sila ke pautan https://gajiprogresif.gov.my/



TAK PAYAH LA.

 

Nazri Hamdan. 


Saya tak bersetuju dengan cadangan ni.


Kenapa? Sebab bangunkan sosial media bukan kerja kerajaan. Dont waste tax revenue untuk buat kerja yang bukan kerja kerajaan.



Bagilah company media sosial buat. Tu memang kerja diorang. Manakala kerajaan regulate. 


Kerajaan just focus buat kerja kerajaan iaitu rangka polisi untuk perniagaan. Jangan nanti bila dah belanja bangunkan sosial media tak ada orang join. Dah jadi gajah putih.



PM akui hilang tonggak perkhidmatan awam dengan persaraan Zuki Ali



Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengakui akan kehilangan pendamping dan tonggak penting dalam Perkhidmatan Awam berikutan persaraan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Mohd Zuki Ali. Berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Ogos di Putrajaya, Anwar berkata perhimpunan tersebut adalah yang terakhir bagi Mohd Zuki. Anwar berkata bermula hari pertama beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2022, Mohd Zuki telah secara konsisten memberi nasihat, cadangan dan pandangan untuk kebaikan perkhidmatan awam dan negara.




BERITA BAIK! PENJAWAT AWAM SIAP SEDIA!MAKIN TAKUTLAH GENG PEMFITNAH LEPA...



Penjawat awam boleh menyemak dan mengetahui kadar baharu gaji pada minggu depan susulan pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperkenalkan kerajaan. Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Mohd Shaiful Ibrahim berkata perincian berkenaan mekanisme pelarasan gaji penjawat awam itu akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos ini. "Pada MAPPA 16 Ogos ini, kita sediakan perkhidmatan kalau hendak kira berapa kenaikan akan berlaku pada gaji kita. "Ada kalkulator (untuk kira) berapa gaji kita. Pada 1 Dis akan berlaku kenaikan gaji dan hujung bulan (Disember) penjawat awam akan terima kadar gaji yang baharu," katanya semasa menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV di sini hari ini. MAPPA-ke19 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 8 pagi.




MINTA DARI LEBAI PAS BAYAR RM100 JUTA! SEKARANG TUDUH ORANG BANKRAPKAN D...


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi sekali lagi tampil dengan stail sinisnya dalam mengulas isu semasa politik. Kali ini bagi menjawab kata-kata disebutkan Adun Rembia di Melaka, Muhammad Jailani Khamis, yang mendakwa Umno mahu melihat dia muflis dengan menuntut ganti rugi RM100 juta. Menafikan dakwaan tersebut, Mohd Puad sebaliknya berkata, tindakan Adun terbabitlah yang - yang digelarnya "tiada kelas" - boleh membuat dia mungkin menjadi bankrap nanti. "Adun Rembia mendakwa tuntutan Umno sebanyak RM100 juta bertujuan supaya dia menjadi muflis. Ini satu lagi YB yang tiada kelas. "Dialah yang memufliskan dirinya," katanya dalam kenyataan awal petang ini. Menurut Mohd Puad, apa yang berlaku ialah Jailani sendiri yang menandatangani akuan berkanun sebelum dicalonkan dalam pilihan raya negeri di Melaka pada 2021. Selepas itu, katanya, Jailani memilih untuk melompat parti. "Maka tanggunglah sendiri. Dia (Jailani) boleh tanya pula apa yang dia nak beri anaknya makan?" kata Mohd Puad lagi.




KENAPA PANAS SANGAT NI.



 Kepanasan betul para 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗯𝗼𝗱 bila 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗸𝘂𝗵 sekarang ni. Bila aku 𝘴𝘤𝘰𝘭𝘭 𝘯𝘦𝘸𝘴𝘧𝘦𝘦𝘥 asyiklah jumpa mereka meroyan dan memperlekehkan berita 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 berbanding dolar Amerika ni.


Ada yang suruh tengok 𝗶𝗻𝗱𝗲𝗸𝘀 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗼𝘁. Ada yang kata DS Anwar kaki 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮. 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴, 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗱𝗶𝗮. Aku gelak sakan tengok orang 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 meroyan. Takut ada yang terus jadi gila je karang.


Masalahnya, masa nilai ringgit menjunam dulu, dah berapa kali 𝗱𝗶𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 terutamanya 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀𝗶 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮 jadi punca kenapa nilai ringgit merudum. Tapi walangong ni semua 𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮.


Semua ambil kesempatan untuk salahkan DS Anwar masa ru. Sebab mereka agak kejatuhan ini 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 1998 apabila Mahathir 𝗿𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 daripada DS Anwar. Tapi malangnya bukan itu yang berlaku.


Jadi sekarang ringgit kembali mengukuh. Kalau masa jatuh dulu salahkan DS Anwar, apa salah bila naik ni 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. Sesuai la kan? Tapi tak. Mereka geram sebab 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗹𝗮𝗴𝗶. 


Sekarang dah hilang satu poin untuk reka naratif palsu konon 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶. Lebih lagi bila beberapa 𝗺𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂𝗸 𝗷𝗮𝗺𝗯𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗷𝗮𝗻𝗮 𝗲𝗺𝗮𝘀 tercalar egonya bila apa yang dia ramal 𝘁𝗲𝗿𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝘂𝗵.


Jadi sebab nak 𝗽𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮 𝗲𝗴𝗼, rajinlah dia selongkar berita sana sini demi nak buktikan 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 𝗶𝗻𝗶 bukan kerja DS Anwar. Tanpa sedar mereka 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Paling risau 𝗵𝗮𝗺𝗯𝗮 𝘀𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 yang bimbang nilai ringgit 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗶 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗥𝗠3.80 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗨𝗦$1. Sebab naratif mereka nak tunjuk cuma Najib saja yang pandai jaga ekonomi, walau terbukti hanya 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗥𝗼𝘀𝗺𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗴𝗮 masa Najib jadi PM.


Sabarlah wahai 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗻𝗴 (walaun, walajib, walatok dan walabod bersaudara). Lain kali kalau berniat nak main sentimen tu, belajar dulu asasnya.


Kita semua tahu faktor luaran 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁. Tapi polisi kerajaan pun mainkan peranan juga. Sebab itulah sekarang ni ringgit naik mencanak lsebab kombinasi faktor luaran dan dalaman 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝘀𝗲𝗿𝗲𝗻𝘁𝗮𝗸.


Tapi disebabkan dulu walangong semua 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼 salahkan DS Anwar, hari ni kita pusingkan meja dan gunakan sentimen yang sama. 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BOLEH SEMAK GAJI BAHARU



 Penjawat awam boleh menyemak dan mengetahui kadar baharu gaji pada minggu depan susulan pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperkenalkan kerajaan.



Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Mohd Shaiful Ibrahim berkata perincian berkenaan mekanisme pelarasan gaji penjawat awam itu akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos ini.


"Pada MAPPA 16 Ogos ini, kita sediakan perkhidmatan kalau hendak kira berapa kenaikan akan berlaku pada gaji kita," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



KATANYA CAKAP BANYAK TIPU


Khairul Azhar


 Bila Lebai Ada Jawatan🤣🤣🤣 Poyo Lebih.... Yang Dia Tau Dah Cukup Jumlohh Sesumpah Melebihi Dari Cukup Sesumpah... 


Walaun Kena Hancing Dengan Lebai Penipu Negara ( PN ) 🤣🤣🤣 Take Beer Timah Aloha....




Boikot Himpunan Pembebasan Palestine tandus isu

 

Zamri Zainal Abidin


Boikot Himpunan Pembebasan Palestine tandus isu 





Kempen oleh beberapa pemimpin pembangkang supaya boikot perhimpunan solidariti Pal3stin3 malam tadi adalah satu tanda ketandusan isu untuk menunjukkan mereka masih relevan dalam politik negara. Kononnya sebagai satu bantahan terhadap sikap kerajaan yang tidak tegas dalam isu Pal3stin3.


Entah bagaimana serius dan tegas lagi yang Kerajaan Madani mahu tunjukkan untuk memuaskan hati mereka. Mungkin mereka mahu perisytiharan menggunakan susunan mereka huruf demi huruf baharulah mereka berpuas hati.


Dalam masa yang sama nun jauh di G4z4, H4m4s sentiasa menjadikan Malaysia khasnya Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai saudara yang boleh dipercayai untuk membawa suara rakyat Palestine ke persada dunia. Keakraban Anwar-Haniy3h sudah disaksikan secara nyata di pentas dunia.


Ketika lawatan rasmi tiga hari ke Doha, Qatar pada pertengahan Mei lalu PMX  sedar risiko mengunjungi Almarhum Haniy3h dan pimpinan H4m4s secara terbuka, tetapi secara tegas mengambil pendekatan dan pendirian secara bebas menyokong kemerdekaan Pal3stin3. Sebagai menghormati tuan rumah juga PMX telah bertindak bijak mendapatkan nasihat Emir Qatar dan Perdana Menteri Qatar sebelum mengunjungi Almarhum.


https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2024/05/1247064/ramai-resah-anwar-bertemu-hamas-di-doha-ini-penjelasan-pm


“Anda tidak perlu memberitahu saya siapa yang patut atau tidak patut saya temui," kata Anwar pada sesi soal jawab yang diadakan oleh Bloomberg News mengenai sama ada pertemuan itu akan mengecewakan Washington (kerana ia berlaku selang beberapa hari selepas Jabatan Perbendaharaan AS menghantar para pegawainya ke Malaysia bagi membincangkan dakwaan wujud pembiayaan keganasan dari negara ini).


https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/663643


Sejak 7 Okt tahun lepas, PMX juga secara konsisten menolak tekanan AS untuk melabelkan H4m4s sebagai kumpulan pengganas dengan mengatakan bahawa kerajaannya tidak akan tunduk kepada sebarang paksaan.


“Mengapa saya berjumpa dengan Ismail Haniyeh dan [mantan pengerusi Hamas] Khaled Mashal …[Ia] adalah untuk memahami daripada mereka mengenai perkembangan terkini [di G4z4]…[untuk] menyatakan simpati saya terutama mengenai pembunuhan kanak-kanak dan meminta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku,” kata PMX  di Forum Ekonomi Qatar, merujuk kepada insiden ribuan kanak-kanak Palestin yang terbunuh dalam serangan oleh Israel.


Sepatutnya tokoh-tokoh yang mengaku membawa inspirasi pembebasan Pal3stin3 di negara ini berganding bahu dengan Kerajaan Madani pimpinan PMX pada masa ini. Inilah satu kepimpinan yang benar-benar serius dan berani menyatakan sokongan kepada Pal3stin3. Mereka yang telah menggesa boikot seharusnya berasa malu dengan kempen itu, dan sewajarnya sedar bahawa tidak selalunya kempen dan gesaan mereka akan disambut dan disokong oleh pengikut-pengikut yang semakin sedar dan celik mata.


HIDUP PAL3STIN3.

VIVA PAL3STIN4.



KENAPA KAMI MENUBUH DAN MENYERTAI AMANAH

 

Desa HM


Antara ribuan yang hadir dalam himpunan selamatkan Pales**n malam ini, termasuklah menteri2 kabinet, KSN serta peg2 tinggi kerajaan, diplomat2 asing termasuk dari China, pimpinan NGO dari semua kaum.. dan rakyat jelata dari segenap pelusuk negara... namun tidak kelihatan seorang pun pimpinan dari PAS. 


Justeru, apa yang dapat disimpulkan dari himpunan malam ini,.. 


PAS masih dilihat belum berjiwa besar dan punya keterbukaan untuk berkompromi dengan pihak kerajaan, dalam apa jua soal,.. termasuklah soal solidariti terhadap rakyat Pales**n yang sedang dibunuh dan disiksa di Gaza dan Tebing Barat...


Ternyata, PAS masih meletakkan politik kepartian, mengatasi apa jua permasalahan dan kepentingan umat keseluruhannya. Bagi PAS, politik itu lebih penting dari segala2nya.


Perbezaan pandangan tentang cina DAP atau barangkali tentang subsidi diesel yang disasarkan, adalah lebih besar mudharatnya berbanding ribuan nyawa umat Islam yang dibunuh dengan kejam di sana.


Kalau itu lah sikap yang ditunjukkan oleh PAS dalam konotasi yang kononnya maudhuk mereka berpaksikan kpd perjuangan Islam, terbuktilah, itu hanya retorik dan cerekarama PAS utk mengaburi mata penyokong2 mereka semata2.


Maka tidak silap lah... kami, sebahagian besar dari pimpinan dari parti itu, memilih untuk mufaraqah dan menubuhkan Amanah...


Diharap... rakyat yang berfikiran waras, pastinya mampu untuk menilai.


🤔🤔



KESIAN BETUL MADANI KENA BULI JA...

 


Kesian betul 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 ni kena buli je dengan media. 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗚𝗮𝘇𝗲𝘁𝘁𝗲 siarkan gambar dari 𝗛𝗶𝗺𝗽𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 seolah-olah nak tunjuk yang himpunan tu 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻.





Tapi ada pengkongsian dari mereka yang hadir tunjuk video, 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝘀𝘁𝗮𝗱𝗶𝘂𝗺 𝗔𝘅𝗶𝗮𝘁𝗮 masa himpunan tu. Tak macam 𝙁𝙖𝙢𝙞𝙡𝙮 𝘿𝙖𝙮 𝗱𝗶 𝗧𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻 baru-baru ni. Tapi itu la. Media sekarang tugasnya 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Dah begini sekali pun ada yang kata 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 di Malaysia. Siap kata 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿 𝗹𝗮𝗴𝗶. Agaknya mereka nak bebas sebab 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗻𝗶 𝗵𝘂𝗿𝘂 𝗵𝗮𝗿𝗮 ke? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KISAH MANUSIA TERPALING ISLAM.


Dzolkarnain Abidin


 AKU TUNGGU JAWAPAN





Ada tiga tuduhan terhadap aku:


1. Meletak agama selain Islam betul.

2. Meredhai agama kufur.

3. Jaga hati kafir sehingga mengakui agama mereka benar.


Dia turut mempersoalkan aqidah aku kerana dia kata aku meredhai agama kufur.


Aku mahu dia kemukakan bukti sama ada tulisan atau ucapan aku tentang tiga tuduhan itu.



JAY JAY MENINGGAL DUNIA.

 


Penghibur veteran tanah air, Mohd Fauzi Darus, yang lebih dikenali sebagai Jay Jay, telah meninggal dunia di sebuah hospital di Damansara, pada Ahad. 



Al-Fatihah.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



SANUSI KATA KEPALA BAPAK HANG. TU BUKAN MAKI. TAPI PUJIAN.

 


Akhirnya 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗵 ada juga posting yang 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗹. Tapi aku pelik apa yang dia 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗻𝗮𝗸 𝗲𝗷𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 sampai tukar ejaan jadi 𝗵𝗮𝗿𝗴@?



Harga barang memang tak turun. Kalau banyak barang turun harga, itu membawa makna  ekonomi negara itu 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝙠𝙖𝙥𝙪𝙩.


Melainkan 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝘀𝗶𝗺 di atas sebab tertentu seperti sayuran ketika musim kemarau, ikan ketika musim tengkujuh dan 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗺𝘂𝘀𝗶𝗺 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂.


Sebab tu analisa tak lihat pada harga barang tapi pada 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 harga barang. Atau dipanggil 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶. Dari dulu semua kerajaan 𝗽𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶.


Inflasi yang elok adalah positif 1% - 2%. Tapi itu bawa maksud harga barang 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗶𝗸 1%-2% 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻. Kalau harga barang turun bermakna inflasi negatif (𝗱𝗲𝗳𝗮𝗹𝘀𝗶) tapi itu maknanya 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗰𝘂𝗽.


Jadi nak tahu kerajaan itu berjaya mengawal ekonomi, tengoklah pada kadar inflasi. Macam sekarang, paras 1% ke 2% kira 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗹𝗼𝗸. Tak macam 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗡 dulu sampai 6%.


Lagipun, Hadi Awang pun pernah cakap, harga barang naik 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗶𝘀𝘂 𝗴𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹. 𝗧𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Ada juga yang cakap harga barang naik ni 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵. 𝘚𝘰 kenapa kecoh? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KITA TERIMA MALAYSIA NEGARA PERBAGAI BANGSA.

 



KIPIDAP DONGIBAB! Pearly, Thinaah you are still our heroes....Besides, I also noticed a very strong bond of racial unity in both of you.


  Zunar Cartoonist Fan Club