✍️ Ahmad Mursi
1. Tiada masalah jika kritik kerajaan, tetapi agak melampau bila ahli Parlimen pembangkang berkempen memboikot himpunan solidariti di Bukit Jalil semalam.
2. Ini pengkhianatan kepada perjuangan P@L3ST1N yang harapkan bantuan Malaysia sebagai kerajaan.
3. Tiada negara seberani Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian tegas sepanjang perang terbaru ini.
4. Jika pembangkang tidak mahu hadir, senyap lebih baik. Tak perlu hasut rakyat tidak hadir kerana ini isu sejagat. Ini zahirkan kotornya hati pemimpin PN-PAS main politik.
5. Pembangkang pertikai ketegasan PMX berjuang isu P@L3ST1N sejak muda dan usaha kerajaan MADANI, tetapi sewaktu Kerajaan Tebok Atap dulu, mereka tidak lantang berjuang di peringkat antarabangsa.
6. Pembangkang hanya 'jaguh kampung' menyeleweng fakta dan sebarkan penipuan termasuk guna surat layang menyorok di belakang imuniti Parlimen.
7. Pernah nampak Haji Hadi atau Muhyiddin kritik kuasa besar secara berdepan seperti PMX? Hj Hadi: tanya lain jawab lain. Muhyiddin: tiada 'pdf', tiadalah ucapan.
8. Haji Hadi sebagai Duta khas Timur Tengah tiada impak selain ambil sikap berkecuali dalam isu Timur Tengah. Gaji dan pencen bertaraf menteri tetap berjalan.
9. Saya akui, ada satu dua isu dikritik pembangkang ketika ini, tetapi itu sudah dijelaskan berulang kali termasuk di Kamar Khas Parlimen.
10. Tak perlu buat seruan boikot. Tunjukkan rakyat Malaysia ini satu ketumbukan kuat membantu P@L3ST1N.
11. Jika kelompok yang dakwa diri 'terpaling Islam', ambil sikap 'tikam belakang' waktu kerajaan Madani bertegas isu P@L3ST1N dengan mengambil risiko, mungkin inilah punca kita masih gagal bebaskan P@L3ST1N kerana pengkhianatan ini masih berlaku di mana-mana.