[viral] PELAKU HUKUM G4NTUNG SAMPAI M4TI! JENAYAH KEKEJAMAN YANG PALING ...
[panas] JANGAN PULA GENG PAS & BERSATU CAKAP PROFESOR DAN PEGUAM TERSOHO...
Fakta F/A-18 Hornet Kuwait Perkembangan Pembelian
PESAWAT HAWK HILANG DICENGKAM TANGAN HITAM MISTERI
IBU BAPA MANA YANG TIDAK KECEWA.
"Ibu bapa mana yang tidak kecewa, marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka apabila mayat si mati dikebumikan dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati".
Demikian kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail, ketika membacakan alasan penghakiman bertulis 93 muka surat lebih tiga jam berhubung kes pembunuhan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
KESIHATAN - BERAS PERANG untuk DÀRAH TINGGI dan KENCING MANIS
Beras perang lazimnya memberi kesan baik terutamanya kepada pesakit darah tinggi dan kencing manis.
Kajian menunjukkan beras perang mempunyai nilai indek glisemik (GI) 55, lebih rendah berbanding beras basmati (58), beras putih (88), roti gandum penuh (66) dan roti biasa (71).
GI yang rendah menunjukkan sumber karbohidrat yang dimakan kurang menyebabkan kenaikan gula dalam darah.
Selain itu, ramai Saintis melaporkan kehadiran bahan berkhasiat GABA dalam beras perang. GABA atau gamma-aminobutyric acid boleh menurunkan tekanan darah tinggi.
GABA juga boleh merendahkan aktiviti ‘neurotransmitter’, baik untuk menurunkan aktiviti sistem saraf otak. Jadi, ini membantu seseorang itu mengatasi tekanan, perasaan cemas dan ketakutan. Seterusnya, menjadikan seseorang itu lebih tenang.
Kandungan GABA dilaporkan tinggi dalam beras perang berbanding beras biasa.
Beras perang bercambah pula didapati lebih tinggi kandungan GABA berbanding beras perang yang tidak bercambah.
Walaubagaimanapun, pesakit buah pinggang tidak sesuai makan beras perang. Sila rujuk posting saya sebelum ini tentang pemakanan untuk pesakit buah pinggang
#DrSuriRoowi Ph.D KMN
Principal Scientist
SEMOGA JADI PENGAJARAN KEPADA IBUBAPA.
Nazri Hamdan.
Kejadian bunuh di UPNM patut menjadikan kita insaf sebab kejadian ni juga menandakan kegagalan masyarakat kerana tak ambil peduli.
Perkara ini mungkin boleh dielak jika:
1. Klinik yang merawat arwah tak percaya bulat-bulat yang arwah cedera terkena letupan. Letupan adalah kes serius. Kenapa bukan pihak universiti yang hantar? Kenapa kawan-kawan sahaja? Klinik sepatutnya syak sesuatu dengan tahap kecederaan arwah dan boleh lapor pada polis / UPNM.
2. Jurulatih arwah pergi siasat selepas dapat surat layang memberitahu keadaan arwah. Kalau beliau tak cuai dan bertindak pantas dah tentu dapat tahu keadaan arwah. Sebaliknya beliau bertindak tak bijak dengan tularkan surat layang itu menerusi whatsap.
3. Pemandu UBER (kini Grab) yang menghantar arwah dalam keadaan cedera teruk sepatutnya buat laporan polis setelah melihat keadaan sedemikian rupa.
4. Tidak mudah percaya pada bomoh yang menuduh arwah mencuri komputer riba.
Semoga kita semua alert dengan keadaan sekeliling selepas ini dan tak pentingkan diri sendiri.
Apa pun reputasi UPNM pasti tercalar teruk selepas ini.
SAMPAI JUGA HUKUMAN KAMU
Ahmad Norazlan.
6 bekas penuntut UPNM bunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman tujuh tahun lalu, dihukum gantung.
JAHAT NOH. DI KELANTAN ADA BLACKROCK GAK KAN.
Najib Bakar
Jahat betul tuduhan, siap "menanam benih pembunuhan umat Islam di Malaysia" bagai.
Astaghfirullah, macam tu ja Ahli Parlimen Jasin tuduh. Masa Muhyiddin PM, KWSP bagi dana syariah kat BlackRock uruskan lah.
😮💨
KALAU ANWAR DIJATUHKAN, TAK SEMESTINYA MUHYIDDIN NAIK JADI PM
Seorang rakan yang merupakan pengikut tegar Anwar
Ibrahim sejak era reformasi menegur beberapa tulisan saya yang mengkritik
kerajaan madani dengan mengatakan tindakan ssya itu hanya akan membuka ruang
kepada Muhyiddin Yassin kembali semula sebagai Perdana Menteri.
Katanya, jika Presiden Bersatu itu kembali sebagai
Perdana Menteri, episod kegagalan selama 17 bulan sebelum ini akan berulang
kembali.
Adakah itu yang kita mahu? tanyanya kepada saya.
Sambil menyebut Anwar adalah Perdana Menteri
terbaik ketika ini, rakan saya itu juga secara terbuka mengatakan rakyat
Malaysia harus mengekalkan Presiden PKR itu menerajui Putrajaya bagi tempoh 10
tahun atau selama dua penggal.
Saya hanya senyum mendengar keinginannya agar Anwar
menjadi Perdana Menteri selama 10 tahun itu.
Dalam hati saya berbisik – jangankan 10 tahun, nak habiskan
penggal atau nak menang PRU akan datang pun rasanya Anwar sedar masih lagi tak
cukup nafas mendepaninya.
Dalam sejumlah komen dalam beberapa tulisan saya kebelakangan ini,
ramai juga yang mengomen dengan maksud yang sama.
Menurut mereka, adakah kita mahu Muhyiddin kembali semula sebagai
Perdana Menteri?
Keyakinan saya begini – baik sama ada Anwar dijatuhkan di
pertengahan penggal atau akan ditumbangkan dalam PRU16 akan datang, Muhyiddin
bukanlah pilihan pertama untuk diangkat semula sebagai Perdana Menteri.
Beliau hanya antara pilihan tapi bukan pilihan utama.
Dengan Muhyiddin masih ada kes mahkamah yang perlu
diselesaikannya, bahkan ketika PRU16 nanti mungkin sudah dijatuhi hukuman,
harus diakui laluannya adalah sukar untuk menjejaki langkah Tun Mahathir
Mohamad – menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.
Di blok pembangkang, laluan untuk Hamzah Zainuddin yang kini Ketua
Pembangkang atau Ahmad Shamsuri Mokhtar daripada Pas dirasakan lebih terbuka
lagi.
Tambahan lagi, berdasarkan sentimen Melayu Melayu/Islam yang terus
berkembang, jika dalam dalam PRU15 lalu Pas mampu memenangi 43 kerusi Parlimen,
jumlah kemampuan menang parti itu dijangka akan bertambah lagi dalam PRU akan
datang.
Namun diberitakan Zahid Hamidi menolak tawaran tersebut kerana
ingin terus kekal menyokong Anwar dalam kerajaan perpaduan.
Tetapi, bulan depan atau tahun depan atau selepas PRU16 akan
datang, jika tawaran sama didatangkan kepadanya, adakah Zahid Hamidi akan terus
menolak sama?
Masa depan Hishammuddin pula, jika beliau menunggu sehingga PRU16
untuk menentukan hala tuju masa depannya, detik ketika itu mungkin sudah
terlambat baginya.
Bersama kedudukannya yang digantung selama enam tahun daripada
UMNO, kenungkinannya ialah beliau tidak akan dicalonkan lagi bertanding di
Parlimen Sembrong pada PRU16 nanti.
Untuk itu, kiranya masih bermimpikan kerusi Perdana Menteri,
Hishammuddin mesti melakukannya sebelum PRU16 diadakan.
Dengan hubungan baiknya dengan blok Berneo, di samping di dalam
UMNO sendiri cengkamannya masih ada, tambahan lagi dengan duluan kes enam Ahli
Parlimen Bersatu di mana sekarang ini semua Ahli Parlimen bebas mengalihkan
sokongan mereka, bak kata nyanyian Ramli Sarip – jangan tunggu lama-lama.
Dipendekkan cerita, selepas Anwar tiada, tak semestinya Muhyiddin
merupakan penggantinya. – ShahbudinHusin
19July2024.
Padah dakwa Anwar 'scammer'; penganjur demo disiasat, 'Najib PM terbaik ...
Jailani terikat aku janji, perlu tanggung ganti rugi - Rauf
RENTASAN 1620 | TERNYATA WAN FAYHSAL 'MENGGELUPUR' MP PAS DISEKOLAHKAN P...
PMX! PENYASARAN SUBSIDI RON95?KEMISKINAN TEGAR? SUBSIDI ELETRIK? HUTANG!
PN JANGAN KABURKAN FAKTA SUBSIDI , BANTUAN TUNAI LEBIH TINGGI
Oleh: Abdullah Zaid
Peningkatan bantuan subsidi dan tunai pada era Kerajaan Madani lebih tinggi berbanding pada era pentadbiran PN.
Bagi Ketua Penerangan Angatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf, tuduhan kerajaan zalim yang dilontarkan pembangkang sejak kebelakangan ini hanyalah usaha untuk memperbodohkan rakyat, dan tidak seharusnya dipercayai terutama dalam kalangan masyarakat Melayu.
Katanya, malah penyasaran subsidi diesel adalah usaha kerajaan untuk mempertingkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat.
"Banyak tuduhan pembangkang kata kita tidak mendengar rintihan rakyat, tetapi mereka tidak sedar bantuan sekarang jauh lebih tinggi daripada peruntukan yang pembangkang beri semasa mereka jadi kerajaan.
"Kita ambil contoh Belanjawan 2024, Bantuan Tunai Rahmah (BTR) RM10 bilion dan itu lebih tinggi daripada bantuan tunai era Muhyiddin jadi Perdana Menteri, RM6.5 bilion sahaja.
"Ia tidak termasuk pemberian subsidi yang ditanggung kerajaan ketika ini. Kerajaan masih beri RM 81 bilion kalau dibanding dengan era Muhyiddin hanya RM 28 bilion. Jadi suka atau tidak, pembangkang tidak boleh berada dalam sindrom penafian," katanya kepada Suara Keadilan.
Justeru, Abshar menasihati rakyat agar tidak termakan hasutan pembangkang yang cuba menabur persepsi buruk termasuk dakwaan kos sara hidup dan barang semakin meningkat harga setiap hari.
Menurutnya, berbanding zaman Perikatan Nasional memerintah kos sara hidup dan harga barang jauh lebih stabil, selain bekalan barangan di pasaran mencukupi.
"Kena ingat zaman mereka dahulu telur langsung tidak ada dalam pasaran, harga minyak botol 5 kg (kilogram) ketika mereka jadi kerajaan RM35, sekarang RM25.
"Sebab itu, saya ingatkan orang ramai jangan termakan dengan sentimen pembangkang. Semak rekod semasa mereka jadi kerajaan.
"Hakikatnya, ekonomi Malaysia berada dalam keadaan baik apabila unjuran suku kedua kita naik 5.8%, perkembangan positif sebegini adalah bukti dasar yang dibawa kerajaan sekarang berada pada landasan tepat," ujarnya.
TUTUP TERUSLAH CERITA KERJASAMA, PAS LEBIH UNTUNG TANPA BEKERJASAMA DENGAN UMNO
Sepatutnya sekarang ini tak timbul lagi soal UMNO mahu bekerjasama dengan Pas atau Pas mahu bekerjasama dengan UMNO.
Ini berikutan penegasan Zahid Hamidi baru-baru ini bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi parti itu dipimpin oleh Hadi Awang.
Berikutan itu, Pas kemudiannya membalas mereka juga tidak mahu bekerjasama dengan UMNO selagi Zahid Hamidi masih memimpin parti tersebut.
Dengan kedua-dua parti saling tak sudi antara satu sama lain, nak cerita apa lagi?
Yang masih menimbulkan cerita kononnya ada perbincangan tertentu untuk Pas dan UMNO bekerjasama, apakah mereka itu tak faham-faham lagi?
Lagi pula, baik UMNO atau Pas, lebih baik mereka kekal bermusuhan seperti sedia ada dan bertanding secara berasingan dalam PRU akan datang.
Khusus kepada Pas yang kini memiliki jumlah kerusi Parlimen paling besar di kalangan semua parti, bahkan lebih besar berbanding UMNO yang merupakan ibu yang melahirkannya, Pas sebaiknya kena konsisten dan memiliki keyakinan yang tinggi untuk mereka mengetuai Putrajaya selepas ini.
Tidak perlu untuk Pas menoleh lagi kepada UMNO, sebaliknya mesti istiqamah dan mengekalkan kedudukannya bersama Bersatu dalam PN untuk menghadapi PRU16.
Jika pada PRU15 lepas, Pas berjaya memenangi 43 kerusi Parlimen dan Bersatu 31 kerusi, tetapi berdasarkan prestasi semasa UMNO, PKR dan kerajaan madani yang merosot di mata rakyat sejak akhir-akhir ini, gabungan PN diyakini mampu memenangi angka yang lebih besar lagi daripada jumlah itu.
UMNO dan PKR dirasakan akan kehilangan banyak kerusi lantaran sokongan pengundi Melayu ketika ini semakin menipis, di samping protes daripada pengundi bukan Melayu sebagaimana diperlihatkan di Sungai Bakap sebelum ini dijangka akan berterusan lagi.
Kalau mahu juga berbaik atau sudah terpaksa untuk bekerjasama dengan UMNO, ia hanya sesuai dilakukan selepas keputusan PRU16 diketahui.
Ketika itu barulah wajar dibuka ruang untuk perbincangan ke arah bekerjasama antara satu sama lain.
Ketika itu nanti, dengan UMNO diyakini mempunyai kerusi yang kurang daripada 26 iaitu jumlah yang dimilikinya sekarang, parti itu bahkan mungkin tiada pilihan lain selain bekerjasama dengan PN untuk mengekalkan keberadaannya dalam kerajaan.
Di dalam PH, barangkali hanya DAP mampu memenangi banyak kerusi, itu pun jika pengundi Cina tidak berterusan memprotes kerajaan madani.
PKR dan Amanah, jika sekarang masing-masing ada 31 dan 8 kerusi Parlimen, jumlahnya diramal menurun dengan mendadak pada PRU16 akan datang.
Untuk itu, buat ketika ini, terutamanya kepada pemimpin-pemimpin Pas, tutup mulut dululah cerita-cerita ingin bekerjasama atau berbaik dengan UMNO.
Bahkan jika ada tawaran bekerjasama dengan pihak PH pun lebih baik Pas tolak tepi terlebih dahulu.
Cerita-cerita kerjasama adalah cerita yang tak perlu dan hanya membuang masa buat Pas.
Fokus Pas mulai sekarang hendaklah ditumpukan untuk memenangi paling banyak kerusi Parlimen serta memastikan PN mempunyai jumlah kerusi terbesar sekali berbanding PH dan BN.
Lagi pun, selagi Hadi Awang dan Zahid Hamidi masih ada sebagai tembok penghalang untuk Pas dan UMNO bekerjasama, kekal bersama PN dan memastikan gabungan itu memenangi paling banyak kerusi dalam PRU16 akan datang lebih membuka ruang untuk Pas mencipta sejarah baru dalam politik negara – menakluk kerusi Perdana Menteri buat pertama kali. – ShahbudinHusin 22July2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/07/22/tutup-teruslah-cerita-kerjasama-pas-lebih-untung-tanpa-bekerjasama-dengan-umno.html
CERITA ATAS NAMA AGAMA
Che Ibrahim
Cerita cerita seperti ini yang ditulis atas nama agama amat mudah dipercayai oleh orang awam.
Tapi bagi mereka yang "berfikir", mereka reti beza antara cerita rekaan dengan cerita benar, contoh seperti waktu solat jumaat yang berbeza antara Msia dengan Mekah, takkan tiba tiba solat jumaat boleh berlaku di waktu yang sama???...
DALAM DEWAN TUDUH PEGAWAI KWSP. ITU KAREKTOR PEMBULI. .
Shahredzan Johan
YB Machang, dalam Dewan, menamakan seorang pegawai KWSP sebagai, antara lain, mempunyai “karektor pembuli” dengan merujuk kepada suatu surat layang.
Ini jelas tercatat dalam penyata rasmi Dewan Rakyat atau hansard.
Beliau tidak boleh disaman oleh pegawai KWSP yang dinamakan itu, kerana imuniti Parlimen.
Bayangkan, nama anda selamanya tercatat dalam sejarah Parlimen sebagai “karektor pembuli” dan “dalang”.
Adakah ini adil buat yang dinamakan?
Saya tidak kenalpun orang itu. Surat layang itupun saya tidak tahu kesahihannya. Tetapi jika kita tidak pasti, janganlah kongsi.
Apatah lagi mengulanginya sambil diselubungi imuniti.
Saya tahu apa rasanya difitnah.
Bezanya, orang yang fitnah saya tak sebut dalam Dewan.
Maka dia tidak ada imuniti.
Maka saya boleh saman untuk tegakkan hak saya.
Bayangkan orang fitnah awak, tapi awak tak boleh buat apa.
Episod ini menjadi pengajaran untuk saya juga, sebagai Ahli Parlimen baharu, untuk sentiasa ‘fact check’ apa yang saya tuturkan.
Ya, Ahli Parlimen ada kekebalan.
Tetapi itu tidak bermaksud kita bebas daripada tanggungjawab. Setiap yang keluar dari mulut kita, kita bertanggungjawab untuknya.
Warkah untuk YB. Fadlina
Assalamulaikum
Warkah untuk Ybm Fadlina.
Dan Ybm Dr zaliha Berterus terang amat baik walaupun pahit diterima oleh
YBM FADLINA & YBM DR ZALIHA KKM PUN SAMA JUGA 2 X5
Faktor kekalahan Terengganu, Kedah Dan Kelantan dlm prn 15 dari sudut kegagalan fungsi Pejabat Menteri Pendidikan.
1. Mengekalkan puak2 parti bersatu/pas mengetuai kpm, jpn Dan ppd.
2. Pengarah Dan kppd tidak turun padang utk menjelaskan dasar2 kerajaan.
3. Guru2 pro pembangkang terus menerus berkempen dlm kelas Dan juga dlm sosial media tanpa segan silu.
4. Pengarah Dan kppd tidak memberi kebenaran utk program ting 6 apabila diminta oleh pihak tertentu.
5. Projek2 di sekolah terus diberi kpd puak2 parti pembangkang. Itu merupakan Dana pilihanraya kpd mereka. Sedangkan puan parti perpaduan mengemis utk mendptkan projek.
6. Fahaman taksub dan takfiri terus menerus dijadikan bahan politik mereka tanpa diberi penerangan oleh pihak ppd atau jpn.
7. Tidak mengembalikan jawatan asal kpd beberapa pegawai hardcore parti selepas mereka disekat atau diturunkan jawatan selepas langkah Sheraton. Mereka inilah yg sentiasa berjuang utk menyampaikan pesanan kpd pelajar2 dari dihasut oleh guru2.
8. Menteri pendidikan terlalu mengikut pegawai atasan kpm yg sebenarnya pro bersatu/pas.
9. Guru2 pro parti perpaduan terus menerus ditindas oleh jpn Dan ppd.
10. Guru2 tidak diberi penerangan secara khusus tentang kebaikan kerajaan madani.
11. Pengarah jpn ketua ppd tidak bertindak tegas kpd mana2 guru yg bebas menghina pmx Dan kerajaan perpaduan.
12. Pengarah jpn atau ketua ppd melantik pengetua/gb/pentadbir dari kumpulan parti pembangkang menyebabkan tiada kecairan kebaikan kerajaan madani yg diberikan kpd guru Dan pelajar. Dan tiada tindakan atau laporan tentang mereka.
13. Tidak ada wow factor utk mengembalikan sokongan guru2 di Malaysia ini. Pelajar mudah dihasut oleh guru2 secara senyap2.
14.Tiada gerakan yg agresif dari pejabat menteri pendidikan utk meningkatkan sokongan
Untuk memenuhi hasrat pmx utk menang bagi pru 16 nanti.. pejabat menteri pendidikan perlu bertindak segera. Jgn biarkan pm seorang shj yg reform.. jgn dibiarkan seperti ini berlaku kerana dibimbangi akan berjangkit ke jpn negeri2 lain.
Cadangan tindakan yg perlu di buat segera
1. Wujudkan segera gerak gempur besar-besaran latihan, kursus kesedaran, keinsafan, program masukan roh cinta kpd kerajaan perpaduan di peringkat tadika, semua peringkat institusi pendidikan, semua agensi kerajaan pusat, semua agensi swasta, semua jentera parti BN/PH , kesatuan, persatuan, ngo-ngo , pesara , generasi muda
2. Tukar segera pegawai kerajaan pusat di kelantan, terengganu, kedah , badan berkanun, agensi kerajaan pusat yang pakah pas ke pusat bandar besar untuk keinsafan dan ejas segera pindah masuk ke kelantan, terengganu, kedah yang ada roh cintakan kerajaan perpaduan malaysia madani untuk mereka berterima kasih dgn kerajaan perpaduan . insyallah mereka pegawai-pegawai dan anggota ini mjadi pgererak utama dlm pru16 3 negeri ini mjadi milii kerajaan perpaduan malaysia madani
3. Pelajar sekolah menengah perlu diberi penerangan sejelasnya tentang taasub, takfiri Dan kebaikan kerajaan madani. Merekalah akan menjadi pengundi muda nanti
Cikgu WA
Terengganu