KESIHATAN - BERAS PERANG untuk DÀRAH TINGGI dan KENCING MANIS



Beras perang lazimnya memberi kesan baik  terutamanya kepada  pesakit darah tinggi dan kencing manis. 


Kajian menunjukkan beras perang mempunyai nilai indek glisemik (GI) 55, lebih rendah berbanding beras basmati (58), beras putih (88), roti gandum penuh (66) dan roti biasa (71). 


GI yang rendah menunjukkan sumber karbohidrat yang dimakan kurang menyebabkan kenaikan gula dalam darah.


Selain itu, ramai Saintis melaporkan kehadiran bahan berkhasiat GABA dalam beras perang.  GABA atau gamma-aminobutyric acid boleh menurunkan tekanan darah tinggi. 


GABA juga boleh merendahkan aktiviti ‘neurotransmitter’, baik untuk menurunkan aktiviti sistem saraf otak. Jadi, ini membantu seseorang itu mengatasi tekanan, perasaan cemas dan ketakutan. Seterusnya, menjadikan seseorang itu lebih tenang.


Kandungan GABA dilaporkan tinggi dalam beras perang berbanding beras biasa.


Beras perang bercambah pula didapati  lebih tinggi  kandungan GABA berbanding beras perang yang tidak bercambah.


Walaubagaimanapun, pesakit buah pinggang tidak sesuai makan beras perang. Sila rujuk posting saya sebelum ini tentang pemakanan untuk pesakit buah pinggang


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist