UMNO BOLEH MENANG SEBAB ADA AKMAL? PAS REFERENDUM RAKYAT TOLAK KERAJAAN!


Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan depan. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia berdasarkan kredibiliti calon yang diketengahkan iaitu anak muda tempatan, profesional dan telah lama berkhidmat di kawasan berkenaan. "Sebelum ini ia bertukar milik kepada Perikatan Nasional (PN) namun pada Pilihan Raya Negeri yang lepas, kita (BN) kalah dengan majoriti 810 undi sahaja. "... dan di Nenggiri ini kalau kalah satu pun kerajaan negeri masih ditadbir PAS tetapi rakyat Kelantan mahukan seseorang yang boleh memberikan semak imbang kerana sejarah di sana, pembangkang hanya ada dua. Jadi tambahkan sahaja satu kerusi pembangkang tanpa menggugat pemerintahan sedia ada," katanya ==================================================================================== Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bukan hanya terletak di bahu BN. Malah, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, PRK pada 17 Ogos depan juga terletak pada kerjasama semua parti komponen Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, AMANAH komited memberi kerjasama penuh begitu juga parti komponen PH akan bekerja sebagai sebuah pasukan bagi memastikan kemenangan memihak kepada calon BN. “Insya-Allah dengan semangat yang ditunjukkan pada hari ini, kita boleh menang. “Jentera parti komponen sedang giat disusun untuk membantu. “Saya yakin PH serta AMANAH Kelantan akan berusaha secepat mungkin bagi memberi bantuan pada PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PH PRK DUN Nenggiri di Gua Musang hari ini. ======================================================================== DAP akan mengerahkan jenteranya turun berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Nenggiri. Bagaimanapun, parti itu akan menumpukan usaha berkempen menarik pengundi Orang Asli seramai lebih 2,700 orang, menurut Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani. Pemgundi Orang Asli ini merupakan pengundi tetap kita, katanya kepada FMT. Sementara kaum lain, terutamanya Melayu, kita serah kepada Amanah, PKR dan Umno untuk pujuk pengundi supaya sokong BN. Katanya, DAP akan menumpukan usaha berkempen di lima kawasan Orang Asli, iaitu di Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera, Sungai Wias dan Pos simpor. Menurut Azaha, pucuk pimpinan utama DAP juga akan turun berkempen untuk PRK 17 Ogos itu, namun senarai tokoh yang terlibat belum diputuskan. Kebimbangan Melayu Kelantan terhadap DAP ‘mula reda’ Diminta mengulas kebimbangan orang Melayu mengenai DAP, Azaha berkata, sentimen itu mula reda susulan penerimaan parti Melayu lain, seperti Umno dan PAS, terhadapnya. “Orang Melayu mula terima DAP susulan kerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kemudian dengan tertubuhnya Pakatan Harapan (PH) bersama Amanah dan PKR. Dalam kerajaan perpaduan juga, (DAP) bersama Umno, katanya. Beliau berkata, di Kelantan, DAP turut dianggotai orang Melayu dan Orang Asli, malah cawangan DAP di Kelantan ditubuhkan oleh orang Melayu.






PAS KERJASAMA DENGAN UMNO BN! PERSEPSI PAS ATAU SATU PEMBOHONG!



Umno menafikan spekulasi bahawa wujud siri perbincangan antara parti itu dengan PAS bagi membentuk kerjasama. Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perbincangan itu mungkin di kalangan ahli ataupun penyokong parti, bukannya kepimpinan kedua-dua parti. "Saya setiausaha agung Umno pun tak tahu, kalau nak berbincang ia berbincang dengan kepimpinan. "Macam saya dengar pemimpin PAS bincang dengan Pakatan Harapan (PH) pun boleh berbincang," katanya ketika sidang media di Kuala Lumpur, pagi ini. Hari ini Utusan Malaysia melaporkan wujud perbincangan antara pemimpin PAS dan Umno bagi membincangkan kerjasama mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Perkara itu di dedahkan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang mendedahkan be­berapa siri pertemuan bersama pe­mimpin Umno kerap berlaku ketika ini. Pertemuan itu dakwanya dibuat secara tidak formal membabitkan pe­mimpin utama kedua-dua parti sekali gus dilihat mempunyai harapan dalam menyatukan kembali undi Melayu yang kini berpecah teruk. Pada 8 Julai lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti itu. Ahmad Zahid berkata, pengalaman bekerjasama dengan PAS sebelum ini menyebabkan keputusan tersebut diambil. Dia juga dilaporkan berkata, banyak keputusan bersama yang dibuat sebelum ini di antara kedua-dua parti dikhianati oleh PAS.





MAHKAMAH! STRATEGI TANGGUH PERBICARAAN! ULARMAK PAS SOKONG BACA DOA QUNUT!


Perbicaraan kes Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dua pertuduhan menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik yang sepatutnya bermula hari ini, ditangguhkan. Hal ini berikutan Menteri Besar Kedah itu mengemukakan representasi kedua bagi menggugurkan pertuduhan dihadapinya. Hakim Datuk Aslam Zainuddin membenarkan penangguhan selepas peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lepas. "Saya percaya bahawa Peguam Negara perlu masa untuk mempertimbangkan representasi tersebut. Oleh demikian, saya memohon penangguhan selama dua bulan untuk pihak-pihak berkenaan mendapat maklumat penuh dan mempertimbangkan representasi itu. "Jika mahkamah bersetuju dengan cadangan pembelaan, kami mohon untuk mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes," kata peguam itu.







BUKAN TAKUT ATAU SALAH. TAPI TAK PERNAH DIBUAT ORANG KECUALI PUAK KHAWARIJ


 Penyebar fitnah yang digantung dari parlimen selama enam bulan, 𝗪𝗮𝗻 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹, cuba nak halalkan kejahatan yang PN telah lakukan.



Kenapa kerajaan nak terasa? Mudah je mat oi. Setiap individu muslim yang mempunyai iman 𝘄𝗮𝗷𝗷𝗯 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 apabila Islam dipermain, dijadikan alat politik dan dibuat tunggangan.


Ini 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁. Ini soal maruah Islam yang sengaja dirosakkan. Ini soal khawarij. Cuba tanya lebai PAS, apa hukuman bagi mereka yang anuti 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗸𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PEMANDU LANGGAR LARI DIREMAN.



 Polis akan memohon perintah reman terhadap pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di sini, awal pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki berusia 30-an itu telah menyerah diri petang semalam dan akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews





KUNCI KERETA MILIK ARWAH DIJUMPAI

 



Kunci kereta jenis Proton dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemui di kawasan Sungai Trolak di Kampung Batu 4, Slim River, Perak.


Difahamkan, kunci kenderaan itu ditemui anggota unit skuba (Unit Forensik) PDRM, kira-kira jam, 11.20 pagi, pada Isnin.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



PMX KENTAL SOKONG PALESTINE


.ISLAH


 PMX berpendirian tegas dan konsisten dalam menyokong perjuangan Palestin. Tuduhan pembangkang bahawa PMX bersikap pro-Zionis adalah tidak berasas dan berniat jahat. Kenyataan PMX di hadapan Canselor Jerman jelas menentang segala bentuk penjajahan, apartheid, dan pembersihan etnik, termasuk tindakan zalim terhadap rakyat Palestin.



Malaysia terus mengekalkan solidariti walaupun diancam oleh kuasa asing, menegaskan komitmen kita untuk mempertahankan kebebasan dan hak asasi rakyat Palestin. Di pentas antarabangsa, PMX tidak gentar mengutuk Israel atas pelanggaran serius hak-hak Palestin.



BERAPA KALI DAAA.


. Desa HM


 Hari tu dah hantar representasi, tapi ditolak oleh mahkamah.



Hari ni elok nk mula bicara, ada representasi lagi...dan hakim benarkan. 


Tunggu lagi bulan sept... lps tu setiap kali nk bicara... tangguh lagi...sebab hantar representasi...


Berapa kali mau hantar representasi daaaa...


Nk tanya org undang2... reprentasi boleh hantar smpai berapa ratus kali?... tolak, hantar baru... tolak, hantar baru...


Kalau mcm tu... 40 thn lagi pun tak leh tutup kes ni...


Tak paham aku...


🤔🤔🤔🤔🤔



BIAR BAGI DIA TAK TIDOR NYENYAK.

 

Najib Bakar


Kes Sanusi tangguh lagi daaa. Sebutan kes 27 September. Menandakan apa?


Kerajaan tak campur tangan kes di Mahkamah. ☺️




BERTUBI-TUBI BERITA BAIK EKONOMI MADANI BULAN JULAI 2024*



✍️  Ahmad Mursi


Tahniah PMX, Tahniah Madani, Tahniah PH-BN-GRS-GPS. Alhamdulillah.


1.  KDNK Malaysia meningkat 5.8% suku kedua 2024. Suku pertama 4.2%. Melebihi jangkaan ekonomis. 19 Julai 2024.


2.  Ringgit kini menjadi matawang yang mempunyai prestasi terbaik di Asia selepas rupee India. ~ 13 Julai 2024.


3.  FBM KLCI BURSA mencecah paras tertinggi dalam 3 tahun lepasi halangan psikologi 1,630. Sasaran 1,700 akhir tahun ini~ 15 Julai 2024.


4.  JP Morgan naikkan rating Malaysia dari 'underweight' menjadi 'neutral' pertama kali sejak 6 tahun dengan apa yang mereka sifatkan perkembangan ekonomi yang 'memeranjatkan'. 11 Julai 2024.


5.  Forbes memuji pembaharuan yang dilakukan Malaysia sedang mengarahkan ekonomi Malaysia ke arah pertumbuhan tinggi dan nilai tinggi di bawah kepimpinan PMX. 11 Julai 2024


6.  Nilai dagangan Malaysia naik 8.7 peratus kepada RM1.158 trilion pada June 2024. Trend menaik sejak Jan 2024. ~ 11 Julai 2024.


7.  Harga Sayur turun 20%. ~ 19 Julai 2024.


8.  OPR Kekal 3% untuk kali Ke-7 berturut-turut. 11 Julai 2024.


9.  Malaysia dalam landasan untuk menjadi pasaran data centre ketiga terbesar di Asia. ~ 16 Julai 2024.


10.  Ringgit mula menunjukkan peningkatan berbanding Singapore Dollar sejak enam bulan lalu. ~ Julai 2024.


11.  RM250juta berjaya diselamatkan dari ketirisan sebulan selepas rasionalisasi diesel dilaksanakan - Menteri Kewangan II. 15 Julai 2024.


https://www.facebook.com/ahmursi/posts/pfbid0TAKeSozKue4smriTuqK6SurZ6JZj7sunHhHzRUGXBG3XQ5zNgskefBiC2KaKSRkul



JANGAN BERMAIN-MAIN DENGAN DOA KERANA IA ADALAH SUATU YANG MAHAL



Doa adalah komponen ibadah. Ia adalah senjata orang mukmin. Orang tidak berdoa kepada Allah adalah orang yang sombong. Namun bukan semua perkara dan di semua tempat boleh untuk kita berdoa.


Orang yang dizalimi (mazlum) boleh mendoakan hukuman Allah turun ke atas orang yang menzaliminya. Doa orang yang mazlum mustajab di sisi Allah hatta orang yang kafir ke atas penzalim yang Islam. Terdapat banyak nas-nas syarak yang mencatatkan Baginda SAW mendoakan kehancuran ke atas musuh-musuh Islam di samping turut berdoa agar sebahagiannya diberikan hidayah dan menjadi lunak kepada Islam.


لا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui (Al-Nisa' : 148).


Berdasarkan ayat tersebut, Ibn Kathir melaporkan bahawa Ibn Abbas menyatakan, Allah SWT tidak menyukai seseorang mendoakan kemusnahan terhadap seseorang kecuali dia sememangnya dizalimi. Ini kerana Allah memberikan rukhsah boleh berdoakan ke atas orang yang menzaliminya berdasarkan nas  إِلَّا مَن ظُلِمَ ۚ. Namun jika dia dapat bersabar, itu lebih baik. Sabar lebih baik daripada mendoakan kemusnahan.


Kemustajaban doa orang mazlum adalah kerana dia benar-benar dizalimi seperti haknya dirampas, tidak terbela atau dikesampingkan dengan sewenang-wenangnya, bukan kerana persepsi atau rasa dizalimi walaupun hakikatnya tiada pun kezaliman sebenar berlaku. Sebab itu, kadang kala seseorang itu tidaklah mazlum di sisi Allah walaupun kelihatannya dia zalim. Mungkin juga orang zalim merasakan dia berlaku adil, walhal di sisi Allah sememangnya dia zalim. Kedua-dua kena berwaspada. 


Barang harus diingat bahawa walaupun takrifan zalim itu jelas tetapi keberlakuan zalim dan keterasaan dizalimi itu sangat subjektif. Kadang-kadang kelihatan kezaliman berlaku kepada kita tetapi sebenarnya kita yang menyebabkan secara tidak langsung punca kezaliman terjadi. Contohnya, membuka gerai niaga tepi jalanraya yang tidak dibenarkan majlis bandaran, apabila ianya dirobohkan tanpa notis, maka sesetengah pihak mendakwa pihak berkuasa bertindak zalim. Ini selalunya dieksploitasi orang politik untuk menunjukkan mereka membela rakyat. Tetapi dalam kes ini, kita terlupa bahawa orang berniaga itu telah mengambil hak umum tanpa kebenaran walhal itu juga satu kezaliman. Mencari rezeki yang halal sememangnya satu tuntutan. Tetapi menghormati undang-undang juga satu tuntutan syarak. Jangan bersikap selektif terhadap apa yang menguntungkan kita sahaja. Ini sikap yang tidak betul.


Begitu juga dalam kes tauliah mengajar, apabila pihak berkuasa agama menegah pengajaran politik bersifat kepartian, mengajar fahaman yang menyalahi mazhab rasmi, menyampaikan syarahan bertentangan fakta yang betul, maka apabila tauliah mengajar sesetengah asatizah ditarik, pihak berkuasa agama selalu dituduh zalim dan menyekat perkembangan Islam. Walhal kita terlupa semasa berkuliah, tidak membuat persiapan rapi di mana syarahan hambar disampaikan. Kezaliman turut berlaku kerana ianya berbayar menggunakan wang masjid/surau sebaliknya jemaah tidak mendapat faedah ilmu yang betul.


Satu perkara yang saya risaukan ialah seandainya kita mendoakan kehancuran ke atas orang lain dalam keadaan sebenarnya kita yang tidak berlaku adil kepada mereka, maka kita sebenarnya yang zalim.  Adakah Allah akan menerima doa orang yang merasa dirinya dizalimi sedangkan dia bersikap tidak adil kepada orang lain?. Sudah tentu tidak, kerana Allah Maha Adil dalam melayani keperluan semua hambaNya. Begitu juga, jika tiada apa-apa berlaku selepas berdoa, bukan bermakna doa itu tidak makbul atau diabaikan Allah. Akan ada balasannya, kalau tidak di dunia, akan kena di akhirat.


Persepsi kezaliman pada pihak lawan juga suatu perkara yang abstrak. Analogi mudah boleh diberikan iaitu poligami yang sering dikaitkan dengan "kezaliman" para suami terhadap perasaan isteri mereka. Cubalah kedua-dua suami ieteri itu saling berdoa kepada Allah untuk lihat doa siapa yang Dia makbulkan. Katakanlah suami berjaya tambah isteri, adakah bermakna beliau adalah suami yang termazlum akan hak tambah isteri, telah dimakbulkan Allah?. Adakah ianya juga bermakna si isteri yang sebenarnya zalim kerana berdoa agar Allah menggagalkan poligami suaminya?. Dalam isu ini kezaliman hanya persepsi pihak yang berdoa tetapi di sisi Allah mungkin sebaliknya yang berlaku. Kes poligami ini sekadar contoh sahaja ya. Boleh abaikan jika ada pihak tersakiti. 


Doa adalah suatu yang mahal dan berharga. Justeru janganlah digunakan untuk sesuatu yang remeh dan tidak dipastikan kezalimannya. Kerana itu, yang lebih afdhal ialah mendoakan kebaikan kepada semua pihak dan memohon supaya Allah menjaga hak kita mengikut cara yang Dia inginkan.


حسبي الله و نعم الوكيل


Dr HK

22.7.2024



SEMOGA DOK DALAM- [LANGSUNG] Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah | 22 Julai 2024



Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.





BUAT IBADAT PUN KENA SCAM.


Scam No One


 𝐒𝐈𝐃𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐈𝐍



Kesemua syarikat yang menawarkan khidmat Badal Haji murah mempunyai modus operandi yang sama.


Kononnya warga Islam Indonesia yang menetap di Saudi mengambil upah lakukan ibadah Haji.


Memang benar ada penglibatan rakyat Indonesia.


Namun penglibatan mereka bukan sebagai individu yang lakukan ibadah Haji, tatapi sebahagian daripada skim penipuan.


Lebih malang, penipuan 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐥 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐥 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧 mengambil satu langkah ke hadapan dengan pergunakan 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 (𝐉𝐀𝐈𝐍𝐉) sebagai endorsement.


📍𝐄𝐒𝐓𝐀𝐁𝐋𝐈𝐒𝐇𝐄𝐃 𝐅𝐀𝐂𝐓𝐒📍


Maksud established facts ialah kebenaran yang tidak boleh lagi dipertikaikan.


Ianya satu kebenaran bahawa permit Haji ialah SR 3000, lebih kurang RM 4 800.


Ibadah Haji merupakan ibadah dalam bentuk perbuatan dan ianya melibatkan beberapa tempat perlaksanaan iaitu Masjidil Haram, Arafah, Mina dan Muzdalifah.


Maknanya perlu juga keluarkan kos pengangkutan selain daripada penginapan.


Macam-macam pakej harga Badal Haji yang ditawarkan di Malaysia.


Semuanya 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐑𝐌 𝟓 𝟎𝟎𝟎.


Kita ambil contoh pakej yang ditawarkan oleh 𝐀𝐥 𝐑𝐢𝐝𝐳𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢𝐧, RM 2 500.


Penipuan Badal Haji berkembang pesat sehingga tubuhkan cawangan hampir di setiap negeri.


Pengurus cawangan di setiap negeri mesti penuhi quota, maka ramailah agent dilantik untuk memburu mangsa.


Jika agen dapat close deal, commission kepada agent ialah RM 500 dan pengurusan cawangan pula dapat RM 700.


Dengan bayaran RM 2 500, baki yang tinggal untuk upah Haji hanyalah RM 1300.


Langsung tak masuk akal, harga teksi untuk bergerak pun tak lepas.


Itu belum lagi ditolak free gifts.


Berapa commission yang dibayar untuk pengurus dan agent Al Hanin kami belum dapat kepastian.


Semestinya besar juga sebab penipuan Badal Haji tidak perlukan modal.


 

📍𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀📍


Siasatan kami mendapati Syarikat Badal Haji 𝐀𝐥 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧 dan 𝐀𝐥 𝐑𝐢𝐝𝐳𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢𝐧 menggunakan MO yang sama, iaitu penglibatan warga Indonesia.


Memang benar, ada penglibatan rakyat Indonesia, namun bukan sebagai pelaku ibadah tetapi sebahagian daripada komplot penipuan.


Rata-rata yang terlibat ialah warga 𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐨𝐦𝐛𝐨𝐤.


Kepala tycoon yang jadi tali barut penipuan Badal Haji di Saudi bernama 𝐋𝐚𝐥𝐮 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐟𝐚.


Setiap musim Haji, kumpulan tersebut menguruskan ratusan malah ribuan Badal Haji tetapi hanya melibatkan beberapa individu sahaja.


Jumlah mereka yang terlibat dimuatkan hanya dalam satu bas.


Memang ada rombongan rakyat Indonesia terlibat memasuki kawasan perlaksanaan Haji.


Mereka sewa bas ramai-ramai ke sana dengan mengambil gambar sebagai bukti.


Setiap individu rakyat Indonesia yang terlibat membawa sehingga seratus nama.


Setelah mengambil gambar dengan nama waris terpampang, laku dihantar kepada pelanggan berkenaan.


Pelanggan pun ucap Alhamdulillah.


Hakikatnya, satu individu mengambil gambar dengan berpuluh nama.


Bukti video untuk perlaksanaan setiap rukun Haji hanya tinggal janji.


Hanya ada video ramai-ramai memasuki Arafah.


📍𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐈𝐍𝐉📍


Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠.


Dato’ Mufti tiada sebarang pengetahuan mengenai penipuan yang dilakukan.


Ianya hanya melibatkan seorang individu yang berkhidmat dengan JAINJ dan juga merupakan kawan baik 𝐙𝐮𝐥𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦, 𝐨𝐰𝐧𝐞𝐫 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧.


Nama individu tersebut ialah 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐥 𝐛𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐭𝐚𝐫.


Semasa Khalil berkhidmat di Bahagian Penyelidikan, dia sediakan proposal bagaimana Badal Haji dilakukan untuk JAINJ.


Proposal Khalil mempunyai tiga matlamat:


1. Cuba perdaya JAINJ untuk keluarkan Sijil Pengesahan bagi Badal Haji yang diuruskan oleh Al Hanin dan beberapa Syarikat yang lain

2. Menghalalkan penipuan Badal Haji Al Hanin

3. Habuan dari Zulrahim


Hakikatnya, khidmat ibadah Haji atau secara spesifik Badal Haji bukanlah kepakaran JAINJ.


Ianya diakui sendiri oleh 𝐒𝐒 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐌𝐮𝐟𝐭𝐢 𝐇𝐣 𝐘𝐚𝐡𝐲𝐚 𝐁𝐢𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝.


Selepas Al Hanin mendapat pengiktirafan JAIJN, tiba-tiba Khalil keluarkan Toyota Harrier brand new berwarna hitam dengan nombor plate 𝐉𝐕𝐉 𝟗𝟓𝟗, tapi atas nama orang lain.


Merujuk kepada 𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝 𝐟𝐚𝐜𝐭𝐬, kos Badal Haji kurang dari RM 5 000 semestinya satu penipuan.


Maknanya, JAIJN perlu menolak proposal tersebut awal-awal.


Sebaiknya, JAIJN menilai semula endorsement yang diberi kepada syarikat-syarikat yang menawarkan Badal Haji pada harga rendah dari RM 5000.


📍𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌?📍


Zulrahim ialah makhluk yang tidak punyai rekod cantik.


Siasatan kami dapati restoran Nasi Arab dibuka dari pelaburan rakan dan kenalan.


Namun duit pelaburan tidak dikembalikan.


Pada January 2023 Zulrahim masih lagi berstatus bankrupt sebab tak bayar hutang CIMB.


Hairan juga, macam mana makhluk yang bankrupt boleh menjelajah ke luar negara.


Mengikut auta Zulrahim, dia diberi kebenaran atas peruntukan sebagai travel agent.


Setahu kami, syarikat Sdn. Bhd. yang didaftarkan atas nama adik beradik tidak mempunyai lesen Travel Agency.


📍𝐊𝐄𝐒𝐈𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍📍


Nak tuduh kami fitnah, silakan.


PW dah lali dengan tuduhan penyebar fitnah dan tohmahan.


Hakikatnya Badal Haji bawah RM 5000 satu penipuan terang-terangan bukan sahaja diakui oleh Tabung Haji, malah pelajar-pelajar Malaysia dan juga warga Malaysia yang menetap di Saudi.


Pelajar Malaysia dan warga Malaysia yang menjadi penduduk tetap di Saudi berkongsi info dengan kami.



KEH.. KEH.. KEH.. . APA LA HANG PUNYA TOYAMATMIN.


Che Ibrahim. 


 Chang adalah jenama kepada arak, saing ambo tu pakai baju jah, takkan nak kecam juga?? 


Orang bagi saya pakailah, Katanya sambil tersenyum....





DOKTRIN DITANAM DALAM KEPALA ANAK MUDA.


Rosly Yusof


 Ini namanya doktrin yang di sumbat dalam pemikiran orang tak kiralah agama apa sekali pun iaitu asalkan kita sokong sekian-sekian maka kita boleh buat apa saja kerana akhir sekali kita akan masuk syurga.



Saya pernah tanya seorang Tik Tokers yang sedang buat live pada waktu maghrib, "tak berhenti sembahyang dulu ka?", dia jawab balik "walaupun kami tak sembahyang tapi kami sokong ulama"


Akhirnya dunia ini akan hancur dengan doktrin begini kerana asalkan kita jadi penganut agama sekian-sekian walaupun makan rasuah, buat fitnah, zalim, menipu dan segala kejahatan ianya tak perlu risau sebab akhirnya kita tetap masuk syurga.


Ini yang di maksudkan oleh Karl Marx "Agama itu candu bagi masyarakat."



WOIIII.. TAK DAK KERJA KA.?


W. Faudzin


 Bila pembangkang dah takde kerja.  Ntah berapa kali dok ratib turun..turun...turun...dari Dubai sampai ke Tambun dok ratib.....last sekali baca Qunut Nazilah....




SIFAT KHAWARIJ


Mohd Fairul Al Qasas


 Antara punca kesesatan dan seterusnya mengamalkan sifat khawarij kafir mengkafirkan ialah apabila mereka membuang al-Quran dalam diri mereka iaitu apabila tidak melakukan tabayyun dan menyebabkan otak mereka tidak digunakan sebaiknya sehingga percaya kepada sumber palsu.




PEMBALASAN

 






Zuwairi Md Yusof


Ingatan tegas dan keras buat semua PIMPINAN PN PAS dan BERSATU yang di ketuai MAHIADDIN dan HADI AWANG di nasihatkan pula oleh MAHATHIR selaku PUNAHSIHAT PN di 4 negeri.MULUT jangan cabul,TINDAK TANDUK jangan melampau.QUNUT NAZILAH anda ramai2 di parlimen tuju pada seteru politik berbalik kepada kalian sendiri di MARANG,TERENGGANU tempat HADI bersarang jadi MP puluhan tahun.ULAR pun di terbangkan ribut ambillah ingatan dari ALLAH SWT ini.


"Bacaan Qunut Nazilah di Parlimen baru-baru ini di buat di luar Solat, bukan ketika Perang dan bukan juga kerana Musibah yang menimpa umat Islam secara umum."


Qunut Nazilah pernah di baca oleh puak Khawarij kepada Khalifah Ali RA kerana tidak berpuas hati dengan ijtihad Khalifah ketika itu untuk berdamai dengan Mua'wiyah RA.Sekarang PN PAS,BERSATU tak puas hati pula SPEAKER JOHARI ABDUL yang tak memihak agenda jahat kamu ya?Demikianlah sejarah berulang, cuma orang sahaja berbeza.


YDPA16 suruh PN bergabung dengan PH bentuk kerajaan pusat kamu tolak mentah2 dengan bongkak dan sombong.Anwar mahu berdamai dan meneruskan agenda memulihkan negara PN tolak tanpa fikir panjang sekarang kamu tunggang ISLAM untuk mencela dan mengkafir seteru politik kamu.MADANI bawa politik PERPADUAN tetapi PN bawa politik PERPECAHAN.Anda pilihlah baik2 nanti PRU16.




PANDAI NAK BAGI RASUAH

 


Seorang buruh warga Myanmar didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberikan suapan RM250 kepada seorang pegawai polis minggu lepas.



Mohammad Shakir Mohammad Zokoria, 27, didakwa memberikan suapan wang itu kepada seorang inspektor yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada 15 Julai di Balai Besar Alor Tempoyak, Dungun.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



PROGRAM "SELAMATKAN MALAYSIA" DAN "LAWAN ANWAR" USAHA BODOH DAN LUCU





Beberapa bulan yang lalu, mamat musiBard telah mewar-warkan himpunan rakyat di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.  Kawasan dipilih itu amat luas kerana dia yakin rakyat akan turun beramai-ramai.  Hasilnya, kita saksikan sekitar 50 orang hadir termasuk wartawan.  Sekali pandang macam program promosi "Digi" kerana baju kuning dengan belon-belon kuning yang lebih banyak dari peserta himpunan.  Melucukan.


Bila gagal, seperti biasa Mamat musiBard ini memberitahu wartawan, peserta tidak ramai kerana kami tidak mensasarkan ramai yang hadir, cuma sebagai amaran pertama buat Anwar, katanya.  Selepas ini, barulah kita kerah ramai yang akan turun, kata MusiBard dengan muka merah padam.  Jika dah rancang berhimpun tidak ramai, mengapa pilih Dataran Merdeka?  Bukankah lebih baik berhimpun di tapak parking Sogo?  MusiBard pun jawab, err...errr...errr ...Lucukan ?


Pastu, buat pula kempen berhimpun depan pagar istana Agong.  Jual nama kononnya Agong dah ready nak jumpa Mahathir saka dan pimpinan2 pengkhianat nasional (PN). Bagitahu ramai, Anwar akan diturunkan.  Tidak sampai seratus orang yang jadi bodoh berhimpun di depan pagar Istana.  Pemimpin yang hadir hanya Mahathir saka saja, itu pun sekitar 20 minit Saka tua larat berdiri di tepi pagar.   Yang lain, balaci saka tua termasuk MusiBard yang siap pakai baju melayu lengkap kononnya nak mengadap Agong.  Rupa-rupanya hanya berkumpul tengah panas dan makan nasi bungkus tepi longkang.  Bila ditanya kenapa kehadiran mengecewakan walaupun dengan kehadiran Saka tua?  Sekali lagi dengan wajah merah padam dan mulut terjuih (pinjam kata Salim Parpukari), MusiBard jawab, "Ini amaran pertama buat Anwar, jika gagal letak jawatan, kami akan berhimpun lebih besar lagi," katanya.  Lucu kan?


Berhimpun pulak di hadapan Seri Perdana.  Lawan Anwar.  Semua orang tahu, PMX semenjak angkat sumpah tidak pernah duduk di kediaman resmi PM yang telah diubahsuai oleh Din cirit dengan belanja RM38 juta itu.  Maka, geng2 MusiBard, YB Viral dan Dayang ku Intan penjual tayar buruk itu berhimpun di hadapan Seri Perdana disaksikan oleh pak2 guard dan tukang kebun Seri Perdana selain dari beruk2 atas pokok di situ.  Kehadiran kali ini dikatakan seramai 150 orang yang rata2 berteduh bawah pokok.  Terjerit2 dua tiga ekor bawah bumbung umpama anjing kurap kelaparan.  Sekali lagi bila ditanya, mengapa himpunan yang dirancang berbulan2 itu sendu?  Sekali lagi diberitahu, ini amaran pertama buat Anwar.  Berapa banyak "amaran pertama daaaa..." Lucu kan?


Paling best, himpunan umpama "family day" itu dijadikan rebutan oleh YB Viral, Dayang penjual tayar buruk dan MusiBard.  Masing2 mahu "claim" mereka yang punya idea buat program hampeh itu.  Bergaduh sakan puak2 itu.  Maklumlah, nak claim kos jugakkan?  


Selepas ini, mahu berhimpun kat Permatang Pauh dan kat Tambun pula.  Kononnya mahu datang kawasan Anwar.  Ingat Anwar hairan? Ingat Anwar goyang dengan kerja bodoh kamu?  Mahathir saka tua karala itu pun Anwar lawan, setakat geng MusiBard kaki dedak ini cukup dengan budak2 AMK ranting je.  


Rakyat tahu, program selamatkan Malaysia itu hakikatnya adalah program "Selamatkan anak menantu" masing2.  Hanya yang bodoh saja akan terpedaya.  


WFAUZDIN NS



RENTASAN 1619 | PEMIMPIN PN 'KOYAK' WAN FAYHSAL DIGANTUNG PARLIMEN?



MENARIK DALAM RENTASAN 1619 1. RINGGIT TURUN, SAHAM TURUN, PELABUR LARI? 2. ADAKAH BACA QUNUT NAZILAH SEBAB DIGANTUNG PARLIMEN AJARAN ISLAM? 3. MESRA KATAK POLITIK, PEMIMPIN PAS MAKAN UBI APA PULA?



HARI YANG TAK GUNA UNTUK APA PUN.

Desa HM


 يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَّلَا بَنُوْنَ


اِلَّا مَنْ اَتَى اللّٰهَ بِقَلْبٍ سَلِيْمٍ ؕ

As-Syuara' ayat 88-89.


Mafhumnya:


Hari yg tidak ada guna lagi harta dan anak pinak.


Kecuali, mereka2 yg datang bertemu Allah dgn hati yg sejahtera.


Allah peringatkan kita... bahawa harta yg kita cari sungguh2 sepanjang hayat... Akan sampai ketikanya, harta yg kita usahakan itu, disisi Allah tak ada nilai apa2 pun. 


Kita pulun sungguh siang mlm... kdg2 sampai tak peduli halal haram, kdg2 smpai meninggalkan fardhu... semata2 utk mengejar sesuatu yg tiba ketikanya tidak ada apa2 nilai pun di sisi Allah.


Begitu jgk dgn anak pinak... kdg2, disebabkan kesibukan mencari harta bagi memberikan keselesaan kpd mereka, smpaikan tak ada masa utk memimpin mereka utk menjadi anak2 yg patuh kpd Allah. Yang akhirnya, sehebat mana pun mereka..dgn kerjaya yg baik, berpangkat tinggi dgn gaji yg besar... sampai ketikanya, juga tidak ada apa2 nilai di sisi Allah.


Kemudian Allah sambung dgn ayat yg amat mendalam maksudnya...


Kecuali, mereka2 yg datang bertemu Allah dgn membawa hati yang sejahtera.


Hati yang sejahtera inilah sebenarnya yg kita perlu fokus dlm sisa2 hidup yg masih berbaki.


Nk dpt hati yg sejahtera utk bertemu Allah... sebenarnya dlm masa hidup ni, dah kena latih. Dlm kehidupan seharian pun, hati dah kena sejahtera. Jgn serabut tak habis2.


Kena bersihkan hati. Jgn ada dengki. Jgn cari kesalahan org lain. Jgn buat fitnah.

Jgn menipu. Jgn rasuah. Jgn ego. Jgn sombong. 

Jgn rasa diri kita shj yg betul..org lain semua salah.


Bantu org lain. Sampaikan ilmu. Bnykkan sabar. Bnykkan bersedekah. Baiki silaturrahim. Bnykkan senyuman.


Semoga Allah SWT menganugerahkan kita semua dgn Qalbun Saliim. Amiin.


Salam hari minggu.


❤️❤️❤️❤️



ZUNAR TETAP SAMAN WALAU MEMOHON MAAF! MP MACHANG TERUS DIKECAM RAKYAT!



Kartunis Zunar bertegas akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap seorang penyokong pembangkang yang telah menyiarkan kartun palsu. Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarule Haque berkata, pengguna X yang menggunakan akaun, @biker2baker menyatakan kartun tersebut adalah hasil karya beliau. “Akaun ini @biker2baker telah menyiarkan kartun palsu, fake dan menyatakan ia adalah hasil karya saya. “Ini adalah fitnah dan berniat jahat serta biadab dan kurang ajar. Saya telah rujuk peguam. “Delete posting itu, minta maaf secara terbuka kepada saya sebelum tindakan undang-undang menyusul,” kata Zunar di X semalam. Kartun yang bukan karya Zunar ini telah dimuatnaik oleh @biker2baker. Walau bagaimanapun, individu walaun berkenaan hanya memohon maaf melalui ‘direct message’ (DM) sedangkan dia sebelum itu memuat naik kartun itu di ruang yang semua orang boleh lihat. Sehubungan itu, Zunar tidak menerima permohonan maaf @biker2baker berkenaan. “Awak fitnah saya, buat posting di ruang publik, dan diam-diam DM minta maaf. Tidak diterima!” tegas Zunar lagi. Sumber Berita




HNTAR KE HENRY GURNEY KOT DAPAT HIDAYAH



 Polis menahan tiga pelajar sekolah di sekitar bandar Raub semalam kerana disyaki terlibat memukul seorang remaja lelaki hingga cedera, Jumaat lepas.



Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abd Rahman berkata mangsa berusia 14 tahun yang telah menerima 40 jahitan di bahagian kepala telah membuat laporan pada 11.18 pagi semalam dan mendakwa dipukul tiga remaja lelaki dikenalinya itu sekitar 10.15 malam di Taman Sempalit Aman, Raub.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



KERAJAAN AKAN BINA SEMULA JAMBATAN YANG RUNTUH.


 Kerajaan Persekutuan bersetuju membina semula jambatan gantung di Penampang dan Tuaran yang rosak akibat banjir dengan peruntukan RM1 juta menerusi Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu diambil selepas melihat kepada keperluan yang mendesak, memandangkan laluan perhubungan itu amat penting kepada masyarakat setempat di kedua-dua daerah berkenaan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



GHULUW


Ahmad Mursi


 Politik boleh sebabkan berlaku Ghuluw.. Ini berlaku sepanjang zaman.. Khawarij ni bukan golongan yang tak belajar agama, ilmu mereka banyak tetapi GHULUW..



Hanya kerana tertekan, maka terus doakan Qunut Nazilah memohon kehancuran mukmin lain? Ini bukanlah ajaran Islam..



AGAK AGAK LA... JAHAT KE TIDAK?

 


Nampak tak macamana PAS memfitnah kerajaan?




Dunia antarabangsa 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗸𝘁𝗶𝗿𝗮𝗳 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝗶𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻 negara kita dalam bidang ekonomi bahkan memuji 𝗵𝗮𝗹𝗮 𝘁𝘂𝗷𝘂 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶, akan tetapi PAS cuma perbodohkan penyokong mereka dengan 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂.


Jelas, PAS hanyalah pilihan makhluk yang 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗹. Manusia yang bijak dan beriman pasti takkan sokong parti yang suka 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂, 𝗻𝗲𝗺𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴, 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗻𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LAPORAN POLIS! TERHADAP FITNAH UN TIT !JANGAN LEPASKAN GENG KAKI FITNAH ...



Satu laporan polis akan dibuat, laporan ini dibuat adalah atas Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 dan 5 Akta Fitnah 1957 yang berniat menjatuhkan reputasi YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu dengan niat melakukan jenayah fitnah. Anjuran : Biro Komunikasi, Parti Amanah Negara Wilayah PersekutuMejar (B) Razali Zakaria Jenayah fitnah ini satu perkara yang berat dan tidak boleh dinormalisasikan dalam masyarakat kita dan bernuansakan Islam. Hentikan fitnah!




PERBICARAAN SANUSI MENGHASUT TERKAIT RAJA RAJA! INDIVIDU SOKONG PENGGANA...



Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok. Semakan sistem mahkamah mendapati kes itu akan didengar Hakim Datuk Aslam Zainuddin pada pukul 9 pagi. Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili Muhammad Sanusi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini. Pada 18 Julai 2023, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan berkenaan dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Feb lepas untuk dibicarakan. Muhammad Sanusi juga telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk membatalkan dua pertuduhan dihadapinya, bagaimanapun representasi itu telah ditolak oleh AGC. Selain esok, mahkamah sebelum ini menetapkan 23, 29 dan 30 Julai, serta 5, 6, 9, 12, 13, dan 23 Ogos ini untuk perbicaraan. Mengikut kedua-dua pertuduhan Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai 2023. Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.




HARI NI ADA BACAAN QUNUT NAZILAH DAK DI MAHKAMAH

 

Jamzuri Ardani


Hari ni  ada upacara qunut nazilah tak? Tanya je ... jangan koyak!.