Beberapa bulan yang lalu, mamat musiBard telah mewar-warkan himpunan rakyat di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning. Kawasan dipilih itu amat luas kerana dia yakin rakyat akan turun beramai-ramai. Hasilnya, kita saksikan sekitar 50 orang hadir termasuk wartawan. Sekali pandang macam program promosi "Digi" kerana baju kuning dengan belon-belon kuning yang lebih banyak dari peserta himpunan. Melucukan.
Bila gagal, seperti biasa Mamat musiBard ini memberitahu wartawan, peserta tidak ramai kerana kami tidak mensasarkan ramai yang hadir, cuma sebagai amaran pertama buat Anwar, katanya. Selepas ini, barulah kita kerah ramai yang akan turun, kata MusiBard dengan muka merah padam. Jika dah rancang berhimpun tidak ramai, mengapa pilih Dataran Merdeka? Bukankah lebih baik berhimpun di tapak parking Sogo? MusiBard pun jawab, err...errr...errr ...Lucukan ?
Pastu, buat pula kempen berhimpun depan pagar istana Agong. Jual nama kononnya Agong dah ready nak jumpa Mahathir saka dan pimpinan2 pengkhianat nasional (PN). Bagitahu ramai, Anwar akan diturunkan. Tidak sampai seratus orang yang jadi bodoh berhimpun di depan pagar Istana. Pemimpin yang hadir hanya Mahathir saka saja, itu pun sekitar 20 minit Saka tua larat berdiri di tepi pagar. Yang lain, balaci saka tua termasuk MusiBard yang siap pakai baju melayu lengkap kononnya nak mengadap Agong. Rupa-rupanya hanya berkumpul tengah panas dan makan nasi bungkus tepi longkang. Bila ditanya kenapa kehadiran mengecewakan walaupun dengan kehadiran Saka tua? Sekali lagi dengan wajah merah padam dan mulut terjuih (pinjam kata Salim Parpukari), MusiBard jawab, "Ini amaran pertama buat Anwar, jika gagal letak jawatan, kami akan berhimpun lebih besar lagi," katanya. Lucu kan?
Berhimpun pulak di hadapan Seri Perdana. Lawan Anwar. Semua orang tahu, PMX semenjak angkat sumpah tidak pernah duduk di kediaman resmi PM yang telah diubahsuai oleh Din cirit dengan belanja RM38 juta itu. Maka, geng2 MusiBard, YB Viral dan Dayang ku Intan penjual tayar buruk itu berhimpun di hadapan Seri Perdana disaksikan oleh pak2 guard dan tukang kebun Seri Perdana selain dari beruk2 atas pokok di situ. Kehadiran kali ini dikatakan seramai 150 orang yang rata2 berteduh bawah pokok. Terjerit2 dua tiga ekor bawah bumbung umpama anjing kurap kelaparan. Sekali lagi bila ditanya, mengapa himpunan yang dirancang berbulan2 itu sendu? Sekali lagi diberitahu, ini amaran pertama buat Anwar. Berapa banyak "amaran pertama daaaa..." Lucu kan?
Paling best, himpunan umpama "family day" itu dijadikan rebutan oleh YB Viral, Dayang penjual tayar buruk dan MusiBard. Masing2 mahu "claim" mereka yang punya idea buat program hampeh itu. Bergaduh sakan puak2 itu. Maklumlah, nak claim kos jugakkan?
Selepas ini, mahu berhimpun kat Permatang Pauh dan kat Tambun pula. Kononnya mahu datang kawasan Anwar. Ingat Anwar hairan? Ingat Anwar goyang dengan kerja bodoh kamu? Mahathir saka tua karala itu pun Anwar lawan, setakat geng MusiBard kaki dedak ini cukup dengan budak2 AMK ranting je.
Rakyat tahu, program selamatkan Malaysia itu hakikatnya adalah program "Selamatkan anak menantu" masing2. Hanya yang bodoh saja akan terpedaya.
WFAUZDIN NS