MENGKRITIK MADANI BUKAN BERMAKNA MENYOKONG PN
Setiap kali apabila Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh melontarkan kenyataan yang berbeza dengan pendirian kerajaan madani, setiap kali itu jugalah beliau akan dituduh sebagai sudah menjadi penyokong PN oleh pentaksub-pentaksub PH.
Lebih-lebih lagi apabila kenyataannya itu mengkritik Perdana Menteri, biasanya lebih bertalu-talu tuduhan sedemikian ditujukan kepadanya.
Seolah-olah kerajaan madani ini tidak boleh ditegur oleh orang daripada parti-parti yang membentuk kerajaan itu sendiri.
Apakah orang dalam parti yang menyokong kerajaan madani hanya perlu bersetuju, memuji dan mengampu saja setiap masa?
Begitu juga dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Karim di mana setiap kali beliau menzahirkan pendiriannya yang berbeza dengan kerajaan atau Perdana Menteri, beliau juga tidak terlepas daripada tuduhan kononnya kini sudah beralih menyokong PN.
Tidak kurang yang mencadangkan agar beliau segera menyertai mana-mana parti dalam PN atau meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen PKR.
Kadang-kadang timbul rasa pelik, kenapalah mereka yang ditanam dengan jiwa reformasi selama lebih 20 tahun lamanya, tetapi masih tidak terbuka pemikirannya.
Sementara mereka marah dan tidak menerima perbuatan Dr Akmal dan Hasan Karim itu, sebaliknya mereka beria-ia pula mengalu-alukan kemasukan enam pengkhianat daripada Bersatu yang mengalihkan sokongannya kepada Anwar Ibrahim.
Sepatutnya jika mereka tidak boleh menerima kritikan daripada dalam, mereka juga sepatutnya menolak sokongan yang datang daripada pihak luar yang tiada keikhlasan itu.
Lagi pun, kalau kita lihat, selain menegur banyak keputusan kerajaan, Dr Akmal turut tidak lupa mengkritik blok pembangkang, misalnya dalam keputusan Pas menerima kemasukan Adun Rembia ke dalam parti itu baru-baru ini.
Sama dengan Hasan Karim, beliau juga tidak lupa menyokong dan mempertahankan kerajaan dalam beberapa tindakan yang dirasanya betul seperti dalam isu Palestin dan ketegasan Anwar membasmi kemiskinan.
Tindakan Dr Akmal banyak menegur dan mengkritik kerajaan harus kita sedari ia adalah bertujuan agar kerajaan madani ini menjadi lebih baik dan tidak berterusan melakukan kesilapan dalam keputusannya yang boleh membuatkan rakyat jadi benci akhirnya.
Teguran dan kritikan Hasan Karim adalah demi kebaikan atas beberapa keputusan kerajaan yang dilihatnya tidak betul, misalnya dalam kes memberikan Zahid Hamidi DNAA, lalu membebaskannya daripada perbicaraan di mahkamah, keengganan Speaker mengosongkan enam kerusi Bersatu serta dalam penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fahysal selala enam bulan.
Dalam hal yang sama, saya sendiri tidak terkecuali dituduh sebagai pro PN, berjiwa Bersatu dan seumpamanya setiap kali saya menulis mengkritik kerajaan atau Perdana Menteri.
Nampaknya ada di kalangan penyokong kerajaan madani ini yang tidak boleh menerima teguran dan barangkali hanya mahu puji-pujian belaka.
Cara mudah mereka untuk mengalihkan isu ialah dengan menuduh sebagai pro PN atau Bersatu.
Saya bukan tidak boleh memuji, bahkan sebagai penyokong PH yang bukan baru, saya lebih layak lagi berbuat demikian sebenarnya.
Barangkali kelemahan saya ialah saya tidak boleh bersetuju dengan sesuatu yang saya rasa tak betul dan saya juga tidak pandai menyembunyikan perasaan saya.
Kalau mahu dibandingkan dengan sesetengah orang yang hanya baru bersalin kulit setahun dua kebelakangan ini dengan menampilkan seolah-olah merekalah sekarang ini penyokong totok kerajaan madani, saya memanglah agak ketinggalan dalam perkara itu.
Cuma bagi saya, sebagai kerajaan sekarang, PH lebih memerlukan teguran dan kritikan berbanding puji-pujian serta ampu sana ampu sini jika kerajaan ini ingin bertahan lebih lama lagi.
Teguran dan kritikan, jika disertai dengan sikap merendah diri untuk berubah dan memperbaiki, ia adalah sejenis ubat yang mujarab, manakala ampu dan puji-pujian pula adalah “gula manis” yang lebih mungkin boleh membawa kematian.
Sebab itulah ubat-ubatan berasa pahit dan mereka yang lebih suka makan makanan pahit lebih panjang usianya berbanding orang yang suka benda-benda manis dalam makanannya.
Menegur, mengkritik dan memberi pandangan tidak setuju dengan keputusan kerajaan bukanlah bermaksud sudah menjadi penyokong PN atau blok pembangkang.
Sama seperti mereka yang hanya tahu bersetuju, memuji dan mengampu Perdana Menteri, malah berdiam diri apabila kerajaan melakukan sesuatu yang salah dan membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak rakyat, perbuatan itu tidak lebih hanyalah membawa kemudaratan.
Tindakan tersebut mungkin lebih didorong adanya kepentingan terlindung yang bersifat peribadi yang ingin digapai di sebaliknya.
Orang yang menegur dan mengkritik, mereka tahu tak akan beroleh apa-apa yang bersifat kepentingan dunia, tetapi tetap melakukannya dengan mengharapkan adanya perubahan dan kepimpinan kerajaan menjadi lebih baik lagi.
Sudah banyak contoh di dunia ini, kerajaan yang tidak terbuka dalam menerima teguran dan kritikan, biasanya tidak akan mampu bertahan lama.
Pengkritik tetap pengkritik biar pun kerajaan bertukar ganti dan tetapi harus diingat, apabila kerajaan berubah, perkara pertama yang berubah ialah Perdana Menteri kena pindah keluar daripada Seri Perdana dan mungkin pula disertai turun naik mahkamah selepasnya.– ShahbudinHusin 21July2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/07/21/mengkritik-madani-bukan-bermakna-menyokong-pn.html
PUAK KHAWARIJ SEBENARNYA MENDOAKAN UMAT ISLAM.
La Jo Ir
Sejarah membuktikan puak Khawarij la yang mendoakan Kehancuran Sayyidina Ali . last2 terbalik ke puak mereka semula..semoga berbalik semula pada yang menyebarkan Surat layang fitnah dan berita palsu..
ESOK MB KUAT MAKI NAIK MAHKAMAH... ELOK.
Desa HM.
Yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Siapa yang report Sanusi? Istana Selangor sendiri.
Okey takmau komen panjang. Kita tunggu episod seterusnya.
BICARA MB KUAT MOHONG ESOK DAN TARIKH SEKIAN SEKIAN. TUNGGU PRK PULAK.
Desa HM
Lepas tu disambung pada 23, 29 dan 30 Julai, serta 5, 6, 9, 12, 13, dan 23 Ogos ini.
Didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tak lama dah... akan ada PRK Dun Jeneri... dan kerusi MB giliran orang lain.
Maka dengan itu... berakhirlah riwayat tentang panglima 'The Greater Kedah'....
Atau lebih dikenali dgn 'The king of pemuhong Kedah'..
Memalukan sejarah Kedah.
Nasib baik aku orang Selangor...
😆😆😆
MURSYID AM PAS vs MP DIGANTUNG
Dzulkarnain Abidin
1. Mursyid Am Pas kata, boleh baca qunut nazilah apabila jemaah PN ditekan secara politik.
2. Maknanya, MA Pas mengaku, "ulama" Pas yang baca qunut nazilah di parlimen itu menyasarkan doanya kepada kerajaan hari ini.
3. Kita tahu, kini Pas memang tertekan sebab tak dapat jadi kerajaan dan tak dapat nak tebuk atap.
4. Kalau itu tekanannya, "ulama" Pas baca qunut nazilah atas alasan yang salah. Alasan itu tak memenuhi syarat qunut nazilah dibaca.
5. Sebelumnya, MP PN digantung kata, qunut nazilah itu bukan menyasarkan kerajaan, PM atau speaker.
6. Eh, macam mana Mursyid Am Pas bercanggah dengan MP PN digantung?
7. MP PN digantung tak rujuk ulama Pas? Atau ulama Pas tak sejalan dengan MP PN digantung?
8. Mungkin depa dua dok dalam grup wasap berbeza. Mis komunikesyen...!
SIKSA DUNIA AKHIRAT.
Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan dibawa Mahkamah Kuala Kubu Bharu untuk permohonan lanjut reman, pada Isnin.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim.
"Ya, suspek dibawa ke mahkamah esok (Isnin) untuk lanjutan reman. Reman suspek selama tujuh hari akan tamat esok, siasatan masih dijalankan termasuk usaha cari barang bukti dan lain-lain sudut termasuk merekod keterangan beberapa individu," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
TAK TAU BAHASA MELAYU KA..?
Adrian Lim
NIAMAH!!! Kepentingan bahasa Melayu!!!
(Dituju khas pada Ah Beng & Ah Lian yg tak reti berbahasa Melayu)
A post went viral yesterday, claiming RTM sent condolences to the King.
Checks found that RTM DID NOT SEND CONDOLENCES TO THE KING.
The error was on Facebook's side because of the auto translate function.
But why would someone who lives in Malaysia need auto translate from BM to English? Unless, you don't understand BM lah.
Niamah!!! If you grew up in Malaysia but don't understand BM, then you should hang yourself lah.
Niamah!!! Even the Bangladeshis and Nepalese who work here understand BM...... and you call yourselves "Malaysian"? 🤭
PATUT TAK LAKU DAH SEKARANG NI DALAM DRAMA PUN.DIA DAH DAPAT DUIT DAH HABIS GAMAKNYA. PDRM CUBA PEGANG SIASAT TENGOK.
Mohd Fairul Al Qasas
Rafidah ni rupanya geng PN. Lebih 5 tahun hal nak pembangunan semula Kg Baru dan Kg Sg Baru ni, Rafidah diam.
Penduduk paling tak puas hati zaman PN sebenarnya terutamanya dibawah Menteri Shahidan Kasim.
Menteri PH Khalid Samad, pampasan yang ditawarkan adalah yang tertinggi.
Tapi masa zaman PN tu baik Menteri Annuar Musa dan Shahidan Kasim, Rafidah diam.
Jelas ini namanya type walaun. Iaitu diamkan kemungkaran asalkan parti sendiri buat. Elok dah awalnya Rafidah ni bina imej muslimah dan kongsi hadis dalam konten beliau.
Bising zaman Madani buat video marah-marah, tuduh zionls bagai. Buat fitnah dan tanam persepsi salah.
Ternyata inilah sikap yang merosakkan negara dan mengganggu ketenteraman dan keharmonian kaum.
AJARAN SESAT PAS.
Mohd Fairul Al Qasas
Antara sifat ghuluw membawa kepada khawarij seterusnya kafir-mengkafir ialah mendoakan qunut nazilah kepada sesama muslim.
Kita bukan takut akan doa tersebut, kerana kita yakin Allah itu lebih alim banding yang mendoakan.
Tapi kita takut dengan sikap melampau dan menunggang agama seperti ini.
AGAK AGAK DENGAN SIKAP KAU ORANG BOLEH TERIMA KAH?
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meletak keutamaan kepada usaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu terlebih dahulu berbanding jawatan dalam kabinet Kerajaan Persekutuan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menegaskan selagi kepercayaan berkenaan belum diperoleh semula, beliau akan memilih untuk berada di luar Kabinet.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
KENYATAAN MEDIA YADIM.
Zamri Zainal A idin
Qunut Nazilah bukan untuk dibaca kepada sesama Muslimin Mukminin. Pertentangan dalam su-isu pentadbiran apatah lagi melibatkan soal disiplin dan tatacara bukan bermaksud menentang dan memusuhi Islam yang layak digunakan Qunut Nazilah.
YADIM menyeru kepada ahli-ahli politik supaya sentiasa menunjukkan budi pekerti terpuji apabila berada di Dewan Parlimen yang mulia, kerana anda mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.
CIRI CIRI MUNAFIK TULEN
Che Ibrahim
Sabda Nabi saw:
اربع من كنا فيه كان منافقا خالصا، ومن كانت فيه خصلة منهن كانت فيه خصلة من النفاق حتى يدعها : إذا حدث كذب، وإذا وعد اخلف، وإذا خاصم فجر، وإذا عاهد غدر....
Sesiapa yang ada empat perangai ini, maka dia adalah munafik tulin, sesiapa yang ada salah satu dari empat perangai ini, maka dalam dirinya ada Salah satu dari perangai munafik sehinggalah dia meninggalkan perangai/feel itu.
Feel feel itu ialah;
1. Setiap kali dia bercakap, mesti bohong.
2. Setiap kali dia buat janji mesti dia tidak tepati, tidak pegang pada janjinya.
3. Setiap kali dia bermusuh dia berlebih lebih/melampau lampau jahatnya
4. Setiap kali diberi amanah dia. khianat.
Percayalah..bila seorang Muslim itu berlebih lebihan dalam kebencian dan perbalahannya, maka dia seorang munafik wpun mengaku ustaz atau dilabel sebagai ustaz atau ulama.
PMX ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS RAJA BAHRAIN
Sewaktu mengadakan kunjungan hormat ke atas Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa malam ini, beberapa topik dibincangkan antaranya meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang penting untuk dimanfaatkan secara bersama-sama.
Kami percaya, usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan juga kesihatan.
Sheikh Hamad tiba di Malaysia bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim, yang akan berlangsung di Istana Negara esok.
Moga ulang tahun hubungan diplomatik Bahrain dan Malaysia ke-50 pada tahun ini juga bakal memberi lebih banyak peluang untuk memupuk kerjasama dan persahabatan dalam pelbagai bidang selain kerjasama ekonomi serta perkongsian pengalaman terkait sektor perbankan Islam global.
========
This evening, I paid a courtesy call on His Majesty Sheikh Hamad Isa Al Khalifa, King of the Kingdom of Bahrain. We discussed several topics of common interest including strengthening bilateral collaboration in various important fields for mutual benefits.
As this year marks the 50th anniversary of the establishment of Malaysia-Bahrain relations, we believe that continuous efforts should be carried out to increase cooperation in politics, economy, education, culture, tourism, and also health sector.
#MalaysiaMADANI
PEMFITNAH ISU 34 DI DENDA RM25 RIBU! INI SEBAB KENAPA POSTING MB SAM DIP...
BAYAR RM100 JUTA! KATAK ADUN REMBIA! SOALNYA ADAKAH PAS AKAN TOLONG BAYA...
TERKEJUT MAHATHIR KENA BOO.. DI JEPUN! MP PULAI PULA JADI SERANGAN FITNA...
DASAR AP TERBUKA.
Nazri Hamdan
Saya suka bila baca berita ni
Tapi of course akan ada bumiputera yang tak suka
Tapi yang tak suka tu bukan semua bumiputera, tapi mereka yang terdiri dari golongan “know-who”
Dah berpuluh tahun dasar AP ni berjalan. Tapi matlamat asal dah tersasar
Daripada bagi manfaat pada usahawan bumi, akhirnya yang dapat ialah balik-balik orang yang sama
Mereka ni barangkali dah kaya raya. Tapi walau dah kaya, mereka tetap dapat AP. Jadi mereka bertambah kaya.
Cukuplah, bagilah peluang kepada bumiputera yang lain
Mustahil tak ada syarikat bumi yang lain tak ada potensi
Mungkin mereka boleh buat lebih baik lagi cuma mereka tak ada peluang
Mereka ni adalah golongan “know-how”. Inilah golongan yang patut dibantu dan diberi peluang
Sebab tu saya sangat sokong dengan dasar AP bumiputera terbuka. Ni satu langkah yang sangat berani dari kerajaan
Cakap pasal geran kerajaan pada bumiputera pun sama. Kita tahu ada kalangan bumiputera yang dah kaya jadi jutawan
Akan tetapi, mereka masih terima geran berjuta dari kerajaan. Jadi mereka terus jadi makin kaya
Bila mereka dah kaya, bukankah patut mereka diberi pinjaman pula dan bukan geran?
Yang patut dapat geran adalah syarikat bumiputera yang ada potensi dan baru nak naik
Geran, AP dan sebagainya memang patut digunakan untuk bantu syarikat bumiputera
Tapi bantu mereka yang “know-how” dan bukannya “know-who”
KENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP MP YANG KETUAI ACARA QUNUT NAZILAH
Zulkatnain Abidin
1. Pernah aku sebut sebelum ini, tok imam Pas yang baca qunut nazilah dalam solat, walaupun dia sebut untuk membela Palestin, hakikatnya niat tok imam Pas tu untuk musuh politik parti itu.
2. Buktinya ialah kejadian seorang ahli parlimen yang dipanggil tok guru dalam Pas membaca qunut nazilah di parlimen. Bukti itu menjadi lebih kuat apabila diaminkan oleh ahli parlimen PN.
3. Inilah bara takfiri yang terus ditiup oleh Pas. Seolah-olah ahli parlimen yang menyokong penggantungan seorang ahli parlimen PN adalah setaraf Zionis yang membantai Palestin.
4. Teruk benar amalan agama dalam kalangan agamawan politik dalam Pas. Memperalatkan agama untuk kepentingan politik sudah sampai ke tahap sanggup mendoakan kemusnahan untuk saudara seagama.
5. Jika ada orang bertanya aku, apa yang patut kerajaan buat terhadap Pas dan PN?
6. 1, usah beri peruntukan ahli parlimen kepada semua ahli parlimen PN. Jika diberi, peruntukan itu akan diguna untuk menyuburkan takfiri. 2, kerajaan patut mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli parlimen terbabit. Gunalah apa-apa peruntukan undang-undang yang ada untuk membendung takfiri.
7. Kejadian sebegini tidak boleh dipandang sebelah mata dan dibiar berlalu begitu saja. Tambahan pula doa itu dibaca di Bangunan Parlimen yang mendokong demokrasi dan kesederhanaan.
AMARAN PDRM
Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak terutamanya pengguna media sosial, yang didapati mengeluarkan sebarang spekulasi atau komen secara melampau sehingga mengancam keselamatan individu lain.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan membuat hantaran serta spekulasi berkaitan sesuatu isu hingga berlakunya fitnah, ugutan atau buli siber, adalah kesalahan jenayah walaupun ia berlaku di alam siber.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
IKUT SURUHAN TUHAN.
Desa HM
Tak payah la nak gaduh- gaduh pasal wahabi ker.. ahli sunnah ker.. mazhab itu, tarekat ini.... buat jer yang Allah suruh, tinggal yang Allah larang. Jaga solat, jaga puasa. Jgn mencuri, jgn rasuah, jangan menyusahkan orang lain.
Nak masuk syurga pun dengan rahmat Allah. Bukan dengan hebatnya ibadat kita.
Sebab tu... berbuat baiklah sesama manusia. Yang senang, tolong yang susah. Yang lebih, memberi. Baiki silaturrahim. Buang sifat dengki dan iri hati. Bersihkan hati.
Berbuat baik kepada haiwan. Sayangi mereka. Beri makanan dan minuman. Jgn siksa haiwan.
Begitu juga pokok-pokok dan tumbuh2an. Sayangi mereka. Apatah lagi yang memberikan rezeki utk kita. Berkomunikasilah sebaiknya dengan mereka.
Sayangi alam. Jangan kotorkan alam. Jaga sungai. Jaga hutan... mereka juga makhluk.
Bila dh laksanakan semua itu dgn sebaiknya...
Bertawakkallah.. InsyaAllah... Tuhan Yang Maha Penyayang akan balas dengan ganjaran SyurgaNya....
Di sisi Allah... kita ni sama shj.
❤️❤️❤️
PENCAPAIAN PMX DALAM TEMPOH 20 BULAN SANGAT MEMBERANGSANGKAN : WALAUN KHAWARIJ TERSAKITI LAGI
Zusdin
Pencapaian PMX, dalam tempoh 20 bulan adalah sangat memberangsangkan. Pelbagai inisiatif dan reformasi telah dilaksanakan, membawa perubahan positif yang ketara kepada negara. Dengan visi dan kepimpinan yang cemerlang, beliau telah berjaya memacu ekonomi, meningkatkan kualiti hidup rakyat, dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia di persada dunia.
Selama 20 bulan ini juga kita telah menyaksikan banyak pencapaian yang membanggakan, dari projek pembangunan infrastruktur yang besar hingga kepada peningkatan dalam pelbagai sektor. Usaha yang gigih ini menunjukkan komitmen PMX terhadap kemajuan negara.
BUKAN TAKUT TAPI SALAH DARI SEGI AGAMA.
Walaun tanya, kenapa takut dengan Qunut Nazilah?
Dulu Khawarij baca Qunut Nazilah kepada Saidina Ali.
Mendoakan kemusnahan kepada Saidina Ali.
Apakah Allah makbulkan doa Khawarij tu?
Sedangkan Khawarij ketika itu dianggotai oleh para alim ulamak dan agamawan di zaman itu.
Apakah Saidina Ali takut?
TIDAK! Kerana Allah tidak akan memakbulkan doa kemusnahan sesama muslim.
Bahkan, doa itu akan berbalik kepada puak Khawarij yang berdoa tu.
Apa jadi pada Khawarij selepas itu? Mereka dikalahkan dan dihancurkan oleh Allah dalam peperangan.
Dan hari ini, Khawarij moden (PAS) pula baca Qunut Nazilah , mendoakan kemusnahan terhadap orang Islam juga.
Apakah orang Islam perlu takut dengan doa kemusnahan PAS tu?
TIDAK, kerana pasti Allah tidak akan makbulkan doa kemusnahan kepada orang Islam, dan pasti Allah akan terbalikkan doa itu kepada PAS sendiri.
Insya Allah, sama seperti Khawarij di zaman Saidina Ali, puak Khawarij hari ini iaitu PAS, juga akan dikalahkan dan dihancurkan oleh Allah, akibat doa mereka sendiri. In Shaa Allah,,
Amin.
:)
SALAH BACA PERKECILKAN DOA
Marwan Bukhari
Semalam dihubungi wartawan yang bertanya tentang isu membaca qunut nazilah kepada lawan politik. Berikut jawapan ringkas yang saya berikan:
Qunut nazilah dibaca apabila berhadapan dengan cabaran tententu. Jika bertujuan membantu orang yang ditindas, Nabi SAW akan mendoa agar orang yang ditindas terselamat. Jika didoakan ke atas musuh Islam yang memerangi dan menyakiti umat Islam, Nabi akan berdoa agar mereka mendapat hukuman setimpal.
Doa qunut nazilah di negara kita lebih terkenal dengan versi yang sering dibaca itu. Jadi, kalau doa itu, terang-terang dimaksudkan kepada musuh yang memerangi umat Islam dan bukan musuh politik sesama Islam mahupun warganegara bukan Islam.
Perbezaan politik yang berlaku di Malaysia masih dalam kerangka betul-salah dan bukannya iman-kufur. Jadi, tindakan membaca qunut nazilah kepada musuh politik sebagaimana kita saksikan adalah salah dan tidak dibenarkan agama.
https://m.malaysiakini.com/news/712599
MENANTI SUARA MUFTI
MSO
Bacaan qunut nazilah oleh wakil pembangkang yang dipimpin ahli parlimen Jasin menjadi polemik dalam kalangan pemain medsos. Mereka konfius apakah ritual itu bertepatan atau suatu penyalahgunaan.
Sudah hampir 48 jam ia berlalu dah jadi polemik. Elok kalau ada mana-mana agamawan berautoriti seperti Mufti atau Kadhi arau Mentega membuat penjelasan rasmi tentang perkara itu.
Membiarkannya terus dipolemikkan ia mendatangkan noda kepada kesucian agama manakala polemik itu juga menunjukkan wujud oergeseren pendapat (pegangan) dalam kalangan Islam. Polimek begitu juga.menajamkan perbalahan khilafiah.
Hal ini sudah pasti akan diketawakan pihak lain, selain ia dilihat penganut Islam gagal menimbus jurang perbalahan sesama sendiri.
Kita ada sekurang kurangnya 10 orang Mufti bersuaralah, cukup kalau pun seorang saja demi meredakan keadaan. Apabila tiada apa² komentar daripada pimpinan bertaraf ulama dalam Pas jelas menunjukkan bacaan qunut nazilah disituasi itu diizinkan. Trims.
TURUN KAN ATAU DISAMAN
Saya nasihatkan Md Nor Azam Yusof turunkan posting ini dan hentikan sebaran fitnah, atau berhadapan dengan tindakan undang-undang. Saya telah mengarahkan pasukan saya untuk mengumpul semua maklumat dan berita palsu berkaitan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Saya sama sekali tidak pernah menghalalkan arak, tetapi malang sekali ramai pula kelompok takfiri yang menghalalkan fitnah dan menghalalkan percubaan jahat mengaibkan saya dengan fitnah.
48 jam.
BUKAN SOAL UMNO KENA KAN KO. TAPI DAH TANDATANGAN DOKUMEN YANG MEMANG JELAS LAGI BERSULOH.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menegaskan beliau bersedia untuk diheret ke mahkamah oleh UMNO susulan penyertaanya dalam Pas, minggu lalu.
Malah beliau turut memberi amaran akan mendedahkan taktik buruk parti itu di mahkamah kelak.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
SATIRA
𝐒𝐀𝐓𝐈𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔
Beberapa tahun lepas teman terserempak dengan kawan sekampung di Lembah Klang.
Setelah dia berhijrah, dekat 10 tahun kami berpisah.
Masa tu teman pun dah habis belajar.
Teman tanya dia, kome kerja kat mana?
Dia kata jadi 𝐑𝐞𝐩𝐨 𝐎𝐟𝐟𝐢𝐜𝐞𝐫.
Teman tak biasa dengar, so teman tanya 𝐑𝐞𝐩𝐨 𝐎𝐟𝐟𝐢𝐜𝐞𝐫 buat apa?
Dia cakap kerja dengan bank.
Teman tanya lagi, bank mana?
Dia kata dengan hampir semua bank yang ada kat M'sia.
Dalam kepala, teman fikir mesti 𝐜𝐨𝐧𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧𝐭 𝐥𝐞𝐯𝐞𝐥 𝐚𝐭𝐚𝐬𝐚𝐧.
𝐖𝐎𝐖, 𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐚𝐧.