La Jo Ir
Waktu PAS PIS PUS jadi Kerajaan, waktu Nwamuso jadi Pengerusi Jawatankuasa Khas Jihad Menangani Inflasi; kenapa penurunan harga telur tidak pernah berlaku? Malah kenaikan sehingga RM18-19 sepapan..
La Jo Ir
Waktu PAS PIS PUS jadi Kerajaan, waktu Nwamuso jadi Pengerusi Jawatankuasa Khas Jihad Menangani Inflasi; kenapa penurunan harga telur tidak pernah berlaku? Malah kenaikan sehingga RM18-19 sepapan..
Mengkritik dan menerima kritikan adalah resam dalam dunia politik demokrasi.
Sama ada sebagai kerajaan atau pembangkang, mengkritik dan menerima kritikan hampir tidak dapat dielakkkan.
Tetapi, parti yang menjadi kerajaan sudah tentu lebih terbeban dengan dihujani kritikan daripada pelbagai sudut, terutama sekali berkaitan sosok yang menjadi Perdana Menteri.
Seorang Perdana Menteri akan sentiasa menjadi perhatian dan sedikit silap saja yang dilakukan, kadang-kadang terlupa menyebut perpuluhan dalam angka pun misalnya sudah cukup untuk dijadikan bahan persendaan.
Dengan itu, pastilah lebih hebat lagi hentaman yang tiba apabila perkara-perkara besar seperti menaikkan harga diesel sehingga RM1.20 sen yang dilakukan oleh kerajaan.
Dulu ketika era Tun Abdullah Badawi, jika kita masih ingat, paling teruk kerajaan BN dihentam kerana kenaikan minyak sebanyak 0.78 sen yang dilakukannya.
Sebagai kerajaan, baik pemimpin yang berada dalam kerajaan atau penyokong di bawah yang hanya dapat sekupang dua, tugas mereka ialah menjawab segala kritikan itu dengan fakta dan naratif yang betul.
Jangan sesekali emosi atau marah-marah terhadap kritikan yang datang, waima daripada siapa sekali pun.
Terimalah segala kritikan itu dengan fikiran yang terbuka, terutama jika kita pernah jadi pembangkang sebelum ini.
Renunglah kembali ketika kita jadi pembangkang dulu, apa yang kita tidak serang, tidak balun dan tidak sembur pihak kerajaan?
Lantaran itu, harus ada jiwa matang dan rasional dalam menerima kritikan apabila sudah jadi kerajaan.
Lagi pun, jadi kerajaan ini bukannya sesuatu yang kekal abadi macam duduk dalam syurga.
Suatu masa yang tak tahu entah bila – putarannya akan tiba di mana kerajaan akan turun jadi pembangkang dan pembangkang bakal naik semula sebagai kerajaan.
Dalam hal berkaitan, bukan saja parti yang menjadi kerajaan harus rasional, pihakpembangkang dan penyokongnya juga harus mengambil iktibar yang sama.
Berpada-padalah juga dalam mengkritik dan menghentam pihak kerajaan kerana apabila tiba giliran jadi kerajaan nanti, kritikan dan hentaman itu secara automatik tertuju balik kepada kita.
Ketika jadi pembangkang, janganlah terlalu banyak berjanji yang melebihi upaya untuk melakukannya kerana ia pasti akan dituntut dan diungkit oleh rakyat.
Meskipun pemimpin selalu lupa, tetapi rakyat tidak pernah lupa.
Begitu pun, adalah lumrah bahawa menjadi kerajaan akan lebih terdedah kepada kritikan dan rakyat juga lazimnya lebih gemar membaca atau menonton kritikan-kritikan terhadap kerajaan berbanding kepada pembangkang.
Ini kerana bersama kerajaan ada kuasa, tetapi di sisi pembangkang tiada apa-apa.
Dalam keadaan itu, keprihatinan rakyat sudah tentu kepada kerajaan, khususnya berkaitan penyelewengan, rasuah, amalan kronisme, khidmat serta bantuan.
Yang penting, kita mesti rasional dan terbuka serta sentiasa menyedari hidup ini adalah macam roda. – ShahbudinHusin 20Jun2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/06/20/keterbukaan-menerima-kritikan.html
W. Faudzin
Perdagangan Malaysia meningkat 10.3% pada Mei, tertinggi sejak 2022. Inilah fakta yg perlu kita terima, bukannya auta dari pembangkang yang tidak mahu terima hakikat ini.
Che Ibrahim
4 MP Parti Bersatu di Sabah yang telah isytihar keluar parti telah disahkan oleh Speaker Parlimen tidak perlu mengosongkan kerusi mereka kerana tidak berlaku kekosongan luarjangka. Mereka bertanding atas tiket GRS, bukan atas tiket Bersatu, jadi tak timbul isu lompat parti.
Isu yang sama juga berlaku kepada Adun Nenggiri, beliau bertanding atas tiket Pas, bukan tiket Bersatu. Kita tunggu perkembangannya.
RMS
Belum masuk gelanggang dah tahu akan kalah..?? Calon ada ISO..kasi up lagi naikkan dari ISO 4001 pada ISO 10000000000.. baru gempak.. hahaha 😆😆
Aku tengok ramai walaun dan tak kurang lebai yang 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘦 gambar harga petrol dan dieswl murah zaman 𝘁𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝗽 𝗱𝘂𝗹𝘂. Tapi macam biasa, dorang 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘦 tanpa ceritakan 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗲𝗸𝘀 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿.
Aku bekerja di bahagian huluan (𝘶𝘱𝘴𝘵𝘳𝘦𝘢𝘮) industri minyak dan gas (𝗢&𝗚). Aku ingat sangat sangat masa ni. Memang petrol dan diesel murah. Tapi sebab apa? Sebab 𝙘𝙧𝙪𝙙𝙚 𝙤𝙞𝙡 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵.
Sangat murah pada tahap sampaikan 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗴𝗶. Bila harga minyak mentah lebih rendah daripada kos pengeluaran, begitulah yang terjadi.
Bagaimana harga minyak mentah boleh jatuh? Sebab waktu itu, ekonomi ditutup. Banyak kilang yang tidak beroperasi. Manakala 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗸𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹.𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗹𝗶. Tak laku.
Kalau ikut harga 𝘤𝘳𝘶𝘥𝘦, harga petrol yang diesel yang dalam gambar ni masih mahal sebenarnya. Mungkin waktu harga petrol sepatutnya 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗥𝗠1.
Minyak murah tapi tak tak boleh nak guna. Nak buat apa? Nak pergi kerja tak boleh, nak balik kampung pun tak boleh. Nak beli bekalan makan pun 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮.
Lebih dari itu, yang 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗲𝗺𝗮𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗸𝗮𝗽. Minyak dalam tangki kereta tak bercuit. Yang beli petrol 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. Sebab menteri ada yang main golf, ada yang 𝘵𝘦𝘴𝘵 𝘥𝘳𝘪𝘷𝘦 kereta baru, yang juga yang jalan bawa artis wanita. Rakyat kena kurung.
Tapi paling pelik, pada ketika harga diesel 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗴𝗶𝗹𝗮 masa tu, harga barangan lain 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹. Telur dan ayam hilang dari pasaran. Kalau ada pun, berkali ganda harganya berbanding sekarang.
𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹. Rupanya ada anak menteri tulang sorok. Semua mahal. Yang murah cuma, selain petrol dan diesel, maruah Mahiaddin dan para menteri kabinetnya. Sebab 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁, tetap buat mula selamba lantik diri.
Beginilah sifat walaun dan lebai. Bercerita tanpa beri konteks sebenar adalah 𝗽𝗲m𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗿 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Tapi bagi lebai dan walau, bohong itu sebahagian dari zikir mereka. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Isham Jalil pun amik kesempatan jadi hero mengecam Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli tentang isu penyeludupan berkaitan nelayan.
Mula sekali, YB Rafizi tidak merujuk kepada nelayan kecil di Pantai Timur yang naik perahu tu. Beliau ada tegaskan dalam ucapan itu, boleh cuba dengar semula.
Jadi kepada siapa YB Rafizi rujuk?
Aku pun bersembang dengan member aku, yang ada perusahaan dalam industri melibatkan kapal-kapal di laut. Ayat dia, "betullah apa yang Rafizi cakap tu!"
Member aku ni tahu selok-belok, rahsia dalaman yang kita tak tahu. Ya lah, benda jadi tengah laut, macam mana kita nakpi tengok?
Maklumat dari member aku ni, rupanya dalam industri perikanan, banyak bot-bot atau aku gelarkan sebagai tongkang dipajak oleh pemborong ikan. Awak-awak pulak ramai dari Indonesia dan Myanmar.
Aku sertakan gambar untuk tunjuk contoh tongkang-tongkang yang berbeza mengikut negara.
Tongkang macam ni yang pergi ke laut dalam, bukan nelayan-nelayan kecil Pantai Timur.
Kartel tongkang Malaysia ni pi tengah laut bukan bertujuan tangkap ikan, tapi jadi saudagar diesel subsidi.
Call sign depa adalah kuda laut, berhubungan menerusi radio.
Depa lah yang paling banyak jual minyak diesel subsidi kepada tongkang nelayan luar dan bunker vessel.
Dalam satu tongkang tu boleh muat sekitar 100,000 ke 300,000 liter diesel. Tengah laut tu transfer guna hose. Harga depa jual sekitar RM2.50 ke RM3 seliter.
Berapa harga diesel di Singapura? Sekitar 0.90 usd seliter (RM4.20 seliter).
Sebagai tukaran, depa jual minyak diesel, dan amik ikan bersama wang tunai dari nelayan luar ni.
Untung diesel kat situ dah. Kemudian ikan tu dijual mahal pulak kat pasaran Malaysia.
Diesel pun untung, ikan pun untung. Harey.
But of course bukan semua tongkang nelayan Malaysia buat kerja ni lah. Ada la kartel dia.
Ada juga bunker vessel Malaysia yang beli dan guna minyak diesel seludup ni, beberapa nama syarikat yang member aku berikan. Tapi aku tak boleh tulis sebab sensitif.
Ada orang kata, mana mungkin tongkang ni berhenti jumpa kapal besar di tengah laut. Kan depa dipantau oleh sistem.
Tracking kapal ni tak macam kapal terbang. Sistem AIS (Automatic Identification System) yang hantar lokasi kapal kepada entiti lain boleh ditutup bila-bila masa oleh kapten.
Depa boleh saja menyimpang dari laluan maritim.
Dia tak macam kapal terbang, kalau hilang dalam radar habis semua panik. Kapal ni masih boleh dihubungi menerusi radio kalau orang perasan mereka hilang dari radar.
Dan soalan cepumas seterusnya yang aku tanya, takkan boleh mudah saja depa buat kerja tu?
Member aku cakap, kan banyak kes nelayan warga asing datang memukat di perairan kita. Dan PATI memang mudah masuk. Sebab apa? Sebab ini adalah systemic issue.
Bila systemic, akan ambil masa yang lama untuk betulkan keadaan. Jalan paling cepat, buat penyasaran subsidi diesel. Ok, aku taknak elaborate lanjut bab systemic ni.
Berapa banyak negara hilang akibat penyalahgunaan subsidi diesel?
Meh tengok fakta ni, perbandingan antara tahun 2019 dan 2023, jumlah penjualan diesel di stesen minyak.
Penjualan diesel meningkat 77% dari 6.1 billion liter (2019) kepada 10.8 billion liter (2023). Tapi berapa banyak kenaikan kenderaan diesel? Cuma 3% peningkatan.
Jualan minyak diesel meningkat 77% walaupun kenderaan diesel cuma meningkat 3%. Memang tak masuk akal.
Dan macam yang aku dah 2-3 kali tulis, siapa-siapa yang naik jadi Kerajaan pun akan dapat maklumat sama dari pegawai-pegawai atasan Kerajaan.
“YB, subsidi yang dibelanjakan negara semakin tinggi setiap tahun. Kalau ikut unjuran, kita takkan mampu kekalkan subsidi seperti sekarang. Jadi, apa rancangan YB untuk jimatkan belanja subsidi?”
Najib Bakar
Berikan Anwar 10 tahun Malaysia akn jadi negara hebat
PEMBANGKANG TAKUT NASIB SEPERTI SELANGOR
Bukan sahaja saya dan rakan2 pernah menulis, Johari Ghani sendiri berkata jika Anwar diberi 10 tahun memgetuai kerajaan, Malaysia akan menjadi negara yg akn dibanggakan.
Beliau percaya 10 langkah inisiatif Ekonomi Madani yg diperkenalkan mampu dicapai dlm tempoh 10 tahun. Malah pakar2 ekonomi dlm dan luar negara semua teruja dgn pencapaian Malaysia.
Malangnya di negara kita org Melayu lebih percaya data palsu kononnya Kedah adalah negeri pengeksport terbesar di Malaysia.
Saya lihat sekali saya dah tahu pembohongan besar tapi di group surau bertebaran dan disambut dgn pujian serta takbir. Sampai keluar air mata ketawa saya melihat karenah org Melayu yg mudah ditipu.
Saya sgt bimbang tahap pemikiran yg telah dirosakkan apabila segala kebaikan kerajaan perkenalkan semua mereka marah.
-Bagi menu ramah utk bantu org miskin…mereka marah,
- Naikkan gaj kakitangan awam… mereka marah
- Sekat subsidi yg diperolehi org kaya dan penyamun… mereka marah
- Turunkan harga telur… mereka marah.
- Bina masjid… mereka marah
Sebenarnya apa yg dilakukan kerajaan PH 1.0 dan PH/BN 2.0 ini byk manfaat. Dahulu bila LGE berikan RM30 e wallet mereka ketawakan.
Sebenarnya niat Menteri Kewangan itu utk menggalakkan rakyat menggunakan sistem pembayaran melalui e-wallet dan skg 70% org Malaysia gunakan.
Begitulah dgn telur. Punya gegak gempita pemimpin dan penyokong pembangkang perlekehkan harga telur turun 3 sen sebini… rupa2nya negeri Terengganu dlm tempoh 3 jam habis 75 ribu biji telur.
Jgn tanya suri rumah tapi tanyalah peniaga yg menggunakan 10 papan sehari. Berapa byk penjimatan utk tempoh sebulan.
Tidak byk bezanya mengenai subsidi diesel, percayalah 1-2 tahun lagi bila mereka lihat byk manfaat dari pelaksannan tersebut barulah mereka diam.
Kita boleh lihat tidak sampai 3 hari di Rantau Panjang sunyi pembelian pam diesel. Paling lucu negara ke 4 terkaya di dunia iaitu Singapura, syarikat bas Singapura terpaksa naikkan harga tambang.
Rupa2nya bukan rakyat Singapura, syarikat perniagaan mereka pun mencuri subsidi duit rakyat utk mereka menjadi kaya raya. Nampak…!
Tanpa kita sedar berbillion kita tanggung org kaya bukan rakyat Malaysia curi subsidi diesel kita. Bila sesuatu dilakukan pasti ada pro & kon. Tapi kena lihat pro nya melebihi 70% ia tentu sesuatu yg baik.
Sebenarnya jika tiada subsidi bersasar seperti beberapa negara lain di dunia kerajaan akn perolehi lebihan lebih RM 10 billion yg byk manfaatnya boleh diberikan kpd rakyat.
Jika harga petrol dilakukan pasti ia lebih baik tapi melihat kpd style masyarakat tempatan patut la Mahathir, Abdullah Badawi, Najib, Muhyiddin, Ismail tiada kekuatan utk melakukannya.
Akhirnya kita boleh lihat dgn fakta contoh terbaru jika
di zaman PN harga telur naik 40 sen… ada org Melayu marah? Minyak masak naik dua kali ganda di zaman PN ada org Melayu marah?
Bukan sahaja harga telur naik malah tiada di kedai. Minyak masak tiada… kenapa org Melayu tak marah???
Kenapa Muhyiddin kurung rakyat paling lama dlm dunia atas alasan PKP org Melayu tak marah? Semua kerana terperdaya dgn fahaman khawarij tanpa mereka sedari.
Org Melayu suka kena bodoh Cytro mereka kata harga petrol di Singapura lebih murah kerana Cytro itu tunjuk info grafik membuat kiraan dlm SGD.
Org Melayu suka kena bodoh bila percaya manusia ada ISO. Org Melayu suka kena bodoh konon Kedah pengeksport terbesar…?
Org Melayu suka kena bodoh dgn kapitalis yg nak naikkan harga barang kononnya harga minyak naik. Sdgkan mereka ada subsidi menerusi fleet card?
Bila org Melayu percaya, tauke besar pun suka utk mereka ambil kesempatan untung berganda. Itu sebabnya kita jgn suka diperbodohkan.
PERKARA DITAKUTI PEMBANGKANG
Sebenarnya pemimpin pembangkang sgt takut 2 perkara. Jika Anwar berjaya kekal 2 penggal PRU mereka akn terkubur.
5 tahun ini adalah proses Anwar membetulkan keadaan negara.
1. Lawan rasuah habis habisan
2. Perbertulkan subsidi yg melemahkan kerajaan
3. Tarik pelabur ke dalam negara
4. Menanamkan sifat jati diri kpd kakitangan awam tentang tata kelola.
5. Perkenalkan budaya kerja baru selain anti rasuah ialah gaya kerja yg efektif bukan budaya kerana lepak di kantin.
6. Perkenalkan nilai2 tinggi kpd rakyat Malaysia
dan lain2….
5 tahun selepas itu barulah hasilnya akn dpt dilihat. Ibarat tanam durian selepas 8 tahun barulah dot hasilnya.
Ketika itu mimpi buruk kpd pembangkang. Mana mungkin negara2 di dunia yg perang rasuah tidak boleh maju.
Pembangkang tahu jika Anwar diberi 10 tahun memerintah… nasib pembangkang akn menjadi seperti di Selangor. Pergi tak akan kembali.
Bayangkan 10 tahun Selangor sebagai negeri pembangkang ia tetap menjadi negeri paling maju. Rakyat Selangor mendapat begitu byk manfaat daripada kerajaan Selangor bila tadbir urus yg baik.
Itulah yg paling dibimbangi pembangkang. Dlm masa yg sama kes mahkamah berjalan. PDRM, SPR, LHDN akn lebih selesa tanpa gangguan org politik.
Ia tidak senangi kerana ketika itu tiada lagi org kaya bertambah kaya…. Tiada lagi jalan mudah utk menjadi kaya. Org Melayu selepas 10 tahun akn memulakan satu norma kehidupan baru seperti rakyat negara maju.
-Normad Radzuan
https://www.facebook.com/share/p/PEgMnK6PRGVFXkzo/?mibextid=oFDknk
SYABAS SPEAKER DUN KELANTAN…
Pertama sekali diucapkan syabas kepada Speaker Dun Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah kerana tanpa berlengah lagi telah menunjukkan keberaniannya mengisytiharkan kerusi Dun Nenggiri sebagai kosong.
Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu dibuatnya susulan DUN Kelantan telah menerima notis bertulis daripada Bersatu mengenai kedudukan Mohd Azizi Abu Naim yang terlucut keahliannya daripada Bersatu.
Dengan tergugur keahlian itu bermakna berlaku kekosongan kerusi Dun Nenggiri yang kini didudukinya.
Kata Mohd Amar, keputusan tersebut adalah selaras dengan Undang-Undang Tubuh negeri Kelantan.
Di samping merupakan Adun Nenggiri, Mohd Aziz juga adalah Ahli Parlimen Gua Musang yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama lima lagi Ahli Parlimen yang lain.
Lima Ahli Parlimen terbabit ialah Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Kesemua mereka di atas, termasuk Abdul Rashid Asari (Adun Selat Kelang) telah diisytharkan terhenti keahlian daripada Bersatu berikutan tidak akur dengan ketetapan parti agar tidak memberi sokongan kepada kerajaan perpaduan.
Dengan keputusan Nik Amar itu, Speaker Parlimen, Johari Abdul sudah tidak ada pilihan lain melainkan perlu juga mengisytiharkan enam kerusi Parlimen yang pemimpinnya telah terlucut keahliannya daripada Bersatu sebagai telah berlaku kekosongan.
Adalah menjadi lawak jenaka dan kartun politik jika Speaker Parlimen tidak sependirian dengan apa yang telah diputuskan Speaker Kelantan itu.
Lebih bahaya lagi, keputusan yang berbeza itu juga boleh merebak kepada kemungkinan berlakunya krisis perlembagaan dalam negara ini.
Dalam waktu yang sama, sudah pasti rakyat akan turut melihatnya sebagai keputusan yang berunsur politik kerana enam Ahli Parlimen itu memihak kepada Anwar.
Bahkan nama Anwar yang selama ini memperjuangkan Akta Lompat Parti sehingga ia menjadi kenyataan lebih tercemar jika Speaker membuat keputusan tiada pilihan raya semula.
Mengadakan pilihan raya semula di enam kawasan terbabit bukan saja jalan paling selamat untuk membersihkan alam politik negara ini daripada mereka yang berjiwa khianat, bahkan bagi memastikan nama Perdana Menteri sentiasa terpelihara.
Lagi pula, sokongan enam Ahli Parlimen yang digelar “enam jahanam” itu tidak memberi apa-apa nilai tambah pun kepada Anwar.
Tiada mereka, Anwar dan kerajaan perpaduan tidak rugi apa-apa.
Mereka malah merupakan beban kepada Anwar dan PH di waktu sekarang dan untuk menghadapi PRU16 akan datang.
Sekembalinya Johari daripada menunaikan haji nanti dan sebaik mendapati notis daripada Bersatu sudah ada di meja pejabatnya, beliau tidak harus bertikir panjang lagi dalam membuat keputusan.
Keputusan paling tepat, rasional dan wajar hanyalah satu – enam kawasan Parlimen terbabit mesti diisytiharkan kosong dan perlu diadakan PRK.
Nik Amar telah menunjukkan jalan yang betul yang harus Johari ikuti. – ShahbudinHusin19Jun2024
https://shahbudindotcom.net/2024/06/19/syabas-speaker-dun-kelantan.html
Lagi Pilihanraya Kecil..
KOTA BHARU: Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan bermula hari ini.
Perkara berkenaan diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada sidang media di pejabatnya, sebentar tadi.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan BERSATU pada 12 Jun lalu, yang memaklumkan hilang keahlian BERSATU dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.
"Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi.
"Maka dengan ini menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan," katanya.
Ia sekali gus merungkai perkembangan isu kerusi DUN berkenaan selepas Mohd Azizi, ADUN BERSATU yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum ini mengikrar sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Media sebelum ini melaporkan, enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN BERSATU sudah digugurkan keahliannya serta-merta.
Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Seorang lagi ialah ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari.
Ia selepas mereka gagal memberi sebarang jawapan berkaitan surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/06/1260441/speaker-dun-kelantan-umum-kerusi-dun-nenggiri-dikosongkan?sfnsn=wa
DI TERENGGANU WALAUN PELAHAP TARAK TELOQ
Di negeri walaun TERENGGANU, 70,000 biji teloq morah-morah disapu licin oleh walaun & untit yg tarak teloq tapi pelahap. Tu pun puak KHAWARIJ yg kufur nikmat tu dok maki hamun PMX dan Kerajaan MADANI. Species tak reti bersyukur.
TONTON berita video Awani di : https://youtu.be/fHHS17Ma6Jw?si=jrt5LNZj9rT9U_I_
Arina Riana
Un..ni bukan gambar edit ya..ni berita tv Tau .
Kat trengganu ni Un..
Habis telur kena borong ya Un..sebab nya mereka bersyukur telur trun harga ..bukan macam Un..sebijik telur rebus potong 18..jangan koyak ya Un😂😂😂
Takziah kepada keluarga pendakwah Ustaz Rasul Dahri yang dikhabarkan telah meninggal dunia. Beliau juga adalah antara alumni di Yayasan Anda suatu ketika dulu.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya dan ruhnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
ANWAR IBRAHIM
Jamzuri Ardani
Depa kata ada domino effect. Kesan kenaikan diesel akan menyebabkan kenaikan harga barang.
Tetiba bos Mydin kata harga barang tak naik sebab kenderaan pengangkutan dapat subsidi sama macam sebelum ni.
Bos pasaraya yang jual beribu-ribu barang confirmkan harga barang tak naik ... ini walaun naik gerek buruk pakai selipar lain sebelah dok sibuk sembang pasal 'domino effect' ... 😀😀😀
RMS
"Kesalahan disyaki dibuat jam 4.35 petang, Ahad lalu dan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki disyaki warga asing membayar RM23.17 melalui transaksi 'outdoor payment terminal' (OTP) iaitu pembayaran melalui kad prabayar untuk membeli minyak berkenaan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Bob Kelanang
Nahhh aunyet yang kata mana ada org beli 10 papan tu. Peniaga² restoran sekali beli 20 papan terus sehari tu tau.
Mozarella.
Itulah.. Cubalah jadi walaun yg ceghodik sikit, buat malu persatuan walaun semalaya je.. Apa apa pun tahniah lah.. sebab tunjuk champion kikikiki🤣🤣🤣
Hari ini saya amat gembira kerana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memeterai Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke Republik Rakyat China (RRC).
Protokol ini dimeterai antara saya selaku Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Mr. Yu Jianhua, Menteri General Administration of Customs of the People’s Republic of China (GACC) di Putra Perdana, Putrajaya.
Melalui pemeteraian Protokol ini, luang pasaran eksport baharu bagi buah durian segar dari Malaysia ke negara China telah dibuka. Sebelum ini, Malaysia diberikan akses pasaran eksport ke China bagi durian dalam bentuk ulas dan pes pada tahun 2011 dan buah durian sejuk beku dalam bentuk biji pada tahun 2018. Tambahan akses durian segar akan mengembangkan industri tanaman durian tempatan dan meningkatkan nilai eksport agromakanan ke luar negara.
Insya Allah peluang yang cukup besar kepada lebih 63,000 pengusaha durian di seluruh negara untuk mengembangkan industri buah durian tempatan. Melalui Protokol ini, pengusaha durian yang berdaftar dan mendapat kelulusan daripada GACC berdasarkan pematuhan kepada syarat-syarat dalam Protokol tersebut dapat mengeksport buah durian segar ke negara China.
Pemain industri yang berminat untuk berdaftar sebagai pengeksport buah durian segar ke China boleh menghubungi Jabatan Pertanian (DOA) dengan mengemukakan emel kepada pro@doa.gov.my dan myskim@doa.gov.my.
DUN NENGGIRI - IBARAT PAS CERAIKAN BINI ORANG ?
Semua tahu, YB Azizi, Adun Nenggiri sekarang adalah ahli Bersatu. Tetapi beliau bertanding di Dun Nenggiri menggunakan logo Pas dan menggunakan watikah dari Pas.
Kita juga tahu, Adun terssbut yang juga MP Gua Musang telah menyatakan sokongan kepada PMX sebelum pindaan perlembagaan parti Bersatu dilakukan, iaitu nembawa maksud lebih kurang, mana2 wakil rakyat Bersatu yang tidak menyokong ketetapan dan keputusan parti akan terlucut keahliannya serta merta dan dianggap keluar parti serta kerusinya dianggap kosong. Setelah pindaan parti itu dilakukan, semua wakil rakyat dari Bersatu diminta menandatanganinya untuk menyatakan sokongan kepada parti Bersatu dan bersedia menerima akibatnya jika tidak berbuat demikian. Difahamkan, kesemua MP termasuk satu Adun dari Bersatu di Selangor tidak menjawab surat tersebut, termasuk MP dari Gua Musang yang juga Adun Nenggiri tersebut.
Maka, Bersatu menghantar surat kepada Speaker Dun Kelantan dengan menyatakan bahawa Adun Nenggiri berkenaan telah melanggar keputusan parti (menyokong PMX) tergugur keahliannya dari parti dan terlucut kerusi Dun beliau.
Persoalannya, kerusi Dun Nenggiri itu milik siapa? Pas atau Bersatu? Dalam watikah calon, ianya ditandatangani oleh Presiden Pas dan logo yang digunakan sepanjang kempen pilihanraya adalah logo Pas. Mengapa kerusi Pas menjadi mangsa kerana isu dalaman parti Bersatu? Mengapa Speaker Dun Kelantan dari Pas bertindak mengosongkan kerusi milik mereka hanya kerana aduan dari Bersatu? Pas bertindak ceraikan bini orang lain?
Itulah masalahnya jika ahli parti lain menggunakan logo parti lain. Siapa rugi dan siapa untung? Bagi saya, yang ruginya adalah Bersatu dan Pas. Yang untung adalah parti dari kerajaan perpaduan kerana mereka tidak perlu tunggu 4 atau 5 tahun lagi untuk merampas kerusi tersebut jika PRK terpaksa dilakukan.
Pengajarannya, di Sg Bakap nanti jangan undi calon dari PN (Bersatu/Pas) kerana parti mereka tidak memikirkan soal rakyat tetapi asyik berpolitik dan mencatur kuasa tanpa memikirkan betapa banyaknya wang rakyat akan hangus jika diadakan PRK. Tidak mustahil nanti jika Pas menang di Sg Bakap, berlaku lagi peristiwa yang sama, sekali lagi PRK di Sg Bakap berlaku.
Jalan paling selamat adalah mengundi calon dari PH/Kerajaan Perpaduan.
WFAUZDIN NS
✍️ Saiful Nizam
Pengumuman kekosongan luar jangka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Ammar Nik Abdullah, sekali lagi membuka ruang untuk kita menilai integriti dan keikhlasan Bersatu di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Muhyiddin dengan cepatnya menyatakan bahawa kekosongan tersebut adalah bukti bahawa pindaan perlembagaan Bersatu mengenai antilompat parti adalah teratur dan mengikut undang-undang. Namun, perlukah kita menerima kenyataan ini tanpa soal?
Pertama, adalah satu jenaka besar jika PAS akan sekali lagi menyerahkan kerusi tradisi mereka di Nenggiri kepada Bersatu. Sejarah telah membuktikan bahawa kerusi ini adalah milik PAS, dan mengabaikan fakta ini adalah satu pengkhianatan terhadap perjuangan dan prinsip asal PAS. PAS perlu berhati-hati dalam membuat keputusan ini, lebih-lebih lagi dengan rekod pengkhianatan dalam politik oleh wakil Bersatu sebelum ini.
Muhyiddin mungkin berbangga dengan langkah parti untuk memastikan kesetiaan dalam kalangan ahlinya, namun apakah jaminannya bahawa insiden pengkhianatan tidak akan berulang? Pindaan perlembagaan yang disebut-sebut itu hanyalah langkah kosmetik jika moral dan etika politik tidak diletakkan sebagai keutamaan.
Selain itu, kenyataan Muhyiddin bahawa Bersatu bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya DUN Nenggiri jika diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan keyakinan yang kelihatan tidak berasas. Bagaimana mungkin PAS akan melepaskan kerusi tradisional mereka kepada Bersatu setelah menyaksikan pengkhianatan dan ketidaksetiaan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Bersatu? PAS perlu mempertimbangkan dengan serius risiko mempercayai semula Bersatu dalam soal ini.
Pengalaman yang lalu seharusnya menjadi pengajaran kepada PAS. Memberi peluang kepada Bersatu untuk bertanding di kerusi Nenggiri sekali lagi adalah seperti mengulangi kesilapan yang sama dan menunggu pengkhianatan berulang. PAS perlu memikirkan semula strategi politik mereka dan memastikan kerusi ini kekal di tangan mereka demi menjaga kepentingan dan kepercayaan penyokong setia mereka.
Kesimpulannya, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin hanyalah usaha untuk menyelamatkan imej Bersatu yang sudah tercalar. PAS tidak sepatutnya terperangkap dengan retorik politik ini dan harus mengambil langkah tegas untuk memastikan kerusi tradisi mereka tidak diserahkan kepada pihak yang telah terbukti mengkhianati kepercayaan. Pengkhianatan sekali mungkin boleh dimaafkan, tetapi pengkhianatan berulang adalah tanda kelemahan yang tidak boleh diterima dalam politik.
Adakah PAS akan tunduk kepada Bersatu?
#RakyatBijak #PilihPerpaduan
Menitik malam.
Hari ini Speaker Dun Kelantan telah istyharkan kerusi Nenggeri jadi kosong setelah terima notis pengosongan oleh Bersatu. Berdasar pemakluman Speaker SPR akan tetapkan hari pirake kawasan itu.
Ada dua natijah dari pilihan raya itu nanti kerusi Nenggeri akan kembali jadi kerusi milik Pas. Kedua sekiranya bekas Adun itu Azizi Abu Naim bawa ke mahkamah, jika mahkamah jadikan precedent apa yang pernah berlaku di Kelantan sebelum ini, kerusi berkenaan akan kekal milik Azizi semula kerana pembatalan itu tidak sah.
Jadi tindakan mengosongkan kerusi itu dan mengadakan Pirake menghabiskan beras. Dalam kes seperti ini SPR patut diberikan kuasa tertentu bagi mengelakkan pembaziran. Trims.