DUN NENGGIRI - IBARAT PAS CERAIKAN BINI ORANG ?
Semua tahu, YB Azizi, Adun Nenggiri sekarang adalah ahli Bersatu. Tetapi beliau bertanding di Dun Nenggiri menggunakan logo Pas dan menggunakan watikah dari Pas.
Kita juga tahu, Adun terssbut yang juga MP Gua Musang telah menyatakan sokongan kepada PMX sebelum pindaan perlembagaan parti Bersatu dilakukan, iaitu nembawa maksud lebih kurang, mana2 wakil rakyat Bersatu yang tidak menyokong ketetapan dan keputusan parti akan terlucut keahliannya serta merta dan dianggap keluar parti serta kerusinya dianggap kosong. Setelah pindaan parti itu dilakukan, semua wakil rakyat dari Bersatu diminta menandatanganinya untuk menyatakan sokongan kepada parti Bersatu dan bersedia menerima akibatnya jika tidak berbuat demikian. Difahamkan, kesemua MP termasuk satu Adun dari Bersatu di Selangor tidak menjawab surat tersebut, termasuk MP dari Gua Musang yang juga Adun Nenggiri tersebut.
Maka, Bersatu menghantar surat kepada Speaker Dun Kelantan dengan menyatakan bahawa Adun Nenggiri berkenaan telah melanggar keputusan parti (menyokong PMX) tergugur keahliannya dari parti dan terlucut kerusi Dun beliau.
Persoalannya, kerusi Dun Nenggiri itu milik siapa? Pas atau Bersatu? Dalam watikah calon, ianya ditandatangani oleh Presiden Pas dan logo yang digunakan sepanjang kempen pilihanraya adalah logo Pas. Mengapa kerusi Pas menjadi mangsa kerana isu dalaman parti Bersatu? Mengapa Speaker Dun Kelantan dari Pas bertindak mengosongkan kerusi milik mereka hanya kerana aduan dari Bersatu? Pas bertindak ceraikan bini orang lain?
Itulah masalahnya jika ahli parti lain menggunakan logo parti lain. Siapa rugi dan siapa untung? Bagi saya, yang ruginya adalah Bersatu dan Pas. Yang untung adalah parti dari kerajaan perpaduan kerana mereka tidak perlu tunggu 4 atau 5 tahun lagi untuk merampas kerusi tersebut jika PRK terpaksa dilakukan.
Pengajarannya, di Sg Bakap nanti jangan undi calon dari PN (Bersatu/Pas) kerana parti mereka tidak memikirkan soal rakyat tetapi asyik berpolitik dan mencatur kuasa tanpa memikirkan betapa banyaknya wang rakyat akan hangus jika diadakan PRK. Tidak mustahil nanti jika Pas menang di Sg Bakap, berlaku lagi peristiwa yang sama, sekali lagi PRK di Sg Bakap berlaku.
Jalan paling selamat adalah mengundi calon dari PH/Kerajaan Perpaduan.
WFAUZDIN NS