CONTOH RESIT BAGI YANG GUNA FLEETCARD

 

Man Toba. 


*SUBSIDI DIESEL*




πŸ“Ini contoh resit bagi kenderaan yang menggunakan *fleet card*


Tiada alasan untuk syarikat nak naikkan harga barang..sebab dapat fleet card SUBSIDI BERSASAR Diesel..


Jika berlaku kenaikan harga, hampir pasti peniaga yang naikkan harga tu ialah:


1. TIADA Fleet Card.

2. TIDAK berdaftar @ berniaga secara haram.

3. Perniagaan milik warga asing.

4. Perniagaan walaun yang ambil kesempatan nak burukkan kerajaan.


Simple nak faham, kan?



KO BODO MATEMATIK YA SOLIDSITOR.... KEMAIN DALAM X KALAH DAN HIKANG JAWATAN DALAM KERAJAAN PN... MEROYAN..


Zainuddin Omar


 Itu pentingnya matapelajaran Matematiks. 


Kira betul-betul. 



Tambahan RM184 sahaja setelah tolak RM200, bukan RM872


Ahaks Aloha.



DAH DEMO TAK PANDAI PILIH BARE...


Che Ibrahim 


 Van/bas sekolah antara kenderaan awam yang layak mendapat subsidi diesel melalui "fleetcard" @ MySubsidi Diesel (spt resit pembelian di sebelah).




Dah demo tak minta, Salah sapa???


p/s diesel euro ni dulu lagi takdak subsidi dah, memang harga dia mahal.



PMX SAMPAIKAN SUMBANGAN BUAT AZLEW SENARIO

 





Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi hari ini telah mewakili saya menyampaikan sumbangan kepada pelawak dan pelakon, Azlee Jaafar.


Beliau sebelum ini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung di rumahnya.


Alhamdulillah beliau telah dibenarkan pulang dan kesihatannya bertambah baik. Saudara Farhan turut sampai sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga.


Mendoakan semoga saudara Azlee diberi kesihatan yang baik untuk terus berkarya, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



JKOM MUNGKIN MASIH LENA. BILA NAK MUNCUL MEMBELA KERAJAAN MADANI? WOIIII.... YA AMPUSALLAM.

 


PMX MAKIN BANYAK CEDERA, TAPI BILA LAGI JKOM NAK TAMPIL MEMBELA? 


Sebagaimana bumi kebelakangan ini lebih kerap ditimpa hujan sehingga pokok pun banyak yang tumbang, iklim politik negara juga akhir-akhir ini sentiasa dibadai isu silih berganti tanpa henti.


Antara isu yang memanaskan atmosfera politik negara kebelakangan ini ialah pencen penjawat awam, tahanan rumah Najib Razak, penjualan saham MAHB kepada Blackrock, suami menteri dapat kontrak dengan Kerajaan Selangor dan yang terbaru, penghapusan subsidi diesel yang membuatkan ramai melompat kerananya.


Dalam semua isu itu, selain kerajaan dihenyak daripada pelbagai sudut, tentu sekali ia turut membuatkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim paling banyak terkena kesan tembakan.


Tetapi, amat malang sekali dalam berhadapan semua itu itu, Anwar seolah-olah bersendirian membela dirinya sendiri.


Sementara jentera komunikasi kerajaan dibawah Fahmi Fadzil dilihat tidak berfungsi, manakala media-media danaan pro kerajaan yang sepatutnya lebih ke depan pula asyik goyang kaki dengan terus seronok memaparkan berita-berita “copy paste” daripada portal-portal ternama atau memuatkan tulisan popular yang viral di media sosial, lebih malang lagi kerana agensi khusus untuk membela kerajaan seperti Jkom juga lamgsung tak berbunyi apa-apa.


Keadaan itu membuatkan ada yang bertanya, masih hidup lagikah Jkom sekarang ini?


Sejak Khairuddin Othman dilantik mengetuai Jkom pada 1 Mac lalu bagi menggantikan Dr Agus Yusof, peranan agensi tersebut dalam mempertahankan kerajaan bukannya bertambah baik, tetapi semakin hilang daripada radar.


Sekurang-kurangnya Dr Agus dulu kerap juga muncul di media dan sesekali menulis di laman sosialnya, sehinggalah beliau kemudian lenyap terus berikutan tercetusnya skandal A&W yang menggemparkan negara.


Kharuddin selaku Ketua Ketua Pengarah Jkom, selain tak pernah bercakap atau muncul di mana-mana media, beliau juga langsung tidak aktif di media sosial.


Semakan di Facebooknya mendapati kali terakhir ia di-update pada November 2022, manakala di Twitter (kini X) ialah pada 2019.

Nak kata ada program-program tertentu dilaksanakan Jkom di mana-mana, tidak pula ada kedengaran sebarang hebahannya, bahkan laman sosial agensi tersebut sendiri didapati turut tidak aktif.


Dalam pada itu, cuba-cuba juga mencari melalui google kalau-kalau Ketua Pengarah Jkom itu didapati ada pergi ke mana-mana program, pergi kenduri atau makan-makan dengan kawan-kawan misalnya, malangnya apa kesan pun tak ditemui.


Jadi, Ketua Pengarah Jkom ini buat apa?


Apa kerja yang dilakukan beliau untuk menggerakkan Jkom dalam berhadap isu demi isu dalam negara?


Takkan jadi ketua agensi seperti Jkom duduk bersembunyi di pejabat saja?


Bukankah dalam Jkom sendiri, ada unit media sosialnya sendiri?


Zaman media sosial dan ada media sosial tapi tak bersosial…habis, nak jadi apa?


Kerajaan madani ini sudah terbentuk hampir dua tahun dan setelah lebih setahun ia membazir masa dan wang ketika direrajui Dr Agus, nampaknya malang menimpa sekali lagi ketika ia di bawah kepimpinan Khairuddin ini.


Sampai bila Jkom nak senyap begini?


Sedemikian itu, untuk kebaikan Anwar dan kerajaan madani itu sendiri, adalah dicadangkan agar kontrak lantikan Ketua Pengarah Jkom selepas ini tidak lagi dibuat untuk tempoh dua tahun sebagaimana biasa.


Lantikan harus dibuat secara bulan ke bulan dan sekiranya gagal berfungsi, kontrak hendaklah ditamatkan dengan serta-merta.


Baru padan muka!!


Kontrak lantikan Khairuddin ini patut juga disemak semula dengan kadar segera, kalau tidak, macam bayar gaji buta saja, walhal Anwar selaku Perdana Menteri makin kerap ditembak cedera tanpa dibela. – ShahbudinHusin11Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/11/pmx-makin-banyak-cedera-tapi-sampai-bila-jkom-nak-diam-diri-tak-berbunyi-apa-apa.html



KOMITMENT DAN KEBERANIAN PM

 Rasionalisasi Subsidi


MSO


Anwar Ibrahim kata perdana menteri sebelum ini juga ingin marasionalisasikan subsidi, tetapi tidak ada keberanian untuk melaksanakannya, kerana tindakan itu tidak popular dan bimbang undi akan lari. 


Berbeza dengannya, walaupun dimaki berbakul demi untuk kesejahtraan negara dan berlaku adil serta memberi sesuatu kepada yang lebih berhak, beliau sanggup melakukannya. 


Inilah itizam dan keberanian yang ada kepada Anwar, tetapi tidak ada kepada PM sebelum ini yang hanya berani mengkritik tetapi tidak sanggup bertindak. Disamping penuh dengan retorik Anwar melaksanakan jua sesuatu yang dikira melawan arus. 


Kritikan dan maki hamun penyasaran subsidi diesel ini hanya sementara sahaja, biaslah sebelum hari terang benderang dan menzahirkan suasana damai, hujan akan turun sebelum itu ribut dan petir akan membedal. 


Saya yakin selepas kesan positif dapat dilihat rasionalisasi subsidi ini akan diterima perlahan-lahan dan orang ramai akan dapat lihat akan rasional tindakan PM dan kerajaan Madani dengan apa dilakukan. Keadaan ini seperti buah bacang yang mula nak menggugurkan buah masak yang elok, ia akan membuang buruk terlebih dahulu. 


Buat sementara, kerajaan Madani perlu bersabar menghadapi kritikan dan hentaman pihak pembangkang, dan kritikan dan fitnah berhubung penyasaran subsidi desel ini akan lebih kecam lagi sepanjang pilihan raya Sungai Bakap nanti. 


Tugas seluruh pertugas kerajaan Madani khasnya membabitkan dengan kerja propaganda, publisiti dan menangis serangan lawan hendaklah lebih aktif dan efisen lagi, bukan sekadar menonton dan mengeluh tanpa berbuat sesuatu. Trims.



Langkah Subsidi Bersasar: Keberanian Mengambil Tindakan Tidak Popular Untuk Mengatasi Cabaran Ekonomi



✍️ Saiful Nizam




Saiful Nizam


Maka bergempitalah para un dan angkatan lipas bersekutu apabila subsidi diesel tidak lagi diberikan secara blanket kepada semua. Mereka seolahnya gagal hadam, gagal faham isu sebenar.


Antara masalah utama dalam isu subsidi minyak adalah ketirisan diesel yang berlaku akibat penyeludupan. Ini adalah perkara yang merugikan negara kerana sebahagian besar subsidi sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia jatuh ke tangan penyeludup dan rakyat negara luar. Oleh itu, kita perlu memahami beberapa perkara penting mengenai langkah subsidi bersasar ini.


Pertama, kerajaan bukanlah pihak yang menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran global dan kerajaan tidak mempunyai kawalan langsung ke atasnya. Apa yang kerajaan cuba lakukan adalah memastikan subsidi yang diberikan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan, bukan kepada mereka yang mengambil kesempatan.


Kedua, kerajaan tidak menarik balik subsidi. Sebaliknya, kerajaan hanya menukar cara pemberian subsidi ini supaya lebih bersasar dan berkesan. Dengan kata lain, subsidi akan diberikan kepada golongan yang layak sahaja, bukan secara menyeluruh seperti sebelum ini yang menyebabkan banyak ketirisan.


Ketirisan ini berpunca daripada penyeludupan diesel yang berleluasa. Apabila subsidi diberikan secara menyeluruh, penyeludup mudah mengambil kesempatan dengan menjual diesel bersubsidi ke negara luar, menyebabkan kerugian besar kepada negara.


Jika kita tidak menyokong subsidi bersasar yang diberikan kepada rakyat, kita secara tidak langsung menyokong subsidi yang diberikan kepada penyeludup dan rakyat negara luar. Adakah kita mahu menjadi pembela kepada penyeludup dan orang asing yang mengambil kesempatan ke atas subsidi negara kita?


Langkah subsidi bersasar ini disokong oleh pelbagai pemimpin negara sebelum ini termasuk Mahathir Mohamad, Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri. Mereka juga berpendapat bahawa negara memerlukan pendekatan subsidi yang lebih bersasar untuk memastikan keberkesanan dan keadilan dalam pemberian subsidi.


Namun, apa yang diperlukan sekarang adalah keberanian untuk melaksanakan perubahan ini, seperti yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim bersama kerajaan perpaduan.


Kesimpulannya, subsidi bersasar adalah langkah yang diperlukan untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan untuk mengurangkan ketirisan akibat penyeludupan. Dengan langkah ini, kita dapat mengawal penggunaan sumber negara dengan lebih efisien dan memastikan keadilan dalam pemberian subsidi.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



HANG ULANG ALIK SELUDUP MINYAK KA APA GINI GAYA

 

Nasrul Hichcamp


T20  


Cara ni hari-hari ulang alik Penang - KL. πŸ˜†πŸ˜†




KITA KEHILANGAN BERBILLION AKIBAT OENYELUDUPAN MINYAK...

 

Zamri Zainal Abidin




Apabila Kerajaan Madani menyusun semula subsidi bahanapi untuk mengekang ketirisan ramai yang sinis. Kononnya alasan amat lemah.


Lemah tak lemah, sedar atau tidak, negara kehilangan berbelas bilion RM setahun akibat ketirisan diesel sahaja.


RM 14.3 billion, apa yang boleh dibuat dengan wang sebanyak ini setahun? Cuba fikir-fikirkan.



DIA SIBUK JADI DOKTOR..ALMAKLUM LAH ...JADI DIA TAK SWMPAT DAPAT DAN KAJI MAKLUMAT.,..BUKAN SEMUA DOKTOR BIJAK DALAM SEMUA BIDANG.

 


Doktor ni ramai juga pengikut di fb. Tengok ni beliau menganjingkan DSAI pasal isu penyasaran diesel. Berapa ramai yang like.



DULU SELUDUP MINYAK, SEKARANG KENA BAWA GRAB.

 

Harakatdaily


Rakyat kecewa hilang mata pencarian akibat polisi subsidi bersasar bermula hari ini. 


“Dulu kerja jual diesel saja, sekarang terpaksa bawa Grab,” ujarnya muram.




SEMASA MENJADI PM. TAK DILAKSANAKAN WALAU ADA BERCAMAP. DEMI KELANGSUNGAN POLITIK..

 

Che Ibrahim. 



SUBSIDI DIESEL BERSASAR






Besar manfaatnya untuk negara, namun akan ada golongan terkesan kerananya terutama golongan kaya yang masih menagih bantuan/subsidi dari kerajaan, namun pulangannya untuk rakyat lebih besar dari kesan negatifnya kepada golongan tertentu. 


Apa pun masih ada lompang dan tempang yang perlu ditambahbaik terutama untuk pesawah dan peniaga kecil.