KOMITMENT DAN KEBERANIAN PM

 Rasionalisasi Subsidi


MSO


Anwar Ibrahim kata perdana menteri sebelum ini juga ingin marasionalisasikan subsidi, tetapi tidak ada keberanian untuk melaksanakannya, kerana tindakan itu tidak popular dan bimbang undi akan lari. 


Berbeza dengannya, walaupun dimaki berbakul demi untuk kesejahtraan negara dan berlaku adil serta memberi sesuatu kepada yang lebih berhak, beliau sanggup melakukannya. 


Inilah itizam dan keberanian yang ada kepada Anwar, tetapi tidak ada kepada PM sebelum ini yang hanya berani mengkritik tetapi tidak sanggup bertindak. Disamping penuh dengan retorik Anwar melaksanakan jua sesuatu yang dikira melawan arus. 


Kritikan dan maki hamun penyasaran subsidi diesel ini hanya sementara sahaja, biaslah sebelum hari terang benderang dan menzahirkan suasana damai, hujan akan turun sebelum itu ribut dan petir akan membedal. 


Saya yakin selepas kesan positif dapat dilihat rasionalisasi subsidi ini akan diterima perlahan-lahan dan orang ramai akan dapat lihat akan rasional tindakan PM dan kerajaan Madani dengan apa dilakukan. Keadaan ini seperti buah bacang yang mula nak menggugurkan buah masak yang elok, ia akan membuang buruk terlebih dahulu. 


Buat sementara, kerajaan Madani perlu bersabar menghadapi kritikan dan hentaman pihak pembangkang, dan kritikan dan fitnah berhubung penyasaran subsidi desel ini akan lebih kecam lagi sepanjang pilihan raya Sungai Bakap nanti. 


Tugas seluruh pertugas kerajaan Madani khasnya membabitkan dengan kerja propaganda, publisiti dan menangis serangan lawan hendaklah lebih aktif dan efisen lagi, bukan sekadar menonton dan mengeluh tanpa berbuat sesuatu. Trims.



No comments:

Post a Comment