POLITIK MATANG DAN SEJAHTRA UNTUNGKAN KELANTAN
Politik matang dan sejahtra yang diamalkan oleh kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Nasaruddin Daud sebagai Menteri Besar terus memberi manfaat dan kebaikan kepada rakyat dan negeri itu.
Kesan utama yang diperolehi dari politik matang dan sejahtra, kerajaan Pas Kelantan berjaya mengurangkan keteganggan dengan pusat dan membina perpaduan ummah.
MB Kelantan Nasaruddin Daud ketika berucap sebagai mengalu alukan kunjungan perdana menteri ke Kelantan pada majlis Raya Madani, memberi janji dan menggesa rakyat agar berpolitik lima tahun sekali dan bukan berpanjangan seperti sebelum ini.
Menerusi pendekatan ini aktiviti politik tidak diteruskan seperti diamalkan sebelum ini, di mana rakyat Kelantan berpolitik sepanjang masa sehingga menyukarkan hubungan kerajaan negeri dengan pusat. Formula Nasaruddin itu telah membawa hasil segera dan lumayan, menggembirakan rakyat Kelantan seleuruhnya.
Kesan daripada pendekatan Nassaruddin itu kerjasama pusat dibawah pimpinan Anwar Ibrahim memenuhi segera keperluan kerajaan Kelantan termasuk meluluskan peruntukan bernilai berbillion ringgit untuk Kelantan, di mana situasi itu tidak terjadi sebelum ini hatta sewaktu Pas dalam kerajaan.
Antara perkara terdesak bagi Kelantan ialah pembinaan tebatan banjir, menyelesaikan masalah mendapat air bersih dan kemudahan asas lain. Terbaru kerajaan pusat bersetuju mempertimbangkan untuk menyambung landasan keretapi laju ECRL dari Kuala Lumpur ke Rantau Panjang mungkin akan ke Bangkok, Thailand.
Dan sesuatu yang mungkin belum diumumkan, ialah kerajaan pimpinan Anwar juga bersetuju meluluskan peruntukan RM70 juta untuk pembinaan sekolah tahfiz di beberapa jajahan di Kelantan. Peruntukan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kerajaan Madani dibawah pimpinan Anwar mengambil serius tetantang pendidikan Islam di negeri itu.
Jelas dasar dan pendekatan politik yang diambil Nassaruddi telah memberi keuntungan kepada negeri dan rakyat Kelantan dan disambut baik oleh Anwar. Nampaknya Nassaruddin benar-benar merealisasi politik matang dan sejahtra bukannya setakat retorik. Trims.
MELAYU.
Dzolkarnain
Ada Melayu tak mahu Cina atau India masuk universiti khusus untuk Melayu (baca Bumiputera) untuk jadi pakar perubatan.
Untuk belajar ijazah pertama perubatan pun tak boleh. Kursus selain perubatan, lagilah tak boleh.
Kenapa tak boleh? Sebab universiti ini untuk Melayu saja. Kenapa untuk Melayu saja? Sebab Melayu masih ketinggalan.
Kenapa Melayu masih ketinggalan? Sebab tak ramai Melayu lulus cemerlang tertinggi (A+) semua subjek aliran sains tulin.
Jadi, kalau Cina atau India lulus cemerlang tertinggi semua subjek sains tulin, mereka tak boleh masuk juga universiti khusus itu? Tak boleh!
Kenapa tak boleh? Sebab universiti itu untuk Melayu saja. Kenapa untuk Melayu saja?
Jawapannya sama macam tadi juga. Soalan dan jawapan berulang-ulang begitu sampai kiamat. Melayu pun begitu begitulah juga sampai kiamat.
LAMA DAH KAMI NAK BUAT, TAPI KAMI SEMBANG JA PANDAI. SAMA JA MENTERI KAMI...
Che Ibrahim
Ambo nak buat lama dah subsidi bersasar ni, tapi masa ambo jadi kerajaan, takdak sapa reti nak buat lagu mana....
BAND ROCK LAIN BOLEH APPLY... KAMI DAHAGAKAN ROCK.... TAK BAGI TAK ROCK... ALOHA DAH LAMA JALAN... TAK KAN TAK BAGI KOT....
Kumpulan heavy metal XPDC Kita Pengyu sekali lagi menempa nama dalam kalangan peminat di Terengganu selepas mengadakan persembahan sempena SOHO Festival yang diadakan di Bandar Jerteh hujung minggu lalu.
Dengan kejayaan mengadakan konsert di negeri Pantai Timur itu, XPDC Kita Pengyu menjadi satu-satunya kumpulan rock terkemuka tanah air yang dibenar mengadakan persembahan di Terengganu.
Menurut pengurus XPDC, Yazid Selamat, ini kali kedua XPDC Kita Pengyu dijemput dan dibenar mengadakan persembahan di Terengganu selepas kali pertama pada 2023 di Bandar Kerteh.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
KERAJAAN MANA PUN AKAN LAKSANAKAN. CUMA PUNYA KEBERANIAN DENGAN TIDAK
"YB, hutang negara sebanyak ni. Subsidi pukal kita belanja setahun sebanyak ni.
Kalau kita teruskan subsidi pukal, pendapatan tahunan negara takkan mampu bertahan. Generasi akan datang akan susah.
Jadi kita tak boleh lagi buat subsidi pukal. Apa perancangan YB untuk subsidi bersasar?"
Semua yang pernah jadi kerajaan akan dapat maklumat sama daripada pegawai kerajaan.
Sebab tu, parti mana pun yang jadi kerajaan, depa akan sebut tentang subsidi bersasar. Mai la zaman BN ka, zaman PN ka, zaman sekarang ka.
Kalau takdak political will untuk buat benda ni, satu hari nanti generasi anak cucu kita akan ada masalah besar.
Suka atau tidak, itu realiti yang perlu kita semua hadap.
KALAU BACA IKUT FAHAMAN WALAUN- NAMPAK SANGAT GAGAL DALAM BAHASA MELAYU SPM. KALAU NAK BUAT REPORT NI BOLEH DAH.
Najib Bakar
Tadi aku terjumpa post ni. Mula tu terkejut juga aku. ๐๐น๐ฒ๐ธ๐๐ฟ๐ถ๐ธ ๐ฑ๐ถ๐๐๐ฎ๐๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ถ? Sebab setahu aku, elektrik dah diswastakan masa aku kecik lagi. ๐๐๐ก ๐ท๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ง๐ก๐. Yang swastakan itu la penasihat SG4.
Jengah ke ruangan komen, begitulah rata-ratanya kata perkara yang sama. Dah swastakan lama dahulu. Tapi walaun ni kata, ๐ถ๐ป๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐๐บ๐๐บ๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐. September nanti akan dilaksanakan. Pulakkk...
Gigih la aku Google. Tapi tak jumpa. Yang aku jumpa berita ini je. ๐๐ธ๐๐ฒ๐ ๐ฃ๐ถ๐ต๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ด๐ฎ bermula ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ. Betul dah kot. Mungkin inilah berita yang ni walaun ni baca. Cuma dia tak faham je kot.
Akses Pihak Ketiga ni bukan penswastaan. Sebaliknya ia memboleh pihak ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ถ๐ป ๐ง๐ก๐ untuk membekalkan elektrik. Tapi kenapa? Sebab TNB memang selama ini tak mampu untuk penuhi permintaan elektrik terutama dalam jumlah yang besar seperti industri.
Sementara kita pula sedang giat menjemput pelabur untuk datang melabur. Sekali bila pelabur nak mula bina kilang, ๐๐ฎ๐ธ ๐ฐ๐๐ธ๐๐ฝ ๐ฏ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ. Kan ke haru? Maka sebab itu diwujudkan perkara ini.
TNB pun mungkin dapat buat duit sebab bekalan nanti akan ๐ด๐๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ท๐ฎ๐น๐๐ฟ ๐ง๐ก๐. Mungkin akan ada bayaran sewa atau sebagainya. Aku pun tak ada perincian perkara ini. Boleh main rasa rasa je la.
Yang penting, elektrik dah lama diswastakan. Bukan baru ni. Walaun ni je salah faham kot. Tapi kalau ๐ง๐ก๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐๐๐ฎ๐๐๐ฎ ๐๐ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐๐๐ฎ๐๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐น๐ฎ๐ด๐ถ (swasta berganda), itu aku tak tahu pula. Mungkin juga aku ada terlepas berita. Guane boh?
Raja Gelap II
.
SEMOGA SUATU HARI NANTI ANAK KAU JADI CAM GINI.. KOMEN ORANG TAK BERAKHLAK.. CIKGU KAH DIA NI?
Najib Bakar
Salam saudara Mohd Fadli Salleh, komen ni sahih ke?
Teringat kes yang pernah jadi. SPM teruk, tapi bangkit semula dengan kursus pra-uni, atau masuk tingkatan 6.
Sekarang dah dapat karier yang baik.
Bila baca komen ni, rasa macam orang tu dah jatuh, tertiarap, hang pi pijak dia tambah.
Haih.
KATA KE ORANG PERUMPAMAAN BAGAI TAK APA? ORANG TEGUR KATA MUSUH ISLE....
Yaampusalam
Abdul Hadi Awang berkata PAS menjadi sasaran kumpulan yang ingin memburukkan Islam susulan kejayaan parti itu menang paling banyak kerusi DUN dan parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Presiden PAS itu mendakwa, media digunakan oleh seteru mereka untuk membesar-besarkan cerita yang dapat memburukkan Islam.
"Apabila berlaku kelemahan manusia pada diri segelintir kumpulan Islam yang terjerumus ke dalam kesalahan moral atau jenayah, maka akan dibesar-besarkan beritanya."
Berita penuh: https://mk.my/EwwaoPj
MACAMANA NI WALAUN?
La Jo Ir
Akan ada lobaii dan walaun pentaksub keluarkan dalil membela serta menghalalkan untuk mensucikan Blackrock nanti?
Kalau bab menkafirkan sesama umat islam serahkan aje pada syaitan yang bertopengkn agama..
SEPATUTNYA ANAK BERANAK ATAU MENTERI JANGAN LANGSUNG TERLIBAT DALAM APA APA TANDER. IANYA MENJADI BEBANAN PADA KERAJAAN.
RESPON ANWAR MENGECEWAKAN, MENGHAMPAKAN DAN TIDAK MENAMBAH KEYAKINAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN
Berikut adalah respon Perdana Menteri berhubung itu kontrak pengangkutan daripada kerajaan negeri Selangor yang diperolehi oleh syarikat milik suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh:-
Kata Anwar Ibrahim, kontrak yang diberi kepada Asia Mobility Technologies Sdn Bhd (Asia Molliliti) itu harus disiasat seperti biasa.
โYang itu, serah kepada pihak berkuasa. Kalau ada laporan, siasatannya patut telus.
โKalau ada laporan, ada siasatan. Dan patut ada penjelasan.
โApa prosesnya? (Ini) patut dianggap satu kes biasa yang patut disiasat,โ katanya.
Jawapan Anwar ini boleh dianggap menghampakan, mengecewakan dan tidak memberi apa-apa harapan kepada rakyat yang diajar sejak lebih 25 tahun lalu agar menolak amalan kronisme dan nepotisme lantaran semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki telah pun memberi kenyataan bahawa tiada sebarang kesalahan dalam pemberian kontrak kepada suami Hannah Yeoh itu.
Ini kerana, menurut Azam, yang memberi kontrak itu ialah kerajaan negeri Selangor, bukan kementerian yang diterajui Hannah Yeoh.
โSekiranya satu kontrak yang tiada kena mengena dengan tugas (pihak yang dibangkitkan), ia bukanlah satu kesalahan,โ tegas Azam lagi.
Dengan jawapan Azam yang terang lagi nyata itu, untuk apa lagi Anwar mengatakan bahawa siasatan akan dilakukan jika ada pihak membuat laporan?
Respon Anwar ini hanya ada nilai jika beliau bercakap lebih dulu daripada Azam Baki.
Tidakkah jika pun ada laporan dibuat, hasil siasatan SPRM kemudiannya sudah boleh dijangka dan sama seperti apa yang dinyatakan Azam Baki semalam?
Apa yang rakyat ingin tahu, apakah pendirian kerajaan madani dalam kes seperti yang berlaku kepada suami Hannah Yeoh itu?
Ini yang Anwar selaku Perdana Menteri perlu nyatakan dengan tegas dan tanpa kompromi sebagaimana tegasnya perjuangan beliau menentang kronisme dan nepotisme.
Selain itu, adakah kerajaan setuju kontrak itu diteruskan atau ia perlu dibatalkan?
Ini juga tidak disentuh oleh Anwar.
Untuk masa hadapan pula, apa jaminan Anwar selaku Perdana Menteri kerajaan madani bahawa amalan seperti kes suami Hannah Yeoh itu tidak akan berulang kembali?
Anwar langsung tidak menyentuh perkara-perkara tersebut, tetapi hanya berkata, siasatan akan dijalankan siasatan seperti biasa jika ada laporan.
Jawapan Anwar dalam isu ini bukanlah jawapan seorang Perdana Menteri yang jiwanya sarat dengan semangat reformasi serta mahu melihat negara ini menjadi lebih baik pada masa depan, tetapi sekadar macam buat-buat batuk di tepi tangga saja.
Kalau Tun Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri dan ada pasangan menteri kabinetnya terkait dengan perolehan kontrak kerajaan, lalu ditanya wartawan, barangkali lebih kurang begitu jugalah jawapannya.
Anwar patut memberi jawapan yang berbeza yang mampu memberi keyakinan serta harapan kepada rakyat bahawa kerajaan pimpinannya adalah lebih baik berbanding semua pendahulunya sebelum ini.
Kalau sama saja, buat sakit tekak sajalah menjerit reformasi selama ini!!
Cuba kita bayangkan jika ketika ini Anwar masih Ketua Pembangkang dan kes seperti suami Hannah Yeoh itu berlaku dalam kerajaan bukan PH, apa agaknya respon dan serangan beliau? โ ShahbudinHusin 28Mei2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/05/28/respon-anwar-mengecewakan-menghampakan-dan-tidak-menambah-keyakinan-rakyat-kepada-kerajaan.html
JANGAN LUPA, SELAIN SEKARANG MENTERI, HANNAH YEOH JUGA ADALAH SPEAKER DUN SELANGOR SEBELUM INI
Sekurang-kurangnya ada dua aspek yang dipertikaikan berhubung kontrak pengangkutan dengan kerajaan negeri Selangor yang diperolehi oleh syarikat milik bersama suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang sejak kebelakangan ini menjadi isu hangat dalam negara.
Pertama, selain Ahli Parlimen DAP Segambut itu sekarang ini merupakan anggota kabinet kerajaan madani pimpinan pejuang unggul reformasi, Anwar Ibrahim, beliau juga sebelum ini adalah Speaker DUN Selangor.
Dengan kontrak yang diperolehi suaminya itu, ia menimbulkan persoalan tentang kemungkinan wujudnya layanan keutamaan atau konflik kepentingan berhubung pemberian kontrak berkenaan.
Kedua, kontrak itu diperolehi bukan dengan cara tender terbuka, tetapi secara runding terus.
Sudah menjadi pengetahuan umum, antara umpan PH untuk menarik sokongan rakyat sejak bertahun-tahun dahulu ialah menjanjikan tender terbuka dalam semua kontrak kerajaan bagi memastikan ketelusan, keadilan dan mengelakkan ketiriaan.
Jadi, mengapa sekarang ini syarikat milik bersama suami seorang menteri PH dan bekas Speaker DUN Selangor boleh diberikan kontrak secara runding terus?
Hakikatnya, apa yang berlaku dalam isu yang sedang menjadi buah mulut rakyat ini, ia secara langsung menyebabkan wajah PH terconteng arang hitam yang tebal lagi pekat.
Di mana PH mahu letak mula apabila dengan selamba saja memungkiri janjinya sendiri?
Untuk itu, terdapat dua tindakan segera yang boleh dilakukan untuk memadamkan api kemarahan rakyat dalam kontrak tersebut.
Pertama, kerajaan negeri Selangor hendaklah membatalkan serta-merta kontrak pengangkutan yang telah diberi kepada syarikat milik bersama suami Hannah Yeoh itu.
Kontrak berkenaan sebaliknya harus ditender semula secara tender terbuka dan syarikat milik bersama suami Hannah Yeoh itu boleh menyertainya semula dan sama-sama bersaing secara sihat.
Yang kedua dan ini paling terpuji, suami Hannah Yeoh sendiri dengan sukarela tampil mengembalikan kontrak yang telah diperolehinya itu kepada kerajaan negeri Selangor.
Pengembalian kontrak itu bukan saja untuk menjaga nama baik PH, malah untuk mengelakkan nama isterinya, seorang menteri dalam kabinet kerajaan madani yang sebelum ini banyak dipuji daripada terus menjadi cecehan rakyat.
Sama seperti saranan pertama di atas, setelah kontrak dikembalikan, maka tender semula hendaklah dilakukan dengan segera.
Jangan berdiam diri saja ketika isu ini sedang panas dan jangan juga berlengah lagi daripada bertindak.
Salah satu pihak terbabit mesti mengambil tindakan yang segera.
Ingatlah, rakyat sentiasa memerhati dan jika tidak segera ditangani, ia boleh membawa kemusnahan sebuah kerajaan dalam PRU16 akan datang.
Yang terdekat, kalau dibiarkan tanpa apa-apa tindakan, bencana juga boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Bakap yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Jangan ingat menang di Kuala Kubu Bharu sudah boleh berasa selesa, ingatlah undi PH tidak banyak bertambah pun, malah undi Melayu dan undi orang muda masih memihak sebelah sana. โ ShahbudinHusin 29Mei2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/05/29/jangan-lupa-selain-sekarang-menteri-hannah-yeoh-juga-adalah-speaker-dun-selangor-sebelum-ini.html
KENA BAGI SEKOLAH BUDAK BUDAK NI. KALAU TAK JADI WALAUN BODO SAJA.
๐ ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ช๐๐ฅ๐๐ : ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐ง๐ ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ฆ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐๐ก ๐๐ก๐๐-๐๐ก๐๐ ๐ ๐จ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฆ๐ฃ๐ ๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐
1) ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ง๐ฃ๐ ๐ญ ๐๐ฆ๐ญ๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐จ ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ฆ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป anak-anak muda lepasan SPM yg GAGAL terutamanya yg ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฏ๐ท๐ฒ๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐น๐ฎ๐บ dan ๐ฆ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต melalui latihan kemahiran di ๐ง๐ฉ๐๐ง. Ini sangat ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ก๐ bagi mengelakkan mereka ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ฒ๐ธ๐ฟ๐๐, ๐ฑ๐ถ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ผ๐ฑ๐ผ๐ต, ๐ฑ๐ถ๐ฑ๐๐ป๐ด๐๐ธ๐ฎ๐ป sebagai walatok, walargon, ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐๐ป & ๐๐ป๐๐ถ๐ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ณ๐ถ๐ธ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐๐๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐จ๐ก๐.
2) Tindakan ini juga perlu bagi mengelakkan mereka menjadi ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ ๐จ๐๐๐ ๐บ๐ฎ๐ป๐ถ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐๐ถ, ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ถ๐ฝ๐๐ฎ๐ป, ๐๐ฐ๐ฎ๐บ๐บ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ seperti kununnya masuk parti baru dikira masuk Islam serta ๐ท๐ฎ๐ป๐ท๐ถ-๐ท๐ฎ๐ป๐ท๐ถ "๐ฆ๐ต๐ผ๐ฟ๐ ๐๐๐" ๐ธ๐ฒ ๐๐๐ผ๐ฟ๐ด๐ฎ dgn hanya wala' pd "Supreme Leader" oleh Parti PNunggang Agama atau dewasa ini dikenali sebagai ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐๐ถ ๐๐น๐ผ๐ต๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ. PNtaksub mereka suka berpoya-poya, meratib Liwat, Anjing Munafik, Liberal, Sekular, KAFIR, melakukan jenayah QAZAF tanpa takut akan dosa. *๐ก๐ข๐ง๐ : Pihak ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ dan ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ mengekang hal ini daripada terus dipertontonkan kpd anak-anak muda.
3) ๐ง๐ฉ๐๐ง telah diperluaskan sehingga ke Maahad Tahfiz dan mereka ๐๐ด ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฒ๐น๐๐ฎ๐ป๐ด ke universiti boleh digilap bakat mereka melalui "๐๐ฝ๐๐ธ๐ถ๐น๐น๐ถ๐ป๐ด" ๐ฑ๐ฎ๐ป "๐ฟ๐ฒ๐๐ธ๐ถ๐น๐น๐ถ๐ป๐ด" bagi mendapat kerjaya yg baik dlm industri. Ini akan menjadikan mereka ๐ง๐ฒ๐ป๐ฎ๐ด๐ฎ ๐ ๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ, ๐ง๐ฒ๐ป๐ฎ๐ด๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐๐ผ๐น๐ฎ๐ฟ ๐๐ถ๐ฟ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ช๐๐ฅ๐๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฌ๐ ๐๐๐ฅ๐๐จ๐ก๐.
4) Sekaligus meningkatkan peluang mereka utk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan graduate sebagai ๐ฏ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐น ๐ง๐ฒ๐ป๐ฎ๐ด๐ฎ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ณ๐ฒ๐๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น, ๐ง๐ฒ๐ป๐ฎ๐ด๐ฎ ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐๐ผ๐น๐ฎ๐ฟ ๐ฃ๐๐๐ถ๐ต ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฃ๐ก๐๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ผ๐ฝ๐ถ๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐๐๐ถ๐ต ๐๐ด ๐บ๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐ท๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐น๐ฒ๐น๐ผ๐ป๐ด ๐๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐๐ธ ๐ฝ๐ถ๐๐ถ๐ต.
5) Sekali lagi PMX, TPM1 dan Kerajaan diingatkan jangan membiarkan anak-anak muda yg ๐๐๐๐๐ ๐๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐๐๐ฎ ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐๐, buta kayu, buta hati, buta pengetahuan terutama mengenai Sejarah Politik Malaysia dimanipulasi oleh golongan KHAWARIJ PNunggang Agama. ๐ฆ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐บ๐ฎ๐ป๐ถ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐๐ถ ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ด๐ผ๐น๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐ก๐๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ.
6) Semoga usaha murni Kerajaan MADANI sentiasa diberkati Allah dan berjaya mengekang dan ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐ฝ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฟ๐๐ต ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ถ๐ธ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐๐๐ช๐๐ฅ๐๐ di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
InsyaAllah.
-Zus Din
29052024
KATA WALAUN TILAWAH AL QURAN TAK ADA....
KEPUTUSAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1445H / 2024M
Sekalung Tahniah kepada Saudara Mohamad Husaini bin Mahmur yang mewakili Negeri Sembilan kerana telah dinobatkan JOHAN QARI sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2024M.
Beliau akan bertanding di peringkat antarabangsa mewakili Malaysia.
PATUT UMNO BUANG DIA NI
Najib Bakar
Seriuslah Khairy Jamaluddin ? Tetek bengek? Titik bengik lah. Punya dah lama, dari zaman sekolah lagi tahun 90an dah tahu benda ni.
Kalau hang taktau bukan maksudnya semua orang pun taktau. The world does not revolve around you lah. ๐คท
DULU DIEJEK OLEH WALAUN... TAPI KINI...
Jamzuri Ardani
Ia bermula dengan kempen insentif RM30 yang difitnah kononnya untuk mencuri data peribadi.