_ANWAR IBRAHIM : SOSOK YANG DIFITNAH & DIANIAYA_* (SATU SOALAN: BAGAIMANA DENGAN DOSA MEREKA YANG SELAMA INI MEMANGGILNYA SEBAGAI "PELIWAT?")



*_Sila baca dengan Fikiran Rasional_*


Kes Anwar, pemfitnah dan harga diri

Oleh: Zunar

*(16 Ogos 2020)*


Saya ingin mencatatkan sebuah kisah penting yang tidak diberi keutamaan oleh media, terutama media arus perdana. Cerita ini sengaja digelapkan atau dijadikan kecil supaya ia tidak bakal menjadi contoh teladan betapa akhlak yang mulia dan prinsip yang teguh adalah kunci kepada peribadi luhur.


Pada bulan Mei 2005, seorang rakyat Palestin, Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim.


Jamal Amro menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (timbalan perdana menteri ketika itu). Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan bahawa beliau didekati oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia yang menaiki limousinenya dan ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang USD200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan seks dengan Anwar. Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.


Ketika itu, mahkamah sedang membicarakan tuduhan yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar bahawa Anwar meliwat beliau. Kes ini berlaku pada tahun 1999, ketika itu Dr Mahathir menjadi PM.


Dalam mahkamah, Azizan, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando (Allahyarham)

mengaku beliau tidak diliwat. Lebih serius, Azizan juga menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai penyiasat, (nama pegawai itu disebut) untuk mengubah tarikh kejadian.


Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992. Tetapi kemudian menukar kepada 'satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila peguam Anwar menunjukkan bukti bahawa Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.


Di sini disertakan perbualan dari rekod mahkamah:

Peguam Fernando: "Tarikh 1992 adalah palsu?"

Azizan: "Ya"

Fernando: "Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?"

Azizan: "Saya tak tahu".

Fernando: "Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?"

Azizan: "Ya".

Fernando: "Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?"

Azizan: "SAC ...." (nama pegawai itu disebut).

Pengakuan Azizan ini tidak dicabar dalam mahkamah oleh pihak pendakwa.


Nama pegawai polis dan pegawai kedutaan Malaysia dalam kes Jamal Amro didedahkan melalui proses undang-undang - satu dalam afidavit dan satu dalam kandang saksi di mahkamah.


Apakah ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pegawai pegawai tersebut? Tidak! Sebaliknya Anwar tetap didapati bersalah dan dihukum hampir enam tahun lamanya dalam penjara.


Kemudian datang lagi kes pengakuan Saiful Bukhari Azlan. Kali ini ketika Najib menjadi PM.


Kata Saiful, Anwar meliwat beliau di sebuah kondo. Untuk itu, beliau perlu bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan perubatan. Doktor yang ditemui adalah doktor dari Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.


Sebagai saksi kes, Dr Mohamad Osman

berkata bahawa selepas memerika Saiful, didapati tidak ada kesan liwat, sebaliknya ada kesan tertuduh memasukkan plastik dalam anusnya.

Itulah satu-satunya bukti yang ada dalam kes tersebut, yang lain hanyalah pengakuan Saiful. Sebagai nota, dalam proses perundangan, pengakuan tidak boleh diterima, yang boleh diterima adalah keterangan dan bukti. Tetapi Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan.


Dr Mohamad Osman juga mendedahkan ugutan dari pihak berkuasa supaya beliau mengubah laporan perubatan, tetapi dia enggan berbuat demikian. Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.


Sebelum itu pada tahun 1998, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dan penulis ucapan mantan timbalan perdana menteri itu, Dr Munawar Anees juga dipaksa dengan ugutan dan penjara supaya mengaku mereka melakukan hubungan seks dengan Anwar, tetapi kedua-dua enggan.  


Apa persamaan antara keempat-empat nama yang diatas? Kesemua mereka adalah warga asing. Jamal adalah warga Palestin, Dr Mohamad Osman adalah warga Myanmar, Sukma adalah warga Indonesia dan Dr Munawar adalah warga Amerika. Apakah pelajaran yang kita kutip dari mereka? Kesemua mereka dihubungi untuk terlibat konspirasi dengan cara sama ada imbuhan besar atau ugutan.


Jamal Amro di tawarkan sekitar RM838k hanya untuk sebuah pengakuan fitnah. Bayangkan berapa pula habuan yang didapati oleh rakyat Malaysia yang sanggup terlibat konspirasi ini? Orang-orang yang muncul membuat pengakuan terutama menjelang pilihanraya, orang-orang dari Jabatan Peguam Negara, segelintir para hakim dan segelintir pegawai polis. Dan senarai panjang akan berterusan.


Saya catatatkan sebuah kisah teladan dari empat tokoh. Mereka semua punya akhlak, punya prinsip dan tidak mahu memfinah orang yang tidak bersalah. Mereka tidak mahu menggadai maruah dan harga diri demi kantung peribadi.


Jika rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam artikel ini juga punya akhlak yang tinggi dan prinsip yang teguh seperti mereka, tentu konspirator politik, termasuk beberapa bekas perdana menteri tidak dapat menjalankan kerja jahat mereka.


Dan politik Malaysia tidak akan menjadi sejijik ini. Tetapi malangnya, nama-nama akan terus muncul memfitnah dan memfitnah dan habuan demi habuan akan disodorkan oleh tuan-tuan politik.


Secara moral, kita dalam terjerumus ke lembah yang kotor dan berlumpur.


Oleh:

*ZUNAR*




*_Nota BayuMalam:_*

Ini zaman edan. Dunia tlh trlalu bangka. Dunia sdg berlari menuju pengakhirannya. Fitnah bertebaran mengisi pengakhirannya. Anwar adalah sosok yg terpilih utk diuji di lembah fitnah ini. Bagi kita yg mengikuti perjalanan takdir yg mengaibkn ini, jelas bukti2 menunjukkn bhw Anwar dianiaya & tidak bersalah sama sekali. Berlainan pula dgn insan2 malang yg sengaja menempah bala melanjutkn bahana fitnah ini berdekad lamanya. 


Aku tidak ingin mmbicarakan soal "manusia2 bertuah" pencipta, sutradara & pelakon2 sandiwara fitnah ini. Mrk ini barang tentu tlh tersedia "istananya" nnt dn di dunia ini pun tlh ramai antara mrk yg tlh menerima karmanya! Namun di sini aku ingin berpesan & mmbangkitkn dosa2 yg diciptakan oleh mrk2 yg sengaja mncipta "dosa percuma" dgn terus meviral dn melanjutkn fitnah ini. Tnpa mrk sedar, mrk sdg mmbina satu dosa besar yg xkn terampunkn melainkan Anwar sendiri sj yg memaafkn mrk. Perkataan "peliwat" yg terpacul drp lidah mrk itu tlh membina satu takdir yg ckup buruk di sana nnt. 

Sedar & bertaubatlah.


Apapun takkan hancur sebutir berlian dek besi yang tajam. Begitulah juga takkan goyah hati nurani yg benar & jiwa yg kental dgn keimanan dek kemarakan api fitnah. Insyaallah.


Sesungguhnya sejak puluhan tahun dahulu aku mengikuti perjalanan dan perbicaraan fitnah ini  dgn renungan & akalbudi.


*_#TabahlahWahaiANWAR_*

*_#DOAbuatANWAR_*

*_#FitnahAdalahDosaBesar_*

*_#DedikasiBuatANWAR_*



PMX SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA MANGSA POKOK TUMBANG



 Semalam Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya menziarahi keluarga Allahyarham Md Rizal Atan yang maut ditimpa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada Ahad lalu. 






Pemergian Allahyarham meninggalkan isteri dan empat orang anaknya berusia 9 hingga 14 tahun yang masih bersekolah. 





Saudara Farhan sampaikan ucapan takziah bagi pihak saya kepada isteri Allahyarham yang kelihatan tenang dan tabah sepanjang pertemuan, namun pasti hanya Allah mengetahui gejolak dalam jiwanya.


Saya turut sampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham yang diserahkan oleh saudara Farhan. 


Mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman dan urusan keluarganya dipermudahkan dan diberi kekuatan menempuh dugaan.


Al-Fatihah. 


#MalaysiaMADANI



WADUH WADUH...

 


Sekejap nak kerjasama sekejap hilang kuasa… Pening walaun dibuatnya…





UCAP SELAMAT HARI IBU ROSAK AKIDAH?







Benda-benda berkaitan agama ini selalunya saya elak komen. Tetapi apabila nampak ada bibit-bibit usaha memecahbelahkan masyarakat kepada kelompok-kelompok "us vs them", maaf bertanya lah ye, saya ada beberapa persoalan seperti di bawah:


Mantan PM Muhyiddin Yassin pun rosak akidah ke guane?


Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pun rosak akidah ke guane?


Boleh siapa-siapa beri penjelasan?



Syarahan Umum PM Anwar Ibrahim di Universiti Hamad bin Khalifa, Qatar




Syarahan Umum Perdana Menteri di Universiti Hamad bin Khalifa, Qatar berjudul Masa Depan Dunia Islam di Perpustakaan Negara Qatar.




ANALISA KKB: SOKONGAN MELAYU & INDIA MENINGKAT, CINA KEKAL UTUH

 

Sokongan pengundi Melayu dan India terhadap kerjasama Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) masing-masing mencatatkan peningkatan tiga dan lapan peratus berbanding pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) tahun lepas.


Pengurus Kanan (Penyelidikan) Institut Darul Ehsan (IDE) Khairul Arifin Mohd Munir berkata pada PRN15, PH memperoleh 39 peratus sokongan pengundi Melayu manakala PN pula menguasai 55 peratus undi.


Bagaimanapun pada PRK KKB Sabtu lepas katanya, 42 peratus pengundi Melayu mengundi PH iaitu peningkatan sebanyak tiga peratus.


“PRK KKB mempunyai 16 Daerah Mengundi (DM), namun empat DM yang majoritinya orang Melayu, PH-BN menguasai kembali dua DM iaitu Kampung Air Jernih dan Pertak dengan masing-masing mencatat 49 dan 78 peratus sokongan dari kaum itu. Pada PRN lalu, PH kalah di kedua-dua DM tersebut.


“PH juga kekal menguasai DM majoriti pengundi Cina dengan tidak kurang daripada 70 peratus sokongan dan juga bagi DM kawasan campuran pelbagai kaum sementara PN kekal menguasai dua DM Melayu iaitu Bandar Utama Batang Kali dan Ampang Pecah,” katanya dalam kenyataan semalam.


IDE dalam kajiannya juga mendapati sokongan pengundi India kepada PH pada PRK KKB telah meningkat kepada 67 peratus berbanding 59 peratus pada PRN15.


Khairul Arifin berkata undi masyarakat Cina pula kekal utuh bersama PH dengan mencatatkan peningkatan daripada 84 peratus pada PRN15 kepada 87 peratus pada PRK KKB. 


“Peningkatan sokongan yang ketara terhadap PH adalah di DM Pertak (46 peratus), Ladang Nigel Gardner (22 peratus), Kampung Air Jernih dan pengundi awal. Undi tentera dan polis yang membawa simbol penjawat awam telah beralih kepada PH kerana mungkin pemberian bonus khas dan peningkatan skim perkhidmatan awam yang memberikan impak positif kepada mereka,” katanya.


Peningkatan sokongan itu katanya, didorong keberhasilan gerak kerja BN dalam menarik semula sokongan pengundi Melayu di kampung-kampung tradisi disebabkan kembalinya kepercayaan pengundi tegar BN terutama mereka yang berumur 61 tahun ke atas. 


“Manakala bagi PN pula undi Melayu adalah kerana faktor calon Melayu yang diletakkan berbanding calon Cina pada PRN15 yang lalu. Naratif calon Cina-DAP yang dimainkan oleh PN juga turut memberi kesan kepada undi Melayu kepada PN,” katanya.


Dari segi pola pengundian umur, Khairul Arifin berkata PN menguasai undi bagi kategori yang berumur 40 tahun ke bawah manakala PH-BN bagi umur 41 tahun ke atas.


Bagi mengekalkan momentum sokongan pengundi Melayu, Cina dan India, beliau berkata PH-BN perlu membela nasib Melayu dan Islam kerana faktor orang Melayu menyokong PN adalah disebabkan parti itu kelihatan lantang membela nasib orang Melayu berbanding parti lain.


“Isu semasa seperti harga barang, peluang pekerjaan dan kos hidup juga perlu diselesaikan Kerajaan Perpaduan untuk menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16),” katanya.


Sementara itu Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin ketika dihubungi Bernama menyifatkan ‘politik kesederhanaan’ dibawa Kerajaan Perpaduan pada PRK KKB dilihat antara faktor kejayaan kerjasama PH-BN memenangi hati rakyat.


Ini kerana katanya, pendekatan kesederhanaan membawa perubahan positif dalam landskap politik tanah air hasil penekanan terhadap politik inklusif, kesepaduan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat serta tidak lagi menjurus kepada isu-isu sempit seperti 3R (raja, agama dan kaum). 


PRK Kuala Kubu Baharu pada Sabtu lalu menyaksikan calon PH, Pang Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu Khairul Azhari Saut (PN), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia). – Bernama

 

RENTASAN 1595 | PANAS!! WUJUD GERAKAN BERSIRI SABOTAJ KERAJAAN MADANI ME...



MENARIK DALAM RENTASAN 1595
1. KERAJAAN MADANI TIDAK BERHENTI BEKERJA UNTUK RAKYAT 2. YANG KALAH IALAH POLITIK TOKSIK DAN BIGOTRY 3. SIAPA SI KITOL DALANG SABOTAJ NEGARA?







𝗘𝗡𝗔𝗠 𝗠𝗣 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗬AN𝗚 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗠𝗫 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟 𝗠𝗣 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗜𝗡𝗜 : 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗫 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗚𝗨𝗚𝗔𝗧






Menurut TS Speaker Dewan Rakyat puak Parti BUNGA BELUM pun kemukakan notis meminta kerusi 6 MP parti itu yg menyokong PMX supaya diisytiharkan kosong. 


Maka mereka masih kekal MP dan Speaker tidak melayan isu itu selagi mana ia belum melibatkan Parlimen.


𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗴𝘂𝗴𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸. Tapi MP Tanjung Karang dan ADUN Selat sudah terpecat. Ini bermakna mereka adalah MP Bebas. Tak mungkin mereka hilang kerusi masing-masing sebab mereka tidak melompat parti tapi dipecat.


Perlembagaan Parti BUNGA TIDAK boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan. Kalau nak tahu, boleh hantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker DUN Selangor bagi menentukan keduduakan.


Samada mereka hilang kerusi atau tidak, 𝗘𝗻𝗮𝗺 𝗠𝗣 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗱𝘂𝗹𝗶 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘆𝗴 𝘀𝗮𝗵 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗧𝗘𝗥𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧𝗜.𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁, 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝘀𝗽𝗲𝗮𝗸𝗲𝗿


- Zus Din 

13052024

***********************

𝗘𝗻𝗮𝗺 𝗠𝗣 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁, 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝘀𝗽𝗲𝗮𝗸𝗲𝗿

Diterbitkan:  May 13, 2024 2:30 PM


Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan pindaan perlembagaan parti itu yang diluluskan baru-baru ini. 


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul berkata sehubungan itu kedudukan enam wakil rakyat berkenaan masih kekal sebagai Ahli Parlimen.


“Selagi ia tidak melibatkan Parlimen, saya tidak akan terlibat dan ambil pusing sebab itu isu politik, isu pentadbiran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), hinggalah mereka selesai masalah mereka dan akhirnya datang kepada saya untuk meminta pandangan atau keputusan, waktu itu saya akan buat.


“Sekarang ini tidak ada apa-apa berlaku lagi, notis apa pun tak terima, satu surat dan e-mel pun tak ada. Saya anggap tak ada apa-apa berlaku selagi benda itu tidak datang ke meja saya, itu hak mereka,” katanya.


ADS

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada House Committee of The Legislative Council of The Hong Kong Special Administrative Region (LEGCO) di Bangunan Parlimen hari ini. 


Pada 2 April lepas, media melaporkan ROS telah meluluskan permohonan pindaan Perlembagaan Bersatu yang membolehkan parti itu menggugurkan keahlian mereka dan seterusnya mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.


Enam ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman Labuan dan seorang ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.


Johari berkata beliau juga tidak akan campur tangan isu berkaitan parti politik berkenaan.


“Harus diingat apa berlaku di luar Parlimen ini bukan bidang kuasa saya, sama ada satu parti nak ubah, tambah atau tukar perlembagaan parti, itu juga bukan masalah saya. Begitu juga apa terjadi kepada satu keanggotaan bukan masalah saya,” katanya.


- Bernama

Link : https://www.malaysiakini.com/news/705383



KAMU HINA DIA... TAPI PMX KINI SEDANG MENDUNIA

 


Ada segelintir rakyat Malaysia suka menghina PMX kononnya tidak tahu apa dan hanya memegang ijazah kesusasteraan Melayu.


Namun sedarkah anda PMX Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang paling kerap dijemput untuk menyampaikan ucaptama dan syarahan di universiti-universiti terkemuka luar negara dan kepada tokoh korporat dunia.


Hampir setiap kali lawatan rasmi, akan ada majlis seumpama itu.


Ternyata mereka lebih mengenali mana permata, mana kaca.



UN.. UN... BILA LA NAK CERDIK.



 PM turun Kelantan, MB sambut dengan baik. MB minta naik taraf jadi Lapangan Terbang Antarabangsa. Kerajaan Madani terus lulus. Walaun masih duk tuduh Anwar pendendam….




LAHAI MAHATHIR NI


 Alahai Mahathir ni.


Zaman dia dulu, 𝗦𝗮𝗺𝗺𝘆 𝗩𝗲𝗹𝗹𝘂 dan 𝗟𝗶𝗻𝗴 𝗟𝗶𝗼𝗻𝗴 𝗦𝗶𝗸 tu Melayu ke? Kenapa Mahathir, sebagai pengerusi BN, letak mereka sebagai calon kalau 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁?


Mahathir ni macam Taki juga. Dah kehabisan hujah. Terpaksa 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 hanya semata-mata untuk 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻. Dah dah la tu. Bertaubat la pulak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KEH.. KEH.. KEH




Harakatdaily


 Dewan Ulama PAS beri amaran kejadian pokok tumbang berterusan tanda kemurkaan kepada Kerajaan MADANI.


“Pokok ditebang, tanda anok kelate saye hute,” ujarnya tersenyum.



RASANYA BANGSA CINA TAK VODO CAM WALAUN...

 

Najib Bakar




Bodo sangat la DAP kalau buat kenyataan kata Melayu tu umpama anjing. Tolol nak mampoih siapa yang percaya.


Lama tak belasah walaun. Memang kena la dengan mood aku malam ni macam baru lepas makan tebuan.


Sila la beramah mesra. Lauk sedap kenuri malam ni.



KUCING SAMBUT HARI JADI





Zainuddin Omar


 Saya tak kenal mereka tapi dalam berita ini dikhabarkan mereka pemilik tudung jenama Bawal. 


Hari jadi kucing mereka diraikan di boutique LV dan nate tersebut mendapat kalung leher berharga RM3000. 


Baju kucing direka oleh Rizalman Ibrahim yang dihiasi dengan Swarovski crystals. 


Berita lagi vodoh mereka beramai-ramai menyanyi lagu Happy Birthday pada kucing tersebut bersama birthday cake. 


How stu.pid and du.mb can one be? 


*************

A Malaysian entrepreneur couple was criticised for celebrating their pet cat’s birthday at a Louis Vuitton (LV) boutique, with netizens accusing them of being extravagant and suggesting that the money spent could have been better used on other things.


Ms Haliza Maysuri and her husband Mohd Rosli Awang celebrated Money’s seventh birthday at the French luxury fashion store at the Gardens Mall in Kuala Lumpur.


The couple are the founders of Muslim apparel brand Bawal Exclusive.


In a series of photos and videos posted on Ms Haliza’s social media accounts on May 10, an LV staff member is seen bringing out a birthday cake while others sing a birthday song.


Ms Haliza carried the cat, which was dressed in a grey dress studded with Swarovski crystals designed by renowned Malaysian designer Rizalman Ibrahim.


“Alhamdulillah, our child is seven today. Happy birthday Money... Mama, papa prayed that Money live long with health and intelligence,” Ms Haliza wrote in a post on her Instagram account, adding that the couple consider Money to be their youngest child.


The couple also got Money an LV collar with the letter M, estimated to cost over RM3,000 (S$860), and a specially made-to-order pouch with an illustration of the cat.


Some Malaysians wished the feline a happy birthday, saying that Money is lucky to have owners who love her so much.


“This is the first time in history I am seeing a cat celebrating its birthday in such a high-class setting,” Ms Sabtuyah Haji Sepawi said on Instagram.


Some people asked if the couple were looking to adopt children or more cats. “I can meow too,” a netizen with the handle baefrryu said tongue-in-cheek on TikTok.


Others, however, panned the couple for being wasteful.


“While all eyes are on Rafah, you rich people (are) busy celebrating cat’s birthday – not sensitive,” said a netizen with the handle madam_nady88 on Instagram, referring to the southern Gazan city involved in the ongoing Israel-Hamas conflict.



Wujud lagi makhluk ni rupanya.





𝗥𝗮𝗺𝗮𝘀𝗮𝗺𝘆 tak sedar yang sebenarnya dia yang 𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸. Kehadiran dia di KKB bukan saja 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗣𝗡, bahkan pujukannya agar pengundi India 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗼𝗶𝗸𝗼𝘁 𝗣𝗥𝗞 juga gagal.


Pelik bila seorang yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗯 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗜𝗻𝗱𝗶𝗮 memilih untuk bersama kelompok 𝘂𝗹𝘁𝗿𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗶𝘀 seperti PAS dan PN. UMNO juga parti Melayu tapi UMNO tak adalah sampai 𝗺𝗲𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗹𝗮𝗶𝗻.


Bagaimana pun aku setuju yang kaum India perlukan 𝗽𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Aku percaya YAB DS Anwar Ibrahim pasti akan berbuat sesuatu hanya tak semua boleh dilakukan serta merta.


Ada yang berkata PMX patut lantik seorang 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗜𝗻𝗱𝗶𝗮. Tapi bagi aku, yang kaum India perlu sekarang ini 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶, tetapi seorang pemimpin yang mampu bawa suara mereka.


Sebab kalau menteri dari kaum India ni, 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮. Bahkan Ramasamy sendiri berapa lama pernah jadi pembesar negeri. Tapi apa kaum India dapat dari kedudukan yang dia serta menteri lain miliki?


Bagi aku lebih baik tubuhkan satu 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗸𝗵𝗮𝘀 untuk menangani segala isu dan masalah kaum India dari mempercayai orang seperti Ramasamy ni.


Biarlah jawatankuasa itu diketuai oleh 𝗠𝗣 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗜𝗻𝗱𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. Supaya dapat dia pusatkan tumpuan untuk JK tersebut dan tidak sibuk dengan tugas menteri.


Apa pun, PH perlu beri perhatian terhadap kaum India jika tidak mahu kehilangan undi dari mereka. Cumanya Ramasamy tak perlu 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 sebab dia sendiri pun 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗹𝗮 juga. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




BERTEMU PEMAIN INDUSTRI QATAR

 

Mengadakan pertemuan meja bulat bersama pemimpin industri beberapa syarikat utama yang bepangkalan di Qatar.







Pertemuan ini adalah sebahagian daripada usaha agresif Malaysia menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara.


Menerusi pertemuan ini saya dapat memberi taklimat terkait iklim terkini pelaburan di Malaysia, sambil meyakinkan para pelabur bahawa negara boleh menjadi destinasi pelaburan pilihan dan rakan perdagangan yang kompetitif.


Antara syarikat yang terlibat dalam pertemuan ini adalah Estithmar Holding, Baladna, Taleb Group, Morex Group, Tamam Capital dan Al Mana Group.


Semoga Malaysia muncul sebagai destinasi pelaburan berpotensi kepada pelabur dari Qatar serta negara-negara lain, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



PMX BERRTEMU PIMPINAN HAMAS

 



Di sela-sela jadual lawatan rasmi yang padat di Qatar, saya mengambil kesempatan bertemu delegasi Hamas yang diketuai pimpinan utamanya, Ismail Haniyeh seraya diapit oleh mantan pengerusi Khaled Mashal. 


Selain menzahirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis, saya menerima taklimat terkini situasi getir di Gaza dan Rafah yang semakin menggusarkan.


Sejak konflik meletus lapan bulan yang lalu, ratusan ribu rakyat Palestin telah terkorban dan cedera dengan separuh dari bumi Gaza dilanda kemusnahan kekal, kerana kekejaman rejim Zionis. 


Saya tegaskan Malaysia akan terus komited memainkan peranannya di peringkat antarabangsa bagi menghentikan serangan ke atas Rafah, sementelahan menggerakkan ikhtiar yang lebih tangkas bagi membantu mangsa peperangan Gaza khususnya dalam aspek bantuan kemanusiaan, perubatan dan pendidikan.


Malaysia hargai kesediaan Hamas membebaskan tahanan khususnya kanak-kanak dan wanita serta menerima pelan damai dunia Arab, OIC, dan masyarakat antarabangsa.


Dalam masa sama, Malaysia mendesak Israel menghentikan pembantaian ke atas rakyat Palestin, membebaskan semua tahanan rakyat Palestin dan bersetuju dengan pelan perdamaian.


#MalaysiaMADANI



MACAM BAGUS

 




Rupanya ada "Warkah Abah Untuk Kuala Kubu". Aduh, dah tak jalan la abah abah ni. 😅


Bahasa pun sama ja macam style dia berucap rakaman dalam TV.


Pastu ayat nak up diri sendiri tu, semuanya "saya saya saya", bukannya "kami kami kami".


Dia amik semua kredit kepada diri sendiri.


Referendum makan diri.