𝗥𝗮𝗺𝗮𝘀𝗮𝗺𝘆 tak sedar yang sebenarnya dia yang 𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸. Kehadiran dia di KKB bukan saja 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗣𝗡, bahkan pujukannya agar pengundi India 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗼𝗶𝗸𝗼𝘁 𝗣𝗥𝗞 juga gagal.
Pelik bila seorang yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗯 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗜𝗻𝗱𝗶𝗮 memilih untuk bersama kelompok 𝘂𝗹𝘁𝗿𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗶𝘀 seperti PAS dan PN. UMNO juga parti Melayu tapi UMNO tak adalah sampai 𝗺𝗲𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗹𝗮𝗶𝗻.
Bagaimana pun aku setuju yang kaum India perlukan 𝗽𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Aku percaya YAB DS Anwar Ibrahim pasti akan berbuat sesuatu hanya tak semua boleh dilakukan serta merta.
Ada yang berkata PMX patut lantik seorang 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗜𝗻𝗱𝗶𝗮. Tapi bagi aku, yang kaum India perlu sekarang ini 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶, tetapi seorang pemimpin yang mampu bawa suara mereka.
Sebab kalau menteri dari kaum India ni, 𝗱𝘂𝗹𝘂 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮. Bahkan Ramasamy sendiri berapa lama pernah jadi pembesar negeri. Tapi apa kaum India dapat dari kedudukan yang dia serta menteri lain miliki?
Bagi aku lebih baik tubuhkan satu 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗸𝗵𝗮𝘀 untuk menangani segala isu dan masalah kaum India dari mempercayai orang seperti Ramasamy ni.
Biarlah jawatankuasa itu diketuai oleh 𝗠𝗣 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗜𝗻𝗱𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. Supaya dapat dia pusatkan tumpuan untuk JK tersebut dan tidak sibuk dengan tugas menteri.
Apa pun, PH perlu beri perhatian terhadap kaum India jika tidak mahu kehilangan undi dari mereka. Cumanya Ramasamy tak perlu 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 sebab dia sendiri pun 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗹𝗮 juga. Guane boh?
Raja Gelap II