𝗠𝗕-𝗠𝗕 𝗣𝗔$ 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞𝗜𝗡 𝗟𝗨𝗡𝗔𝗞 𝗗𝗚𝗡 𝗣𝗠𝗫 : 𝗔𝗣𝗔 𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡𝗬𝗔?



1) Baca apa yg ditulis oleh Norman Radzuan di bawah. Menurut beliau sumber yg diperolehi mendedahkan keretakan hubungan PA$ dgn Parti BUNGA dalam PNyakau Nasional. Secara umumnya kita semua tahu sememangnya kedua Parti itu tidak mempunya hubungan yg baik.


2) Parti BUNGA berbangga dgn dana yg mereka ada walaupun akaun tertentu disekat utk siasatan. PA$ punya jentera yg sering diperkuda oleh Parti BUNGA termasuklah di PRK KKB. Hubungan PA$ dan Parti BUNGA sememangnya telah lama 𝗿𝗲𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝗘𝗱𝗱𝘆 𝗪𝗲𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗹𝘂𝗸 𝗔𝘁𝗼𝗸 𝗦𝗔𝗞𝗔 𝗧𝘂𝗮 𝗧𝗞𝗧 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻 𝗖𝗵𝗲 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗗𝗮𝗶𝗺 (Tun Uban). Baca SATIRA Politik saya pernah tulis : 𝗜𝗟𝗛𝗔𝗠 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗗𝗨𝗜𝗧 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid0RamB1vqKf6SB9Z6ZNNvT5vaML7o8MtT42AwdUC2XD9TFe659D1R6tmdtykBkSEgAl

Malangnya saya tak fikir Atok boleh bantu. Tambahan pulak kita lebih kenal org tua "𝗧𝗔𝗛𝗜𝗞 𝗜𝗗𝗨𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡" itu.


3) Berapa kali kita nampak Eddy Weng dan Abah Coww Din Cirit sepentas atau dlm program yg sama?? 𝗝𝗨𝗝𝗨𝗥𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗞 𝗽𝗶 𝗹𝗮𝗵. Saya sebenarnya BOSAN bergaduh dgn puak walaun & untit PA$. 𝗕𝗢𝗦𝗔𝗡 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗪𝗨𝗝𝗨𝗗 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝗶𝗮𝗵, 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 sebaliknya saya pula yg TERSERET ke arah sikap 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸-𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗦𝗨𝗡𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗦𝗘𝗥 yg kerja mereka hanya 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗝𝗘𝗞, 𝗖𝗔𝗖𝗜, 𝗖𝗘𝗥𝗖𝗔, 𝗠𝗔𝗞𝗜 𝗛𝗔𝗠𝗨𝗡, 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛, 𝗧𝗔𝗞𝗙𝗜𝗥𝗜 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙. 


4) Sungguh membosankan, "𝘀𝗼𝗺𝗲𝘁𝗶𝗺𝗲𝘀 𝘆𝗼𝘂 𝗵𝗮𝘃𝗲 𝘁𝗼 𝘀𝘁𝗼𝗼𝗽 𝘁𝗵𝗮𝘁 𝗹𝗼𝘄"? 𝗛𝗼𝘄 𝗿𝗶𝗱𝗶𝗰𝘂𝗹𝗼𝘂𝘀? 𝗜𝘁'𝘀 𝗷𝘂𝘀𝘁 𝗻𝗼𝘁 𝗺𝗲". Itu bukan diri saya yg sebenar cuma mengikut arus supaya 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 mengerti bahawa cara memaki hamun sebenarnya tidak ke mana. TIADA hasil dan tidak pun memandaikan Rakyat. Saya langsung 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗣𝗔$ 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 ke dlm Kerajaan. 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗶𝘁𝘂 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮 pemimpin berkaliber atau "competent" utk jadi Menteri. Jangan rosakkan "quota" sediada.


5) Memadai sekadar "𝗚𝗘𝗡𝗖𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗝𝗔𝗧𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞", kita sudah tak perlu bertekak, terus bekerjasama demi kepentingan Rakyat dan berkempenlah secara sihat di PRU16 nanti. 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗱𝗴𝗻 𝟭𝟱𝟲 𝗠𝗣 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴, sokongan PA$ atau Parti BUNGA pada waktu ini tidak diperlukan pun. 


6) 𝗠𝗨𝗧𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗹𝗶𝗻𝘁𝗶𝗿 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗔$ boleh berubah sikap menjadi 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗮𝗴𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸 seperti titah saranan DYMM SPB YDPA supaya tunggulah PRU jika ingin berpolitik, sekarang masa utk bekerja menyantuni masalah Rakyat.


7) Malangnya sikap dan akhlak positif pimpinan PA$ 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗱𝗶𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸-𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗦𝗨𝗡𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗦𝗘𝗥 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔. Tugas lebai lah jika mahu puak PNjahat dan pendosa QAZAF yg FASIK itu berubah dan TIDAK terus-terusan mencalarkan imej PA$.


Wallahualam.


- Zus Din 

06052024

*****************

Dari FB Wall Norman Radzuan : 

𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗔𝗦 

𝗣𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛, 𝗕𝗜𝗕𝗜𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔


Saya mendapat maklumat dari sumber dalaman PN dan luar bahawa hubungan PAS dan BERSATU tidak seperti dulu.


Puncanya pelbagai sebab dan kerana itu PRK KKB dilihat pimpinan PAS tidak bersungguh sungguh turun padang seperti lazimnya.


Dari sumber mengatakan ia sebenarnya kekecewaan pemimpin PAS kerana sudah menghampiri 2 tahun harapan utk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai PM gagal. 


Malah dilihat menuju ke jalan buntu apabila Sultan Johor menjadi Yang DiPertuan Agong. Hari demi hari…Ahli Parlimen semakin tertekan. 


Byk projek atau peruntukkan kawasan tiada malah diberi terus melalui wakil penyelaras parti kerajaan. Lebih tertekan apabila gaji penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji 15-38% iaitu kadar tertinggi dlm sejarah perkhidmatan awam negara sekaligus akn memberi tekanan kpd kerajaan negeri.


Rakyat di kawasan Parlimen pembangkang mulai bising dan dikhabarkan ada ahli Parlimen yg takut utk turun kawasan kerana tidak sanggup menerima cemuhan dari penduduk kawasan. 


Bercerita mengenai kemelut antara PAS dan BERSATU, khabarnya PAS berhasrat meletakkan calon di KKB tetapi Bersatu tegas utk meletakkan calon mereka. Sdgkan umum tahu BERSATU tiada jentera, tiada ahli seramai dan sehebat PAS.


𝗦𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿 𝗸𝗼𝗻𝗼𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶 𝗴𝗿𝗼𝘂𝗽 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽 𝗣𝗔𝗦 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗛𝘂𝗹𝘂 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗶𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗶𝘀𝘂 𝗽𝗶𝗻𝗷𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗼𝗻𝗴. 𝗛𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝗮𝗿 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗯𝗶𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽.


Dari sumber yg lain turut memberitahu beberapa pimpinan sudah menunjukkan rasa tidak puas hati utk terus mengikut BERSATU yg dianggap penumpang PAS di dlm PN tetapi mereka yg mendapat kuasa dari PM hingga Menteri2 Kanan.


Minggu lepas saya duduk sekali dgn pimpinan kecil PAS yg saya kenali sejak bersama sama dlm PR. Katanya BERSATU ini sebenarnya bersama PAS pun tidak menambah, tak bersama PAS tidak mengurang.


Saya pun tambah gula dan garam… benar tanpa PAS tiada satu pun kerusi BERSATU akn menang. Tanpa PAS siapalah BERSATU.

Saya yakin pimpinan BERSATU dpt menghidu PAS semakin dingin dgn mereka. Malah apa yg berlaku di KKB melihat keretakan berlaku di dlm PN.


Malang bertimpa timpa buat BERSATU selepas 5 ahli Parlimen Bersatu menyokong PMX yg membuat PAS berang kerusi ihsan diberikan kpd BERSATU terlepas begitu sahaja kpd Kerajaan Perpaduan. 


Lebih membuat BERSATU tertekan pengaruh mereka di Sabah. Kehadiran Muhyiddin dan Hamzah kali ini tidak disambut Ketua Menteri, Hajiji Nor dan Masidi Manjun yg merupakan tulang belakang pengaruh BERSATU di Sabah.


Di ruangan komen rata2 rakyat Sabah mencemuh BERSATU. ‘No Bersatu Now kami GRS’. Kini BERSATU hanya bergantung kpd Ronald Kiandee yg tidak mempunyai pengaruh di mata rakyat Sabah. 


Berdasarkan perkembangan semasa PRN tahun depan BERSATU tidak akn dpt memenangi satu kerusi DUN pun di Sabah. Malah pengaruh parti itu semakin lama dilihat semakin hilang terhakis.

Tanpa kekuatan kuasa politik dan sumber kewangan sgt sukar utk BERSATU terus menguasai Sabah. Mereka dulu hebat kerana Muhyiddin ketika itu adalah Perdana Menteri.


Sebagai pemerhati politik setiap yg berlaku tidak berlaku tanpa sebab. Ia seperti daun bergoyang kerana ada angin.


Baru2 ini Zuhdi mahukan pemimpin Islam lakukan gencatan senjata, Nik Abduh bertemu PMX, MB Kelantan Dato Panglima Perang istihar di depan umum dirinya berpolitik hanya 5 tahun sekali, MB Perlis beritahu hubungannya sgt baik dgn PMX.


Terbaru yg paling mengejutkan pemerhati politik mahupun penyokong PAS apabila Panglima Perang PAS, Sanusi di khayalak umum memohon maaf kpd PMX. 


Khabar saya terima dari rakan rakan media yg sering bersama PN… 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗺𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 𝗶𝘁𝘂 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗺𝘂𝗸𝘁𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗶𝗻𝗶 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗟𝗨𝗡𝗔𝗞 𝗱𝗴𝗻 𝗣𝗠𝗫.


Apa maksudnya semua itu? Semalam saya dihubungi seorang rakan dan ditanya, “Anta jika PAS bersama dlm kerajaan bagaimana?”

Jawab saya,” Ana sudah menulis sebelum ini. Politik sgt dinamik dan kita kena realistik. Saya berjuang sanggup tinggal anak isteri bukan nak cari projek tapi utk reform negara ini. Utk masa depan anak cucu…negara ini mesti dipimpin pemimpin yg bencikan rasuah.”


“Jika PAS mahu bersama sama apa salahnya. Bukan tidak biasa lawan jadi kawan, kawan jadi lawan. Jika PAS mahu bersama sama utk melakukan perubahan dan menyelamatkan negara ini ‘Ahlan Wa sahlan’.


“Seperti kata Zuhdi (think tank PAS)… perlu gencatan senjata jika kita sayangkan negara. Ketepi permusuhan dan kita fokus pulihkan negara ini. Nak kira dendam, amarah, salah mereka …itu bukan politik itu masalah peribadi.


“Biarlah Muhyiddin, Azmin dan Hamzah yg ketiga tiga mereka ini khianat pada parti masing2 tunjuk kehebatan masing2…Kita mahu tgk di mana kekuatan BERSATU tanpa PAS. Ana kata jika ia berlaku BERSATU akn terus jadi Semangat 46.”



Pertuduhan pada Muhyiddin jelas, kata Mahkamah Rayuan

 https://www.malaysiakini.com/news/704660




Pertuduhan pada Muhyiddin jelas, kata Mahkamah Rayuan


Diterbitkan:  May 6, 2024 



Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bekas perdana menteri *Muhyiddin Yassin tidak diperdaya dalam empat kes salah guna kuasa program Jana Wibawa.*


Dalam alasan penghakiman bertulis yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, panel tiga hakim berpendapat hal itu kerana butiran penuh empat pertuduhan yang dihadapi Muhyiddin memadai untuk dia tahu apa yang dihadapinya.


Panel itu dipengerusikan hakim Hadhariah Syed Ali


Pada 28 Feb lalu Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan dan membebaskan (DAA) bekas perdana menteri itu.


Mahkamah Rayuan juga dan mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa ke atas ahli parlimen Pagoh berkenaan.


Dalam penghakiman bertulis, Hadhariah berkata, pada pendapat mereka butiran dalam setiap empat pertuduhan ke atas Muhyiddin memadai untuk memberi notis kepada responden mengenai perkara didakwa.


“Responden tidak terkeliru dalam apa cara sekalipun hanya kerana kekurangan butiran.


"Oleh itu, tiada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk menetapkan cara atau memberikan butiran lanjut tentang bagaimana kesalahan (yang didakwa) dilakukan.


"Dalam hal ini, kita dapati yang arif hakim mahkamah tinggi tersilap apabila dia berpendapat pertuduhan tidak jelas dan responden diperdaya," katanya.


Ahli Parlimen Pagoh juga masih menghadapi tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram yang belum selesai di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.


Pada Mac tahun lalu di mahkamah sesyen, Muhyiddin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Jana Wibawa.


Empat pertuduhan salah guna kuasa itu, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang mendakwa Muhyiddin menggunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan Presiden Bersatu mendapatkan untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.


Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.


Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfpuaa) - dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama.


Muhyiddin didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk Bersatu menerima RM125 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity - antara 25 Feb 2021 hingga 8 Julai 2022.


Tuduhan itu tidak mendakwa bahawa pembayaran dibuat kepadanya.


Wang itu didakwa dicuci dengan menerima wang yang dimasukkan ke akaun Bersatu.



Hail Amir meninggal dunia

 

Hail Amir meninggal dunia

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 77, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 4.24 petang, hari ini.

Perkara ini disahkan oleh anaknya, Cinta kepada rakan-rakan artis terdekat.

Terdahulu, Cinta memaklumkan bapanya dimasukkan ke HKL kelmarin bagi menerima rawatan.

Menurutnya, doktor sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik bagi mengawal jangkitan terbabit.

Pihak keluarga tidak membenarkan kehadiran pelawat dan meminta semua pihak mendoakan kesembuhan penyanyi dan pelakon terkenal era 70-an ini.

Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir pernah dimasukkan ke hospital pada 2018 selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan dalam wad akibat masalah jantung.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Hail yang berasal dari Pulau Pinang, terkenal sebagai pasangan duet kepada penyanyi bersuara lunak, Uji Rashid.

Lagu popular mereka seperti Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku termasuk lagu Seloka Hari Raya menjadi siulan ramai.

Selain menyanyi, bapa kepada empat cahaya mata ini terkenal di layar perak. Antara filem popular lakonannya adalah Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.

Selepas lebih lima dekad terbabit dalam dunia seni, Hail dikurnia gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada 2022.

Disiarkan pada: May 6, 2024 


PADI MENJADI


Sham Ghaz


 Syukur Alhamdulillah harini kami kutip hasil Baroh Padi Alami Kg Lubok Jambu 






Kita mandi, sujud syukur dan tidur atas padi harini.


Tahniah Dato Husam Musa, Abg Yusri, Yayasan Ahmad Ahmad Albab, Pak Aep dan semua terlibat menjayakan padi alami.



BERMESYUARAT BERSAMA PELABUR DARI GOOGLE.



 Pagi tadi saya telah mengadakan persidangan secara maya bersama Presiden & Ketua Pegawai Pelaburan syarikat gergasi teknologi Alphabet & Google, Ruth Porat.






Sesi ini adalah susulan daripada pertemuan kami di Amerika Syarikat tahun lalu.


Ruth memaklumkan kemajuan rangka tindakan bidang-bidang yang boleh diperluas syarikat tersebut di Malaysia berdasarkan penerangan terdahulu saya kepada beliau terkait misi dan tumpuan Kerajaan Malaysia. Alphabet & Google amat mengalu-alukan kepimpinan, komitmen dan kepantasan pemudah cara yang telah diberikan Kerajaan Malaysia sejak pertemuan lalu. 


Perbincangan kami turut menyentuh kepentingan kerjasama dan dukungan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) terkait sektor pendidikan, kesihatan dan pertanian. Saya tegaskan bahawa ikhtiar-ikhtiar ini akhirnya perlu membawa manfaat ekonomi dan sosial yang menyeluruh tanpa meninggalkan mana-mana kelompok masyarakat terutamanya dari segi literasi teknologi.


Semoga usaha ini akan membuahkan hasil terutamanya melancarkan perancangan transisi teknologi negara dan pewujudan pekerjaan.


#MalaysiaMADANI



ANGGAP SAHAJA IANYA HANYA PELENGKAP DEMOKRASI

Zuwairi Md Yusof


 Jentera PN PAS pun tak sanggup nak dukung biawak hidup PN BERSATU KHAIRUL di KKB,kehkehkeh.Undilah PANG menangkan XIAO ramai2 11 MEI 2024 dengan kemenangan bergaya.Anggaplah KHAIRUL itu sekadap pelengkap kuota calon lawan menentang calon kerajaan perpaduan MADANI https://twitter.com/bumilangit/status/1787295395703615790 







Bagai langit dengan bumi XIAO dengan KHAIRUL.Latar belakang XIAO jelas dan terang berbanding background calon PN yg kabur samar2.Sijil pun MQA tak iktiraf bagaimana anda mahu beri dia peluang jadi ADUN KKB?Oh jentera PRK KKB MADANI tak terlibat dengan 2 orang yang menggunakan nama dan gambar Sultan Ibrahim berkempen.


PH TAK BERI IZIN BERKEMPEN GUNA GAMBAR YDPA https://twitter.com/mkini_bm/status/1787342833453854966


Mereka itu kemungkinan pencacai PN yang terdesak untuk mengaburi pengundi2 KKB.Lagi pun salah seorang itu ade rekod jenayah lampau so memang PH bukan arahkan mereka kempen seperti itu,sekian.



KPM SIASAT PEGAWAI MENGHASUT! SPRM SIASAT PEGAWAI KANAN KERAJAAN KELANTA...


Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pegawainya yang didakwa membuat kenyataan secara terbuka berhubung pengumuman kenaikan gaji penjawat awam semalam. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata secara ringkas, beliau masih menunggu hasil siasatan yang dibuat terhadap wanita berkenaan. “Saya fikir perkara itu sedang dalam siasatan di peringkat KPM dan kita sedang tunggu hasil siasatan, insya-Allah,” ujarnya pada pemberita di sini hari ini. Terdahulu tular di facebook Kami Guru Malaysia, seorang pegawai KPM menasihati golongan pendidikan agar tidak terlalu gembira dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan gaji penjawat awam. Wanita itu mendakwa kenaikan gaji sebanyak 15 peratus yang akan dibuat pada Disember itu masih lambat dan dalam tempoh itu pelbagai situasi boleh berlaku. Bagaimanapun, semakan MalaysiaGazette mendapati wanita yang didakwa berasal dari Terengganu itu telah menyekat akaun facebooknya daripada umum. ================================================================================== Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan tiga pegawai kanan agensi kerajaan termasuk seorang pengurus besar disyaki terlibat rasuah malam tadi. Menurut sumber, ketiga-tiga pegawai, masing-masing berumur 40, 47, dan 49 tahun itu ditahan selepas keterangan mereka diambil di Pejabat SPRM, antara 7.15 dan 8 malam. Beliau berkata, mereka ditahan bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu meminta dan menerima rasuah. Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pegawai berkenaan. Beliau berkata, ketiga-tiga mereka akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pagi esok bagi mendapatkan perintah reman. Sumber Berita 1. https://malaysiagazette.com/2024/05/0... 2. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...




Kroni Mb Sanusi Tapau Projek Maktab Mahmud Kedah Tendang Guru Sana Sini



Kecoh Beberapa Hari Lalu Di Maktab Mahmud Di Seluruh Negeri Kedah. Ada Beberapa Orang Kroni didalam Lembaga maktab Mahmud Mempunyai Kuasa Besar Hinggakan Dapat Control Para Guru Sesuka Hati dan Pindahkan Para Guru Sesuka Hati. Setelah Pergaduhan Ini Berlaku, Mula Lah Pendedahan Oleh Tuan Badan Yang Menjadi Mangsa Tendang Terajang Mendedahkan Projek Belasan Juta di Kawal Oleh Pimpinan Kerajaan Negeri Kedah dan Adik Beradik Pengetua Sekolah Maktab Mahmud. Mengagihkan Projek Kepada Saudara Mara Terdekat Mereka Serta Tender Security Guard dapat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah Di Bawah Menteri Besar Kedah Sanusi Md Noor. Mohon SPRM Masuk buat Siasatan Ke dalam Lembaga Maktab Mahmud. #sprm #anwaribrahim #pakatanharapan #kerajaanperpaduan #ayuhmalaysia #dap #partiamanahnegara #partikeadilanrakyat #barisannasional #kerajaanpngagal #lawantetaplawan



SETELAH SEMINGGU KEMPEN, PELUANG PH DAN PN MASIH 50-50 DI KKB

 

SETELAH SEMINGGU KEMPEN, PELUANG PH DAN PN MASIH 50-50 DI KKB

Shahbudin Husin


Minggu ini adalah minggu yang kritikal bagi calon-calon bertanding dalam PRK Kuala Kubu Bharu sebelum tiba tarikh pengundian pada 11 Mei depan.

Paling tak lena tidur pastinya ialah jentera kempen PH yang dibantu BN, begitu juga jentera PN serta calon masing-masing, Pang Sock Tao dan Khairul Azhari Saut.

Kedua-dua mereka inilah paling berpotensi untuk menang, manakala Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) boleh dikata tiada peluang sama sekali untuk meraih kemenangan.

Berbaki lima hari lagi sebelum tiba hari pengundian adalah tempoh yang penting dan boleh menentukan sama ada kemenangan mampu diperolehi atau sebaliknya.

Apatah lagi setelah seminggu berlalu selepas hari penamaan calon pada 27 April lalu, siapa yang boleh menang masih lagi belum jelas kelihatan.

Beberapa pihak yang ditemui dan ditanya pandangan mereka mengenai PRK Kuala Kubu Bharu, rata-ratanya mengatakan kedudukan setakat ini adalah 50-50.

Calon PH dikatakan hanya mendapat sokongan lebih kukuh daripada pengundi Cina, manakala calon PN lebih disokong oleh kelompok pengundi Melayu.

Seorang pemimpin UMNO berkata, walaupun dengan bantuan parti itu, tetapi PH sukar mendapat sokongan pengundi Melayu kerana 80 peratus daripada kelompok itu adalah memihak kepada PN.

Dalam keadaan tersebut, selain kemenangan banyak ditentukan oleh peratusan yang keluar mengundi, “king maker” sebenar boleh jadi pengundi India yang berjumlah 18 peratus daripada jumlah keseluruhan lebih 40 ribu pengundi di Kuala Kubu Bharu.

Yang pasti, bermula hari ini sehingga Jumaat malam akan datang adalah hari-hari sibuk di Kuala Kubu Bharu.

Kedua-dua pihak, PH dan PN, dijangka akan meningkatkan lagi gerak kempen masing-masing, sama ada dalam bentuk ceramah, kunjungan rumah ke rumah dan siri-siri penerangan lainnya.

Pemimpin-pemimpin utama PH, PN dan BN juga dijangka lebih ramai akan turun ke Kuala Kubu Bharu di hari-hari terakhir kempen ini.

Siapa yang lebih berjaya menggerakkan jentera kempen di hari-hari terakhir ini, merekalah yang lebih berpotensi beroleh kemenangan.

Walaupun siapa kalah dan siapa menang tidak akan mengubah kedudukan kerajaan, baik di negeri mahu pun di pusat, tetapi mesej daripada keputusan pada 11 Mei nanti adalah penting untuk penilaian masa depan bagi kedua-dua parti utama yang bertanding itu, khususnya dalam menghadapi PRU16 akan datang.

Sebab itulah PH dan PN masing-masing mahu mengejar kemenangan dan seboleh mungkin, ingin mengelak daripada ditimpa kekalahan. – ShahbudinHusin 06Mei2024.

 

Pas tidak pernah tentang sekolah vernakular: 'Jangan putar belit' - Chean Chung



 Kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang terbaharu bahawa parti itu tidak pernah menentang sistem sekolah vernakular di Malaysia amat mengejut dan mengelirukan.



Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung, kenyataan berkenaan seolah olah mahu 'membeli keyakinan' bukan Melayu yang sejak beberapa tahun ini menyimpan kebimbangan mengenai hala tuju politik Pas yang kelihatan anti sistem pendidikan vernakular.



Kata Chean Chung, kenyataan terbaharu Fadhli mungkin dibuat untuk cuba meraih kembali sokongan bukan Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) selepas pemimpin Pas-PN mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan pendidikan calon DAP, Pang Sock Tao sebelum ini.



"Saya terkejut membaca kenyataan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas, bahawa bagi Pas sekolah vernakular tidak ada isu dan Pas tak pernah menentang sekolah vernakular bahkan menyatakan sekolah vernakular boleh wujud tetapi dengan beberapa pembaharuan," katanya dalam kenyataan hari ini.



Bagi Chean Chung, sikap Pas terdahulu telah jelas memperlihatkan penentangan terhadap sistem vernakular apabila pada 2019 lalu Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia ketika itu, Salamiah Md Nor berkata, parti itu mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan sistem pendidikan vernakular kerana dasar terbabit tidak menyumbang kepada perpaduan kaum, dalam tajuk berita Sinar Harian “Hapuskan sistem pendidikan vernakular – PAS” (22 Jun 2019)



Sebelum itu, katanya, Ustaz Rosli Abdul Jabar, Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang (kenyataan 26 Jun 2019) juga telah mengeluarkan kenyataan menyatakan Badan Perhubungan Pas Pahang menyokong penuh kenyataan dan cadangan Ustazah Salamiah Mohd Nor yang merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang wantu itu yang mendesak kerajaan PH menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini.



Tegas Chean Chung, kenyataan terbaharu Fadhli tidak akan menutup banyak kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pas sebelumnya dan masih boleh ditemui di beberapa portal berita atas talian.



"Tidakkah kenyataan Ahmad Fadhli bahawa bagi Pas sekolah vernakular tidak ada isu dan Pas tak pernah menentang sekolah vernakular bercanggah dengan beberapa contoh yang saya berikan ini?" tanyanya.



Sikap pemimpin Pas, kata

[LANGSUNG] Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri I ...



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri, Presint 10 Putrajaya.


PENYEBAR FITNAH ISU KASINO DALAM BERITA BLOMMBERG AKAN DIKETAHUI JUGA HARI INI ?

 



*TAHULAH KITA SIAPA BROKER YG MEMAINKAN PERANAN MENYEBAR FITNAH KASINO DI FOREST CITY!*. *DAN SDH PASTI AKAN TERJAWAB NANTI BILA KETUA PORTAL MEDIA BLOOMBERG DI PANGGIL UTK DI SIASAT OLEH PDRM HARI INI, 6/5/2024!*



INI BUKTINYA AKAUN YANG MEMBAYAR RM1.4 JUTA WUJUD DAN SIAPA YANG TOLONG BAYARKAN



                 Dato Rameli


1. Saya telah dimaki secara berjemaah oleh penyokong-penyokong PAS sejak pagi tadi kerana memberi ulasan mengenai pendedahan bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang telah membayar Clare Rewcastle Brown sebanyak RM1.4 juta untuk membolehkan beliau (Hadi Awang) menarik balik saman di mahkamah UK.


2. Saya dituduh menyebarkan fitnah kerana penyokong-penyokong PAS ini memberikan hujah bahawa nombor akaun Bank Islam yang terkandung di dalam perjanjian yang mengesahkan pembayaran (iaitu akaun Bank Islam bernombor 9010001388) itu dikatakan nombor akaun palsu.


3. Penyokong-penyokong PAS telah cuba memindahkan wang ke akaun Bank Islam bernombor 9010001388 ini untuk mengesahkan akaun itu wujud. Cubaan itu gagal kerana akaun Bank Islam mempunyai 14 digit dan nombor yang dimasukkan ke dalam perjanjian itu hanya ada 10 digit.


4. Lalu mereka (penyokong-penyokong PAS) telah menyebarkan komen-komen bahawa ini satu lagi penipuan terancang untuk memfitnah presiden dan parti mereka. 


5. Mereka juga menindakkan kononnya pembayaran itu tidak pernah berlaku.


6. Saya pun mengambil keputusan untuk membuat sedikit penyelidikan mudah untuk mengesahkan nombor akaun itu benar-benar wujud. Saya tahu bahawa nombor 10 digit yang terkandung di dalam perjanjian itu hanyalah sebahagian dari nombor akaun penuh 14 digit.


7. Saya bermula dengan mengenal pasti corak nombor akaun 14 digit dari cek-cek Bank Islam yang ada di internet. Saya mengamati 3 cek iaitu dari akaun-akaunTetuan LC Signature, Tetuan Yayasan Taqwa dan Tetuan Sabasun, seperti yang ditunjukkan di bawah:


8. Saya mendapati ada pola khusus iaitu cek-cek dan akaun nombor Bank Islam mempunyai susunan “40”, diikuti dengan nombor 5 digit dan diakhiri dengan nombor 10 digit (lihat di kaki cek). Nombor 10 digit itu semuanya bermula dengan digit “9”, sama dengan kod “40” yang berulang-ulang.


9. Ini memberi gambaran bahawa digit “40” dan digit “9” adalah kod pengenalan yang bukan menjadi sebahagian dari nombor akaun 14 digit itu.


10. Saya juga menyemak nombor-nombor akaun Bank Islam yang sah dan mendapati banyak yang bermula dengan 14XXX.


11. Lalu saya menyimpulkan bahawa digit-digit “40” dan “9” adalah kod pengenalan dan nombor akaun sebenar ialah 5 digit bermula “14XXX” diikuti dengan 9 digit yang berkepalakan angka 9.


12. Ini bermakna nombor akaun bagi Tetuan Yayasan Taqwa adalah 14023010039425 dan nombor akaun individu yang membayar RM1.4 juta bagi pihak Dato’ Seri Hadi Awang ini ialah 14032010001388.


13. Seterusnya, saya memindahkan wang RM10 ke akaun Bank Islam Tetuan Yayasan Taqwa untuk mengesahkan bahawa kesimpulan saya mengenai peraturan kod akaun Bank Islam adalah betul.


14. Sistem CIMBClicks mengesahkan bahawa akaun Tetuan Yayasan Taqwa memang bernombor 14023010039425. Ini membuktikan bahawa teori saya mengenai peraturan kod akaun Bank Islam adalah betul.


15. Saya seterusnya memindahkan RM10 ke akaun bernombor 14032010001388 yang dinamakan di dalam perjanjian antara Clare Rewcastle Brown dan Dato’ Seri Hadi Awang.


16. Akaun itu wujud di bawah nama *Rameli Musa* dan pindahan wang RM10 itu lepas.


17. Ini mengesahkan bahawa akaun yang dinamakan itu wujud, sumber wang untuk RM1.4 juta itu juga wujud. 


18. Tokoh yang ceknya dan akaunnya digunakan untuk membayar RM1.4 juta juga wujud.


19. Saya berharap penyokong-penyokong PAS dan pembangkang berhenti dari memaki hamun dan menerima hakikat bahawa presiden mereka telah membayar Clare Rewcastle Brown untuk tidak meneruskan perbicaraan.



AKIBAT HASAD DENGKI PERSAING PERNIAGAAN MENGUBAH WAZE PEJABAT URUSAN KE JIRAT CINA

 

Dato Haji Azlan


ALAMAT PEJABAT SAYA DI JIRAT CINA ???





Nakal betul Haters dan penghasad ni, marah kat saya jual tanah murah sampai mereka godam waze@location pejabat HajiLand Berhad.


Bila taip, sampai kubur cina!


Tak apa, benda kecil je tu.


Anda boleh GODAM locatian pejabat saya supaya pelanggan saya terkeliru bila mereka taip alamat pejabat.


Alamat yang mereka REKA sendiri ditulis PEJABAT KORPORAT HAJI LAND DAN OMBAK MURNI adalah SALAH SERTA BERNIAT JAHAT!


Tapi ingat ye, REZEKI TAK SALAH ALAMAT.


Allah Maha Melihat dan Maha Mengatur segalanya.


Untuk makluman semua, nama dan alamat pejabat saya yang sebenar ialah di :


HAJI LAND BERHAD,

2-3, JALAN PUTERI 3A/6, 

BANDAR PUTERI BANGI,

43000 KAJANG,

SELANGOR DARUL EHSAN.



BIAR DAPAT DARI TAK DAPAT. BIAR ADA DARI TAK ADA LANGSUNG.


Mohd Shahrim


 Tak kisahlah jika ada yang dakwa isu perumahan bekas pekerja ladang di KKB selesai kerana ada PRK..memang betul pun.. tapi yang penting janji selama ini ditunaikan.





KERAJAAN PERPADUAN MALAYSIA MADANI TETAP MENDENDANGKAN KEPADA YANG TIDAK MENDENDANGKAN..


Mohd Syuza Amsyaari




Merujuk kepada data yg telah dibentangkan oleh Datuk Dr Haji Abdul Latiff Ahmad (Mantan Menteri Tugas² Khas, Jabatan Perdana Menteri) pada Julai 2022 dalam Sidang Dewan Rakyat ketika itu..


Drp 1.2 Juta lebih penjawat awam Malaysia, 92.5% adalah terdiri drp kaum bumiputera (Dengan pecahan kasarnya Bangsa Melayu:82%, Bumiputera Sarawak:5%, Bumiputera Sabah:5% & Orang Asli:0.5%)..


Jika dibandingkan drp statistik keputusan pilihanraya (PRU & PRN) yg lepas dengan pengumuman kenaikan gaji penjawat awam yg naik lebih 13% serta tertinggi dalam sejarah negara ini adalah satu keputusan yg dilihat sangat tidak selari & terlalu ketara perbezaannya..


Sebagai seorang berbangsa Melayu & berpegang teguh kepada ajaran agama Islam.. YAB Perdana Menteri & Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani jelas mencerminkan teladan yg sangat baik, tidak beremosi & tidak mengikut telunjuk mana² pihak dalam memperjuangkan nasib bangsa terutamanya orang Melayu Islam.. Juga jauh tersasar seperti mana yg telah didendangkan & sedang dicanangkan kepada kita semua agar rakyat sentiasa beremosi dalam membuat penilaian serta keputusan..


Apa² pun, terima kasih & tahniah jua kepada YAB PM serta seluruh pimpinan kerajaan Perpaduan Malaysia Madani yg terus menunjukkan sikap & teladan yg baik sebagai sebuah kerajaan yg bertanggungjawab kepada rakyatnya yg berbilang bangsa serta agamanya..





Orang agama yang tak popular


Nik Hasyudeen


Semasa menghadiri kenduri sahabat Wattop saya, saya duduk di sebelah seorang lagi sahabat Wattop yang ditemani isterinya. Setelah berbual-bual sekian lama, saya tanyakan beliau berkenaan hubungannya dengan seorang agamawan yang kembali kepada Islam puluhan tahun yang lalu.


Maka kawan saya menceritakan hubungan beliau dengan agamawan berkenaan yang bermula di ketika dia mula-mula Islam. Malah pernikahan agamawan berkenaan juga dibantu oleh keluarga kawan saya. Sekarang agamawan ini berdakwah di dalam dan luar negara kerana dia fasih berbahasa Inggeris. Siapa kata bahasa Inggeris tak ada faedah dalam agama?


Rupa-rupanya keluarga mereka mempunyai hubungan dengan pelbagai agamawan lain yang berdakwah dengan mengajak manusia untuk beriman dan beribadah seperti mana yang didakwahkan oleh Rasulullah SAW.


Kemudian saya sebut nama seorang agamawan lain yang saya minat kuliah-kuliahnya. Jika dia bincang berjenaan sayu ayat Al Quran, boleh sampai satu atau dua jam dengan pelbagai rujukan silang kepada ayat-ayat yang lain dan hadith-hadith sahih. Sahabat Wattop saya juga rapat dengan agamawan itu. Dia tunjukkan kepada saya foto dia dan keluarganya beraya dengan agamawan demikian.


Saya dan sahabat saya bersetuju bahawa agamawan yang saya sebut itu adalah di antara orang yang paling di”underrated” di dalam masyarakat. Walaupun ilmunya tinggi dan perbincangannya bukan sahaja mendalam tetapi berasaskan hujah-hujah yang kukuh dan perspektif yang luas dan luar kotak, dia dilayan seperti “orang-orang biasa” sahaja.


Yang menariknya agamawan ini juga tidak memperdulikan sikap orang lain ke atasnya. Dia juga tidak melabelkan dirinya dengan mana-mana jenama. Dia hanya mengajar pelbagai ilmu dengan amat mendalam seperti biasa dari saya mula mengenalinya sehingga hari ini.


Mengenali orang-orang yang mengajar agama yang tak popular ini menambah keyakinan saya bahawa populariti bukannya hujah di dalam agama, tubuh badan bukannya hujah di dalam agama. Apa yang bernilai ialah apa yang Allah kata dan apa yang Nabi kata serta pandangan-pandangan yang berbalik kepada kedua-dua sumber itu. 


Seseorang yang dikatakan “mewarisi” hanya boleh memperpanjangkan apa yang dia terima, tak boleh tambah perencah yang tak ada kena mengena dengan warisan itu, walaupun itulah yang orang ramai nak dengar dan akan mempopularkan.


Saya lebih selesa dengan agamawan yang di “underrated” tetapi mewariskan apa yang dia warisi dengan jujur dan ikhlas. Itu lebih selamat, pada pandangan saya.



MODEL CHEROK TO KUN.










 Memulakan hari ini dengan mengadakan pertemuan bersama pimpinan masyarakat, jawatankuasa masjid dan wakil-wakil persatuan dari kawasan Cherok Tok Kun, Pulau Pinang pagi tadi.


Pertemuan sekitar satu jam ini tidak sekadar menyentuh soal pembangunan di Cherok Tok Kun, malah saya turut bentangkan perancangan bagi menangani masalah dihadapi setiap penduduk di kampung ini menerusi ‘Model Cherok Tok Kun’.


Menerusi projek perintis ini, saya akan memantau secara langsung masalah dan keperluan rakyat di Cherok Tok Kun, sama ada isu kemiskinan, pengangguran, kos sara hidup, kesihatan, pendidikan, jenayah mahupun infrastruktur seperti baik pulih dan pembinaan masjid.


Rakyat Cherok Tok Kun perlu berbincang dan laporkan semua masalah ini secara terus kepada saya, dan Insya-Allah saya akan bantu menyelaras bantuan dan peruntukan Kerajaan, sekali gus menyelesaikan isu-isu berbangkit.


Sekiranya projek ini berjaya menangani isu di Cherok Tok Kun, saya akan perluaskan dengan mewajibkan semua menteri, timbalan menteri, pimpinan kanan kerajaan serta ketua-ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk turut melaksanakan Model Cherok Tok Kun di kampung halaman masing-masing.


Insya-Allah perihal projek ini akan saya bentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan.


Saya memilih pendekatan ini kerana mahu semua pimpinan Kerajaan memikul tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat. Tiada guna bicara soal ekonomi dan pelaburan berbilion ringgit jika masalah-masalah harian rakyat tidak mampu kita tangani.


Semoga Model Cherok Tok Kun yang meletakkan tanggungjawab serta amanah membantu rakyat kepada pemimpin, akan merintis jalan penyelesaian tuntas terhadap isu-isu yang membelenggu rakyat sejak sekian lama.


#MalaysiaMADANI