KPM SIASAT PEGAWAI MENGHASUT! SPRM SIASAT PEGAWAI KANAN KERAJAAN KELANTA...


Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pegawainya yang didakwa membuat kenyataan secara terbuka berhubung pengumuman kenaikan gaji penjawat awam semalam. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata secara ringkas, beliau masih menunggu hasil siasatan yang dibuat terhadap wanita berkenaan. “Saya fikir perkara itu sedang dalam siasatan di peringkat KPM dan kita sedang tunggu hasil siasatan, insya-Allah,” ujarnya pada pemberita di sini hari ini. Terdahulu tular di facebook Kami Guru Malaysia, seorang pegawai KPM menasihati golongan pendidikan agar tidak terlalu gembira dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan gaji penjawat awam. Wanita itu mendakwa kenaikan gaji sebanyak 15 peratus yang akan dibuat pada Disember itu masih lambat dan dalam tempoh itu pelbagai situasi boleh berlaku. Bagaimanapun, semakan MalaysiaGazette mendapati wanita yang didakwa berasal dari Terengganu itu telah menyekat akaun facebooknya daripada umum. ================================================================================== Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan tiga pegawai kanan agensi kerajaan termasuk seorang pengurus besar disyaki terlibat rasuah malam tadi. Menurut sumber, ketiga-tiga pegawai, masing-masing berumur 40, 47, dan 49 tahun itu ditahan selepas keterangan mereka diambil di Pejabat SPRM, antara 7.15 dan 8 malam. Beliau berkata, mereka ditahan bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu meminta dan menerima rasuah. Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pegawai berkenaan. Beliau berkata, ketiga-tiga mereka akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pagi esok bagi mendapatkan perintah reman. Sumber Berita 1. https://malaysiagazette.com/2024/05/0... 2. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...




No comments:

Post a Comment