PM arah tingkat kemudahan wad kelas tiga HKL
Kerajaan MADANI komited
memastikan keselesaan pesakit yang mendapatkan rawatan di kemudahan di bawah
Kementerian Kesihatan.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri
Anwar Ibrahim berkata bagi tujuan itu, pentadbirannya akan menyegerakan usaha
melengkapi kemudahan yang perlu di wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Kita lihat sendiri macam
kawasan wad kelas tiga itu panas sikit dan sesak, dan menteri (Datuk Seri
Dzulkefly Ahmad) akan bawa untuk perhatian Jemaah Menteri agar kita segerakan
mana yang perlu," katanya dipetik.
Terdahulu, beliau dan isterinya
Dr Wan Azizah Wan Ismail diiringi oleh Dzulkefly dan Pengarah HKL mengadakan
lawatan di hospital berusia lebih 150 tahun itu sekaligus menyantuni pesakit
yang sedang dirawat dalam suasana cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Pada lawatan itu beliau turut
mengucapkan tahniah kepada HKL atas kecemerlangan prestasi hospital itu yang
mendapat pengiktirafan dunia, dan beliau berharap pencapaian tersebut akan
menjadi galakan kepada semua pihak untuk meningkatkan usaha dan khidmat mereka.
Dalam pada itu, Anwar berkata
beliau mahu kajian menyeluruh dibuat tentang pemerolehan ubat-ubatan oleh semua
hospital dan klinik kerajaan di negara ini agar tidak berlaku pembaziran dan
kerugian.
"Apakah ubat-ubatan itu
digunakan sepenuhnya, tidak ada pembaziran dan apakah keutamaan… itu kita perlu
beri tumpuan kepada HKL kerana jumlah (yang diperlukan) lebih besar.
"… tetapi kita juga kena
beri tumpuan kepada klinik di Kapit, klinik di Manek Urai umpamanya… jadi hal
ini dilihat keseluruhannya oleh kementerian dan kita buat keputusan,"
katanya yang juga Menteri Kewangan.
Terima wang ihsan: Kenapa tidak beri bantuan raya kakitangan Kerajaan Negeri?
Kenyataan Kementerian Kewangan
minggu lalu bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah menerima lebih RM700 juta
wang ihsan sumbangan Kerajaan Persekutuan seharusnya dipanjangkan dengan
pemberian bantuan khusus kepada kakitangan Kerajaan Negeri.
Menurut Ketua Penerangan
KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, kakitangan Kerajaan Negeri yang telah
menyumbang khidmat bakti terbaik sepatutnya dihargai sebagaimana beberapa
negeri lain yang memberi bantuan khas hari raya.
"Susulan penerimaan wang
ihsan khusus yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
Terengganu, KEADILAN Kemaman menggesa Menteri Besar Terengganu supaya
mengumumkan bantuan khas kepada penjawat awam negeri seperti mana yang
diumumkan Kerajaan Persekutuan dan berberapa Kerajaan Negeri yang lain kepada
penjawat awam
"Negeri Kelantan yang
menerima jumlah wang ihsan yang lebih rendah berbanding negeri Terengganu juga
mampu mengagihkan bantuan khas kepada penjawat awam mereka. Justeru apa yang
menghalang pihak Kerajaan Negeri Terengganu untuk melakukan perkara yang
sama?" tanyanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Ahmad Nadhir turut
mempersoalkan sampai bilakah Kerajaan Terengganu perlu menerima bantuan
daripada pusat dalam menguruskan negeri.
Katanya, rakyat diperdaya
dengan pelbagai projek yang kononnya dibuat oleh kerajaan Pas sehingga mereka
memenangkan parti itu 32 - 0 dalam pilihan raya negeri lalu kini berasa tertipu
apabila berlaku kekurangan kewangan, bahawa lebih 80% kewangan negeri
hakikatnya bergantung kepada belas kasihan musuh politik mereka, Kerajaan
Madani.
Katanya, pentadbiran Terengganu
tidak seharusnya terlalu bergantung kepada ihsan Persekutuan terutama dalam
pembayaran gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri.
"Jika benar prestasi
Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pas adalah cemerlang, kenapakah Kerajaan
Persekutuan memberi wang ihsan khusus untuk pembayaran emolumen?
"Tidakkah sebuah kerajaan
yang cemerlang itu mampu untuk mandiri bagi pembiayaan emolumen mereka sendiri
tanpa bantuan kerajaan persekutuan?" tanyanya.
Oleh itu, KEADILAN Kemaman
menggesa supaya Kerajaan Negeri turut berkongsi bantuan khas yang diperolehi
kepada kakitangan bawahan kerana bantuan itu adalah hak rakyat negeri
Terengganu.
Untuk rekod, Kerajaan
Persekutuan telah mengagihkan bantuan wang ihsan sebanyak RM786 juta kepada
Terengganu dan RM200 juta kepada Kelantan pada 2023. Untuk awal 2024 pula,
Kerajaan Persekutuan telah mengagihkan wang ihsan kepada Terengganu sebanyak
RM172.3 juta.
[terkini] PMX SEMPAT BERTEGUR SAPA DENGAN RAKYAT SEBELUM SOLAT!
KENYATAAN MEDIA OLEH ZUNAR- PEMUDA PAS TIDAK PUNYA KEUPAYAAN INTELEKTUAL.
LUKISAN SATIRA KARYA ZUNAR MENIMBULKAN FOBIA KEPADA PEMUDA PAS.
Saya tidak akan melayan tindakan oleh Pemuda Pas Kelantan, kerana mereka tidak ada keupayaan untuk berfikir secara intelektual. Kerana itu mereka tidak memahami karya2 kartun satira.
Ia, saya delete kartun tersebut dalam sosial media, tetapi bukan kerana saya takut berdepan dengan laporan polis yang mereka lakukan. Saya tahu pasti apa yang yang lukiskan. Cuma saya rasa selepas titah YDPA terbaru, sudah sampai masanya menghentikan karya2 mengenai isu tersebut.
Tapi kepada publik ingin saya jelaskan, dalam visual kartun tersebut, bahagian manakah yang dikatakan sebagai menghina Allah atau Agama Islam? Kepada mereka yang mahu berfikir dengan akal sihat, kartun itu hanya menggambarkan ketakutan atau phobia sesetengah golongan terhadap sesuatu lambang sehinggakan menimbulkan tafsiran berlebihan.
Statement oleh Zunar, 12 April 2024
MINTA DIA JAWAB DI MAHKAMAH
Iswardy Morni
Mohon sabrizan Salleh bagitau akaun mana masuk sebab saya ketua cabang tak terima pun duit. Opis cabang pun takde ni. Parti memang x bagi duit pada ahli tiap bulan. Nampak macam sabrizan lebih tahu ni. Tak sabar dapat duit juta juta ni.
PEMBANGGUNAN TAK DAK PUNCA LARI KE NEGERI ORANG
Dah berapa lama tak scroll 𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸, bukak bukak je tadi nampak video 𝗦𝘆𝗮𝗳𝗶𝗾 𝗔𝗻𝘂𝗮𝗿 jawab komen walaun.
Komen walaun tu yang tarik perhatian aku. Walaun tu kata, 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗽𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻, 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮. Pada aku tak salah mana komen tu.
Memang betul, sama ada negara maju atau mundur, tetap rakyat kena cari duit sendiri. Tak adanya duit nak 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 ke dompet atau akaun kita.
Masalahnya, kalau tak ada pembangunan, 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗱𝘂𝗶𝘁? Bayangkan kalau negara mundur, tiada pelaburan masuk, peluang pekerjaan pun tak ada.
Nak cari duit dekat mana? Nak beli beras macamana? Nak makan ubi kayu, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘁𝘂. Macamana nak hidup dan sara keluarga?
Boleh je kerja bertani, jadi nelayan, bersawah bendang dan cari hasil hutan. 𝗧𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 tapi tak usah berangan la nak merasa senang. Rumah dan kereta besar.
Macam sekarang ni. Peluang pekerjaan di Kelantan tu 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵. Sampaikan walaun terpaksa 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 ke negeri lain cari rezeki. Contoh yang sempurna.
Itulah pentingnya pembangunan. Pembangunan bawa 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗸𝗺𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶. Bila ekonomi makmur barulah rakyat boleh dapat kerja berpendapatan tinggi.
Benda tak susah kalau nak berfikir guna otak.
Kalau tak lapar pembangunan, duduk sajalah di negeri asal. Tanam sayur, jadi nelayan. Kenapa lari ke negeri lain? Sebab cari 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮. Kan?
Jawapan 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗽𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 hanyalah jawapan hipokrit bagi menutup malu. Sebab walaun sudah tak mampu tutup 𝗸𝗲𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶.
Hakikatnya, setiap rakyat terutama walaun perlu, mahu dan laparkan pembangunan. Buktinya, berapa ramai walaun bertaburan di 𝗞𝗟, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 dan 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 serta negeri-negeri lain.
Kalau berhijrah jadi pekerja mahir atau penjawat awam tu ok lagi. Tapi setakat nak jadi 𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝗼𝗿 𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 je pun. Kenapa? Sebab di Kelantan 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 jadi 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 walaupun setakat operator.
Aku tiada masalah dengan rakyat Kelantan yang kerja di negeri lain. Bagi aku, 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 dalam Malaysia ni 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮. Cuma jangan hipokrit dengan berkata tak laparkan pembangunan. Itu menipu. Guane boh?
Raja Gelap II
.
ISLAM TERANCAM??
Cik Ibrahim
Aku telah hidup lebih 60 tahun di bumi Malaysia...
Dulu dulu masjid masjid/surau tidak semeriah ini.
Dulu dulu sekolah agama/arab sunyi, malap dan tak ramai yang peduli, bahkan lebih parah hanya tempat "buangan" anak anak yang degil, keras kepala dungu/betat.
Dulu dulu tidak ada pusat tahfiz/pondok kecuali yang terpencil.
Dulu dulu sukar untuk mencari pusat pendidikan pra sekolah, pusat tarbiah, pusat anak yatim dsbnya.
Dulu dulu sekolah sekolah asrama penuh yang jadi anak emas kerajaan tidak ada pengajian agama/Arab, apalagi hafal al Quran.
Dulu dulu perempuan tidak menutup aurat boleh dilihat di mana mana, mandi berkembang dengan telaga/bilik mandi depan rumah.
Dulu dulu judi, pelaga ayam/lembu kerbau dll permainan boleh dilihat disegenap kampung.
Hari ini semuanya telah berubah, Islam semakin berkembang, penghayatan Islam semakin mengukuh walaupun ratipan Islam terancam semakin kuat... Semuanya kerana kekecewaan politik.
TANAMAN UBI KAYU JANA PENDAPATAN
Di pasir putih kelantan pemuda ini tanam dan dapat 1 tan sehari atau dalam RM6000 sehari tanam dan jual ubi kayu
Dengarnya, walaun tak minat makan ubi kayu. Katanya itu makanan orang miskin hina. Mereka makan makanan high standard Mercedes-Benz sahaja. Tak sangka pulak orang kelantan makan ubi kayu ni.
"Bagi saya tanaman ubi kayu mempunyai potensi pasaran yang baik sama ada dijual mentah pada musim tengkujuh atau dijadikan kerepek untuk dijual sepanjang tahun," katanya.
AIR AIR AIR...
Iswardy Morny
"Trip ke 6. Kami betul-betul dah jadi SADO di era The Greater Kedah. Sikit je masa lagi nak ke tahap air boring. Walaun cakap kita di zaman Jepun sebab makan ubi kayu tapi dia lupa sistem air dia lebih teruk dari zaman Jepun." ujar penduduk kedah yang dikenali sebagai abang kala jengking
KESIAN SUNGGUH LA.
LaJoIr
Apa faedah dok post benda yang tak wujud. Tapak entah Ada atau pun tdk? jika 2026 nk siap, seharusnya sudah ada cerucuk2 dan concrete based dipasang/ dibuat, Selesaikanlh masalah air YG sudah berlarutan selama lebih 30 Tahun tu dulu....
UBI KAYU DAN SPEAKER PARANG TUMPUL
MSO
Apabila Yang diPertua Dewan Rakyat Johari Abdul memberi pendapat agar ubi kayu dijadikan makanan ruji kedua, sebagai mengatasi masalah ketiadaan beras (beras ada tetapi disorot), ramai yang gelak dan menganjing kepada Spekar berkenaan. Idea Johari itu di troll dalam media sosial.
Apa yang berlaku itu itu tidak pelik sebab orang Melayu tidak mudah untuk menerima sesuatu perubahan, termasuk gaya makan dan juga jenis makanan. Mereka juga memandang rendah dengan ubi kayu ini. Dalam minda mereka, ubi kayu makanan kelas dua, atau makanan untuk orang sesak dan miskin sahaja. Lebih dahsyat lagi makanan itik, ayam dan lembu.
Mereka tidak pun fikir dari segi gizi, kebaikan dan ia sebagai produk yang menguntungkan untuk negara. Jangan salahkan mereka sebab orang orang Melayu ini masih beku dan kematu otak dan cara berfikir.
Pun begitu tidak semua memperlekehkan pandangan Johari itu. Bagi mereka yang tahu khasiat ubi kayu serta mengetahui ia boleh dikomersialkan menerima baik cadangan Johari itu. Negara kita sesuai dengan penanam ubi kayu. Tetapi ia tidak digunakan sepenuhnya, dan lebih teruja kalau ada usaha untuk menanam atau mengeluarkan tanaman lain. Misalnya kalau kurma, anggur, apel dan sebagainya, buah-buahan itu dianggap standard, mudah pula diterima. Padahal bumi kita bukan mudah untuk menyesuaikan tanaman berkenaan. Tetapi dasar orang kita kalau barang dari luar mudah menerimanya.
Cadangan baik Johari Abdul itu bagaimana pun perlu sokong dan diberikan kempen yang meluas dan cara lebih berkesan, jika ia serius. Semalam semasa mengadakan rumah terbuka dikediamannya beliau telah menghidang ubi kayu kepada para teamunya. Perdana Menteri dan bini dia juga hadir sama, dan ditunjukkan hidangan dengan pelbagai menu termasuk ubi kayu.
Wan Azizah nampak menunjuk ke arah pinggan ubi kayu, manakala Anwar melihat sahaja. Azizah tidak pun menjempit atau mengambil ubil berkenaan setakat tunjuk sahaja. Tidak pasti dia boleh telan atau tidak ubi kayu ni. Alangkah baik kalau Johari mengepit setongkol ubi kayu dan diberikan kepada Anwar dan Azizah. Kita mahu tengok apakah mereka makanan dan telan makanan ruji kedua itu.
Kalau mereka berdua telan dan makanan sudah pasti ia boleh menjadi publisiti untuk ubi kayu atau nama saintifiknya (tapicol) akan diikuti oleh rakyat dan tidak mustahil cadangan Johari yang dianggap remeh itu akan jadi satu produk negara dimasa depan. Mungkin Johari boleh promo ubi kayu di parlimen dengan mengajak dan menjamu anggota parlimen bersarapan atau makanan tengah hari dengan ubi kayu. Boleh buat pesta makan ubi kayu.
Teringat kepada hal-hal yang remeh, peringkat awal dipersendakan tetapi lama kelamaan ia menjadi popular dan produk boleh membantu pendapatan rakyat marhaen, seperti cerita kelapa muda dan ulam ulaman yang diperkenalkan (kempen) oleh bekas Menteri Pertanian Allahyarham Sanusi Junid suatu masa dahulu.
Apabila Sanusi bercakap tentang air kelapa muda, ulam-ulaman dan menjadikan tayar buruk sebagai tokong tiruan, ramai yang menggelakkannya dan anggap idea itu remeh temeh dan pandir. Apa jadi akhirnya, hari ini air kelapa muda dan ulam ulaman sudah menjadi minuman dan ramuan utama sampai disediakan di hotel-hotel bertaraf lima bintang. Sebelum Sanusi promok air kelapa tidak laku tetapi kini harga sebiji mencacah RM5.00.
Begitu juga tidak mustahil kalau ubi kayu ini kalau kempen memprodukan dan menanamnya digerak secara serius dan kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga ikut serta memberi dana atau geran mengusahakannya kepada anak-anak muda, apa diangan-angankan Tuan Speaker parang tumpul itu jadi kenyataan. Duhai Melayu cubalah berfikir secara serius sedikit... Trims.
JANGAN BIARKAN PEMIKIRAN KHAWARIJ BERLELUASA.
Sebab tuh aku 'perang' habis-habisan ngan golongan yang rasa TERPALING nie...klu nak jadi PEMBELA AGAMA/BANGSA, kena tau adab/akhlak lah bro...nah bandingkan video sebenar dengan gambar yg discreenshotkan hanya untuk memuaskan NAFSU!!!! @highlight
Abu Mishkat
Di antara tugas orang beriman ialah memerangi (menghapuskan) golongan yang percaya mereka pejuang Islam sebenar sedangkan mereka melakukan kejahatan di luar batas manusiawi.
Jangan diberikan ampun dan maaf kepada golongan ini, kerana mereka adalah golongan yang pandai berpura-pura menyesal sedangkan doktrin yang bersarang dalam kepala mereka, hanya mereka pejuang Islam sebenar.
Mereka adalah pewaris Khawarij.
TAKKAN NAK BIARKAN..
Tarmizi Mohd Jam
Jangan biarkan dia bolos atas kelancangan mulutnya yg jijik. Membiarkan ia berleluasa akan menyuburkan ghuluw dlm fahaman Khawarij. Ingat! Tindakan wajib diambil segera. Amacam?
Lemah -Urus Tadbir- Menteri Air Dedah Rahsia Masalah Air Di Kelantan
Husam Mus
1. Akhirnya apa yg saya sebut mengenai punca masalah air di Kelantan sedikit terjawab : 'Masalah utama bekalan air di Kelantan bertitik tolak daripada KELEMAHAN TADBIR URUS....'
2. Itu adalah sebahagian apa yg disebut sendiri oleh YB Menteri Air dalam jawapan lisan kpd soalan lisan YB Nazmi, MP Setiawangsa di Dewan Rakyat.
3. KELEMAHAN TADBIR URUS!
Itu lah sebab dan kisahnya.
Itu lah sebab saya memaksa diri menegur perjalanan Aksb semenjak saya masih dalam Kerajaan Negeri.
Kemuncaknya adalah saya berhadapan dengan Dato Tuan Ibrahim selaku Timbalan Presiden Pas yg mempengerusikan pertemuan saya dengan Dewan Harian Pas Malaysia pada tahun 2015.
Namun, teguran saya bersama salinan dapatan audit ke atas Aksb,, tidak pun diambil peduli.
Allah Maha Berkuasa.
Apa yg saya tegur dulu disahkan oleh YB Menteri sendiri tujuh tahun kemudian.
4. APA PUNCA KELEMAHAN TADBIR URUS ITU?
Terus terang saya katakan, ia turut didalangi dan di lindungi oleh Orang Politik.
Selagi Pemimpin sedemikian tidak dibersihkan, saya yakin masalah Aksb tetap tidak akan berakhir.
5. Apa pun cadangan penyelesaian dan berapa pun bajet yg diberikan, selagi semua cadangan dan bajet yg dipohon dibuat dalam kerangka tujuan tersembunyi sedia ada, ia tidak banyak membantu Rakyat Kelantan mendapat bekalan air terbaik dalam masa yg dekat.
6. Apa pun, terima kasih kpd YB Menteri Air yg akhirnya berani menyerlahkan sedikit kebenaran.
7. Soalan saya pada Pak Menteri, apa tindakan ke atas semua tingkat pengurusan Aksb itu sendiri yg dikenal pasti mengalami masalah KELEMAHAN TADBIR URUS dengan makna yg luas itu?
Husam Musa
28 Julai 2022
#SaveKelantan
#SelamatkanKelantan
Link :https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=625949995563833&id=100044465135060
APA JADI BERAYA TANPA AIR! RAKYAT TERPAKSA GALI TELAGA!
PENYELEWENGAN DIESEL SUBSIDI: SUBSIDI BERSASAR ELAK KETIRISAN, PENYELUDUPAN
Pengenalan dasar subsidi bersasar untuk diesel bersubsidi dijangka pada Mei tahun ini dilihat sebagai langkah perlu dalam menangani ketirisan dan penyeludupan bahan api itu yang semakin menjadi jadi.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahuddin, perutukan subsidi diesel yang telah mencapai RM20 bilion pada 2024 akan mengancam ekonomi negara sekiranya diteruskan dengan polisi terbuka sebagaimana hari ini.
Hal itu kerana, katanya, peruntukan subsidi yang dikeluarkan kerajaan bertambah secara drastik sejak 2020 tetapi jumlah kenderaan menggunakan diesel hanya meningkat 2.4% sahaja.
“Kalau kita lihat sebelum Covid-19 subsidi diesel hanyalah sekitar 6.1 bilion liter, tetapi sekarang ia telah meningkat sehingga 10.8 bilion liter.
“Ia telah meningkat begitu drastik. Jadi di mana subsidi diesel itu pergi? Berkemungkinan besar subsidi itu berganjak kepada sektor yang tidak berhak mendapat subsidi,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Jelas beliau, tanggungan yang besar itu memberi beban yang lebih tinggi kepada negara untuk menampung perbelanjaan subsidi dan mengkompromikan peruntukan kepada sektor lain.
“Perlu untuk kita faham kerajaan sekarang menampung RM20 bilion bagi perbelanjaan subsidi diesel tahun ini.
“Sedangkan lebihan perbelanjaan boleh digunakan untuk membuat sekolah, hospital mahupun infrastruktur yang lain untuk rakyat.
“Sebab itu golongan yang berkemampuan harus bayar pada kadar harga apungan RM3.48 seliter, bukannya bayaran bersubsidi yang sepatutnya untuk sektor yang layak sahaja,” ujarnya lagi.
Polisi subsidi diesel bersasar akan dibawa ke Jemaah Menteri pada April ini untuk dimuktamadkan. Selepas mendapat persetujuan Kabinet maka polisi berkenaan dijangka akan dikuatkuasakan pada Mei 2024.
LELAKI ISRAEL MILIKI 6 PISTOL, 200 PELURU DIDAKWA HARI INI
WARGA Israel Shalom Avitan yang ditangkap bersama enam
pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel bulan lepas akan didakwa hari ini , kata
Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
The New Straits Times melaporkan
Razarudin berkata Avitan akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL.
Avitan ditahan di sebuah hotel Kuala Lumpur pada 27 Mac dan
mendakwa berada di Malaysia untuk menyelesaikan pertikaian keluarga dengan
membunuh seorang lagi warga Israel.
Pada Isnin, sepasang suami isteri yang dituduh membekalkan
senjata api kepada Avitan berdepan pertuduhan di mahkamah sesyen Klang.
Sharifah Faraha Syed Husin, 41, didakwa mengikut Seksyen 8
Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (FIPAA) kerana didakwa memiliki pistol
itu.
Suaminya, Abdul Azim Mohd Yasin, 43,didakwa mengikut Seksyen
9 akta sama kerana bersubahat dengan Faraha apabila dia didakwa mengetahui
pistol itu dalam pemilikannya.
Kesalahan yang didakwa berlaku pada 29 Mac lalu di Kampung
Bukit Belimbing, Kuala Selangor.
Kedua-dua individu mengaku tidak bersalah dan menuntut
dibicarakan.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara
sehingga 14 tahun dan sebat.
Sebelum ini dilaporkan polis menahan 16 orang sebagai
sebahagian daripada siasatan kes ini. – 11 April, 2024.
Sumber – https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/481783
0
Article Rating