LUKISAN SATIRA KARYA ZUNAR MENIMBULKAN FOBIA KEPADA PEMUDA PAS.
Saya tidak akan melayan tindakan oleh Pemuda Pas Kelantan, kerana mereka tidak ada keupayaan untuk berfikir secara intelektual. Kerana itu mereka tidak memahami karya2 kartun satira.
Ia, saya delete kartun tersebut dalam sosial media, tetapi bukan kerana saya takut berdepan dengan laporan polis yang mereka lakukan. Saya tahu pasti apa yang yang lukiskan. Cuma saya rasa selepas titah YDPA terbaru, sudah sampai masanya menghentikan karya2 mengenai isu tersebut.
Tapi kepada publik ingin saya jelaskan, dalam visual kartun tersebut, bahagian manakah yang dikatakan sebagai menghina Allah atau Agama Islam? Kepada mereka yang mahu berfikir dengan akal sihat, kartun itu hanya menggambarkan ketakutan atau phobia sesetengah golongan terhadap sesuatu lambang sehinggakan menimbulkan tafsiran berlebihan.
Statement oleh Zunar, 12 April 2024