PADU DIKATAKAN GAGAL KERANA PENERANGAN YANG TIDAK CUKUP PADU.


MSO




 Pengenalan Padu oleh Menekom Rafizi Ramli terus dikritik. Ahli MT Umno Fuad Zarkasi berterusan mengkritik Rafizi yang digelarkan sebagai raja formula.


Saya memerhati lagak Fuad terhadap Rafizi ini. Kedua mereka sepatutnya tidak menyenyenggangkan diri sebagai orang kuat parti mading² yang bergabung dalam satu kerajaan. 


Bagi orang politik ada tidak baiknya mengkritik dalam medsos. Ia berbeza dengan pemerhati atau wartawan.


Dalam hal ini kita tidak mahu berpihak kepada sesiapa. Tetapi perlu bersikap tasamuh bahawa kritikan Puad itu berasas terkhusus mengenai Padu, Rafizi gagal menunjukkan kecemerlangannya. 


Perdana Menteri Anwar sudah meminta penjelasan daripada Rafizi. Nada Anwar itu berupa arahan agak keras. Ia ekoran kerajaan Sarawak minta pendftaran Padu dinegeri itu ditangguhkan.


Saya awal awal lagi sependapat dengan pengkritik sistem itu yang bakal memberi kesan buruk kepada kerajaan. 


Sebenarnya ada yang tidak kena disebalik Padu itu yang diketahui oleh tertentu saja. Bagaimana mereka yang teruja dengan Rafizi mengalih telinga dan mata untuk melihat perkara dengan jujur. 


Perbualan saya dengan seorang pakar IT yang berkecimpung lebih 30 tahun menyebabkan saya faham kenapa Padu dikritik. Nantilahvsaya dedah butirannya kelak. Trims



LAKUKAN DENGAN BAIK. YANG SALAH PAFUT DIHUKUM KDRANA MEN ETUSKAN PROVOKASI AGAMA.







ZuwairiMohd Yusof


 Majoriti penyokong2,pengundi2 PH,yang tidak berparti dan yang atas pagar boleh memboikot mengundi calon2 BN sewaktu PRN SABAH,MELAKA dan JOHOR nanti ramai2.Kau tidak puas hati sama KK SUPER MART pasal kalimah ALLAH pada stoking tetapi kau bawa geng PEMUDA BN UMNO berdemo depan salah satu cawangan SPEEDMART 99 di KL.Apabila pemilik MYDIN tegur KPUM Dr Akmal Saleh kau cakap kalau MYDIN jual stoking kalimah ALLAH maka MYDIN pun kene boikot.Pemilik SPEEDMART 99 itu milik OKU CINA tempatan yg berjaya yg korang terlajak bodoh pi demo depan premis bisnes OKU dah kenapa?Akal dan otak kamu letak di mana?Tertinggal tepi jalanka?Dulu ade pergi sekolah ke tidak tak boleh beza antara 2 Mart itu?Buta huruf benak ubika kamu?


Macam mana sebenarnya mempertahankan kesucian Islam? Adakah demo, jerit2, tunjuk kita terpaling pahlawan itu yang Allah tuntut? Itu bukan pertahankan kesucian Islam tapi hina Islam & beri persepsi buruk kepada bukan muslim dengan perilaku bertentangan dari apa yang di bawa Islam😉 Apa pun justifikasi, pada aku @drakmalsaleh bukan 'pemimpin' yg boleh di contohi. 

Memekak pasal KK SUPER MART tapi bisu pasal MADEY & HADI langgar 3R!. Bisu jg pasal Janawibawa.Dia budak @HishammuddinH2O ,itu yg ramai tahu.Umum tahu Tun Hussein marah MADEY dulu tetapi H20 tetap sokong MADEY.



SUBSIDI BERSASAR DALAM BENTUK PINDAHAN TUNAI – RAFIZI

 

Kerajaan dijangka mempertimbangkan pemberian subsidi bersasar dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan, kali pertama ditawarkan kepada rakyat berbanding sebelum ini, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. 

Berbanding sebelum ini, subsidi kerajaan diserap terus ke dalam harga barangan yang dinikmati semua pengguna tanpa mengira tahap pendapatan serta status kerakyatan, termasuk rakyat asing.

“Cadangan yang diangkat kepada kerajaan sekarang sedang dibincangkan dan yang akan diputuskan ialah bantuan dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan.

“Sebelum ini, kalau ada bantuan kerajaan lain, kita bagi tiga atau empat bulan sekali melalui e-wallet dan sebagainya,” kata Rafizi. 

Menjelaskan demikian pada sesi dialog awam berkenaan Pangkatan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam, Rafizi berkata, cadangan berkenaan sesuatu yang tidak pernah ditawarkan kepada rakyat sebelum ini. 

“Melalui PADU, kita mahu ada reformasi bantuan sosial rakyat untuk jangka masa panjang. Sebab itu, melalui model pindahan tunai bulanan, ia lebih kurang seperti tambahan gaji bulanan, RM300 atau RM400 sebulan, bergantung kepada keadaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan. 

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan tidak boleh menunda tarikh tutup pendaftaran PADU kerana perlu mematuhi jadual piawaian yang telah ditetapkan atau terpaksa menanggung sekurang-kurangnya RM2 bilion sebulan sekiranya pelaksanaan subsidi bersasar ditangguhkan. 

“Kos itu sangat tinggi dan itu pun jangkaan secara konservatif, sedangkan lebih baik sekiranya RM2 bilion itu disalurkan kepada keluarga yang memerlukan,” katanya.

Sebelum ini, katanya, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan dalam Belanjawan 2024, kerajaan akan melakukan penstrukturan semula subsidi pukal dan ke arah subsidi bersasar. 

“Kalau kita lanjutkan, itu bermakna kita akan terus menolak garis masa pelaksanaan itu ke belakang,” katanya sambil menambah, tumpuan kerajaan bukan sekadar menjaga harga barangan semata-mata, sebaliknya menangani kos sara hidup menerusi usaha meningkatkan pendapatan bulanan isi keluarga.

Untuk penjawat awam, katanya, kerajaan dalam usaha memuktamadkan kenaikan gaji, manakala bagi swasta diperkenalkan Dasar Gaji Progresif supaya gaji dapat dinaikkan. 

“Untuk keluarga yang patut dapat bantuan pula, walaupun gaji naik, tapi masih tak cukup, apa kerajaan perlu buat? 

“Sebab itu melalui model pindahan tunai bulanan, ia lebih kurang seperti tambahan gaji bulanan, iaitu RM300 atau RM400 sebulan, bergantung kepada keadaan,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pegawai Kementerian Ekonomi akan bertemu wakil kerajaan Sarawak bagi membincangkan isu pendaftaran PADU, susulan arahan agar pendaftaran sistem itu untuk kakitangan kerajaan negeri berkenaan ditangguhkan. 

“Sarawak antara negeri yang paling tinggi pendaftaran. Saya ingat ada beberapa pandangan daripada anggota Kabinet Sarawak yang menyebabkan arahan itu (penangguhan). 

“Kita telah menghubungi kerajaan Sarawak dan minggu depan kita akan duduk bersama untuk berbincang. 

“Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan pendaftaran PADU bagi penduduk. Pendaftaran boleh diteruskan melalui portal PADU seperti biasa,” katanya. 

Beliau mengulas laporan media yang memetik Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta beberapa perubahan dibuat berkait maklumat peribadi yang diminta diisi dalam sistem PADU. 

Abdul Karim mengibaratkan pendaftaran PADU seperti ‘menelanjangkan diri’ apabila mendedahkan semua butiran peribadi individu termasuk akaun bank, hartanah dan pelaburan. 

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi menafikan khabar angin subsidi petrol akan ditarik balik sebelum Aidilfitri. 

“Tak betul, kalau tarikh tutup (pendaftaran PADU) pada 31 Mac, mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel kerana terlalu dekat. 

“Kerajaan juga umumkan sebelum ini pelaksanaan subsidi bersasar akan berlangsung pada suku kedua ke atas. 

“Ini kerana bila lihat garis masa, kita memang perlu suku pertama kira-kira empat ke lima bulan pertama menyelesaikan sistem sokongan untuk bantuan kepada orang ramai,” katanya.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1227165/kerajaan-kaji-subsidi-bersasar-secara-pindah-tunai-bulanan

 


LRA BUKIT SELAMBAU: AKMAL TEMPELAK SIKAP SINIS MB SANUSI


 

 

Masalah bekalan air di Kedah yang seharusnya selesai pada tahun lalu dan diberi penangguhan, mungkin sukar diselesaikan sekiranya kemajuan projek Loji rawatan Air (LRA) berjalan lembab pada tahun ini.

Masalah itu bertambah rumit apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Mohd Nor mendakwa dana berupa geran projek Kerajaan Persekutuan tidak lancar dialirkan ke syarikat di bawah Kerajaan Negeri yang menguruskan projek LRA.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meluahkan rasa kecewa terhadap sikap MB Kedah berkenaan susulan kelewatan naik taraf LRA di Bukit Selambau.

“Berdasarkan sidang media pada 7 Februari 2024, beliau (Sanusi) seperti semata-mata menyalahkan kenaikan kos harga barang ketika tempoh PKP dan Covid-19, dan seterusnya tohmahan jahat seolah-olah progres projek menjadi perlahan kerana Kerajaan Persekutuan tidak mahu memberi peruntukan tambahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Malah jelas Akmal, lawatannya selama dua hari bermula pada 28 dan 29 Januari lalu mendapat maklumat yang kurang menyenangkan mengenai status pembinaan LRA yang dibiayai Kerajaan Persekutuan itu.

“Projek ini bernilai RM124,900,000 dibiayai melalui geran Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kedah dengan kemajuan fizikal yang direkodkan hanya 21.57% berbanding dengan jadual sepatutnya 49%, iaitu kelewatan sebanyak 27.43%.

“Kebimbangan saya mengenai keadaan bekalan air di Kedah adalah kerana kebocoran air bersih atau air tidak terhasil (NRW) adalah 50.6% dan rizab simpanan air Kedah 0% sejak tahun 2022,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Akmal bersedia untuk tampil menjelaskan isu kelewatan projek sakit tersebut agar rakyat Kedah dapat memahami situasi terkini.

“Insya-Allah, mulai esok saya akan menjawab satu persatu dan dedahkan fakta sebenar,” ujarnya.

Untuk rekod, projek menaik taraf LRA di Bukit Selambau, yang sudah diberi lanjutan tempoh masa (EOT) sepatutnya siap tahun lalu, namun sehingga kini masih gagal disiapkan.

Kegagalan kontraktor menyiapkan kerja menaik taraf LRA di Bukit Selambau menyukarkan rakyat di Kedah terutama pengguna air di daerah Kuala Muda menjelang musim kemarau pertengahan tahun ini.


 

ULASAN ECRL








 Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil



ULASAN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 km dianggarkan menelan belanja sebanyak RM50.27 bilion membabitkan jajaran empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Projek tersebut telah dimulakan sejak tahun 2017 namun ia terhenti seketika pada Julai 2018 dan disambung semula pada April 2019.



Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Nazli Aziz berpendapat bahawa ECRL bakal mengubah landskap dan merangsang pertumbuhan ekonomi dengan membawa pelbagai limpahan manfaat.



Projek tersebut mampu menyingkatkan perjalanan daripada Kota Bharu (Kelantan) ke Gombak (Selangor) dalam tempoh masa 4 jam sahaja. Perubahan landskap tersebut bakal membuka peluang dan ruang untuk industri pelancongan, bilangan pelancong yang bertambah boleh dimanfaatkan dengan mencipta peluang pekerjaan baharu serta pembangunan keusahawanan kepada masyarakat tempatan.



Jajaran Selangor paling kritikal



Di sebalik kesan positif yang bakal dicipta oleh Projek ECRL, pembinaan projek tersebut menghadapi beberapa kekangan. Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata ECRL yang melibatkan jajaran Selangor disifatkan sebagai paling kritikal berbanding tiga negeri lain kerana melibatkan pelbagai jenis pembinaan selain jambatan dan terowong.






Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil



Jajaran ECRL melibatkan Negeri Selangor telah mengalami perubahan sebanyak tiga kali (2017, 2019 dan 2020). Kerajaan Negeri Selangor terpaksa melakukan pelan mitigasi terhadap cadangan jajaran ECRL untuk mengurangkan kesan impak sosial dan alam sekitar.



Pelan jajaran ECRL 2020 dianggap yang paling baik kerana telah mengambil kira perkara-perkara berkaitan pengambilan Tanah Rizab Melayu, penempatan Orang Asli, Hutan Simpan Kekal, kawasan-kawasan sensitif seperti tanah gambut dan cerun. Mantan Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim adalah ‘hulubalang’ yang telah memastikan Projek ECRL tidak akan menjejaskan kepentingan sumber air Selangor (beliau terpaksa berhadapan dengan Pengerusi Port Klang Free Zone dan Menteri Pengangkutan Malaysia demi perjuangan tersebut).



Namun tidak dapat dinafikan bahawa dalam usaha perlaksanaan ECRL terdapat kawasan penempatan rakyat Negeri Selangor yang terpaksa dikorbankan (selepas pertimbangan sedalamnya). Kampung Bunga Raya Subang dan Kampung Desa Mukmin Warisan Gombak adalah antara kawasan di mana penduduknya terpaksa dipindahkan demi memberi laluan kepada Projek ECRL.



Namun pemindahan penduduk di kawasan penempatan tersebut dilakukan secara perundingan panjang dan disertakan pampasan yang berpatutan. Pemindahan penduduk dari kawasan berkenaan tidak mendapat halangan daripada badan judisiari di Malaysia kerana semenjak awal tanah untuk kawasan penempatan tersebut tidak tergolong dalam kawasan yang diwartakan (Tanah Rizab Melayu, penempatan Orang Asli, Hutan Simpan Kekal).



Tanah untuk kawasan Kampung Bunga Raya Subang secara sahnya adalah milik pemaju Dania Emas (M) Sdn. Bhd. manakala tanah untuk kawasan Kampung Desa Mukmin Warisan Gombak adalah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.



Tidak aniaya penduduk



Tiada niat Kerajaan Negeri Selangor ingin menganiaya penduduk yang terkesan akibat pembangunan Projek ECRL. Janji Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam isu tersebut adalah Kerajaan Negeri menawarkan penyelesaian terbaik menang-menang kepada penduduk termasuk menggantikan rumah mereka yang terbabit dengan projek tersebut.



Perkara ini telah dilakukan semenjak tahun 2023 di mana Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah mengisytiharkan bahawa penduduk Kampung Desa Mukmin Warisan Gombak akan menerima ex-gratia dan tawaran rumah Rumah Selangorku (RSKU).



Penduduk Kampung Bunga Raya Subang pula telah ditawarkan Rumah SelangorKu dan kediaman di bawah Skim Smart Sewa Selangor. Sesungguhnya kerajaan Negeri Selangor bukanlah kerajaan terbaik, namun usaha dan niat kerajaan ini tidak pernah cuba untuk menyusahkan atau menindas rakyat.

________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

 


UPSEREY... SEMPOI MB KAMI


Iswardy Morni


Kalau 24 orang dia tak boleh jaga, macam mana dia nak jaga 2.2 juta orang? Syarikat tu pun dia gagal nak majukan. Jadi kedah mcm mana? Last-last  yang salah orang yg dia tak bayar gaji..





Zunar Cartoonist Fan Club



HAMPIR 40% RAKYAT KELANTAN ISI PADU

 


PADU UN & TIT TERKEDU


SEBELUM ni beriya2 walaun & untit kempen jangan update PADU. Kah kah...🤣🤣🤣






PMX MEMPENGERUSIKAN TAKLIMAT PEMBANGGUNAN NEGERI PAHANG.

 






Saya telah mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Pahang pada petang ini yang dihadiri oleh Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan di negeri Pahang. Turut bersama saya adalah Menteri Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian yang terlibat.

 

Pelbagai projek pembangunan dan perancangan seperti menaik taraf dan membina infrastruktur serta kemudahan rakyat telah dibentangkan dan dibincangkan merangkumi aspek pengangkutan, utiliti, perumahan, kesihatan dan pendidikan yang menjadi keutamaan di negeri Pahang pada ketika ini seperti berikut:

 

1. Menaiktaraf Jalan Pos Sinderut, Lipis 

2. Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) untuk Kg. Kuala Sat dan Kg. Pagi serta Kawasan di Mukim Hulu Tembeling, Jerantut

3. Cadangan Pembinaan Persimpangan Bertingkat Bukit Rangin, Jalan Kuantan-Chukai 

4. Menaik Taraf Lapangan Terbang Sedia Ada Pulau Tioman, Rompin dan Pemanjangan Landasan

5. ⁠Meroboh Blok Kuarters Sedia Ada dan Membina Blok Baharu Tambahan Hospital Tengku Ampuan Afzan

6. ⁠Menaiktaraf Jalan Sungai Koyan (laluan Raub ke Sg. Koyan ke Ringlet) di daerah Raub dan daerah Lipis 

7. ⁠Projek Pembinaan Kolej Komuniti Jelai, Lipis

8. Membina Baru Jalan Kuala Medang ke Tanjung Gahai  ke Bukit Kota, Lipis

9. Projek Pemajuan Kawasan Desa Bakti, Mentakab, Temerloh

10. Central Spine Road (CSR) Pakej 6: dari Karak ke Simpang Pelangai

11. Cadangan Pembinaan Persimpangan Bertingkat Sungai Lembing, Kuantan

 

Saya berharap pihak Kementerian Ekonomi, semua kementerian dan agensi yang berkaitan dengan senarai projek keutamaan negeri Pahang ini memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek ini secara berkesan. Projek-projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Pahang yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang.


#MalaysiaMADANI




RIFDEAN RAIH RM 45,700

 



KUALA LUMPUR: Atlet muay thai negara, Mohd Rifdean Masdor melakar kemenangan bergaya pada penampilan sulungnya dalam ONE Championship di Bangkok, Thailand, malam tadi.

Rifdean hanya memerlukan kurang 90 saat bagi menumbangkan lawannya dari Thailand, Pichai Lookbanmai menerusi Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee.



KEH.. KEH.. KEH.... BACA BUKU SENDIRI






 Walaun dungu bila tengok 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 post gambar baca buku, punyalah sakit hati, itu pun nak dibuat bahan tohmah. Lepas tu nak bandingkan dengan 𝗛𝗮𝗱𝗶. Kononnya Hadi baca 𝗯𝘂𝗸𝘂 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 berbanding DS Anwar.


Sekali ada orang perasan. Rupanya penulis buku yang Hadi baca tu adalah 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Adoi la. Teruk sangat nakkan perhatian sampai macam ni sekali. DS Anwar bergambar baca buku, dia pun nak juga. Tapi tak ada buku orang lain. 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗮𝗮𝗵𝗵𝗵.


Sebab tu aku kata lebai ni hipokrit. Jelas sangat dah hipokrasi mereka. 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂. Tapi masih ramai yang buta hatinya untuk melihat kebenaran. Terpedaya dengan 𝗹𝗮𝗸𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 lebai gila kuasa. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CARILAH PENIAGA ASLI

 

Mohd Norazlan




Peniaga sejati pasti mampu bertahan berbanding peniaga jadi-jadian pada Ramadan.


Aku kalau nak beli makanan di Bazar Ramadan sebolehnya akan beli dari peniaga yang memang berniaga setiap hari dan bukan peniaga oportunis yang muncul setahun sekali.


Menyokong peniaga sejati yang ikhlas meniaga lebih baik daripada membeli dari peniaga oportunis.


Kes-kes makanan tiada kualiti pastinya dari peniaga oportunis.Peniaga sejati pastinya akan menjaga kualiti kerana perniagaan makanan adalah dunia sehari-hari mereka mencari makan.


Dunia perniagaan makanan ini, kalau masak tidak sedap dan berkualiti jangan sesekali meniaga.Jangan menyusahkan orang lain yang terpalit nama buruk dan jangan aniaya orang dengan masakan yang ntah apa apa ntah tu.


Jangan bagi alasan barangan naik untuk menutup nafsu serakah lagi rakus untuk mengaut keuntungan tinggi.Tidak semua barang alami kenaikan harga.


Jika ikhlas dan memang semua barang naik harga seraya menyebabkan terpaksa jual mahal, adalah lebih baik jangan meniaga supaya tidak aniaya orang.Biar orang ramai terpaksa masak sendiri.



DAKWAH BUKAN SEKADAR BERJAYA ISLAMKAN ORANG


Jamzuri Ardani


 Ada kawan saya perli saya, "yang ko dok back up sangat orang kafir ni, berapa ramai yang ko dah berjaya Islamkan?"


Dia gini.  Dakwah ni bukan bermaksud kita berjaya Islamkan non-muslim.  Hidayah itu urusan Allah SWT. 


Dakwah itu juga bermaksud kita membina suasana yang kondusif supaya rakyat pelbagai bangsa dan anutan agama boleh berinteraksi dengan harmoni dan selesa. Kita robohkan tembok yang memisahkan. Kita jadikan agama Islam itu inklusif. 


Kesannya bukan esok lusa. Bukan sebulan dua.  Malah mungkin tidak terjadi dalam generasi yang sama.  


Sembilan orang Wali Songo ambil masa ratusan tahun untuk mengislamkan seluruh kepulauan Jawa dan sekitarnya dari anutan agama Hindu. 


Satu perkara yang mungkin kita perlu belajar dari uslub dakwah Wali Songo ialah betapa mereka tidak membina tembok antara diri mereka dan sasaran dakwah. Mereka mengubah nama Arab mereka dengan nama Jawa.  Padahal 'Jawa' pada waktu itu sinonim dengan Hindu. 


Maulana Malik jadi Sunan Gresik. Raden Rahmat jadi Sunan Ampel. Maulana Mokhdam jadi Sunan Bonang. Mereka berkahwin dengan wanita Jawa dan hidup dalam keluarga dan masyarakat Jawa. 


Kenapa tidak pertahankan identiti? Kenapa perlu terikut-ikut dengan identiti orang kafir? Bukan sekadar nama.  Malah ada Wali yang membina masjid dengan seni bina seolah-olah bentuk kuil Hindu. Cuma tiada patung. Ada yang mencipta muzik gamelan beserta tariannya untuk menarik sasaran dakwah kepada agama. Untuk apa semua itu mereka lakukan? 


Bagi saya, itu mungkin penting untuk meruntuhkan tembok prasangka dan tembok identiti bagi memboleh dakwah berkembang dalam suasana yang lebih kondusif. 


Kita jangan lupa, sebelum itu pedagang Arab sudah berpengkalan  di Pasai selama 200 tahun tetapi mereka masih gagal menarik penduduk utara Sumatera kepada Islam. 


Kegagalan mereka ialah kerana ketidakupayaan mereka meruntuhkan tembok identiti Arab Islam mereka di hadapan kelompok sasaran dakwah.  Mereka selesa bergaul dgn sesama orang Arab, berkahwin sesama mereka, berbudaya seharian dengan budaya Arab Islam. Islam mereka jadi eksklusif hanya untuk mereka. 


Saya fikir inilah juga antara faktor penghalang penyebaran dakwah di Malaysia hari ini. Tembok identiti yang menghalang dakwah. 


Kita berbudaya dengan budaya identiti. Kita bergaulan dengan pergaulan identiti, bahasa identiti, ekonomi identiti, politik identi, dan agama identiti.  Identiti mengatasi nilai dan ajaran agama. Identiti mengatasi dakwah. 


Bila saya cuba mencadangkan supaya tembok identiti ini dibuka, supaya Islam menjadi lebih inklusif ... disaat itu saya akan dilabel sebagai penyokong kafir, munafik, khadam, dan seumpamanya.



BODOH TAK BERTEMPAT SEBAB TAK ADA ILMU?


Kuala Kedah Fresh Mart, 99 Speedmart... Jangan nanti Family Mart pula 🤣




Baru sahaja buka sekolah, dah ada kes yang mengerikan.







1. Pelajar dipukul hingga mati.

2. Pelajar mati jatuh dari tingkat 3.

3. Guru wanita lakukan pengantunan (sexual grooming) kepada pelajar lelaki.


Walaupun kes diatas adalah terpencil, namun ia tetap kes yang perlu dibendung.


Semua ini memerlukan lebih perhatian oleh KPM selain masalah sedia ada seperti pelajar yang terlalu ramai, tidak cukup kelas, tidak cukup guru dan silibus yang sering menjadi perbincangan ibu bapa.


Sebagai ibu bapa kita juga wajib memantau anak-anak dan menasihati mereka agar tidak melampau dan tahu bila masa untuk mengadu dan meminta tolong.


Semoga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah swt.


Ajar juga anak-anak zikir mudah untuk diamalkan. 


1.Istighfar - astaghfirullah al azim

2. Tahlil - Lailahaillallah 

3. Tasbih - Subhanallah

4. Tahmid - Alhamdulillah 

5. Takbir - Allahuakbar dan 

6. Selawat - Allah humma solli ala Muhammad 


Amalkan minima 100x pagi dan petang.


Insya-Allah. 


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas



SPESIS NI PAYAH NAK DI AJAR.

 


Tapi bila kenaikan harga, yang hentam kerajaan pun spesis ni, yang up tiktok, rakyat ditindas pun geng ni, PAS tindas dia..pusing kat lain..




LAH... AWAT LA KO BODO SANGAT...

 





Zuwari Md Yusof


Astaga,ingatkan Walaun PAS,Macai BERSATU mana la yang dok berdemo depan Speedmart 99 rupanya si bodo Ketua Pemuda UMNO DR Akmal Saleh.Nak menunggang isu bagi naik nama sekalipun biar la cerdik sikit https://twitter.com/KulupFans/status/1771470328339763314


Anda semua kalau pun tak kaya raya ade ilmu tinggi2 paling tidak janganlah biarkan diri sampai di tunggang puak KAWARIJ SYIAH PELAMPAU EKSTRIMIS di MALAYSIA ini.Sampai tak boleh bezakan antara KK MART,SPEED MART dan KK FRESH MART apa nak jadi dengan kamu semua?


Tunggu PRN SABAH,MELAKA,JOHOR kompem melingkup BN di 3 negeri ini tengok jelah nanti.




MENANTI KETEGASAN MENEKOM


MSO


Menekom Rafizi Ramli kata tarikh mendaftar Padu yang berakhir 31 Mac tidak akan dilanjutkan bagi tidak melewatkan pelaksanan yang dirancang itu. 


Setakat ini belum sampai 10 juta yang mendaftar, apakah tanpa lebih 50 peratus warga mendaftar kerajaan punya maklumat dan data sempurna untuk melaksakan program yang dirancangkan disebalik pendaftaran Padu itu.


Misalnya pemberi susidi bersasar hanya berlaku kepada yang daftar saja? Apakah nanti kerajaan tidak akan dituduh sebagai tidak adil bila yang enggan mendaftar dikecuali mendapat subsidi.


Berpandukan kepada kejadian sudah sudah saya tidak fikir kerajaan tegas mengenai hal itu kali, orang ramai juga masih teraba raba tentang mekanisme macam mana diguna kerajaan untuk pastikan haya mereka yang daftar saja layak menerima subsidi. 


Pembendungan ketirisan subsidi berbillion ringgit tidak mudah diatasi selagi seluruh rakyat tidak jujur. Trims.



BOIKOT

 BOIKOT 



Saya ok je boikot. Itu hak masing-masing. 


Saya tak ok bila yang seru boikot tu orang kerajaan. Sebab kerajaan sepatutnya mewujudkan peluang pekerjaan,  memudahkan perniagaan dan pelaburan serta mesti bertindak mengikut saluran undang-undang. 


Saya tak ok bila orang politik seru boikot, sebab orang politik sepatutnya menjadi pendamai, jambatan untuk satukan kaum dan membantu mengurangkan suhu pertelingkahan.


Saya tak ok bila boikot, tapi nampak macam nak buat keganasan, menakutkan orang lain.

Walhal siasatan polis pun belum selesai nak salah sesuatu pihak tu.


Kes berlaku? Ya.

Pasti salah pihak A? Belum.


Jadi kenapa nak bertindak berlebihan. Di media sosial pun boleh kempen.


Adakah dah habis semua produk yahudl kita boikot? Nestle masih gah. Tak nampak pula demo.


Berpada-pada lah tindakan kita. Saya tahu satu bisnes diboikot, satu bisnes akan ada peluang naik. Tapi bukan begitu cara kita naik.


Boikot pun biarlah konsisten pada isu yang lebih jelas.


Ya kita ada kuasa beli, tapi jangan tinggalkan keharmonian. 


ATADAFA


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka



RUMAH SPNB AKAN MENGGUNAKAN CAT MESRA ALAM.

MSO







Ketinggian daya kreativi rakyat kita dalam memafatkan bahan terbuang  sungguh mengkagumkan.


Benarlah kata orang bahawa idea dan akal itu boleh menjimatkan masa dan mengurang kos. Akal dan idea boleh menjana kewangan. 


Hari ini Pengerusi SPNB Husam Musa telah memperkenalkan cat mesra alam 

yang dihasilkan dari sekam padi. 


Teknologi ini pertama kali muncul di Malaysia adalah hasil kajian sebuah universiti tempatan yang mengaplikasi sains dan teknologi dari Sepenyol yang dikeluarkan syarikat tempatan.


Demostrasi penggunaan cat tersebut pertama kali diguna oleh SPNB untuk mengecap sebuah rumah Mesra Rakyat (RMR) seorang penduduk di Kelantan. 


Kelebihan cat ini menurut Husam mampu menahan haba dari luar serta mendinginkan iklim dalam rumah secara alami serta menjimatkan eletrik. Ia sangat sesuai untuk rumah yang dibina di kawasan terbuka. 


Hasil atau warna yang diadunkan juga menarik dan unik dan tidak terkalah dengan cat jenis lain yang sudah terkenal.


Penggunaan cat berasas sekam padi ini kemungkinan digunakan secara meluas untuk rumah² rakyat yang dibina oleh SPNB. 


Syarikat perumahan lain juga boleh bertukar kepada penggunaan cat tempatan sebagai menyokong industri tempatan. Trims.