BERTEMU SAHABAT LAMA
Hari ini sempat ketemu sahabat lama yang juga tokoh sejarawan, Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam yang hadir berkunjung ke pejabat saya di Putrajaya.
Kami sempat mengimbau kenangan ketika di Universiti Malaya. Di akhir pertemuan, Prof Ahmat hadiahkan dua karya berjudul ‘Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa Yang Dibaca Selama ini?’ dan ‘Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia’.
#MalaysiaMADANI
YB PAS SENGAJA CETUS FITNAH DENGAN BENDERA NEGARA CHINA PADA REPLIKA NAGA
1. Replika Naga 588 kaki itu direka khas sempena sambutan Ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
2. Bendera Malaysia diletakkan di satu sisi replika Naga, dan bendera China di satu sisi lain. Tonton di sini:
https://www.facebook.com/watch/?v=420865770281995
3. Ada Wakil Rakyat PAS hanya tunjukkan video yang menampakkan Bendera China. Banyak komen2 walaun di post itu membawa mesej bahawa komuniti Cina di Malaysia tidak setia dengan Malaysia. YB PAS itu sengaja membiarkan fitnah itu berlegar.
4. Replika Naga itu diarak oleh 180 pelajar dari Negeri Melaka dan Negara China sebagai tanda persahabatan.
5. 17 Januari lalu, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa, 2024 adalah ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia - China apabila termetrai Kenyataan Bersama antara PM Tun Abdul Razak dan PM China Chou En-Lai pada 31 Mei 1974.
https://www.kln.gov.my/web/guest/-/ulang-tahun-ke-50-penubuhan-hubungan-diplomatik-antara-malaysia-dan-republik-rakyat-china
6. Pelbagai program dirancang antaranya pertukaran lawatan peringkat tinggi, pengeluaran setem peringatan, forum perniagaan dan persembahan kebudayaan.
7. Strategi PAS memainkan isu perkauman dan agama akan meruntuhkan keharmonian yang telah dibina sejak sekian lama.
Ahmad Mursi
MENGEMIS JAM TELEFON
Baru-baru ini ketika saya sedang berjalan di kaki lima deretan kedai berdekatan rumah untuk pergi ke sebuah bank, seorang budak lelaki tiba-tiba berlari memintas saya dari belakang sambil menjerit-jerit kecil.
Saya dspati kemudian wanita tersebut adalah ibu kepada semua kanak-kanak itu.
Seorang anak yang paling kecil berada di pangkuan wanita berkenaan.
Budak lelaki berusia dalam lingkungan 11 atau 12 tahun yang berlari bersama wang 70 ringgit tadi adalah yang paling besar di antara kanak-kanak yang lain.
Di depan wanita itu duduk ada sebuah bekas yang didalamnya terdapat beberapa helai duit seringgit serta sejumlah bungkusan tisu di tepinya.
Melihat insiden itu, saya segera memperlahankan langkah dan pura-pura ingin singgah ke kedai serbaneka, tetapi sebenatnya untuk melihat apa yang terjadi seterusnya.
Apa yang paling menarik perhatian saya ialah jumlah 70 ringgit yang berjaya diperolehi budak lelaki itu yang pada fikiran saya amat besar jumlahnya dalam keadaan ekonomi tidak berapa baik, harga barang mahal dan nilai ringgit jatuh merudum ketika ini, meski saya tak pasti berapa lama masa diambil untuk budak lelaki itu memperolehi kutipan sebanyak itu.
Selepas budak lelaki tadi menghulurkan wang kepada ibunya, dia kemudian berkata – “mak, duit ni nak beli jam telefon.”
“Berapa harganya,” kata si ibu sambil wang itu disimpannya dalam beg kain yang ada di sebelahnya.
“120,” balas budak lelaki tadi dengan pantas.
Saya tak pernah mendengar istilah jam telefon sebelum ini, tetapi saya fikir yang dimaksudkan itu ialah jam pintar atau “smart watch” yang biasa dipakai kebanyakan orang, khususnya generasi muda sekarang ini.
Memandangkan harga yang disebut itu RM120, saya jangka ia pastilah buatan China yang tidak berapa berjenama.
Kalau yang ada jenama, tentulah hampir ribu riban harganya.
Saya ketika itu masih berdiri sambil pura-pura membaca pelbagai iklan dan poster di dinding kaca berhampiran pintu masuk kedai serbaneka tadi, tetapi mata dan telinga saya lebih terarah kepada mereka.
“Nanti esoklah kita beli,” kata si ibu kemudiannya.
Barangkali kerana gembira dengan jawapan ibunya, budak lelaki tadi berlari semula ke kawasan deretan kedai-kedai dengan di tangannya membawa sejumlah bungkusan tisu-tisu kecil untuk mencari lebih pendapatan lagi.
Kemudian sambil meneruskan langkah menuju ke bank yang hanya selang empat pintu dengan kedai serbaneka itu, fikiran saya jadi kacau dengan tiba-tiba.
Sebelum berurusan dengan bank, saya berfikir agak lama – rupa-rupanya ada orang sanggup duduk di kaki lima sambil mengharap ihsan orangramai dengan menjual tisu semata-mata kerana ingin membeli barang mewah, bukan disebabkan makan pun susah.
“Smart watch” bagi keluarga wanita berkenaan, bagi saya, pasti boleh dikategorikan sebagai barangan mewah kerana dengan ramai anak-anak yang masih kecil perlu diberi makan, membeli makanan jauh lebih penting lagi berbanding membeli jam telefon.
Tambah lagi jika sampai perlu meminta-minta sambil menjual tisu, sangat tak kena jika “smart watch” yang ingin dibeli.
Apakah mereka sanggup mengemis kerana siibu terlalu sayangkan anak lelakinya yang begitu teringin memakai jam telefon?
Selesai berurusan di bank, saya kemudian pergi membasahkan tekak di cafe bersebelahan, sambil ingin mencari tempat yang selesa untuk melayari internet dan membaca berita-berita semasa.
Tidak lama selepas saya duduk di cafe tersebut, seorang budak perempuan dalam usia lapan atau sembilan tahun datang dengan membawa sebungkus tisu kecil lalu berkata – Encik, nak beli makanan?
Saya memandang wajahnya dengan simpati, lalu menghulurkan beberapa helai duit seringgit kepadanya.
Saya perasan budak perempuan itu adalah antara yang bersama dengan ibunya di depan kedai serbaneka tadi.
Tidak sampai sepuluh minit kemudian, budak lelaki yang berjaya mengutip hasil 70 ringgit tadi pula datang ke meja saya, juga dengan membawa sebungkus tisu kecil di tangannya, lalu berkata – Encik, nak beli makanan?
Saya percaya budak lelaki ini adalah abang kepada budak perempuan yang saya baru bersedekah kepadanya sebentar tadi.
Saya selalu ada perasaan simpati kepada budak-budak dan orang tua, lalu saya memberi beberapa helai duit seringgit kepada budak lelaki itu, tetapi jumlahnya lebih kecil daripada apa yang saya beri kepada budak perempuan sebelum ini.
Dalam hati saya kemudian berfikir, cerdik budak-budak ini – mereka menjual tisu tapi memberi alasan untuk membeli makanan.
Saya pasti, apabila disebut untuk membeli makanan, tambahan lagi budak kecil yang mengucapkannya, ramai akan jatuh simpati.
Tidak mustahil ramai yang memberi sedekah dengan jumlah yang lebih sedikit, mungkin sepuluh ringgit atau lebih daripada itu.
Sebab itu, hati saya berkata, patut mudah saja budak lelaki tadi memperolehi 70 ringgit daripada orangramai yang ditemuinya.
Rupa-rupanya bukan makanan yang mereka beli, tapi jam telefon yang sangat diidami.
Bahkan saya yakin dengan dua tiga pusing lagi meronda di kawasan deretan kedai di kawasan itu, cukuplah 120 ringgit yang diperlukannya untuk membeli jam telefon itu.
Kaya rupanya negara kita ini dan patutlah juga golongan seperti itu ada di hampir di semua lokasi perniagaan atau kawasan tumpuan orangramai. – ShahbudinHusin 07/02/2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/02/07/mengemis-jam-telefon.html
AMANAH TEMERLOH AKTIF
📌 8.2.2024 Khamis
Perayaan Tahun Baru Cina disambut setiap tahun oleh masyarakat Tionghoa di dalam negara. Tahun ini sambutan dijangka meriah disamping cuti yang panjang.Ianya juga disambut oleh kaum lain dalam negara. Ada yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga, tidak kurang juga warga kota yang akan pulang ke kampung halaman.
Seperti kebiasaan, setiap tahun AMANAH Kawasan akan mengedar limau mandarin kepada penduduk sekitar Kampung Baru Cina Temerloh sebagai tanda kemesraan dan ingatan kepada masyarakat Tionghoa. Ketua Kawasan,Azizul Shah & Ketua AWAN Kawasan, Rohana Yaacob bersama rakan-rakan hari ini bersama-sama mengedarkan limau.
Semoga keharmonian dan perpaduan dalam negara kita terus kekal.
Gong Xi Fa Cai
#pedulitemerloh
#AmanahTemerloh
#binabersama
AWAS PENGGUNA MAXIS
Pendakwah Teknologi
Ada mana-mana pengguna Maxis yang menerima mesej melalui SMS kononnya dari 'Pos Malaysia'? Kalau anda klik link tersebut, anda akan dibawa ke phishing site. Sekarang link tu sudah tidak boleh digunakan. Saya tak pasti adakah ini mungkin berkaitan dengan isu penggodaman ROOTK1T atau tidak.
ADAKAH AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972 (Akta 71) TIDAK ISLAMIK??
Mengikut Akta Timbang Dan Sukat 1972 (Akta 71), kesalahan kesalahan berkaitan Timbangan dan Sukatan boleh dihukum (dalam Akta 71 disebut Penalti) dengan denda antara rm4000-rm5000 atau penjara antara 2-3 tahun atau kedua duanya sekali.
Manakala dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Negeri Kelantan (seperti yang dicabar oleh Nik Elin Nik Rashid )memperuntukkan denda tidak melebihi rm3000 atau penjara tidak melebihi 1 Tahun bagi kesalahan mengurangkan ukuran, sukatan dan timbangan.
Apa perbezaaan kedua dua undang undang ini sehingga EKJS (I) 2019 Negeri Kelantan dianggap undang undang syariah, manakala Akta Timbang Dan Sukat 1972 tidak dianggap undang undang syariah???
MP PKR SOKONG HASRAT BERSIH ANJUR DEMO TUNTUT REFORMASI INSTITUSI DISEGERAKAN
Hassan Karim daripada PKR berkata reformasi
dilaksanakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terlalu perlahan dan Bersih wajar
turun ke jalanan menuntut janji.
Ahli Parlimen Pasir Gudang mendakwa,
disebabkan itu rakyat hampa, kecewa, putus asa dan hilang harapan terhadap
kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.
“Jadi memang wajar jika Bersih memutuskan
turun ke jalan raya untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap perubahan yang
sehingga kini gagal dilaksanakan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan perpaduan
pimpinan Anwar,” katanya kepada FMT.
Rabu lalu, Bersih menggesa pentadbiran Anwar
tidak lagi berdalih dan melaksanakan semua agenda reformasi dijanjikan sebelum
menjadi kerajaan atau bersedia berdepan demonstrasi jalanan.
Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz,
berkata rakyat kecewa dan marah berikutan perkembangan mutakhir pelaksanaan agenda
reformasi dalam negara yang indah khabar dari rupa.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi
Fadzil, berkata kerajaan tidak pernah melupakan reformasi institusi kerana ia
antara perkara utama diperjuangkan pentadbiran Anwar.
Sementara itu, Hassan berkata, perjuangan
Bersih untuk pilihan raya bebas dan adil turut meliputi tuntutan reformasi
seperti disuarakan PH dalam manifesto pilihan raya mereka.
Katanya, harapan rakyat terhadap perubahan
yang dicetuskan reformasi sangat besar dan tinggi.
Menurutnya, kerajaan pimpinan bekas perdana
menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini turut gagal melaksanakan reformasi
dijanjikan, dengan menyatakan dokumen manifesto PH bukan kitab suci.
“Jadi apabila tokoh reformasi Anwar Ibrahim
yang melancarkan gerakan reformasi sejak 1998 menjadi perdana menteri, maka
tentu sekali harapan rakyat akan berlaku perubahan seperti dijanjikan.
“Tetapi selepas lebih satu tahun kerajaan
perpaduan pimpinan Anwar mentadbir Malaysia, terlalu perlahan reformasi
dilaksanakan. Rakyat hampa, kecewa, putus asa dan hilang harapan,” katanya.
Bersih sebelum ini menganjurkan demonstrasi
jalanan sejak 2007 sebagai protes terhadap penyelewengan pilihan raya dan untuk
menuntut pilihan raya adil. Pada 2015 dan 2016 Bersih turut mengadakan
demonstrasi berhubung skandal 1MDB.
Sumber –
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/02/09/reformasi-anwar-perlahan-bersih-wajar-turun-ke-jalan-kata-wakil-rakyat-pkr/
KEPUTUSAN LEMBAGA PENGAMPUNAN MUNASABAH, KUASA AGONG MUTLAK
Keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak yang didapati bersalah dalam kes penyelewengan SRC International tidak wajar dipertikaikan.
Menurut Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Parlimen Malaysia, Hassan Abdul Karim, keputusan itu juga boleh dianggap munasabah dan berpatutan.
Terutama, katanya, berkenaan kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Pengerusi Lembaga Pengampunan dan keputusan baginda itu adalah hak mutlak dan tidak boleh dipertikaikan.
“Keputusan Lembaga Pengampunan yang mesti dipengerusiksn oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja yang berkuasa ke atas Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan tidak boleh dicabar di mahkamah, sama ada kita bersetuju dengannya ataupun tidak.
“Kerana kuasa membuat keputusan oleh Agong itu adalah bersifat kuasa budi bicara baginda dengan syarat sebelum baginda Agong membuat keputusan tersebut, satu mesyuarat Lembaga Pengampunan telah diadakan dan dipengerusikan oleh baginda. Sama ada kita bersetuju atau tidak tentang hal semacam ini, itu adalah persoalan lain.
“Tetapi itulah hakikat yang perlu kita terima sebagai sebuah negara walaupun demokrasi berparlimen, tetapi masih mengekalkan saki baki sistem feudal yang bersifat raja berperlembagaan,” kata Hassan dalam kenyataan petang ini.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu lagi, Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah Mahkamah Belas Ehsan (court of mercy) dan bukan mahkamah undang-undang biasa (court of laws). Oleh itu, ujarnya pertimbangan lembaga tersebut tidak sama dengan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman.
“Saya menghormati dan bersedia dengan hati terbuka menerima keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib Razak kerana Lembaga Pengampunan secara hakikinya tidak memberikan pengampunan terhadap sabitan kesalahan yang telah diputuskan oleh mahkamah undang-undang.
“Dalam undang-undang ada dua perkara apabila seseorang dihukum oleh mahkamah. Yang pertama, orang yang dituduh itu disabitkan bersalah. Kunci perkataannya ialah sabitan atau conviction dalam bahasa Inggeris.
“Selepas disabit bersalah maka orang dituduh itu dijatuhkan hukuman ke atasnya. Kata kuncinya ialah hukuman atau sentencing. Ini berlaku jika si tertuduh itu didapati bersalah.
“Keputusan Lembaga Pengampunan ini tidak melepaskan Najib Razak (daripada kesalahan),” katanya.
Tegas Hassan, sabitan bersalah ke atas Najib kekal. Keringanan hanyalah jumlah hukuman dari 12 tahun kepada 6 tahun selain jumlah denda yang wajib dibayar daripada RM200 juta kepada RM50 juta sahaja.
Lembaga Pengampunan, katanya, tetap menghormati keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan Malaysia dan Mahkamah Persekutuan yang mendapati selepas perbicaraan penuh dan selepas rayuan serta semakan, bahawa Najib Razak bersalah dan sabitan bersalah itu tidak diberikan pengampunan.
“Sebagai seorang anggota Jawatankuasa Mengenai Rasuah yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri di bawah Seksyen 14 Akta SPRM 2009, saya melihat keputusan Lembaga Pengampunan terhadap kes rasuah dan salah guna kuasa Najib Razak dalam kes SRC International ini akan dapat mengekalkan semangat dan komitmen Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim dan agensi memerangi rasuah SPRM untuk meneruskan komitmen membasmi amalan rasuah di Malaysia.
“Keputusan Lembaga Pengampunan yang teguh mengekalkan sabitan bersalah ke atas Najib telah menghantar isyarat jelas kepada mahkamah supaya terus kekal mempertahankan kebebasan mahkamah undang-undang dalam soal keadilan tanpa rasa takut dan pilih kasih,” katanya lagi.
UN KATA DAP MINTA.. KAH. KAH. KAH...
Dah jadi satu tradisi, tol percuma semasa cuti perayaan.
Salah satu sebabnya, pantang cuti apa pun semua rakyat Malaysia akan keluar jalan-jalan.
Terima kasih kerajaan.
[GEMPAK] PROF KANGKUNG MENARIK SAMAN DIARAH MEMBAYAR KEPADA YB HANNAH!
YB PAS SENGAJA CETUS FITNAH DENGAN BENDERA NEGARA CHINA PADA REPLIKA NAGA
Ahmad Mursi
1. Replika Naga 588 kaki itu direka khas sempena sambutan Ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
2. Bendera Malaysia diletakkan di satu sisi replika Naga, dan bendera China di satu sisi lain. Tonton di sini:
https://www.facebook.com/watch/?v=420865770281995
3. Ada Wakil Rakyat PAS hanya tunjukkan video yang menampakkan Bendera China. Banyak komen2 walaun di post itu membawa mesej bahawa komuniti Cina di Malaysia tidak setia dengan Malaysia. YB PAS itu sengaja membiarkan fitnah itu berlegar.
4. Replika Naga itu diarak oleh 180 pelajar dari Negeri Melaka dan Negara China sebagai tanda persahabatan.
5. 17 Januari lalu, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa, 2024 adalah ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia - China apabila termetrai Kenyataan Bersama antara PM Tun Abdul Razak dan PM China Chou En-Lai pada 31 Mei 1974.
https://www.kln.gov.my/web/guest/-/ulang-tahun-ke-50-penubuhan-hubungan-diplomatik-antara-malaysia-dan-republik-rakyat-china
6. Pelbagai program dirancang antaranya pertukaran lawatan peringkat tinggi, pengeluaran setem peringatan, forum perniagaan dan persembahan kebudayaan.
7. Strategi PAS memainkan isu perkauman dan agama akan meruntuhkan keharmonian yang telah dibina sejak sekian lama.
Ahmad Mursi
[gempak] GERAN RM129 JUTA MASALAH AIR! TIM. MENTERI TEMPELAK KERAJAAN KE...
RENTASAN 1543 | GEMPAR!! KINI RAKYAT KELANTAN SEMAKIN DERITA, PAS BUAT S...
TIDAK CADANG PENGAMPUNAN ATAU PENGURANGAN HUKUMAN KEPADA NAJIB, SYABAS KERAJAAN PIMPINAN ANWAR KERANA TAK KOMPROMI DENGAN SKANDAL 1MDB
Berdasarkan pendedahan yang berpandukan surat
yang ditandatangani Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zalha Mustafa yang dihantar
kepada Najib Razak oleh peguam Shafee Abdullah semalam, adalah terbukti bahawa
kerajaan madani melalui Lembaga Pengampunan tidak pernah sama sekali
mencadangkan pengampunan penuh atau pengurangan hukuman kepada bekas Perdana
Menteri itu.
Surat yang dibacakan oleh peguam Najib itu
mendedahkan Lembaga Pengampunan tidak menasihati Agong untuk mengurangkan
hukuman atau memberi pengampunan kepada bekas Perdana Menteri ke-6 itu.
Shafee berkata, pemakluman dalam surat yang
dibuat oleh Dr Zaliha itu menyebut bahawa Lembaga Pengampunan, berdasarkan
Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, pada 29 Januari, telah menasihati Agong
supaya Najib meneruskan baki hukuman yang diterimanya.
Bagaimanapun, kata Shafee, surat itu juga menyebut
titah Agong bahawa “adalah munasabah pada hemat beta, belas kasihan patut
diberi kepada Najib.”
Surat itu, menurut Shafee mengandungi perintah
Al-Sultan Abdullah yang menjalankan kuasa baginda di bawah Perkara 42
Perlembagaan Persekutuan serta kuasa-kuasa lain, supaya hukuman terhadap Najib
dikurangkan separuh dan denda dikurangkan kepada RM50 juta.
Perkara 42 ialah berkaitan kuasa pengampunan
dan kuasa membentuk Lembaga Pengampunan.
Shafee berkata, surat yang ditandatangani oleh
Dr Zaliha itu diterima oleh Najib sebagai pihak yang terlibat dalam pengampunan
tersebut.
Dalam hal berkaitan, Shafee juga membayangkan
Al-Sultan Abdullah sebenarnya mahu memberikan pengampunan penuh kepada Najib.
“Saya diberitahu dan saya yakin ia
berlaku.
“Jika tidak saya tidak berani beritahu kamu,
bahawa pada 29 Januari itu, Agong memikirkan untuk memberikan pengampunan penuh
kepada Najib.
“Tetapi baginda mahukan kepastian,” dakwa
Shafee.
Beliau seterusnya mendakwa, Agong kemudian
memberikan kertas undi kepada “empat” anggota tidak tetap Lembaga Pengampunan
supaya menjawab soalan sama ada pengampunan penuh patut diberikan atau tidak
kepada Najib.
Shafee bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu
apa keputusan undian itu tetapi ia kemudian membawa kepada keputusan hukuman
Najib diringankan, tanpa pengampunan penuh.
Katanya, apa yang berlaku itu menunjukkan
Agong mempunyai hak mutlak untuk memutuskan pengampunan tetapi baginda memilih
untuk mendengar pandangan pihak lain.
Sekarang sudah jelas lagi nyata, berdasarkan
apa yang disebut Shafee itu, ia menunjukkan kerajaan tidak pernah mencadangkan
pengurangan hukuman, jauh sekali untuk mengesyorkan pengampunan penuh kepada
Najib.
Apa yang dicadangkan kerajaan ialah Najib
perlu menghabiskan baki hukuman penjara yang diterimanya sebagaimana dijatuhkan
mahkamah.
Tiada lain yang boleh serta sesuai diungkapkan
kepada kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim dalam hal ini, melainkan segunung ucapan
tahniah dan syabas.
Dengan pendirian agar Najib perlu menghabiskan
baki hukumannya, ertinya kerajaan tidak sama sekali berkompromi dengan skandal
1MDB, meski UMNO ketika ini merupakan sebahagian daripada kerajaan.
Ini baru betul-betul madani.
Ini juga mengesahkan kenyataan Anwar beberapa
hari lalu bahawa Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO
tidak pernah memberi kata dua kepadanya dalam isu pengampunan Najib.
Tahniah sekali lagi, pendirian seperti inilah
yang rakyat mahu. – ShahbudinHusin 08/02/2024.
[panas] KENYATAAN MB LATO LATO YANG SEAKAN TIADA OTAK & TIDAK MATANG!
MENGEMIS JAM TELEFON
Baru-baru ini ketika saya sedang berjalan di
kaki lima deretan kedai berdekatan rumah untuk pergi ke sebuah bank, seorang
budak lelaki tiba-tiba berlari memintas saya dari belakang sambil
menjerit-jerit kecil.
“Yeyyy, yeyyy…dapat 70 ringgit…dapat 70
ringgit,” katanya sambil menunjukkan wang dalam tangannya, lalu kemudian
memberikan wang itu kepada seorang wanita dalam usia bawah 40-an yang ketika
itu sedang duduk bersila di depan sebuah kedai serbaneka bersama tiga lagi
kanak-kanak yang masih kecil.
Saya dspati kemudian wanita tersebut adalah
ibu kepada semua kanak-kanak itu.
Seorang anak yang paling kecil berada di
pangkuan wanita berkenaan.
Budak lelaki berusia dalam lingkungan 10 tahun
yang berlari bersama wang 70 ringgit tadi adalah yang paling besar di antara
kanak-kanak yang lain.
Di depan wanita itu duduk ada sebuah bekas
yang didalamnya terdapat beberapa helai duit seringgit serta sejumlah bungkusan
tisu di tepinya.
Melihat insiden itu, saya segera
memperlahankan langkah dan pura-pura ingin singgah ke kedai serbaneka, tetapi
sebenatnya untuk melihat apa yang terjadi seterusnya.
Apa yang paling menarik perhatian saya ialah
jumlah 70 ringgit yang berjaya diperolehi budak lelaki itu yang pada fikiran
saya amat besar jumlahnya dalam keadaan ekonomi tidak berapa baik, harga barang
mahal dan nilai ringgit jatuh merudum ketika ini, meski saya tak pasti berapa
lama masa diambil untuk budak lelaki itu memperolehi kutipan sebanyak itu.
Selepas budak lelaki tadi menghulurkan wang
kepada ibunya, dia kemudian berkata – “mak, duit ni nak beli jam telefon.”
“Berapa harganya,” kata si ibu sambil wang itu
disimpannya dalam beg kain yang ada di sebelahnya.
“120,” balas budak lelaki tadi dengan pantas.
Saya tak pernah mendengar istilah jam telefon
sebelum ini, tetapi saya fikir yang dimaksudkan itu ialah jam pintar atau
“smart watch” yang biasa dipakai kebanyakan orang, khususnya generasi muda
sekarang ini.
Memandangkan harga yang disebut itu RM120,
saya jangka ia pastilah buatan China yang tidak berapa berjenama.
Kalau yang ada jenama, tentulah hampir ribu
riban harganya.
Saya ketika itu masih berdiri sambil pura-pura
membaca pelbagai iklan dan poster di dinding kaca berhampiran pintu masuk kedai
serbaneka tadi, tetapi mata dan telinga saya lebih terarah kepada mereka.
“Nanti esoklah kita beli,” kata si ibu
kemudiannya.
Barangkali kerana gembira dengan jawapan
ibunya, budak lelaki tadi berlari semula ke kawasan deretan kedai-kedai dengan
di tangannya membawa sejumlah bungkusan tisu-tisu kecil untuk mencari lebih
pendapatan lagi.
Kemudian sambil meneruskan langkah menuju ke
bank yang hanya selang empat pintu dengan kedai serbaneka itu, fikiran saya
jadi kacau dengan tiba-tiba.
Sebelum berurusan dengan bank, saya berfikir
agak lama – rupa-rupanya ada orang sanggup duduk di kaki lima sambil mengharap
ihsan orangramai dengan menjual tisu semata-mata kerana ingin membeli barang
mewah, bukan disebabkan makan pun susah.
“Smart watch” bagi keluarga wanita berkenaan,
bagi saya, pasti boleh dikategorikan sebagai barangan mewah kerana dengan ramai
anak-anak yang masih kecil perlu diberi makan, membeli makanan jauh lebih
penting lagi berbanding membeli jam telefon.
Tambah lagi jika sampai perlu meminta-minta
sambil menjual tisu, sangat tak kena jika “smart watch” yang ingin dibeli.
Apakah mereka sanggup mengemis kerana siibu
terlalu sayangkan anak lelakinya yang begitu teringin memakai jam telefon?
Selesai berurusan di bank, saya kemudian pergi
membasahkan tekak di cafe bersebelahan, sambil ingin mencari tempat yang selesa
untuk melayari internet dan membaca berita-berita semasa.
Tidak lama selepas saya duduk di cafe
tersebut, seorang budak perempuan dalam usia enam atau tujuh tahun datang
dengan membawa sebungkus tisu kecil lalu berkata – Encik, nak beli makanan?
Saya memandang wajahnya dengan simpati, lalu
menghulurkan beberapa helai duit seringgit kepadanya.
Saya perasan budak perempuan itu adalah antara
yang bersama dengan ibunya di depan kedai serbaneka tadi.
Tidak sampai sepuluh minit kemudian, budak
lelaki yang berjaya mengutip hasil 70 ringgit tadi pula datang ke meja saya, juga
dengan membawa sebungkus tisu kecil di tangannya, lalu berkata – Encik, nak
beli makanan?
Saya percaya budak lelaki ini adalah abang
kepada budak perempuan yang saya baru bersedekah kepadanya sebentar tadi.
Saya selalu ada perasaan simpati kepada budak-budak
dan orang tua, lalu saya memberi beberapa helai duit seringgit kepada budak
lelaki itu, tetapi jumlahnya lebih kecil daripada apa yang saya beri kepada
budak perempuan sebelum ini.
Dalam hati saya kemudian berfikir, cerdik
budak-budak ini – mereka menjual tisu tapi memberi alasan untuk membeli
makanan.
Saya pasti, apabila disebut untuk membeli
makanan, tambahan lagi budak kecil yang mengucapkannya, ramai akan jatuh
simpati.
Tidak mustahil ramai yang memberi sedekah
dengan jumlah yang lebih sedikit, mungkin sepuluh ringgit atau lebih daripada
itu.
Sebab itu, hati saya berkata, patut mudah saja
budak lelaki tadi memperolehi 70 ringgit daripada orangramai yang ditemuinya.
Rupa-rupanya bukan makanan yang mereka beli,
tapi jam telefon yang sangat diidami.
Bahkan saya yakin dengan dua tiga pusing lagi
meronda di kawasan deretan kedai di kawasan itu, cukuplah 120 ringgit yang
diperlukannya untuk membeli jam telefon itu.
Kaya rupanya negara kita ini dan patutlah juga
golongan seperti itu ada di hampir di semua lokasi perniagaan atau kawasan
tumpuan orangramai. – ShahbudinHusin 07/02/2024.