[GEMPAK] PROF KANGKUNG MENARIK SAMAN DIARAH MEMBAYAR KEPADA YB HANNAH!



Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff menarik balik saman fitnah yang dikemukakannya terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. “Saya mengalu-alukan keputusan Kamarul Zaman Yusoff untuk menarik balik saman fitnahnya terhadap saya atas dakwaan kiriman 'fitnah' di Facebook pada 2020. “Beliau telah memfailkan notis pemberhentian di mahkamah pada 30 Jan 2024 dengan kos berjumlah RM5,000 yang perlu dibayar kepada saya, tanpa kebebasan untuk memfailkan semula,” katanya. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/695459 2. https://www.malaysiakini.com/news/695384