DIA SEORANG YANG GAGAL DALAM POLITIK



 Majoriti rakyat menolak DS Anwar? Data mana yang dia ambil? Ada buat survey ke? Kalau nak minta YDP Agong pecat PM, mana boleh pakai data main agak agak je. Kenalah sempurna.


Itu yang pertama. Keduanya, PM adalah seorang MP yang YDP Agong percaya dapat sokongan majoriti semua MP yang lain. Bukan sokongan rakyat. Rakyat pilih MP, MP pilih PM. Gitu.


DS Anwar dah pernah buat undi percaya dan beliau menang. Mahathir pun tak pernah buat undi percaya. Undian belanjawan yang dikira macam undi percaya pun DS Anwar menang.


Jadi Chegubadut ni cerita apa sebenarnya? Sudahlah tak ada data yang sempurna, tuntutan pula tak kena pada tempat. Apa hak dia nak turunkan PM yang ada sokongan melebihi ⅔ dewan?


Dan satu lagi, tiada peruntukan undang-undang untuk YDP Agong pecat PM. YDP Agong berkuasa memilih PM. Tapi untuk turunkan PM, hanya melalui usul undi tak percaya. PN kena bawa usul ni di parlimen tapi tak ada lagi yang berani nak bawa.


Nampak sangat terdesak. Sebenarnya bukan PN tapi Mahathir. Yang aku nampak, Mahathir yang terlebih sudu dari kuah. PN, terutama Bersatu pun tak kecoh macam dia. Cuma lebai PAS tu je jenis Pak Turut. Main ikut je. Bukan reti apa pun.


CheguBard ni nak kumpul 1,000 orang depan istana pun tak mampu, ada hati mengaku bawa suara rakyat. Mahathir dan CheguBard ni tak banyak beza. Dua-dua orang terbuang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DASAR EKONOMI MADANI MEMBUAHKAN HASIL




 PETALING JAYA: Kurang setahun selepas kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat dilancarkan Julai lalu, ia dilihat mula membuahkan hasil berdasarkan petunjuk positif, kata ahli ekonomi.


Merujuk maklumat daripada CEIC Data, Idham Razak daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada hampir RM7.4 bilion (USD1.6 bilion) sehingga September lalu, mengatasi peningkatan RM5.13 bilion (USD1.1 bilion) pada tahun sebelumnya.


REGA AIR SAMA MAHAI DENGAN NEGEEI LEBIH MAJU


 Tarif baharu bagi kategori domestik membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu akan berkuat kuasa bermula 1 Februari 2024.


#MediaSelangor



[GEMPAK] LANGKAH TOKAI! HADI TIADA KEKUATAN GANTI SANUSI! CHEGU-BAD, HAD...



Umno tidak fikir Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang ada kekuatan untuk menukar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor. Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Adam berkata, Sanusi lebih berpengaruh dalam Pas berbanding Hadi sendiri. “Saya tak fikir Haji Hadi ada kekuatan untuk menukar Sanusi,” kata Lokman ketika mengulas Langkah Tokai, satu usaha untuk menukar MB Kedah itu. ====================================================================================== Terdahulu, tular di media sosial melalui hantaran oleh Che Gubard (Badrul Hisham Shaharin) yang mengajak orang ramai agar menyertai Himpunan Rakyat #daulattuanku dan penyerahan memorandum yang dijadual diadakan di Istana Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata polis juga tidak menerima sebarang notis daripada pihak penganjur. “Setakat ini, pihak polis masih tidak menerima sebarang notis permohonan daripada penganjur. "Justeru itu, semua pihak diminta menghormati undang-undang dan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/2024/01/22/l... 2. https://www.malaysiakini.com/news/693995


TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA vs MELAYU HILANG 10 TAHUN LAGI





RAFIZI RAMLI



Saya selalunya bercuti dengan isteri dan anak melawat tempat-tempat yang kita banyak dengar cerita tetapi jarang berkesempatan melihat sendiri. Cuti sekolah baru-baru ini saya bawa anak dan isteri menziarahi makam Hang Tuah.

Kebetulan minggu ini timbul isu Melayu akan hilang 10 tahun dari sekarang. Amaran itu diberikan oleh Tun Mahathir, yang telah mewarnai dan mempengaruhi masyarakat dan negara kita sejak lebih 60 tahun lepas.

Amaran Tun Mahathir itu cukup berbeza dengan kata-kata semangat yang dikaitkan dengan Laksamana Hang Tuah 500 tahun lalu, iaitu “takkan Melayu hilang di dunia”.

Persoalan mengenai kedudukan Melayu dalam masyarakat dan negara ini telah menjadi salah satu isu pokok sejak seratus tahun lalu. Seperti juga isu-isu lain yang berupaya mempengaruhi emosi masyarakat, ada pelbagai pandangan mengenainya. Sebahagian pandangan itu bersifat ekstrem, ada juga yang menolaknya seolah-olah ia bukan pun satu isu.

Lazimnya, pandangan yang paling selari dengan perasaan rakyat terbanyak adalah yang berada di tengah-tengah, yang mewakili majoriti yang senyap (“the silent majority”).

Adakah kita wajar berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan pencapaian masyarakat Melayu sekarang?

Pandangan saya, ada perkara-perkara yang wajar memberi lebih keyakinan kepada kita bahawa keadaannya tidaklah seperti yang digambarkan Tun Mahathir.

Contohnya, orang Melayu kini membentuk kelas pertengahan (middle class) yang besar dalam negara kita berbanding 50 tahun dahulu. Orang Melayu juga membentuk kelas profesional yang besar. Kejayaan membina kelas pertengahan dan kelas profesional yang besar ini adalah bukti orang Melayu berkemampuan menaiki mobiliti sosial melalui pelaburan kerajaan dalam pendidikan.

Tetapi, saya faham jika ada yang sering mempersoalkan mengenai penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi. Isu yang sering dibangkitkan ialah sama ada peluang ekonomi yang disediakan oleh kerajaan mencukupi untuk melonjakkan penguasaan ekonomi orang Melayu.

Di sinilah asalnya doktrin “Melayu Akan Hilang” jika kuasa politik tidak dimonopoli oleh beberapa kerat elit Melayu, seperti yang dibawa oleh Tun Mahathir. Beliau menyamakan kuasa politik sebagai lubuk harta yang boleh digunakan untuk memberi keistimewaan ekonomi (orang kita selalu panggil sebagai “projek”) kepada beberapa kerat orang Melayu terpilih, atas alasan demi menyamakan keupayaan ekonomi Melayu dengan bukan Melayu.

Jika saya menjadi ahli politik dalam tahun 70an atau awal 80an, saya mungkin bersifat terbuka dengan doktrin itu, kerana ia mungkin berupaya melahirkan hartawan Melayu yang membawa syarikat Melayu ke persada antarabangsa. Mungkin kita ada syarikat-syarikat besar seperti mana Samsung, LG, Hyundai dan seumpamanya merubah ekonomi Korea Selatan.

Namun kita telah melalui zaman itu. Tun Mahathir telah pun melaksanakan ideanya untuk melahirkan beberapa hartawan ternama dari kalangan niagawan Melayu dengan campur tangan kerajaan. Eksperimen itu tidak berjaya selepas diuji dengan krisis kewangan Asia Timur tahun 1997/98.

Kita juga tahu kesan sampingan dari doktrin mencampur aduk kuasa politik dan korporat yang dibawa oleh Tun Mahathir ini. Soal tata kelola bercampur aduk apabila sektor ekonomi utama boleh diberikan kepada individu tertentu; dan individu-individu tersebut perlu menyumbang wang untuk membantu ahli-ahli dan parti-parti politik.

Pada saya, kita telah melalui semua ini hasil dari doktrin kuasa politik-korporat yang dibawa Tun Mahathir ini (“been there, done that”).

Maka cabaran orang Melayu dalam bidang ekonomi, pada ketika ini, ialah untuk kembali kepada landasan asal yang digagaskan dalam 15 tahun pertama selepas merdeka, iaitu:

1) Bagaimana melonjakkan kelas menengah Melayu dari kumpulan yang makan gaji (walaupun bergaji besar) kepada kelas yang mencipta kekayaan dengan mengusahakan perniagaan yang berdaya saing dan mengambil risiko? Sekiranya model kejayaan kelas menengah Melayu ialah makan gaji dengan syarikat korporat besar (walaupun berkelayakan tinggi), sampai bila-bila orang Melayu merasakan mereka tidak menguasai bidang ekonomi setanding dengan bukan Melayu.

2) Penciptaan kekayaan oleh kelas menengah Melayu mestilah berpaksikan daya saing dan keupayaan membangunkan perniagaan (produk dan perkhidmatan) yang mampan. Tidak ada istilah Orang Kaya Baru, atau Orang Cepat Kaya. Jalan pintas untuk menjadi kaya sepatutnya tiada dalam istilah pengupayaan ekonomi orang Melayu.

3) Mempersiapkan minda orang Melayu bahawa ancaman kepada penyertaan ekonomi orang Melayu bukanlah orang bukan Melayu di negara ini, tetapi keterhubungan ekonomi akibat globalisasi. Pesaing sebenar ialah produk dan perkhidmatan dari serantau dan luar negara yang memasuki pasaran kita kerana lebih murah atau lebih berteknologi tinggi. Faktor skala operasi dan capaian pasaran dunia menjadi faktor penentu kemampanan sesebuah perniagaan, termasuklah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang banyak diterajui oleh kelas menengah Melayu.

Saya percaya Tun Mahathir akan terus berpegang kepada doktrin kuasa politik-korporat ini sampai bila-bila.

Namun saya memilih untuk menghayati pesanan Hang Tuah bahawa “takkan Melayu hilang di dunia” (dan memahami konteks pesanan itu di akhir Kesultanan Melayu Melaka, apabila kekuasaan boleh mengatasi kewarasan; maka kelangsungan Melayu terletak kepada pimpinan yang adil, berhemah dan berpada-pada menggunakan kuasa).



[bongkar] PENDEDAHAN HARTA YANG TIDAK DI ISTIHARKAN ISTERI DAIM! ABAHCOW...



Isteri bekas menteri kewangan, Na’imah Abdul Khalid, hari ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan asetnya seperti yang diarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dia didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009. Jika disabitkan bersalah Na'imah boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga RM100,000. Berdasarkan kertas pertuduhan, antara aset yang terlibat ialah beberapa kediaman serta empat plot "bangunan dan tanah pegangan bebas" yang terletak di kawasan petempatan kelas atasan - Taman Tunku dan Bukit Tunku - Kuala Lumpur. Dua lagi plot tanah yang terlibat berada di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, serta Jalan Cantonment di Pulau Pinang. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/694073




PENDAKWAAN TERHADAP ISTERI TUN DAIM ADALAH PERINGATAN KEPADA ANAK TUN MAHATHIR


Isteri Tun Daim Zainuddin, Na’imah Khalid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan aset-aset yang dimilikinya.


Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 dan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga RM100,000, jika didapati bersalah.


Beliau didakwa melakukan kesalahan itu dengan memberikan akuan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi notis SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM.


Mengikut pertuduhan, isteri bekas Menteri Kewangan itu didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 Nov 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat pesuruhjaya pada 14 Nov 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta tertentu yang dimilikinya.


Harta-harta tersebut adalah Menara Ilham, dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd, dua kenderaan mewah jenama Mercedes Benz, sebuah rumah di Persiaran Bukit Tunku, empat lot tanah di Bukit Tunku dan satu lot tanah masing-masing di Pulau Pinang dan Taman Tun Dr Ismail, di Kuala Lumpur.


Pada 10 Januari lalu, Na’Imah turut dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk diambil keterangan bersama dua anak lelakinya dan beliau menghabiskan masa selama sembilan jam bagi proses tersebut.


Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus tuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Azura Alwi.


Azura membenarkan Na’imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes.


Sebelum ini, anak lelaki Tun Mahathir Mohamad, Mirzan Mahathir turut dipanggil ke SPRM untuk disiasat berkaitan pendedahan Kertas Panama dan beliau kemudian diarah mengisytiharkan kekayaan dimilikinya dalam tempoh 30 hari mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.


Notis itu menghendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara.


Berikutan siasatan terhadap Mirzan itu, Tun Mahathir dalam kenyataannya selepas itu mendedahkan anaknya telah diugut untuk dipenjara selama lima tahun.


Tidak disebut anak saya akan dihadapkan ke mahkamah, dakwa bekas Perdana Menteri dua kali itu lagi.


Melihat pertuduhan yang dikenakan terhadap Na’imah, adalah jelas tuduhan yang sama juga bakal menanti Mirzan jika beliau gagal mengisytiharkan kekayaan dimiliki sebagaimana notis diberikan SPRM kepadanya.


Memang pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 itu boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga RM100,000 jika didapati bersalah, tetapi ia mesti melalui proses perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu.


Tiada sesiapa boleh memasukkan orang lain ke dalam penjara begitu saja tanpa apa-apa perbicaraan.


Dalam hal ini, tuduhan Tun Mahathir barangkali tidak berapa tepat.


Yang penting, pendakwaan terhadap Na’imah, isteri Tun Daim hari ini adalah suatu peringatan atau “warning” kepada Mirzan, anak lelaki sulung Tun Mahathir agar tidak memandang mudah arahan mengisytiharkan semua harta alih dan tidak alih, di dalam negara atau luar negara yang dimilikinya sebagaimana dikehendaki SPRM.


Jangan tertinggal daripada mengisytiharkan walau sekecil apa sekali pun aset yang dimilikinya.


Lagi pun, masa yang diberi SPRM adalah 30 hari dan tempohnya masih panjang lagi. – ShahbudinHusin 23/01/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/01/23/pendakwaan-terhadap-isteri-tun-daim-suatu-peringatan-kepada-anak-tun-mahathir.html



NEGERI PUNYA BANYAK LEBAI.... MMMMM....






.Alhamdulillah, semalam Setiausaha Politik saya, saudara Kamil Munim telah menziarahi saudara Arman Othman dan isterinya Mazliana Jamaluddin di Gurun, Kedah.


Arman dan Mazliana diuji dengan masalah kesihatan yang menyukarkan pergerakan mereka dan keluarga.


Saudara Kamil turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan perubatan dan harian mereka sekeluarga. 


Saya mendoakan Arman dan Mazliana dikurniakan afiyah serta diberikan kekuatan oleh Allah SWT sekali gus dapat meneruskan hidup bersama keluarga tersayang.


#MalaysiaMADANI



KAYA KAYA KAYA....

 


Mirzan ni anak Mahathir. Kaya betul dia sampai ada pegangan saham 72% dalam syarikat tu. Bagus plan bisnes dia. Nak usahakan kenderaan elektrik. Aku suka rancangan itu.


Sayangnya tak kesampaian. Katanya, selepas buat pertimbangan mengenai keadaan syarikat, mereka terpaksa batalkan MoU tersebut. Dah kenapa pula? Rugi ke syarikat dia?


Entahlah. Tapi kalau betul rugi, timbul pula satu lagi persoalan dalam kepala aku. Adakah ini puncanya Mahathir beriya sangat nak jadi PM lagi sekali? Tanya je... Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SEDIH...

 𝗕𝗨𝗗𝗜? 𝗔𝗱𝗲𝗵. 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗵𝗻𝘆𝗮.. 🤣🤣



"𝗦𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗿𝗮𝗸 𝗱𝘂𝗶𝘁" - ayat favourite Atok . Walatok, walargon, Un & Tit misti percaya buta tuli. Lembu hat paling boddow pun tak percaya.


𝗣𝗠𝗫 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗧𝗔𝗞 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗔𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟𝗜𝗦 𝗢𝗟𝗜𝗚𝗔𝗥𝗖𝗛𝗬 𝘆𝗴 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮?? Perlu ke? Sindiri mau ingat la. Bila zalimi org tak ingat dunia, 𝗞𝗶𝗳𝗮𝗿𝗮𝗵 tu samada lambat atau cepat je mengikut ketetapan Allah Yang Maha Adil. 


Sama la macam 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗱𝗼𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙, lambat laun Allah akan bagi balasan juga. 


Wallahualam


- Zus Din

23012024



KALUT APA BAB GAJI. PENJAWAT AWAM BUKAN SOKONG PUN KERAJAAN.. MASA PN JADI BUKA MULUT PUN TIDAK... HAPA...


Learry Jabul


 Logik ka tak Tuntut kenaikkn gaji dengan segera biarpun SSPA hanya akan siap pada penghujung tahun ini?? Bila sesuatu perubahan belum di kuat kuasakan, boleh tak kita melangkaui hasil kajian di masa depan yang belum diluluskan??

 Penjawat awam bukannya sorang dua jer... Masa PN berkuasa xada pula mendesak seperti  ini... Sedangkan kebanyakkan penjawat awam adalah penyokong PN... Buktinya PN menang bergaya di putrajaya, tapi kenapa takut mendesak perdana menteri masa itu??




KAH.. KAH.. KAH.... CAKAP BILA DAH TAK BERKUASA


 Zusdin


𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗗𝗢𝗞 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗘𝗧𝗜 𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗠𝗨𝗟𝗨𝗧. 𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛 𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗗𝗜𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗞𝗔𝗬𝗔. 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜... 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗔𝗔....

**********

Tun Daim’s wife expected to be charged at sessions court tomorrow https://newswav.com/A2401_iXaQ9M?s=A_KjKe9PG&language=en




KAU NI DAH KENAPA LA.... KAU KALAH DAH PUN.



Anak dia kena isytihar harta, dia cabar DS Anwar bubar parlimen dan adakan pilihanraya. Apa kena mengena, tak siapa tahu. Mahathir dah anggap negara ni milik dia anak-beranak sampai siapa je berani cuit anak dia, maka akan terus hilang kelayakan memerintah.


Mahathir patut malu kepada Najib. Masa Najib ditahan dulu, dia tak ada pun buat press conferen bagai. Anak dia didakwa lari cukai, dia tak ada pun cabar Mahathir buat pilihanraya. Susah nak percaya tapi Najib tampak lebih gentleman dan rasional berbanding Mahathir.


Keabsahan kerajaan, sokongan buat DS Anwar, telah dibuktikan di hari pertama sidang parlimen selepas kerajaan dibentuk. Dah buat undi percaya. Selama 22 tahun 22 bulan Mahathir memerintah dulu, dia pun tak pernah sekali buat undi percaya. Tapi DS Anwar buat.


Jadi sebenarnya kedudukan DS Anwar sebagai PM dan sokongan terhadap beliau lebih absah dan tulen berbanding Mahathir sendiri. Jadi sang fossil ni nak pertikaikan apa lagi? Kerajaan ini sah. Dan satu lagi yang sah, Mahathir hilang deposit di Langkawi.


Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa agar umur Mahathir dipanjangkan supaya dia dapat lihat kerosakan yang dia buat. Alhamdulillah, doa itu makbul. Dan lebih dari itu, kita dapat menikmati senario dia menggelabah bila anaknya disiasat. Selama ni kita cuma dapat lihat riak wajah egonya saja. Sekarang rasakanlah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.