Ikuti pertanyaan Pasir Gudang kepada Menteri Kominikasi
Projek Rangkaian 5G Pertama (asalnya DNB) guna wang rakyat sebanyak RM16.5 bilion? Manakala Projek Rangkaian 5G Kedua zaman Kerajaan Madani (U Mobile) pula langsung tidak guna wang kerajaan. Dalam hal ini saya sokong apa yang dibangkitkan YB Hassan Karim dalam Dewan Rakyat.
Kenapa perlu membazir wang negara untuk projek yang sepatutnya ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta dan korporat? Adakah kerajaan ketika itu ingin buat duit dengan rakyat melalui perkhidmatan telekomunikasi yang tentunya tidak percuma?