Sebelum berlepas ke Riyadh, Arab Saudi, saya dan delegasi menghadiri sesi meja bulat Bersama kira-kira 60 pemimpin industri dan perniagaan meliputi pelbagai sektor yang berpusat di Mesir serta delegasi perniagaan Malaysia.
Sesi ini turut dihadiri oleh Menteri Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa Republik Arab Mesir, TYT Hassan El Khatib dan dimanfaatkan sebaiknya untuk berinteraksi serta memberi keyakinan kepada mereka terkait peluang pelaburan di Malaysia selain penerokaan usahasama perniagaan dan perdagangan dengan syarikat di negara kita.
Beberapa peluang dalam industri sawit, automotif, farmaseutikal dan produk perubatan, semikonduktor, sektor digital serta tenaga diperbaharui dibincangkan dalam sesi yang produktif ini.
Insya-Allah berdasarkan polisi Kerajaan MADANI yang jelas serta angka dan penunjuk ekonomi Malaysia yang memberangsangkan disamping pengiktirafan sebagai hab utama dalam bidang semikonduktor dan tenaga hijau di rantau Asia tenggara dapat memacu pertumbuhan ke peringkat global.
#MalaysiaMADANI