PMX AKAN MELAWAT EMPAT NEGARA.

Anwar Ibrahim akan berada di empat negara bagi menghadiri pelbagai mesyuarat, minggu hadapan. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Mohd Tarid Sufian, berkata pada lawatan kali ini, Anwar akan diberikan sambutan negara oleh Presiden El-Sisi di Istana Al Ittihadiya, di sini, dan kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan pemimpin terbabit.

“Usai rencana di Kaherah dan Riyadh, saya akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 di Lima, Peru.


“Seterusnya, delegasi Malaysia akan ke Rio de Janeiro, Brazil bagi memenuhi undangan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20.

“Doakan perjalanan saya dan delegasi Malaysia dipermudah serta semua pertemuan yang akan berlangsung dapat membawa hasil besar kepada rakyat dan negara, Insya-Allah,” katanya.