Dalam kesibukan menghadiri pelbagai program, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan untuk bertemu dan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Islam Peru diketuai Presiden, Murad Hamida.
Pertemuan selama setengah jam itu diisi dengan perbincangan menyentuh soal pembangunan umat Islam di Peru.
Pemimpin Islam negara itu turut memuji ketegasan Malaysia dan lantang memperjuangkan nasib saudara Islam di Palestin dan Lubnan yang ditindas rejim Zionis Israel.
Anwar turut menyerahkan sumbangan kepada komuniti Islam di sini selain menyerahkan 50 naskah Al-Quran cetakan khas dan terjemahan dalam bahasa Sepanyol.
Walaupun jauh di benua Amerika Selatan, ternyata syiar dan pembelaan umat Islam khususnya di Peru tetap menjadi keutamaan.
#MalaysiaMADANI
Foto: Facebook Anwar Ibrahim