ORANG LAIN PUN BUKAN SEDIKIT BERKORBAN KETIKA ZAMAN REFORMASI, MALAH ADA YANG HILANG SEGALANYA...

 

JANGAN BAKAR KAYU BASAH



Tertonton Tiktok sdr Tamrin Ghaffar mengomen fasal Anwar Ibrahim dari awal dia mengenali Anwar, menyokong Anwar sehingga Anwar menang jawatan ketua pemuda Umno, dan banyak lagi.


Moral ceritanya dia adalah rakan dan pendukung Anwar, tetapi kini dilupakan atau tak disapa Anwar.


Nasihat saya Tamrin berihatlah duduk diam diam.  Zaman kita sudah berlalu. Tak perlu cerita buruk Anwar, tidak ada untung apa apa. Kalau nak nasihat Anwar lebih baik secara diam. Dia tak sempat nak tonton Tiktok sampah.


Anda saya tengok seperti orang mengharap bara untuk panaskan badan alih alih bara tak dapat asap yang masuk ke dalam mata. Makanya jangan bakar kayu basah kerana ia tak akan menyala. Trims.