Perdana menteri tidak lama lagi akan mendedahkan kartel padi dan beras yang telah meraih keuntungan dengan memonopoli barang makanan tersebut.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menyiapkan laporan mengenai perkara itu tetapi tidak dapat mendedahkannya buat masa ini.
“Laporan itu sudah siap dan saya sendiri tengok tetapi saya tidak boleh mendedahkan apa intipatinya. Saya tidak boleh mendahului Perdana Menteri.
“Kita tunggu Perdana Menteri dedahkan apa intipati laporan itu,” katanya, lapor Utusan Online.
Kata Fuziah lagi, Kerajaan Madani berada di landasan tepat dalam usaha membanteras kartel padi dan beras sebagaimana tindakan terhadap
=========================================================================
Polis telah menerima laporan berhubung tindakan seorang khatib sebuah masjid di Padang Serai yang dikatakan mengupas isu pemberian kewarganegaraan kepada rakyat China, ketika menyampaikan khutbah Jumaat, semalam.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
“Saya telah pun menerima aduan awal semalam, Jumaat, di satu masjid di dalam kawasan Parlimen Padang Serai yang khutbah Jumaatnya antara lain menyentuh tentang pemberian warganegara kepada rakyat China yang jumlahnya lebih satu juta.
“Walaupun saya sudah jelaskan…malah disangkal oleh Menteri Dalam Negeri sebelum saya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin, walaupun sudah dibetulkan fakta itu, sudah diberi keterangan tapi ternyata fitnah itu masih terus lagi menyemarak dan yang paling malang apabila institusi masjid dijadikan sebagai pentas,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri di Sekolah Kebangsaan Ladang Dublin, Karangan di Kulim hari ini.