C&P
CALON IKUT KATA ISTERI PILIHAN PN?
Ahli PAS mahu Dr Sam tapi Peja kata padamkan cita2
ADAKAH PAS BERSETUJU MUHYIDDIN JADI PM?
Kenyataan Peja semalam mengejutkan saya kerana di kala pemimpin2 PAS ingin mencari sebesar kuman kesalahan PMX… tiba2 Peja umumkan calon Perdana Menteri PN.
Sdgkan sejak awal tahun lalu pemimpin dan penyokong PAS acapkali kita melihat mereka mencanangkan Dr Sam ( MB Terengganu ) sebagai calon PM.
Sdgkan kuasa PN ada pada PAS. Boleh dikatakan 80% kekuatan PN adalah mereka yg menyokong PAS atau mereka yg mencari jalan pintas ke syurga.
Sudah tentu kini tibalah masanya PAS melantik pimpinan mereka sendiri utk menjadi calon PM. Sampai bila mereka ditunggang oleh parti2 baru. Ini sudah jadi tunggang atas tunggang.
BERSATU kita tahu mereka tiada kekuatan grassroot sepertimana PAS. Malangnya apabila Bersatu mahupun UMNO mengetuai kerajaan Perikatan Nasional… pemimpin PAS hanya layak utk menjadi Menteri Kanan sahaja.
Tindakan Peja mengumumkan secara terbuka calon yg sudah tidak mahu memegang jawatan dan hanya diminta isteri barulah dia meneruskan kembali utk mempertahankan jawatan dianggap tidak sopan kpd rakan terbesar mereka iaitu PAS.
PAS kena jawab isu ini skg apakah benar mereka tidak yakin pimpinan mereka yg sedia ada. Jika tidak tentulah mereka akn menghampakan penyokong PAS yg mengharapkan ada calon dari PAS.
Pelik PAS ini waktu bersama PR mereka cadangkan nama DS Anwar, bersama PN Pas mahukan TS Muhyiddin dan seterusnya Ismail Sabri.
Jika PAS berdiam diri memang benarlah apa dikatakan Peja… Muhyiddin adalah calon PN. Saya melihat pengumuman Peja mengesahkan kegelisahan BERSATU terhadap kehendak penyokong PAS yg mahukan pimpinan mereka menjadi Perdana Menteri.
Ia juga mengesahkan di dlm BERSATU sendiri desas desus mengatakan ahli BERSATU mahukan Hamzah Zanuddin menggantikan tempat Muhyiddin.
Akhirnya Muhyiddin terpaksa menjadi ditaktor apabila menyusun barisan pimpinan BERSATU mengikut kehendak atau kepentingannya. Demokrasi dianggap telah mati di dlm parti Bunga ini.
Cuma isunya skg bolehkah PAS menjadi kerajaan?
Sedangkan kita tahu Sabah dan Sarawak menolak ideologi PN yg dianggap tidak sesuai dgn masyarakat di sana.
Dua negeri ini menyumbang lebih kurang 56 kerusi Parlimen dan DAP mengusai sekitar 40 lebih kerusi parlimen. Dicampurkan mereka mempunyai hampir 100 parlimen . PKR & UMNO hanya perlu cari dlm 15 MP sahaja lagi.
Akhir kata pandangan saya kenyataan Peja boleh dianggap biadap kpd PAS andaikata PAS tidak tahu menahu mengenai keputusan ini. Malah kenyataan Peja ini boleh dianggap angkuh.