BERAS ADA KA TAK ADA? ADA KAN?


 Sebenarnya tak kisah pun nak kritik kerajaan. Malahan 𝗯𝗮𝗴𝘂𝘀 kalau kerajaan dikritik. Sebab itu akan buatkan kerajaan lebih kuat berusaha dan berhati-hati.



Cumanya nak kritik tu biarlah rasional. Macam Hassan Karim ni. Nak kritik beras tempatan tak ada, itu bukan masalah. Tapi 𝗸𝗮𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗻?


Sekarang ni masalahnya beras tempatan yang tak ada atau beras 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴? Setahu aku, yang takde tu cuma beras tempatan. Tapi beras masih lagi banyak dijual. Melambak.


Masalah sekarang ni bukan macam masalah minyak masak atau ayam atau telur macam zaman PN dulu. Zaman tu 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮. Nak masak pun susah.


Sekarang ni yang tak ada cuma pilihan. Jadi rakyat tak dapat pilih kalau tak nak beras import. Tapi kalau nak masak nasi, 𝗯𝗶𝗹𝗮-𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀.


Beras tempatan sejak dari dulu tak pernah pun cukup untuk pasaran tempatan. Memang dari dulu diimport. Kenapa beras kita tak banyak? Sebab tak laku! 


Sebab rakyat 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁. Bila dah tak laku, memanglah pengeluaran kurang. Nak tambah pengeluaran bukan boleh main petik jari je.


Jadi apa isu beras ni? Tak ada isu pun. Cuma walaun buat isu sebab tak ada ruang lain nak serang. Padahal walaun pun 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝘀𝗶𝗮𝗺.


Yang jadi masalah bila MP macam Hassan Karim ni sanggup 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗹𝗲𝗸 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 mainkan isu ni. Dah la MP, tua pulak tu. Dah tua pun masih tak faham isu semudah ini.


Sekarang tak ada beras tempatan. Tapi masa PN dulu, jangan beras tempatan, beras import pun tak ada. Gula tak ada. Minyak masak tak ada. Telur tak ada. Ayam pun tak ada. Bayangkan sambut raya nak masak ayam pun tak dapat.


Mungkin Hassan masa tu ditidurkan jadi jadi dia tak sedar bahawa situasi sekarang dah jauh lebih baik dari masa Mahiaddin dan 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗶𝗮 jadi PM dulu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.