Penang Press
Masa hantar anak aku ke sekolah tadi, kelihatan seorang ayah berkain pelikat, rambut panjang, rock brader ni, hantar dua anaknya juga.
Dua-dua anak lelaki. Lihat pada size badan anak tu, aku anggarkan darjah 5 dan darjah 6 lah. Besar dah macam orang dewasa dah badannya.
Yang menarik perhatian aku bila anak tu turun motor. Pertama sekali dia buat ialah hulur tangan, salam dengan ayah dia, cium tangan. Okey, ni ramai orang buat. Anak aku pun turun kereta salam cium tangan dulu.
Benda yang berlaku selepas itu aku kagum dengan brader ni.
Dia peluk anak dia, kemudian cium kepala anaknya. Fuh, rare ni beb.
Biasanya salam cium tangan je. Lagi-lagi anak dah besar panjang. Tapi amalan brader ni dengan anak-anak dia, wajib peluk ayah dan ayah kucup kepala dulu.
Setiap hari rasanya rutin ni mereka buat. Anak pun tak segan silu nak peluk ayah, ayah pun tak ada nak malu-malu untuk kucup kepala anak.
Mesti hubungan ayah dan anak-anak dia ni rapat sungguh.
Jenis boleh cerita belaka tanpa sorok aku dok rasa. Bagus la anak rapat dengan mak ayah. Lebih senang nak didik dan bimbing.
Cuma tu lah, tak sangka brader rock macam ni pun peluk cium anak dah besar. Tahniah brader, salute sama lu.
Benar la pepatah omputeh, don't judge book by it cover.
Judge at court only.
Sumber: FB Mohd Fadli Salleh