PENJARA KELANTAN ANTARA PALING SESAK DI MALAYSIA.
Antara penjara paling sesak di Malaysia adalah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan dilaporkan dalam keadaan kritikal apabila penghuni melebihi sebanyak 87 peratus.
Situasi sekarang hanya dapat menampung penghuni lebih 3,000 orang sahaja, namun kini terdapat lebih 7,000 banduan di semua penjara iaitu Penjara Pengkalan Chepa dan Penjara Pusat Koreksional Machang.
Justeru itu, Dato Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri menyasarkan 20,000 tahanan reman (jenayah kecil) tahun depan ditahan dirumah.
Ia adalah inisiatif MADANI dibawah Kementerian Dalam Negeri [KDN] bagi membantu mengurangkan kesesakan di penjara, kerana fungsi penjara bukan hanya setakat hukum manusia, tetapi tugas utamanya adalah didik dan memperbaiki manusia dengan penuh kesabaran serta tangungjawab supaya pesalah kembali insaf dan balik ke pangkal jalan.
Di Malaysia sahaja terdapat lebih 87,000 orang penjara, penjara di Malaysia hanya muat 74,000 orang.
Untuk atasi masalah ini sudah lebih 5,000 diberikan parol dan masih terdapat lebihan lagi hingga sesak penuh penjara.
Nisbah terkini bagi setiap 100,000 berakhir di penjara hanya 241 orang di penjara, jika ikut standard dunia kena 145 orang sahaja, bermakna Malaysia sudah lebih.
Di Kelantan paling tinggi ni nisbah penjenayah dengan rakyat, iaitu 320 orang dipenjara bagi 100,000 rakyat Kelantan dan masalah utama di negeri ini penagih dadah.
Ini adalah tangungjawab semua, tidak perlu tuding jari kerana perbedaan parti politik, kaum dan agama, masanya sudah tiba semua duduk semeja cari jalan penyelesaian bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah jenayah dan kesesakan di penjara di Kelantan serta Malaysia.
Moga 222 orang YB Ahli Parlimen Malaysia sokong usul ini untuk sama-sama selesaikan masalah ini di Kelantan dan Malaysia. Amen 🤲🏻
Syam Ghaz
https://www.facebook.com/share/pKYDx92vCQR6BAiL/?mibextid=WC7FNe