Saya kembali berwacana dalam Forum Ilmuwan Malaysia Madani siri kedua kali yang menyentuh tema “Sektor Tenaga Pemangkin Pertumbuhan Sosioekonomi yang Mampan dan Inklusif” anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan PETRONAS di Putrajaya malam semalam.
Pelbagai buah fikiran, pandangan dan kritikan membina dilontar dalam mempersiapkan negara mengharungi cabaran sumber tenaga yang bakal memberi dampak di rantau ini.
Natijahnya, kesedaran dan persediaan dalam menghadapi transisi tenaga amat penting demi maslahah rakyat terbanyak.
Sehubungan itu, dalam mengurus rencam dan cabaran ini, kita harus memanfaatkan hubungan baik dengan semua pihak demi kepentingan strategik Malaysia.
Saya percaya dengan navigasi hubungan antarabangsa dan memanfaatkan alternatif seperti ASEAN-Gulf Cooperation Council (GCC) Plus China, akan mampu menpertahankan kemampuan perdagangan sedia ada serta membuka peluang baharu untuk rakyat Malaysia.
Dalam kemesraan dan kebijakan menjalin hubungan baik dengan mana-mana negara demi meningkatkan aspek pelaburan, Malaysia akan tetap berdiri teguh mempertahankan sokongan terhadap Palestin agar kekejaman, pembunuhan dan genosid rejim Zionis ini dinoktahkan serta-merta.
#MalaysiaMADANI