Zamri Zainal Abidin..
Suara pagi
"PMX tidak henti-henti berjalan (makan angin) dengan jet peribadi milik kerajaan."
Begitulah, secara mudahnya maksud ceramah seorang tok guru mengutuk aktiviti Dato' Seri Anwar Ibrahim yang selalu ke luar negara satu lepas satu. Dikuatkan lagi kutukannya itu dengan mengatakan dakwaannya itu berasaskan 'fakta'. Suaranya yang terjerit-jerit itu menunjukkan kotak fikirnya memang yakin seratus persen apa yang didakwanya itu betul dan benar. Saya tidak pelik kerana sejak kenal tok guru itu di Mesir dahulu pun memang begitulah gayanya berceramah.
Apakah benar dakwaannya satu fakta? Pada saya, berfikir bahawa PMX ke luar negara untuk makan angin itu pun sudah di luar akal sihat. Cuba teliti beberapa perkara mudah untuk kita 'menilai' aktiviti PMX.
1. Ketika ke luar negara PMX jarang ke luar bersama-sama isteri tercinta, Kak Wan Azizah. Bahkan satu moment yang sesiapa pun menyaksikannya akan terharu. Kak Wan menunggu di KLIA memyambut suaminya dengan reaksi rindu yang mendalam.
2. Tidak pernah ada dalam agenda lawatannya sesi padang golf dan seumpamanya. Sebaliknya ruang riadah beliau adalah dengan 'bris walk' di sekitar hotel penginapannya dan pernah dilakukan pada malam hari bersama-sama para delegasi. PMX terkenal seorang yang istiqamah dalam mengeluarkan peluh maka sebab itulah beliau sentiasa cergas pada usia 77 tahun.
3. Aktiviti rasmi sama ada mesyuarat, sidang akhbar, majlis tandatangan persefahaman dan tidak ketinggalan ceramah kepada khalayak akademik dan mahasiswa di universiti yang terlalu padat dalam sehari. Anggaran lima aktiviti sehari ketika berada di luar negara adalah lumrah. Tidak ada langsung masa untuk riadah yang tidak bermakna.
4. Setiap kali ke luar negara, antara aktiviti yang tidak ditinggalkan ialah pertemuan dengan golongan ilmuan Islam di negara terbabit. Kesungguhan dan konsisten PMX dalam aktiviti ini apabila beliau tidak kekok menyantuni dan berucap di hadapan khalayak mereka. PMX bukan dari kalangan ulama', tetapi idea dan cetusan pemikiran beliau sentiasa malar segar dan diterima baik oleh ulama' di luar negara. Mungkin standard mereka yang mengaku ulama' di Malaysia terlalu tinggi untuk menerima dan menghadam ucapan dan cetusan idea PMX. 😄
5. Demi tugas PMX berkorban kepentingan peribadinya seperti mana beliau tidak mengambil gaji sebagai seorang Perdana Menteri. Pada masa ini PMX sudah mendarat di Vientiane, Laos untuk sidang Kemuncak ASEAN 44-45, sedangkan baharu semalam kita dikejutkan dengan berita Kak Wan dimasukkan ke hospital dan masih berada di bawah pengawasan para doktor di Hospital Sultan Idris Shah. Apakah betul pemikiran kita untuk beranggapan PMX gemar sangat makan angin sehingga sanggup meninggalkan isteri tercinta yang masih di hospital? Nauzubillahhi, semoga dijauhkan daripada pemikiran songsang seperti itu.
Selamat bertugas demi rakyat PMX, semoga Kak Wan segera sembuh dan kembali cergas beraktiviti untuk rakyat seperti mana biasa. Semoga Allah SWT memberkati dan memberikan inayah kepada kalian berdua. Rakyat Malaysia banyak terhutang budi kepada PMX dan Kak Wan. Aamin.
https://www.facebook.com/share/p/15gLKJPbQy/