STANDING ONDER DOK JAJA MINYAK MURAH ZAMAN PKP.... JOM BACA SUPAYA MUDAH FAHAM.


MMMS- MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF



 Saya sengaja tunggu hansard nak tengok apa sebenarnya yang dia cakap. Dia cakap ramai yang menanti harga minyak Ron95 tanpa subsidi serendah RM1.35 macam zaman Din PDF jadi Perdana Menteri. Baca tang "tanpa subsidi" tu, pekat juga dia ni.


Harga Ron95 tanpa subsidi adalah dalam RM2.76 yang mana harga runcit adalah 2.05. ini bermakna untuk setiap liter, kerajaan kena topup 71 sen, ini dengan harga minyak mentah Brent dalam USD 73 per tong.


Masa harga Ron95 RM1.35 seliter, harga Brent dalam USD 20 setong. Harga minyak berdasarkan permintaan dan pengeluaran, jadi masa April 2020 PKP pertama baru mula, orang tak boleh keluar rumah. Isi motor RM15 pun cukup sebulan because literally tak ada orang boleh keluar rumah. Jadi minyak murah kalau tak boleh keluar rumah nak buat apa? Tolong jawap sikit. Itu belum masuk bab rakyat sengsara sampai terpaksa kibar bendera putih sampai parlimen tu kena tutup. 


Jadi bila supply minyak banyak , demand tak ada, memanglah minyak murah. Bila dia kata ramai yang menanti harga minyak tu, mungkin dia imply kepada Un sahaja, sebab saya tak nak zaman PKP, nak keluar pergi solat Jumaat pun tak boleh. Kasihan juga penduduk kawasan yang dapat AP macam ini, padan Ching Peng pun dia boleh bedal sepupu. 


Btw, kalau harga minyak USD 20 per tong untuk tahun 2024, berapa banyak dividen yang terpaksa Petronas kurangkan kepada kerajaan?


Jadi anda tahu dari mana Un dapat kecerdikan mereka, ini mungkin salah satu contoh kecerdikan tiruan yang mereka duk jaja.