Jamzuri Ardani
Adakah saya gembira dengan Bajet 2025? Jawapan saya TIDAK. Tapi saya faham, bajet kerajaan ni is bigger than my own self and bigger than any individual. So ... I have to live with it.
Adakah bajet ini satu bajet yg baik untuk negara? YA dan TIDAK.
Subsidi bersasar adalah baik. Peruntukan yang besar untuk pendidikan saya sokong. Peningkatan gaji minimum ... ermm bergantung.
Tapi bagi saya bajet ini ada kelemahan yang besar. Tidak cukup fokus membantu middle working class dan PKS. Golongan ini adalah penggerak sebenar ekonomi negara. Golongan ini perlu lebih diperkasa kerana merekalah sektor paling produktif dalam ekonomi negara. Sekitar 97% dari 1.3 juta syarikat berdaftar adalah PKS. Mereka menggaji sekitar 48% pekerja rakyat Malaysia. Mereka menyumbang hampir 40% dari GDP. Mereka penyumbang utama kutipan cukai negara.
Saya tidak nampak Bajet 2025 memperkasa golongan ini. Malah mereka terus dibebani dengan pelbagai kos tambahan. Jika golongan ini lumpuh, ekonomi seluruh negara runtuh.
Saya agak kurang selesa dengan polisi yang terlalu banyak memberi tumpuan kepada penjawat awam dan golongan B40. With all due respect, mereka bukanlah sektor yang produktif. Bantuan wajar disalurkan, tetapi jangan sampai mereka hidup dalam zon selesa melalui pelbagai bantuan. Complacency is the arc enemy of progress.
Wallahu a'lam.