POLIS BUKA KERTAS SIASATAN....

 



Polis membuka kertas siasatan berkaitan isu pergaduhan melibatkan Pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah dengan orang awam di sebuah lokasi di bandaraya Alor Setar, yang tular di media sosial pada Isnin.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, terdahulu polis menerima dua laporan daripada dua lelaki tempatan berusia 48 dan 54 tahun berhubung video pergaduhan di satu kawasan di daerah ini berdurasi 1 minit 20 saat yang tular di media sosial.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews