PANTAS ZAMAN MADANI NI

 

Najib Bakar


Terima kasih pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, hari Sabtu pun pantas selesaikan pertanyaan. Private sector pun tak sepantas ni. 💪



Ceritanya gini.


Pagi lagi jam 10 member mesej, tanya berkaitan pelarasan gaji untuk penjawat awam, cikgu yang berstatus Contract of Service (COS).


Setahu aku memang semua akan dapat. Cuma yang berstatus COS ni tak perlu tandatangan opsyen SSPA.


Aku pun contact pegawai JPA, pagi hari Sabtu, weekend, yang sebenarnya kalau nak, beliau tak perlu reply pun sebab bukan hari bekerja.


Tapi tak sampai 5 minit, dah reply, terus mintak detail, terus berhubung dengan pegawai sumber manusia KPM, dan dapat jawapan.


KPM dah ambil maklumat sekolah dan PPD terbabit, dan akan hubungi untuk jernihkan situasi.


Dan memang sahih, cikgu berstatus kontrak pun akan dapat pelarasan gaji. Cuma sebab benda ni baru, tentu ada yang kurang pemahaman sikit di kalangan kerani dan guru besar.


Terima kasih kepada pegawai sumber manusia di KPM yang pantas menjawab juga.


Kesimpulannya, semua penjawat awam tetap (yang sign SSPA) atau kontrak (automatik), akan dapat pelarasan gaji pada Disember ini.


👍💪