KENAPA ISTERI TIDAK TUNTUT NAFKAH

 

Isteri aku jumpa video ni di TikTok pagi tadi. Apa yang menarik, Menteri Agama, Dato' Setia Dr. Naim sendiri turut memberi komen. Terima kasih Menteri Agama kita yang 𝗽𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻 dengan rungutan rakyat walaupun di media sosial.



Tapi aku pelik, kenapa kes tuntutan begini sampai nak ke mahkamah. Sebenarnya ramai orang yang 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵. Bukan takut apa tapi takut sebab kosnya bukan murah. Nak bayar peguam bukan murah. Bukan semua orang mampu.


Kenapa tak boleh kes tuntutan nafkah ni buat macam 𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁𝗮𝗻 𝙎𝙊𝘾𝙎𝙊. Ada 𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗻𝗲𝗹 (khadi) untuk buat penilaian dan keputusan. 𝗧𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺. Biar yang terlibat cerita sendiri kepada panel apa yang berlaku antara mereka.


Pihak yang kalah, kalau tak puas hati, boleh 𝗰𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵. Begini kan lebih cepat kes dapat diselesaikan? Dan yang penting, tak ada peluang untuk satu pihak ambil kesempatan.


Kalau tidak, kalau si lelaki ada banyak duit, dia boleh je suruh si wanita bawa kes ke mahkamah. Si lelaki tu tak ada masalah la sebab dia banyak duit. Tapi yang wanita tu? Akhirnya 𝘨𝘪𝘷𝘦 𝘶𝘱 dan biarkan si lelaki lepas dari tanggungjawab.


Kes-kes sebegini pun sebenarnya 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗷𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 malah boleh membuatkan bukan Islam takut untuk memeluk Islam. Nanti ada yang salah anggapan seolah 𝘄𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗳𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. 


Betul dah nak memperkasakan mahkamah syariah. Tapi perkasakan saja tak cukup. Kena 𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Yang paling penting, berikan hak kepada pihak yang layak. Kerana Islam mementingkan keadilan. Sekadar buah fikiran aku.


Apa pun, kita doa agar urusan puan ini dipermudahkan Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.