SEBELUM INI KAU ORANG TIBAI BUKAN ISLAM MACAM MACAM TERMASUK KK MART TIBA TIBA BUAT U-TURN DAN PALING TERUK BERTEKAK DALAM PARLIMEN TAK NAK TARIK PERKATAAN KAFIR DAN SEKARANG BOLEH PULA GUNA PERKATAAN BUKAN ISLAM.
Bukan Islam tidak perlu ubah cara hidup jika PN memerintah – Pas Selangor
Oleh Khuzairi Ismail - 5 October 2024
BANGI – Pas Selangor memberi jaminan penduduk bukan Islam tidak perlu mengubah cara hidup mereka sekiranya Perikatan Nasional (PN) mentadbir negeri itu atau Kerajaan Pusat pada pilihan raya umum akan datang.
Jelas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri, penduduk bukan Islam tidak seharusnya bimbang berhubung perkara itu memandangkan Pas menghormati hak kaum-kaum lain di negara ini.
PAS ni memang tak boleh percaya, tindakan mereka boleh berubah bila bila masa. Mereka tidak layak untuk memimpin Malaysia berlandaskan integrasi kaum demi perpaduan rakyat Malaysia. Terbukti selama ini tindakan mereka lebih kepada perpecahan dengan sikap yang melampaui batas.
OMN KD
7 Oktober 2024