HAKIM HARUS TELUS..

 


Pihak mahkamah & hakim yang akan menentukan nasib utk Najib esok di minta peka sikit!


Jumlah unit kelulusan penggunaan wang cukai atau hasil dalam negara bagi tujuan pelaburan adalah berbeza mengikut peringkat jemaah menteri. 


Ada menteri bawahan hanya boleh meluluskan projek puluh juta saja. Ada pula yg hanya boleh meluluskan unit projek & pelaburan setakat RM100 juta. Malah ada yg dlm lingkungan  RM100juta - RM500 juta saja. Ketua jabatan di setiap negeri pun ada had jumlah yg di bolehkan sahaja.


Untuk meluluskan projek berbilion atau memerlukan kelulusan penggunaan wang lebih dari RM1bilion...itu hanya jawatan PM saja!


Jadi, dalam kes skandal 1MDB walaupun Najib minta maaf hingga keluar air mata darah sekali pun, utk meluluskan pelaburan puluh bilion kepada Jho Low...itu bukan kuasa bidang menteri pertanian...bukan juga kuasa menteri perundangan. Tahap kelulusan dlm jumlah terbesar hanya di bolehkan kepada jawatan Perdana Menteri saja.


Beban hutang Malaysia melalui kes skandal 1MDB yg telah di bayar setakat ini adalah berjumlah RM48.06 bilion. Dan baki hutang 1MDB yg perlu di bayar bagi sukuk dgn nilai prinsipal adalah RM5bilion yg akan matang 2039. Maksudnya, keseluruhan hutang ini akan habis pada tahun 2039.


Najib minta maaf konon tak kenal Jho Low tapi naik kapal mewah Equanimity bersama Jho Low bersama pak arab. Siap ada private jet, dan kapal Equanimity itu pun jumlah awalnya bernilai RM1b dan tersenarai antara 54 daripada 60 kapal paling mewah dunia.


Tadi GM kata, utk had pelaburan berbilion, itu adalah bawah bidang kuasa PM di mana Najib menjawat jawatan PM ketika itu.


Apa pula justifikasi utk Najib minta maaf sbg langkah akhir kemudian cuba di lepaskan oleh beberapa pihak dlm kalangan umno sendiri ? 


Penjaranya Najib 12 tahun dan dapat keampunan Di Raja hanyalah separuh berdasarkan jumlah tahun hukuman. Itu hanya dalam SRC. Bukan kes skandal 1MDB. 


Jadi wahai pihak berkaitan, minta tolong sedar dan peka sikit. Malaysia tidak perlu tanggung beban hutang 1MDB hingga 2039 di sebabkan air mata murah Najib. 


Beban negara nak di uruskan lebih mustahak berbanding nak melepaskannya demi sekadar air mata. 


Harap maklum!