GURU PASTI KETIMBANG MALAIKAT.



 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗔𝗧, 𝗣𝗔𝗦 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗣𝗠


✍️ Ahmad Mursi 


1. Tindakan PAS menyamakan peruntukan Rasulullah SAW dengan gaji PM boleh sebabkan salah faham, seolah-olah Rasulullah mendapat habuan peribadi seperti seorang pemimpin moden.


2. Inilah cara PAS mengkritik lawan politik sejak dari dulu dengan tafsiran agama yang salah.


3. Hakikatnya, peruntukan kepada Rasulullah SAW (dari sebahagian fai dan ghanimah) bukanlah bersifat gaji atau habuan peribadi sebaliknya untuk mengurus keluarga, negara dan kepentingan umat Islam seluruhnya.


4. Rasulullah SAW tidak memperkaya dirinya, harta baginda juga tidak diwariskan, tetapi disedekahkan (HR Bukhari 3093). Malah di waktu Baginda wafat, baju besinya tergadai kepada seorang yahudi sebagai jaminan hutang gandum 30 sha' yang dipinjam untuk keperluan keluarga. (HR Bukhari 2916).


5. Dari mengkritik PMX, patutnya Tuan Ibrahim membela guru PASTI kerana mereka juga bukan Malaikat tapi ada dibayar serendah RM500 untuk aktiviti komersial PAS walaupun dikata itu aktiviti sukarelawan.


6. Iklan pengambilan guru PASTI menawarkan 'gaji' dan 'jawatan tetap'. Konsep sukarelawan patutnya tidak melibatkan kewangan tetap, faedah pekerjaan, atau masa bekerja tetap seperti pekerjaan formal.


7. PASTI tetap mengutip yuran daripada ibu bapa menunjukkan unsur komersial walaupun KP PAS menyindir kerajaan kerana tidak beri pendidikan percuma.


8. Oleh itu, guru-guru PASTI berhak mendapat gaji yang setimpal, KWSP, dan SOCSO kerana, seperti yang disebut oleh Tuan Ibrahim sendiri, mereka "bukan malaikat."


9. Guru-guru PASTI juga tidak seperti pemimpin dan wakil rakyat PAS yang meskipun sering makan gaji buta, tetap menikmati pencen, gaji, dan elaun yang mewah.


10. Disebabkan mereka bukan malaikat, kerajaan cuba membantu guru-guru PASTI mendapatkan hak sebagai pekerja setelah menerima aduan, tetapi dipandang negatif oleh PAS.


11. Tidak hairanlah jika guru PASTI boleh di'brainwash' seperti dalam GISBH, untuk percaya bahawa pekerjaan mereka adalah "demi perjuangan Islam," kerana mereka 'bukan Malaikat' dan boleh terpedaya.


12. Mengabaikan hak pekerja adalah salah dari sudut syariat. Islam menuntut keadilan, dan setiap pekerja mesti diberi ganjaran yang adil, walaupun bekerja "untuk agama."


13. Cytro PAS pula menyebarkan tangkapan layar dari akaun palsu memuji PASTI sebagai propaganda untuk mewajarkan penggunaan tenaga buruh tanpa bayaran yang setimpal.


14. Oleh itu, kritikan melampau PAS terhadap PMX yang tidak mengambil gaji Perdana Menteri sebenarnya menyerlahkan sikap hipokrit mereka sendiri.