Fuh! Ni memang berbisa. Hahaha... Lain kali kalau ada walau sibuk pertahankan 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗺𝗯𝗮𝗮𝗻 dalam PASTI, kita buat macam ni je. Doakan anak walaun 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜. Guane boh?
Raja Gelap II
.
JAMIL : Aku tengok belanjawan tadi Anwar kata tahun depan pekerja swasta naik gaji RM1700. Lepas tu pekerja warga asing pulak kena carum KWSP. Aku harap guru-guru PASTI pun naik gaji jugak lah. Dan ada caruman KWSP.
BAHAROM : Orang luar tak paham. Guru PASTI ni sukarelawan, bukannya pekerja. Sebab tu dorang tak ada caruman KWSP dan dapat elaun rm500. Sebab tu jugak lah yuran PASTI murah giler berbanding Taska lain.
JAMIL : Oo faham. Kalau macam tu aku doakan satu hari nanti anak-anak kau jadi guru PASTI.
BAHAROM : Eh apa pulak doa macam tu. Aku nak jugak tengok anak-anak aku jadi orang yang berjaya.
JAMIL : 😒