𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗣𝗥𝗜𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨) 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 (𝗣𝗡). [ 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗢𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗚𝗜𝗦𝗕𝗛]

 


𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗣𝗥𝗜𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨) 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 (𝗣𝗡). 

[ 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗢𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗚𝗜𝗦𝗕𝗛]



Tan Sri & Puan Sri, Dato' Seri & Datin Seri, Dato & Datin, Haji & Hajjah serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekelian, 


Melihatkan pada perkembangan terkini dari sidang Parlimen hinggalah ke sidang live tiktok dari pihak BERSATU dan PAS (PN) berkaitan isu GISBH, kami merasa terpanggil untuk menyuarakan keresahan kami sebagai team pembela kepada mangsa-mangsa kezaliman GISBH.


Kami melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena dari tindakan dan ucapan anda semua mewakili pihak pembangkang Malaysia dalam hal ini, kerana nampaknya isu GISBH seolah-olah telah menjadi isu yang boleh ditunggang atas kepentingan politik bagi pihak pembangkang.


Kenyataan dan ucapan dari beberapa orang ahli Parlimen dari pihak pembangkang seperti Dato Takiyuddin Hassan dan beberapa ahli Parlimen yang lain di dewan Parlimen baru-baru ini benar- benar membuatkan kami merasa sedih dan kesal.


Tidakkah anda semua tahu betapa ramainya insan yang telah menjadi mangsa kezaliman dari sistem ekonomi perhambaan, jenayah kemanusiaan, kultus dan ketaksuban yang mereka alami ketika berada di dalam GISBH, sebuah syarikat yang diasaskan dengan ajaran sesat yang telah berakar umbi dari ajaran Al Arqam?


Kami merasa lebih kecewa, setelah mendapati seorang ahli politik Datuk Tun Faisal Ismail bin Aziz (TUN FAISAL) yang merupakan Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan telah menggunakan media sosial beliau seperti live tiktok sebagai satu medan untuk memfitnah sebahagian dari mangsa2 kezaliman GISBH tanpa menerima penerangan dari kedua - dua pihak. 


Beliau menjemput seramai mungkin pengikut taksub GISBH untuk masuk kedalam live beliau dan mengaibkan serta mengutuk dengan kata2 fitnah dan tuduhan berat kepada bekas- bekas ahli GISBH yang telah keluar dari syarikat itu dan menyatakan kebenaran dari pengalaman mereka ketika didalam GISBH. 


Dalam satu hantaran di Facebook beliau, TUN FAISAL juga telah menuduh sidang media oleh mangsa2 kezaliman GISBH bersama para peguam yang hadir TELAH DIBAYAR oleh satu pihak untuk sesuatu tujuan. 


Kami MENYANGGAH tuduhan ini, dan menganggap ini adalah satu fitnah jahat. 


Kami dengan tegas menyatakan disini bahawa semua yang kami lakukan adalah di atas dasar membela mangsa kezaliman dan menegakkan keadilan buat mereka.


Kami mendesak TUN FAISAL menarik semula kenyataan fitnah tersebut, juga menyeru pihak BERSATU dan PAS (PN) mengambil satu tindakan tegas atau menasihati beliau atas perbuatan TUN FAISAL yang sangat berat sebelah dan menjadi wasilah untuk berlakunya fitnah kepada pihak kami.


Seruan kami juga buat pihak BERSATU dan PN dari blok pembangkang Negara Malaysia, supaya berlaku adil dengan mendengar juga keluhan, pengaduan dan kisah dari kami sebagai mangsa2 kezaliman GISBH yang telah mengalami pelbagai penderitaan, kecederaan fizikal dan mental juga pembaziran masa dan tenaga ketika bersama GISBH dahulu.


Berkaitan isu GISBH ini, DYMM Yang Di Pertuan Agong juga  telah bertitah dgn tegas supaya ajaran sesat GISBH ni ditangani dgn segera dan dibanteras dengan bersungguh-sungguh. KDYMM Sultan - Sultan dari beberapa negeri dalam Malaysia juga telah bertitah supaya ajaran2 sesat, terutamanya GISBH tidak dibiarkan terus merosakkan umat islam di negeri2 dalam Malaysia. 


Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri2, Jabatan2 Mufti dan juga para Mufti Negeri di Malaysia juga sudah membuat kajian yang mendalam dengan sangat teliti mengenai ajaran sesat GISBH, bahkan sudah ada beberapa negeri yang telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran GISBH ini menyimpang dari ajaran Islam sebenar. 


Mengapakah pihak BERSATU dan PAS  (PN) dilihat seperti bersungguh sungguh dalam membela perkara yang merosakkan akidah ummah ini? 


Sepatutnya perkara ini janganlah diganggu, dan ianya harus diserahkan kepada pihak berwajib yang lebih berkelayakan dan lebih tahu kaedah dan cara untuk menanganinya.


Keputusan JKM untuk mengambil dan menjaga anak2 pengikut GISBH ni bukanlah dibuat sesuka hati, tetapi ianya dibuat setelah dilakukan perbincangan dari berbagai agensi dalam kerajaan yang terlibat dalam menangani isu ajaran sesat dan jenayah kemanusiaan GISBH. 


Kanak2 didalam GISBH telah dimanipulasi serta diperguna dengan menjadikan mereka anak yatim di rumah amal GISBH untuk mengutip dana. 


Anak2 GISBH tidak diberi pendidikan yang betul. Mereka telah ditanam dgn doktrin sesat sejak kecil lagi. Mereka juga dibiarkan tinggal di rumah2 amal GISBH serta diabaikan oleh ibu bapa mereka yang kononya 'sibuk berjuang' mengembangkan ajaran sesat GISBH. 


Oleh itu, agensi2 yang terlibat telah membuat keputusan mengambil dan menjaga anak2 GISBH itu serta memberi pendidikan yang betul, supaya anak2 itu dapat diselamatkan dan tidak menjadi generasi yang rosak. 


Usaha pihak Kerajaan dan agensi2 yang terlibat sangat murni, bagi memastikan semua pengikut ajaran sesat GISBH dapat dipulihkan dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.


Yakinlah bahawa isu GISBH bukanlah isu yang telah dibangkitkan untuk menjatuhkan ekonomi Islam atau perniagaan Melayu Bumiputera. 


Ianya adalah isu jenayah kemanusiaan dan ajaran sesat yang telah menjadi barah yang lambat diubati. 


Marilah bersama kita membantu pihak PDRM dan kerajaan Malaysia dalam membenteras ajaran sesat GISBH yang telah memangsakan ramai rakyat Malaysia dari semua peringkat. 


Jika pihak BERSATU, PAS (PN) dari pembangkang tidak mampu untuk membantu, cukuplah dengan tindakan dari pihak anda semua tidak mengganggu usaha murni ini dijalankan.

Semoga Allah memberikan taufiq dan inayah-Nya buat kita semua.


Sekian. Wassalam.