BERTEMU DENGAN MASYARAKAT ORANG ASAL DIKETUAI OLEH YB SENATOR BOB MANOLAN.

 

Hari ini menerima kunjungan hormat dari wakil-wakil masyarakat Orang Asli yang diketuai oleh Ahli Dewan Negara Senator Manolan Mohamad.





Kunjungan hormat ini dihadiri wakil dari Persatuan Orang Asli Perak, Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia, Persatuan Semelai Pahang, Jaringan Orang Asli Pahang, Koperasi Asal Orang Asli Selangor Berhad serta Jaringan Orang Asli Semalaysia. 


Perbincangan kami menyentuh pelbagai perkara khususnya tentang isu sosioekonomi Masyarakat Orang Asli dan usaha bagi meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam bidang pendidikan dan peluang anak Orang Asli bagi menjawat jawatan di dalam jabatan kerajaan.  


Dalam sesi kunjungan tadi, saya beri jaminan bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat orang Asli.


#MalaysiaMADANI